Sabtu, 9 Mac 2019

KERAJAAN CAMPURAN PAS, UMNO DI EMPAT BUAH NEGERI, PERAK KEDAH DALAM PEMERHATIAN #viralhancing

JASIN: UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan PAS ketika ini.


Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru-baru dan masih pada peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.

Katanya, pada peringkat UMNO jawatankuasa kerja sudah dibentuk dengan dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa yang dibentuk PAS kelak.

“Saya dah bincang dengan PAS dan akan memulakan kerjasama kedua-dua parti ini dengan mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah bermula di Terengganu diikuti Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Sementara di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH) juga sedang teliti, sama ada untuk bersama (UMNO dan PAS) atau tidak,” katanya pada majlis perjumpaan bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Selasa lalu, UMNO dan PAS dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti itu mengumumkan kerjasama rasmi dengan agenda utama memfokuskan kepada penyatuan ummah.

Agenda utama kerjasama itu ialah penyatuan ummah tanpa meminggirkan kemajmukan dalam negara ini.

Sementara itu, Mohamad yang menjalankan tugas Presiden UMNO, kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS itu sebagai usaha melancarkan ‘perang’ terhadap bukan Islam.

“Adakah saya dianggap rasis jika saya menyeru supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini bersatu padu seperti yang diajarkan dalam Islam?

“Sebenarnya, itulah watak sebenar pemimpin berkenaan yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Justeru, orang Melayu perlu teruskan usaha penyatuan ummah ini demi memastikan bangsa dan agama sentiasa kuat di negara ini,” katanya.

KERJASAMA PAS, UMNO IBARAT TALIBAN DI AFGHANISTAN KATA NGA KOR MING #viralhancing

Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pembentukan kerajaan UMNO-Pas merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita.

“UMNO dan Pas telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala golongan Melayu yang sederhana dan berfikiran terbuka pula menjadi berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat berkenaan harus bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke aras pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana dan bukannya ekstrim,” katanya.

Kor Ming dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu aktiviti sempena dengan sambutan Hari Wanita di Kampung Aulong di Taiping, Perak pada Jumaat.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, UMNO dan Pas bagaikan dua kapal yang semakin tenggelam dan mereka cuba menyelamatkan diri dengan berpaut bersama.

“Sesetengah pemimpin UMNO sudah didakwa di mahkamah dan parti itu penuh dengan skandal. Dalam Pas pula, terdapat juga pemimpinnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau juga menyatakan kekesalannya apabila MCA dan MIC masih “berpelukan” dengan UMNO

“Jika Pas bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” katanya – MalaysiaGazette

Jumaat, 8 Mac 2019

SKMM ADA KUASA PADAM STATUS WARGANET DI MEDIA SOSIAL KATA MENTERI #viralhancing

Kerajaan bercadang memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam paparan atau status di media sosial yang dilihat sengaja mencetuskan isu perkauman dan keagamaan.

Gambar-MalaysiaGazzete

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau sedar akan kepentingan menangani masalah penyalahgunaan media sosial yang semakin meruncing.

“Selain menggubal undang-undang media sosial, kita sedang lihat bagaimana SKMM boleh diberikan kuasa untuk memadamkan paparan di media sosial yang berunsurkan perkauman, menyentuh agama dan institusi Raja-raja.

“Ini adalah bagi menangani ancaman dengan lebih efektif. Kita dalam proses perbincangan dengan beberapa pihak dan berharap perkara ini dapat dibawa ke Parlimen pada persidangan Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Hari Keselamatan Internet 2019 di sini, hari ini.

Gobind juga memperkenalkan konsep kewarganegaraan digital bagi mengetengahkan perilaku baik, penerapan nilai murni dan kebertanggungjawaban dalam penggunaan teknologi digital itu.

“Penggunaan internet mestilah bersandarkan kepada etika yang boleh diterima masyarakat dan sebarang masalah etika inilah yang kita cuba tangani ketika ini,” katanya.

Selain itu, Gobind mengesahkan pembaharuan polisi keselamatan siber negara masih dalam perbincangan dan akan hanya diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Gobind mengumumkan bahawa kerajaan kini dalam proses meminda undang-undang agar peruntukan mengenai ancaman terhadap perpaduan dan keselamatan negara menjadi lebih efektif.

FMT

Khamis, 7 Mac 2019

PARTI PEMBANGKANG DIHARAMKAN, INI PUNCANYA #global #viralhancing

MAHKAMAH Perlembagaan Thailand mengharamkan parti pembangkang Thai Raksa Chart selepas mencalonkan kakak kepada raja sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya bulan depan.


Pengharaman Thai Raksa Chart hampir memusnahkan peluang parti pembangkang untuk menang pilihanraya dalam usaha menewaskan parti sekutu junta yang memimpin Thailand sejak 2014.

Parti itu merupakan sebahagian daripada parti yang masih setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan sekali gus membawa kepada kepimpinan junta tentera diketuai Prayut Chan-o-cha.

Suruhanjaya Pilihan Raya memohon pengharaman parti itu kerana mencalonkan Puteri Ubolratana bagi jawatan nombor satu negara itu di mana ia bertentangan dengan perlembagaan Thailand.

Puteri Ubolratana melepaskan jawatan dirajanya pada 1972 selepas berkahwin dengan warga Amerika Syarikat, namun beliau masih dilayan seperti keluarga diraja.

Raja Maha Vajiralongkorn menolak keras pencalonan Ubolratana dan menyifatkan ia tidak sesuai dan bertentangan dengan perlembagaan.

Astro Awani

SUSULAN KENYATAAN 'PAS DAN UMNO INGIN PERANG TERHADAP BUKAN ISLAM', LIM GUAN ENG DIKECAM DENGAN TERUK OLEH WARGANET #viralhancing

KUALA LUMPUR - Walaupun kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng telah diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’, namun kenyataannya tetap mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk warganet.


Rata-rata warganet melahirkan kekecewaan bagaimana seorang menteri sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu walaupun untuk mengkritik kerjasama antara UMNO dan Pas.

Seorang pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Daeng Tenri Mitau memberitahu, Menteri Kewangan itu seharusnya dipecat dan dihukum kerana mengeluarkan kenyataan rasis.

“Kita rakyat Malaysia kena tuntut dia dipecat dan dihukum sebab kenyataan rasis. Gerakkan perhimpunan tuntut dia dihukum dengan berat.

“Kalau di negara lain kes seperti ini boleh timbul pergaduhan kerana ada provokasi,” tulisnya.

Pemilik akaun yang menggunakan nama Tuah pula mempersoalkan mengapa pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) tidak bersuara walaupun Melayu dan Islam diserang.

“Mana semua pemimpin-pemimpin Melayu PH, semuanya dah bisu tak berani bersuara? Telinga dah pekak tak berani nak mendengar atau mata telah buta tak berani lihat Melayu Islam diserang. Sudah matikah semuanya? soalnya.

Ibrahim Majid pula memberitahu, walaupun perkataan dalam kenyataan itu telah di ubah namun tetap membawa maksud yang sama.

“Walau ubah perkataan maknanya sama. Terlajak perahu boleh di undur terlajak cakap buruk padahnya,” katanya.

Semalam, menerusi portal Malaysiakini, Guan Eng menyifatkan kerjasama di antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 6 Mac 2019

SAH BN+PAS CUKUP KERUSI UNTUK BENTUK KERAJAAN NEGERI PERAK MENURUT SUMBER #viralhancing

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan telah memiliki bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sehubungan itu beliau akan memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembah maklum kedudukan terkini itu dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk.


Menurutnya, berdasarkan keputusan PRU-14 tidak ada parti memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak.

Katanya, BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR 29 kerusi dan Pas tiga kerusi.

"Bagaimanapun suka cita saya ingin memaklumkan bahawa BN telahpun mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

"Justeru saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bagi menyembah maklum kedudukan terkini dan perkenan untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Kenyataan tersebut dibacakan oleh Pengarah Komunikasi dan Korporat Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa.

Terdahulu, Pas Perak memberi petunjuk awal untuk bergabung dengan BN bagi membentuk sebuah kerajaan gabungan di negeri Perak.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata semalam, Pas pastinya mahu memilih parti yang boleh memberi kerjasama sepenuhnya dalam memperjuangan Islam demi kesejahteraan ummah.

Gabungan BN-Pas membolehkan kerajaan negeri ditubuhkan dengan majoriti mudah 30 kerusi berbanding Pakatan Harapan 29 kerusi.

Pas menang DUN Selama (Mohd. Akmal Kamarudin), Kubu Gajah  (Khalil Yahaya) dan Gunung Semanggol (Razman Zakaria). - UTUSAN ONLINE

Artikel ini pada 11 Mei 2018

PERAK DALAM RADAR UNTUK KERAJAAN PAS UMNO? #viralhancing

ADAKAH krisis politik Perak 2009 sehingga menyaksikan perubahan kuasa pentadbiran kerajaan negeri bakal berulang?


Dengan UMNO dan Pas kini membentuk kerjasama politik secara rasmi, sudah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Masakan tidak, jika diambil kira pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, Gabungan UMNO dan Pas mempunyai 28 kerusi, manakala PH pula 30 kerusi dan satu lagi kerusi adalah Bebas.

Andaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Datuk Nolee Ashilin Radzi yang sebelum ini keluar UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar beralih kepada gabungan UMNO-Pas, situasinya bakal berubah kepada 30-29 antara PH dan pembangkang.

Melihat daripada sudut politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dengan perbezaan hanya satu kerusi DUN sahaja. Ini situasi yang tidak stabil bagi sebuah kerajaan negeri.

Hakikatnya gabungan UMNO-Pas hampir-hampir membentuk kerajaan negeri di Perak selepas PRU-14 dengan UMNO ketika itu mempunyai 27 kerusi DUN, Pas 3 manakala PH 29.

Walau bagaimanapun, kegagalan mencapai kata sepakat antara UMNO dan Pas dalam beberapa perkara ketika itu menyebabkan pembentukan tersebut tidak dapat direalisasikan.

Dua ADUN UMNO ketika itu iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin memilih menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal yang merupakan satu-satunya ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menjadi Menteri Besar.

Ketika Nolee Ashilin memilih untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, Zainol Fadzi pula menyertai Bersatu. Mungkin sebagai sokongan kepada Ahmad Faizal.

Namun, pasca PRU-14 memperlihatkan senario politik Perak tidak pernah senyap daripada pelbagai isu, termasuklah kepercayaan terhadap pentadbiran Ahmad Fazial.

Dengan termeterainya kerjasama politik antara UMNO dan Pas ini, sudah tentu memberi ancaman kepada PH. Seperti dibuktikan ketika mahu membentuk kerajaan negeri itu pasca PRU-14, sokongan ADUN boleh berubah.

Perak juga pernah menyaksikan ADUN membuat keputusan lompat parti pada tahun 2009 sehingganya berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat berulangnya krisis politik Perak 2009? Bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu tumbang dan digantikan dengan Barisan Nasional (BN).

Pas Perak sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri membentuk kerajaan negeri baharu. Bunga-bunganya sudah ada. - UTUSAN ONLINE

MENTERI MUSIBAT HARAMJADAH MALINGKUDU - RANI KULOP #viralhancing

Dengan umur macam gini, lebih baik ayah habiskan menelaah kitab-kitab, mendengar kuliah-kuliah, kadang-kadang yoga depan rumah sambil mata terpejam.Taknak la berpolitik 24jam.


Tapi menteri musibat haramjadah malingkudu ni ada aje nak membuatkan orang marah. Gatal-gatal badan agaknya sehari tak buat orang marah.

Yang nak menyuruh peneroka-peneroka ini tanam buluh ni apa pasal?. Buat pulak kereta terbang upah pulak engineer mahal-mahal sekadar nak pantau ladang. Bodo ke apa korang ni. Jangan becakap kalau kepala dalam pengaruh gam. Dia punya bodo sebijik macam korang.

Kenapa suka sangat berpikir benda yang bukan-bukan, sepatutnya industri hiliran tu yang patut dikembangkan dengan menggalakan peneroka-peneroka mengusahakan ternakan lembu, kambing, rusa, landak, cendawan. Kalau ternakan-ternakan ini berkembang dan andai kata pokok sawit tu nk mati,mati la! Dah diganti dengan ternakan.


Biarkan dia berjalan secara alami. Kerja kerajaan bekalkan anak-anak kambing, lembu, rusa tu tadi kepada peneroka. Berikan sedikit didikan bagaimana untuk menguruskan ternakan,binaan pagar dan lain-lain.

Binatang ni lasak boleh hidup dalam kebun tu. Secara tak langsung menyumbang kepada keperluan bekalan daging dalam negara. Cili padi, tembikai, terong pipit pon boleh tanam dalam kebun tu.

Apa yang susah sangat. Kau suruh peneroka buat macam-macam tapi subsidi baja pon kerajaan potong, pegawai2 felda pon curi baja macam mana peneroka nak bergerak. Betulkan dulu sistem korang tu. Kalau semua benda ayah nak kena cakap baik ayah jadi Menteri.

Selasa, 5 Mac 2019

UMNO DAN PAS SAH BEKERJASAMA RASMI DEMI UMMAH HARI INI #viralhancing

KUALA LUMPUR: Umno mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya kecil, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti dan senario politik tempatan.

“Kita bekerjasama bagi menyatupadukan orang Melayu dan ummah tanpa meminggirkan agama dan kaum lain.

“Kita bakal meneruskan gerak kerja bersama dalam setiap pilihan raya kecil dan memantapkan kerjasama di peringkat Parlimen dan hasil kerjasama juga akan dibawa kepada rakan-rakan parti.

“Sebab itu mula-mula kita hantar cincin tunang di Sungai Kandis, lepas itu bertunang di Seri Setia, itu yang sekarang sudah kenduri kahwin, kita sudah bersanding,” katanya selepas mesyuarat 2 jam di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini,

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu dan Umno akan terus mencari titik persamaan demi gabungan itu.

“Kita saling menghormati dasar parti dan polisi masing-masing.

“Cuma kita akan terus mencari titik persamaan, khususnya dalam soal penyatuan ummah,” katanya.

FMT

KERETA TERBANG AKAN DIPERKENALKAN PADA TAHUN INI, RAKYAT HARUS BERBANGGA #viralhancing

Kereta terbang yang sering menjadi cita-cita Malaysia nampaknya bakal termakbul, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang akan dipacu dengan teknologi tempatan.


Beliau juga menyatakan bahawa prototaipnya telah pun siap dan akan dipertontonkan kepada umum pada tahun ini.

"Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Pertumbuhan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kereta itu adalah selamat dan berupaya terbang pada altitud rendah dan pada kelajuan munasabah.

"Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta," katanya.

KOMUNITI YANG MENOLAK S STRERAM SEBAGAI CALON AKAN DIHUKUM KATA MB N9 #viralhancing

KUALA KLAWANG: Menteri Besar Aminuddin Harun berkata 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau yang membuat bantahan sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau S Streram sebagai calon pilihan raya kecil DUN Rantau kemungkinan dikenakan tindakan.


Katanya, beliau akan berunding dengan semua pihak sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.

“Bagi saya, apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang serius dan kalau perlu tindakan disiplin, saya akan mengambil tindakan disiplin itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seramai 11 pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Rantau semalam yang sebulat suara menolak Streram sebagai calon PKR DUN Rantau.

Mereka mendakwa Pakatan Harapan yang memilih untuk kalah lebih awal jika pakar buis itu yang bukan anak jati DUN berkenaan tetap dipilih.

Mengulas lanjut, beliau berkata seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya boleh membuat pengumuman ataupun mengadakan sidang media yang kontroversi.

Katanya jika mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati atau bantahan, mereka sepatutnya melalui saluran yang betul.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikut saluran yang tepat. Seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri dan membuat keputusan tanpa berunding dengan kerajaan negeri adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka sebenarnya ada saluran yang boleh disalurkan dan apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang tidak mengikut peraturan,” katanya.

Isnin, 4 Mac 2019

PENEROKA FELDA USAH SAKIT HATI, CADANGAN SAYA SUPAYA TANAM SELAIN SAWIT ITU SEPATUTNYA PENEROKA SETUJU KATA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR 4 Mac - Menteri Industri Utama, Teresa Kok mempersoalkan mengapa pekebun dan peneroka berasa sakit hati terhadap cadangannya agar golongan itu mempunyai tanaman alternatif lain selain bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.


Beliau malah berkata, cadangan itu sejajar dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sendiri pernah memaklumkan untuk tidak bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja. 

"Mengapa mereka rasa sakit hati ? kerana kenyataan yang saya keluarkan itu?

"Bukan sahaja daripada saya malah Perdana Menteri sendiri pernah menyuarakan pandangan kita tidak patut hanya bergantung kepada satu jenis tanaman.

"Jadi saya tidak faham mengapa mereka kecil hati.. Yang kecil hati siapa? Utusan Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia-China, di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, Teresa mencadangkan kepada pekebun supaya beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu seluruh negara.

Namun, tegas beliau, buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai tanaman pengganti.

Sebuah portal hari ini melaporkan peneroka Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa sawit sebaliknya menambah pendapatan mereka dengan menanam tanaman alternatif lain.

Salah seorang peneroka Felda menyifatkan cadangan itu sangat mengecewakan kerana percaya kelapa sawit sangat berbudi kepada warga peneroka dan kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah dalam industri sawit itu sendiri. - UTUSAN ONLINE

PH DAH TIADA MASA, ANGKAT SEGERA ANWAR JADI PM UNTUK PULIH IMEJ KATA ADUN PKR #viralhancing

KATA ADUN Berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) sebanyak dua kali berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, saya percaya kerajaan PH perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mengundang rasa ketidakpuasan hati rakyat.


Saya yakin bahawa untuk menentukan hala tuju masa depan PH, Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai Perdana Menteri ke-8 seperti dipersetujui sebelum ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Anwar mahir dalam urusan ekonomi negara. Pengalaman yang dimiliki oleh beliau sebagai mantan timbalan perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan Malaysia akan menjadi tunjang kekuatan beliau untuk menjadi pemerintah yang berkesan.

Rombakan kabinet

Di samping itu, proses rombakan kabinet perlu dilaksanakan kerana didapati terdapat juga beberapa jemaah menteri tidak memainkan peranan selaras dengan portfolio diberikan. Pegawai-pegawai tertinggi yang tidak efisien di setiap kementerian juga perlu digantikan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dengan berkesan.

Saya berpendapat kekalahan PH di dua PRK bukan kerana rakyat beralih kepada BN tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada PH bahawa hukuman tersebut adalah kerana kegagalan mengotakan janji yang masih menjadi tunggakan kerajaan.

Oleh yang demikian, PH perlu segera bangkit dan memperbetulkan keadaan supaya kerajaan baru ini terus dikekalkan sebagai kerajaan pilihan di PRU15.

Sekiranya PH lewat bertindak kemungkinan besar akan menerima impak yang besar pada PRU15, dengan ini segala usaha yang dilakukan untuk menukar kerajaan yang korup selepas 60 tahun memerintah negara ini menjadi sia-sia dan usaha ke arah membentuk Malaysia Baru tidak tercapai sepenuhnya.

Maka dengan ini saya menyeru agar kerajaan menyegerakan proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dimana ia menjadi satu titik permulaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PH semula.

Seperti dinyatakan di atas pengalaman Anwar ia akan menjadi tunjang kekuataan beliau dan Kerajaan PH. Hubungan baik beliau dengan pemimpin-pemimpin negara luar juga akan membantu negara kita dari segi ekonomi dan memacu negara kita ke arah negara maju.

Di sini saya juga menyarankan kerajaan PH untuk mewujudkan polisi-polisi baru yang relevan dengan keadaan masa kini memandangkan kita masih menggunakan polisi yang sedia ada dimana ia diwujudkan semasa pemerintahan BN. Sebagai kerajaan pemerintah baru, PH harus memperkenalkan polisi-polisi baru demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bagi membuktikan PH sebagai kerajaan prihatin yang mempedulikan rakyat.

Dalam konteks ini, polisi yang menjadi keutamaan buat masa sekarang ialah menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin menekankan bukan sahaja golongan B40 namun semua lapisan rakyat.


Perlu tunai janji manifesto

Sejajar dengan ini, usaha menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PRU14 perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa memandangkan kewangan negara masih terumbang-ambing disebabkan parti pemerintah yang lalu dan kini masih dalam proses pemulihan, kita tetap perlu berusaha untuk mencari jalan untuk menunaikan janji-janji manifesto contohnya penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN dan penstabilan harga minyak.

Kedua-dua perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan pinjaman PTPTN melibatkan pengundi muda manakala harga minyak membabitkan dari anak muda hingga warga emas. Kini di media sosial dapat dilihat anak-anak muda sudah mula menunjukkan rasa ketidakpuashatian terhadap kerajaan PH di ruangan komen.

Anwar merupakan individu yang terbaik dimana beliau berwibawa untuk memperkenalkan jalan penyelesaian atau formula baru menangani peningkatan kos sara hidup di samping merancang hala tuju kerajaan PH. Diharapkan pengumuman proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagai PM ke-8 akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat.

KUMARESAN ARAMUGAM adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Ketua AMK Bayan Baru dan Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang (MPNPP) serta Ketua AMK Bayan Baru.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber Malaysiakini

https://m.malaysiakini.com/news/466459?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

SAYA JANJI TAHUN DEPAN MAHASISWA AKAN DAPAT BAYARAN RM250 KATA DR. MAZLEE

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini berjanji untuk mengembalikan semula bayaran RM250 kepada mahasiswa sepertimana yang dinikmati pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun depan.


Beliau berkata, pada tahun ini, kerajaan hanya  mampu untuk memberikan RM100 kepada mahasiswa di bawah skim baharu,  Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ( BPPT) yang menggantikan BB1M.

Menurutnya, pemotongan itu dibuat kerana kerajaan terpaksa berjimat-cermat untuk pengurusan membayar hutang pemerintah terdahulu berjumlah RM1 trilion.

“Keadaan kewangan semasa turut menyebabkan kadar bantuan kad buku dikurangkan selain keutamaaan kerajaan untuk menyalurkan lain-lain bantuan kepada golongan miskin.

“Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.

“Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Majlis Sepetang YB Dr. Maszlee Malik bersama warga UMK di Kampus Bachok, dekat sini, petang tadi.

Mahasiswa tersebut menuntut supaya kadar BPPT sama dengan BB1M iaitu RM250 yang didebitkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

Sementara itu, menjawab soalan mahasiswa mengenai pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Maszlee berkata, pembayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan RM4, 000 dikekalkan.

Menurutnya, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar pengurusan PTPTN terus memiliki dana untuk membantu pelajar lain yang masih memerlukan bantuan pinjaman.

“Mekanisme yang terbaik sedang dibincangkan dan sekiranya keadaan kewangan semasa negara pulih kita akan lakukan yang terbaik dalam tempoh yang terdekat.

“Bersyukurlah, paling tidak mahasiswa masih menerima bantuan kad buku walaupun pada kadar RM100,” katanya..

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Majlis Sepetang YB Dr. Maszlee Malik bersama warga UMK di Kampus Bachok, dekat sini, petang tadi.

Menurutnya, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar pengurusan PTPTN terus memiliki dana untuk membantu pelajar lain yang masih memerlukan bantuan pinjaman.

Ahad, 3 Mac 2019

KERETA TERBANG UNTUK PANTAU LADANG, IA SANGAT EFEKTIF KATA MENTERI #viralhancing

Kementerian Pembangunan Usahawan mensasarkan penggunaan kereta terbang untuk industri seperti pertanian serta pengangkutan awam.


Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata, bagi industri pertanian, ia boleh digunakan untuk memantau ladang selain menjaga keselamatan di sempadan negara.

“Saya rasa buat masa ini cukup jika kita sasarkan penggunaan kereta terbang untuk industri terlebih dulu kerana masyarakat masih belum boleh menerima teknologi ini.

“Ia juga bukan teknologi yang baru sebaliknya sudah dibangunkan oleh negara maju. Justeru, kita juga perlu seiring dengan kemajuan teknologi dunia agar kita tidak ketinggalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.

Semalam, ketika di Melaka, Redzuan dilaporkan berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohd Redzuan turut menyeru usahawan muda membina budaya keusahawanan dalam diri seiring dengan matlamat kerajaan menjadi negara usahawan menjelang 2020.

Katanya, budaya itu perlu diterapkan dalam setiap diri usahawan muda agar bakat keusahawanan dalam diri mereka dapat dikembangkan.

“Jika kita bersungguh-sungguh untuk menterjemahkan cita-cita negara keusahawanan seperti yang dibentangkan dalam belanjawan negara pada tahun lalu, maka kita mestilah komited membina budaya usahawan yang jitu.

“Kita tidak boleh meminggirkan kepentingan bakat keusahawanan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata, usahawan juga perlu membina jaringan perniagaan seluas mungkin selain mencipta potensi baharu dalam perniagaan.

Katanya, langkah itu akan membuka ruang kepada usahawan muda untuk lebih maju dan berdaya saing sekali gus keluar daripada kelompok B40.

“Kementerian juga akan memberi sepenuh komitmen untuk memperbaiki suasana menerusi dasar keusahawanan yang tuntas dan lebih mesra kepada usahawan muda,” katanya.

BUKAN MUDAH UNTUK PULIHKAN KEROSAKAN YANG DITINGGALKAN KERAJAAN LAMA KATA TPM #viralhancing

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) membaiki sistem berusia 60 tahun yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.


Katanya, usaha itu akan mengambil masa dan ini ditambah dengan beban hutang negara yang banyak, ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Selama 60 tahun kerajaan tidak pernah tukar. Bila kita ambil alih kita tidak ada dana yang mencukupi. Ini fakta…hutang negara kalau kita tidak membayar kita akan menjadi negara yang bankrap.

“Kita (kerajaan PH) baru lapan bulan, tidak mudah membaiki sistem yang dah lama. Ini bukan excuse (alasan). Kita cuba usahakan dengan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat, jawatankuasa demi jawatankuasa macam mana kita nak turunkan kos sara hidup yang kita rasa bebankan rakyat,” katanya ketika berucap pada program Santai Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin. – Bernama

RAKYAT PERLU BERALIH TANAM BULUH LUPAKAN SAWIT KATA MENTERI

Rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara.


Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik.

“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete­ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.

“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The [email protected] di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parli­men Bentong, Wong Tack; Pe­ngerusi Bina Puri Holdings­ Bhd. (Bina Puri), Tan­ Sri Ir. Wong Foon Meng; Pe­ngarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Mathew Tee.

Tambah beliau, selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi menstabilkan harga komoditi itu.



Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntu­ngan.

Sementara itu, mengulas menge­nai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, beliau berkata, perbincangan me­ngenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit.

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?