Isnin, 4 Mac 2019

PENEROKA FELDA USAH SAKIT HATI, CADANGAN SAYA SUPAYA TANAM SELAIN SAWIT ITU SEPATUTNYA PENEROKA SETUJU KATA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR 4 Mac - Menteri Industri Utama, Teresa Kok mempersoalkan mengapa pekebun dan peneroka berasa sakit hati terhadap cadangannya agar golongan itu mempunyai tanaman alternatif lain selain bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.


Beliau malah berkata, cadangan itu sejajar dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sendiri pernah memaklumkan untuk tidak bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja. 

"Mengapa mereka rasa sakit hati ? kerana kenyataan yang saya keluarkan itu?

"Bukan sahaja daripada saya malah Perdana Menteri sendiri pernah menyuarakan pandangan kita tidak patut hanya bergantung kepada satu jenis tanaman.

"Jadi saya tidak faham mengapa mereka kecil hati.. Yang kecil hati siapa? Utusan Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia-China, di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, Teresa mencadangkan kepada pekebun supaya beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu seluruh negara.

Namun, tegas beliau, buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai tanaman pengganti.

Sebuah portal hari ini melaporkan peneroka Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa sawit sebaliknya menambah pendapatan mereka dengan menanam tanaman alternatif lain.

Salah seorang peneroka Felda menyifatkan cadangan itu sangat mengecewakan kerana percaya kelapa sawit sangat berbudi kepada warga peneroka dan kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah dalam industri sawit itu sendiri. - UTUSAN ONLINE

PH DAH TIADA MASA, ANGKAT SEGERA ANWAR JADI PM UNTUK PULIH IMEJ KATA ADUN PKR #viralhancing

KATA ADUN Berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) sebanyak dua kali berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, saya percaya kerajaan PH perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mengundang rasa ketidakpuasan hati rakyat.


Saya yakin bahawa untuk menentukan hala tuju masa depan PH, Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai Perdana Menteri ke-8 seperti dipersetujui sebelum ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Anwar mahir dalam urusan ekonomi negara. Pengalaman yang dimiliki oleh beliau sebagai mantan timbalan perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan Malaysia akan menjadi tunjang kekuatan beliau untuk menjadi pemerintah yang berkesan.

Rombakan kabinet

Di samping itu, proses rombakan kabinet perlu dilaksanakan kerana didapati terdapat juga beberapa jemaah menteri tidak memainkan peranan selaras dengan portfolio diberikan. Pegawai-pegawai tertinggi yang tidak efisien di setiap kementerian juga perlu digantikan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dengan berkesan.

Saya berpendapat kekalahan PH di dua PRK bukan kerana rakyat beralih kepada BN tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada PH bahawa hukuman tersebut adalah kerana kegagalan mengotakan janji yang masih menjadi tunggakan kerajaan.

Oleh yang demikian, PH perlu segera bangkit dan memperbetulkan keadaan supaya kerajaan baru ini terus dikekalkan sebagai kerajaan pilihan di PRU15.

Sekiranya PH lewat bertindak kemungkinan besar akan menerima impak yang besar pada PRU15, dengan ini segala usaha yang dilakukan untuk menukar kerajaan yang korup selepas 60 tahun memerintah negara ini menjadi sia-sia dan usaha ke arah membentuk Malaysia Baru tidak tercapai sepenuhnya.

Maka dengan ini saya menyeru agar kerajaan menyegerakan proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dimana ia menjadi satu titik permulaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PH semula.

Seperti dinyatakan di atas pengalaman Anwar ia akan menjadi tunjang kekuataan beliau dan Kerajaan PH. Hubungan baik beliau dengan pemimpin-pemimpin negara luar juga akan membantu negara kita dari segi ekonomi dan memacu negara kita ke arah negara maju.

Di sini saya juga menyarankan kerajaan PH untuk mewujudkan polisi-polisi baru yang relevan dengan keadaan masa kini memandangkan kita masih menggunakan polisi yang sedia ada dimana ia diwujudkan semasa pemerintahan BN. Sebagai kerajaan pemerintah baru, PH harus memperkenalkan polisi-polisi baru demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bagi membuktikan PH sebagai kerajaan prihatin yang mempedulikan rakyat.

Dalam konteks ini, polisi yang menjadi keutamaan buat masa sekarang ialah menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin menekankan bukan sahaja golongan B40 namun semua lapisan rakyat.


Perlu tunai janji manifesto

Sejajar dengan ini, usaha menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PRU14 perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa memandangkan kewangan negara masih terumbang-ambing disebabkan parti pemerintah yang lalu dan kini masih dalam proses pemulihan, kita tetap perlu berusaha untuk mencari jalan untuk menunaikan janji-janji manifesto contohnya penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN dan penstabilan harga minyak.

Kedua-dua perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan pinjaman PTPTN melibatkan pengundi muda manakala harga minyak membabitkan dari anak muda hingga warga emas. Kini di media sosial dapat dilihat anak-anak muda sudah mula menunjukkan rasa ketidakpuashatian terhadap kerajaan PH di ruangan komen.

Anwar merupakan individu yang terbaik dimana beliau berwibawa untuk memperkenalkan jalan penyelesaian atau formula baru menangani peningkatan kos sara hidup di samping merancang hala tuju kerajaan PH. Diharapkan pengumuman proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagai PM ke-8 akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat.

KUMARESAN ARAMUGAM adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Ketua AMK Bayan Baru dan Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang (MPNPP) serta Ketua AMK Bayan Baru.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber Malaysiakini

https://m.malaysiakini.com/news/466459?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

SAYA JANJI TAHUN DEPAN MAHASISWA AKAN DAPAT BAYARAN RM250 KATA DR. MAZLEE

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini berjanji untuk mengembalikan semula bayaran RM250 kepada mahasiswa sepertimana yang dinikmati pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun depan.


Beliau berkata, pada tahun ini, kerajaan hanya  mampu untuk memberikan RM100 kepada mahasiswa di bawah skim baharu,  Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ( BPPT) yang menggantikan BB1M.

Menurutnya, pemotongan itu dibuat kerana kerajaan terpaksa berjimat-cermat untuk pengurusan membayar hutang pemerintah terdahulu berjumlah RM1 trilion.

“Keadaan kewangan semasa turut menyebabkan kadar bantuan kad buku dikurangkan selain keutamaaan kerajaan untuk menyalurkan lain-lain bantuan kepada golongan miskin.

“Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.

“Itulah sebahagian hasil perbincangan mengenai perkara itu (kad buku) untuk tahun ini. Saya pohon maaf dan berjanji akan berusaha mendapatkan jumlah yang asal pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Majlis Sepetang YB Dr. Maszlee Malik bersama warga UMK di Kampus Bachok, dekat sini, petang tadi.

Mahasiswa tersebut menuntut supaya kadar BPPT sama dengan BB1M iaitu RM250 yang didebitkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

Sementara itu, menjawab soalan mahasiswa mengenai pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Maszlee berkata, pembayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan RM4, 000 dikekalkan.

Menurutnya, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar pengurusan PTPTN terus memiliki dana untuk membantu pelajar lain yang masih memerlukan bantuan pinjaman.

“Mekanisme yang terbaik sedang dibincangkan dan sekiranya keadaan kewangan semasa negara pulih kita akan lakukan yang terbaik dalam tempoh yang terdekat.

“Bersyukurlah, paling tidak mahasiswa masih menerima bantuan kad buku walaupun pada kadar RM100,” katanya..

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Majlis Sepetang YB Dr. Maszlee Malik bersama warga UMK di Kampus Bachok, dekat sini, petang tadi.

Menurutnya, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar pengurusan PTPTN terus memiliki dana untuk membantu pelajar lain yang masih memerlukan bantuan pinjaman.

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...