Sabtu, 16 Mac 2019

AKIBAT TERLALU RASIS, SENATOR DIHEMPUK TELUR TEPAT DIKEPALANYA #viralhancing

Senator Queensland, Fraser Anning yang membuat kenyataan perkauman berhubung insiden pembunuhan di dua buah masjid di Christchurch semalam, terkejut apabila seorang remaja memecahkan sebiji telur di kepalanya.


Kejadian berlaku semasa Anning ditemubual oleh media sambil didengari oleh kira-kira 100 penyokongnya di sini hari ini sebelum seorang remaja yang berdiri di belakang beliau bertindak mengetuk sebiji telur ke atas kepala senator tersebut.

Anning kemudiannya menumbuk remaja berkenaan sebanyak dua kali sebelum dileraikan oleh seorang pengacara televisyen.

Remaja tersebut turut dibelasah oleh penyokong-penyokong Anning sebelum dibawa keluar oleh polis yang sedang bertugas.

Semalam, Anning mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan program penghijrahan dan orang Islam sebagai punca insiden pembunuhan di Christchurch.

Katanya, meskipun dalam kejadian semalam, orang Islam adalah mangsa kerana ditembak mati ketika menunaikan solat Jumaat namun kejadian tersebut berlaku akibat kebanjiran pendatang dan penganut agama Islam sendiri.

Kenyataan tersebut mendapat kecaman di seluruh dunia kerana tidak sensitif. – Agensi

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...