Sabtu, 16 Mac 2019

AKIBAT TERLALU RASIS, SENATOR DIHEMPUK TELUR TEPAT DIKEPALANYA #viralhancing

Senator Queensland, Fraser Anning yang membuat kenyataan perkauman berhubung insiden pembunuhan di dua buah masjid di Christchurch semalam, terkejut apabila seorang remaja memecahkan sebiji telur di kepalanya.


Kejadian berlaku semasa Anning ditemubual oleh media sambil didengari oleh kira-kira 100 penyokongnya di sini hari ini sebelum seorang remaja yang berdiri di belakang beliau bertindak mengetuk sebiji telur ke atas kepala senator tersebut.

Anning kemudiannya menumbuk remaja berkenaan sebanyak dua kali sebelum dileraikan oleh seorang pengacara televisyen.

Remaja tersebut turut dibelasah oleh penyokong-penyokong Anning sebelum dibawa keluar oleh polis yang sedang bertugas.

Semalam, Anning mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan program penghijrahan dan orang Islam sebagai punca insiden pembunuhan di Christchurch.

Katanya, meskipun dalam kejadian semalam, orang Islam adalah mangsa kerana ditembak mati ketika menunaikan solat Jumaat namun kejadian tersebut berlaku akibat kebanjiran pendatang dan penganut agama Islam sendiri.

Kenyataan tersebut mendapat kecaman di seluruh dunia kerana tidak sensitif. – Agensi

Jumaat, 15 Mac 2019

TRAGEDI BERDARAH DI NEW ZEALAND, ADUN DAP KAITKAN KERJASAMA PAS DAN UMNO? MELAMPAUNYA #viralhancing

Seorang Adun DAP mendakwa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.


Chew Chong Sin dalam kenyataannya turut menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama Umno dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing..” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak pilihan raya umum lalu, perhatian tertumpu kepada isu mengenai kaum dan agama apabila Umno dan PAS mendakwa Pakatan Harapan (PH) gagal melindungi kepentingan kaum Melayu dan Islam di negara ini

Sementara itu, Chew berkata kerajaan mengusir enam warga Mesir dan seorang rakyat Tunisia yang disyaki ada hubung kait dengan kumpulan militan Islam.

Sambil menggesa pihak polis supaya memperketatkan pengawasan, Adun Mengkibol itu berkata siasatan mendapati warga asing berkenaan cuba menjadikan Malaysia sebagai lokasi selamat.

“Mereka menyelinap masuk ke negara kita menggunakan pasport palsu, berkahwin dengan penduduk tempatan, (memohon dengan alasan) untuk menyambung pengajian atau menjalankan perniagaan di sini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengutuk insiden serangan di Christchurch yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan.

“Tiada agama yang membenarkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan kejadian ini adalah bertentangan dengan ajaran semua agama.

“DAP berharap agar keluarga-keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch akan dapat melalui peristiwa jenayah yang tragik ini dengan penuh kesabaran dan rasa belas kasihan terhadap mangsa-mangsa kejadian,” jelasnya.

Lim berkata DAP juga berharap agar rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan itu selamat dan segera sembuh.

“Doa dan harapan kami agar rakyat Malaysia dan masyarakat di Christchurch yang terperangkap dalam serangan ini kekal selamat,” kata Lim.

40 TERKORBAN DALAM SERANGAN HILANG PEDOMAN TERHADAP JEMAAH MASJID DI NEW ZEALAND, INI SATU TRAGEDI SEDIH #viralhancing

Tragedi solat Jumaat: 40 terkorban dalam tembakan rambang Christchurch









KUALA LUMPUR: Sekurang-kurang 40 orang terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch sewaktu solat Jumaat hari ini.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan jumlah kematian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV tempatan (NZ)

Setakat ini, empat individu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan oleh pihak berkuatkuasa New Zealand.

[PENCEMARAN TOKSIK] SERAMAI 3,555 MANGSA BAHARU, DARURAT TIDAK PERLU, MASIH TERKAWAL #viralhancing

PASIR GUDANG - Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.


Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan  awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 780 yang dirujuk sehingga malam tadi, hanya 202 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Dan daripada 202 kes pula, seramai 113 individu dimasukkan hospital iaitu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Sahruddin berkata, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - K! ONLINE.

Khamis, 14 Mac 2019

[ISU PENCEMARAN KIMIA] TIDAK PERLU ISYTIHAR DARURAT, IA TERKAWAL KATA MB JOHOR #viralhancing

Kes pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang telah mengakibatkan 18 buah sekolah terpaksa ditutup. Laporan terkini tiada sebarang kematian dan hanya seramai 506 pesakit yang telah dirawat.


Menurut laporan Sinar Online, Menteri Besar Johor, Dato Osman Sapian ketika di sidang media di Menara Aqabah menyifatkan keadaan itu masih terkawal dan tidak perlu diisytiharkan sebagai darurat.

Menteri Besar Johor mengesahkan pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor itu tidak perlu diisytiharkan sebagai darurat. Hal ini kerana situasi di kawasan tersebut masih terkawal berdasarkan laporan jabatan berkaitan.


Sebenarnya benda ini tidak ada menjejaskan begitu teruk kalau  kita lihat hari ini. Itupun bukan sepanjang masa, mengikut keadaan. Kadang-kadang semasa panas, haba akan naik.

Kita lihat setiap laporan jabatan-jabatan ini, bukan satu perkara sehingga kita boleh anggap sehingga ada macam kita kena ‘declare’ darurat dan sebagainya, tidak. Jauh daripada itu, dalam keadaan terkawal.

YB Dato Osman Sapian berkata pihak tertentu akan cuba sedapat upaya agar pencemaran ini tidak merebak kepada murid lain. Mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 hari proses pemulihan keadaan selepas tindakan di ambil.


Tambahnya lagi, penduduk di kawasan perumahan terdekat perlu dipindahkan segera. Bagaimanapun kawasan perumahan tersebut tidak terjejas melainkan sekolah-sekolah berhampiran.

Kerana sekolah ini dia terdedah. Rumah ini dia tutup pintu dan sebagainya. Dan mereka yang duduk di rumah ini biasanya mereka tidak keluar waktu siang hari dan sebagainya. Dan sebahagiannya daripada kerja.

Kalau ikutkan laporan bancian, perumahan ini dia tidak begitu terjejas. Yang terjejas adalah sekolah.

Sumber SinarOnline

KERAJAAN PH PERAK GOYAH, PAS DAN UMNO BAKAL AMBIL ALIH TAMPUK KUASA? #viralhancing

IPOH: Beberapa pemimpin kanan UMNO dan Pas Perak mengadakan mesyuarat tertutup di Ibu Pejabat Pas Perak di sini malam tadi.



Mengetuai UMNO pada mesyuarat itu adalah Pengerusi Perhubungan Perak, Datuk Saarani Mohamad manakala Pas Perak pula diketuai Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.

Antara pemimpin UMNO yang turut hadir adalah Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Antara yang mewakili Pas Perak pula adalah Timbalan Pesuruhjayanya, Muhamad Ismi Mat Taib dan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Mesyuarat yang bermula sekitar pukul 8 malam itu berakhir sebelum pukul 10 malam.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Saarani hanya memaklumkan bahawa ia cuma pertemuan di peringkat negeri selepas kedua-dua parti itu mengadakan pertemuan di peringkat pusat pada 5 Mac lalu.

Malah, beliau menafikan ada perbincangan berkenaan cubaan untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri Perak.

“Kita berbincang, bersembang dan suai kenal. Kita juga mengenalpasti punca, masalah dan cara mengatasinya, berkenaan politik semasa.

“Kita tidak ada bincang berkenaan cubaan merampas semula kerajaan negeri,” katanya kepada Astro AWANI.

Baca seterusnya.. http://www.astroawani.com/berita-politik/umno-pas-perak-bertemu-peralihan-kerajaan-rakyat-perlu-siap-sedia-201088

Rabu, 13 Mac 2019

MUFTI PERLIS MENYESAL MENYOKONG PAKATAN HARAPAN #viralhancing

ARAU 13 Mac - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberikan anologi mengenai pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan Barisan Nasional (BN) memerintah negara iaitu ibarat menggantikan isteri baharu yang gagal menguruskan rumah tangga.


Katanya, mentalakkan isteri yang curang walaupun cantik dan pandai memasak bukanlah merupakan satu kesilapan.

“Namun, menggantikan isteri tersebut dengan isteri baharu yang amat gagal menguruskan rumah tangga merupakan satu kesilapan. Kadang-kala kesan kesakitan perasaan akibat isteri yang tidak tahu dan gagal menguruskan rumah tangga itu hampir sama dengan yang curang.

“Cumanya pada sudut yang berbeza-beza. Apa yang penting, kedua-dua jenis wanita itu tidak wajar diambil sebagai isteri. Demikianlah juga adanya dalam membuang dan menggantikan sesebuah pentadbiran atau pemerintahan,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Selepas 10 bulan memerintah kerajaan PH terus menerima kritikan berikutan kegagalan menunaikan manisfesto selain pelbagai masalah lain yang mengundang kebimbangan rakyat.- UTUSAN ONLINE

[GEMPAR] PENJAWAT AWAM BAKAL KENA BERHENTI? INI JAWAPANNYA #viralhancing

Terkini

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dalam Proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019* mengikut kadar berikut peratus dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan Awam

sebelum PRU mereka janji begini

2019 - 1% bermakna 16,200 orang akan ditamatkan kontrak , pemberitahuan pemberhentian bekerja .

2020 - 2% bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan

2021 - 2% lagi bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan

Nisbah ini utk 3 tahun awalan dari 2019 - 2021 dahulu.

Jumlah keseluruhan 80,000ribu orang untuk tempoh 3 tahun ini.
Sekian .

Sumber
JPA Malaysia

Yang kena berhenti ucaplah tahniah pd kerajaan PH jgn sesekali merungut dan marah . Harap senyum .
Anda yang pilih sendiri wahai kakitangan Awam.

👍👍👍👌👌👌

Selasa, 12 Mac 2019

DAP USAHLAH KETERLALUAN KRITIK KERJASAMA PAS DAN UMNO KATA DS MOHD. REDZUAN #viralhancing

PUTRAJAYA 12 Mac - Kelantangan pemimpin DAP yang mengkritik kerjasama UMNO dan Pas sehingga mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya bukan melambangkan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.


Tegas Menteri Pembangunan Usahawan itu, kelantangan DAP itu tidak perlu dilihat seolah-olah ia dari sudut "Kerajaan vs Pembangkang" .

“Hakikatnya DAP yang sebenarnya mengundang polarisasi kaum kerana selama ini tidak jujur dalam menghayati Perlembagaan secara keseluruhan.

“Malah sejak merdeka lagi kaum Cina tidak mahu dengan konsep satu sekolah satu bahasa sebagai contoh,”

Mohd. Redzuan berkata, di negara-negara maju lain sebagai perbandingan, tiada kebebasan seperti yang dinikmati di Malaysia contohnya sekolah vernakular yang hanya boleh didapati di negara ini sahaja.

“Jangan salahkan "perkahwinan UMNO- Pas" dengan melabelkan mereka dengan Taliban, strategi bumi hangus dan mengisytihar perang terhadap bukan Melayu,” ujar beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan.

Tambahnya, DAP perlu sedar suka atau tidak, malapetaka mungkin berlaku sekiranya DAP mahupun kaum Cina menolak untuk menghormati satu bahasa kebangsaan, satu sistem persekolahan untuk semua kaum serta menghormati dan menerima equitable shared prosperity.

Kata beliau, ia penting untuk difahami kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai komposisi kaum yang pelbagai.

“Maka adalah penting semangat tolak ansur dan saling bertoleransi antara kaum diperkukuhkan dan janganlah bertindak hanya sebagai hero untuk sesuatu kaum sahaja,” ujar Mohd. Redzuan lagi. - UTUSAN ONLINE

PENJAWAT AWAM AKAN DIKURANGKAN KERANA KERAJAAN MENGALAMI BEBANAN KEWANGAN KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta.


Perdana menteri berkata, kerajaan menyediakan pilihan kepada penjawat awam berpindah ke syarikat swasta.

“Kita sedang meneliti untuk tentukan apabila kehilangan jawatan dalam kerajaan, apakah mereka dapat pindah kepada pihak lain di swasta,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

“Ada beberapa jabatan dalam kerajaan seperti mana kita lakukan kepada Telekom dulu. Kita pindah, jadikan Telekom swasta dan kita pindahkan pekerja-pekerja, ini pilihan mereka.”

Pada 21 Februari lalu, Mahathir dilaporkan berkata, penjawat awam di negara ini terlalu ramai dan ia perlu dikurangkan dengan digantikan teknologi maklumat serta komputer.

Katanya, 1.7 juta penjawat awam ketika ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan besar.

FMT

Sebelum PRU, Pakatan Harapan mengatakan usah risau mengundi selain BN kepada penjawat awam dan jaminan mereka bila memilih PH akan lebih baik.

https://www.roketkini.com/2018/03/08/kakitangan-awam-jangan-takut-undi-selain-bn/

Isnin, 11 Mac 2019

ISU STATUT ROME - TUNKU ISMAIL BUKANNYA WAKIL RAKYAT KATA TUN MAHATHIR #viralhancing

KUALA LUMPUR 11 Mac - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa berselindung berkata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bukan seorang wakil rakyat.

Gambar-BHonline

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Tunku Ismail yang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

“Dia bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Tunku Ismail dalam laman Facebook milik beliau semalam berkata, penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

“Artikel 27 Statut Rom memperuntukkan bahawa kekebalan atau peraturan-peraturan khas yang terpakai bagi seseorang semasa menyandang jawatan rasminya di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa tidak boleh menghalang Mahkamah Jenayah Antarabangsa daripada melaksanakan bidang kuasanya ke atas orang sedemikian.

“Artikel ini merupakan salah satu aspek penting kerana ia menyentuh isu kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 32 (1), Perkara 181(2), Perkara 182 dan Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.-UTUSAN ONLINE

KERANA DENDAM TERHADAP NAJIB, APA SUDAH JADI DENGAN MALAYSIA BAHARU TUN? #viralhancing

Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr.Mahathir Mohamad, apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu? Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru.


Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Putrajaya, ahli politik mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara kepada seorang lelaki menghina nabi dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) membela DAP yang dianggap biadab kerana mengecam kerjasama UMNO-Pas.

Apakah ini kesannya apabila Dr.Mahathir dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum PRU-14 begitu beria-ia mempertahankan kebebasan bersuara, amalan demokrasi yang dilihat tidak terbatas dan sanggup bekerjsama kepada pemimpin DAP kerana dendam politik?

Bahananya, golongan LGBT semakin berani bersuara menuntut hak mereka.

DAP pula semakin besar kepala. Kerjasama UMNO-Pas ditentang habis-habisan walaupun ia demi penyatuan ummah.

Penyatuan itu digambarkan akan membawa pemerintahan Taliban ke negara ini, tiada langsung rasa hormat mereka kepada usaha menyatukan umat Islam.

Malaysia Baharu menjadi haru biru kerana Dr.Mahathir yang dianggap pemimpin bijak terpaksa bekerja dengan beberapa menteri yang tidak ‘cerdik’.

Mereka membuat kenyataan tanpa berfikir panjang sehingga akhirnya menyebabkan kerajaan dikecam. Ada pula yang mempertahankan DAP habis-habisan kerana mungkin sudah terhutang budi.

Tetapi semua itu berlaku kerana Dr.Mahathir disifatkan oleh pelbagai pihak membentuk Malaysia Baharu dalam keadaan tergopoh-gapah dan tanpa menduga PH akan menang.

Kesimpulannya Dr.Mahathir perlu menghentikan tindakan pihak tertentu memperalatkan kebebasan bersuara tidak bertempat seperti memperjuangkan hak LGBT, tetapi ia adalah tuntutan tidak bermoral dan amat bertentangan dengan tata susila masyarakat negara ini serta agama Islam.

Lagipun kita amat tahu sentimen Dr.Mahathir dalam soal LGBT, apa yang perlu beliau lakukan ialah menunjukkan ketegasan.

Begitu juga dengan DAP, Dr.Mahathir perlu berani menegur pemimpin-pemimpin parti tersebut supaya jangan melampaui batas dalam bercakap perkara berkaitan orang Melayu dan umat Islam.

Selain itu, rombakan Kabinet perlu dilakukan, mana-mana menteri atau timbalan menteri yang dilihat ‘tidak cerdik’ gugurkan sahaja.

Dr.Mahathir juga tidak harus memandang buruk kerjasama UMNO-Pas. Beliau tidak perlu takut apa-apa kerana bukankah parti-parti dalam PH hebat-hebat belaka.

Apakah Dr.Mahathir pun tidak percaya kepada kekuatan Bersatu untuk melawan UMNO atau ‘kehebatan’ Amanah melawan Pas? Sama ada kerjasama itu akan berjaya atau tidak, biarlah rakyat menentukan.

Dr.Mahathir ada kesempatan untuk memperbetulkan semua ini. Lakukanlah! – UTUSAN ONLINE

MENTERI PERPADUAN MELAWAT NEW DELHI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Lu...