Sabtu, 23 Mac 2019

SALAH GUNA MEDIA SOSIAL - SKMM SERBU 11 LOKASI RAMPAS TELEFON BIMBIT DAN KOMPUTER RIBA #viralhancing

CYBERJAYA – Sebanyak 11 lokasi di beberapa buah negeri diserbu Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) awal minggu ini atas pelbagai kesalahan termasuk perbuatan menghantar kandungan yang bersifat lucah seperti video seks, lapor Kosmo.


Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, kesalahan lain yang dilakukan menjurus kepada penghantaran perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang jelik dan menghina, serta kandungan mengancam dengan niat untuk menganggu dan menyakitkan hati orang lain.

Menurutnya, operasi serbuan yang mendapat sokongan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu antara lain sebahagian usaha untuk mengekang penyalahgunaan media sosial di negara ini.

“Dalam operasi serbuan itu, rakaman percakapan turut diambil daripada suspek manakala beberapa peranti komunikasi, kad SIM, kad memori, komputer riba dan cakera keras turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Tindakan ini susulan aduan yang diterima daripada mangsa mengenai kandungan yang dilarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Jumaat, 22 Mac 2019

PAKATAN HARAPAN AKAN TUNAIKAN MANIFESTO DALAM TEMPOH 5 TAHUN, HARAP RAKYAT BERSABAR KATA KM MELAKA #viralhancing

Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) memerlukan tempoh lima tahun bagi melengkapkan segala tawaran manifesto yang dijanjikan kepada rakyat negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, tempoh itu diperlukan kerana sebahagian daripada tawaran manifesto melibatkan pinjaman mikrokredit yang memerlukan dana daripada kerajaan Pusat.


Katanya, pinjaman atau modal itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan Pusat dan kebiasaannya ia akan diterima oleh peminjam pada tahun kedua.

“Saya mengesahkan kita (kerajaan PH) memerlukan tempoh lima tahun untuk tunaikan janji (manifesto) kerana sebahagian daripada manifesto itu melibatkan dana yang perlu diluluskan di peringkat Pusat.

“Sebahagian daripada tawaran manifesto itu perlu tempoh tapi kita yakin semua janji itu boleh dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas tamat Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Seri Negeri sebentar tadi.

Sebelum itu pada sesi ucapan penangguhan persidangan tersebut, Adly (PH-Bukit Katil) memaklumkan kerajaan negeri telah melaksanakan lebih daripada 50 peratus daripada 85 tawaran manifesto pada PRU-14 sehingga bulan lalu.

Antara pelaksanaan tawaran manifesto kerajaan PH yang telah dilaksanakan adalah perkhidmatan bas percuma di pusat bandar, tanah milik orang Melayu berstatus pajakan dibenar untuk tukar kepada tanah adat Melaka (MCL) dan menetapkan semua operasi pengeluaran hasil hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dihentikan sementara waktu bermula 1 Julai lalu.

Turut ditunaikan adalah pemansuhan bayaran letak kenderaan di seluruh negeri setiap Sabtu dan Ahad, mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). - UTUSAN ONLINE

CERDIKNYA KIASU MEMAINKAN PERANAN MEROSAKKAN UKHWAH ISLAM

Bila dilihat situasi kritikal yang berlaku di tanah air sendiri. Melihat banyak perkara halus dan tajam yang orang Melayu tetap dikhayalkan kononnya DAP itu lebih baik dari parti Melayu yang ada di Malaysia ini seperti PAS dan UMNO.


Politik yang nampak sudah perbezaan antara kuasa majoriti dikawal oleh minoriti.

Tidak ada siapa yang nak nafikan keadaan ini. Walaupun kita nampak yang Perdana Menteri itu orang Melayu.

Kata-kata pujangga dahulu, tanah ini milik orang memang benar terjadi dan sudah pasti terjadi.

Kita lihat keadaan orang Felda, Felcra, Petani dan Nelayan.

Apa benar mereka ini terbela? Anak muda pula yang beriya menyokong kerana PTPTN bakal mansuh, khabarnya hanya dapat RM100 sahaja, itupun tah bila boleh dapat.

Hak bersuara pula, kalau dulu zaman Najib kita lihat golongan maki hamun tidak dapat dikawal, sekarang hak bersuara yang lebih-lebih dah tidak boleh.

Kita lihat DAP menjaga kesatuan orang Cina, kolej-kolej cina dapat peruntukan on the spot, tu yang kita nampak, perkara lain kita tak pasti.

Tetapi betullah kata pujangga, Melayu ini sedang diuji, kalau tidak sedar dan insaf juga, maka terimalah akibat perbuatan itu pada masa akan datang, anak cucu kita juga mendapat.

Moga sinar untuk kuasa orang Melayu pada PRU15 nanti.

Khamis, 21 Mac 2019

INDEKS KEBAHAGIAAN JATUH SEBAB NAJIB BUKAN SEBAB KERAJAAN PAKATAN HARAPAN KATA KHALID SAMAD #viralhancing

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengulas kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak yang berkata kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merosot teruk kerana rakyat ditipu kerajaan PH.



Pemimpin Amanah itu mengucapkan terima kasih kepada Najib yang sedang berhadapan pertuduhan di mahkamah berkaitan skandal 1MDB kerana berminat dengan isu tersebut, berkata bekas perdana menteri mungkin menjadi penyumbang utama terhadap kemerosotoan indeks kebahagaian.

"Saya yakin indeks kebahagiaan peribadinya telah menjunam," katanya kepada Malaysiakini.

Pada hantaran Facebook hari ini, Najib menyindir Khalid atas ucapannya semalam yang memuji kedudukan Malaysia di tangga ke-35 Indeks Kebahagiaan 2018.

MP Pekan berkata beberapa jam selepas ucapan menteri itu, Indeks 2019 mendedahkan Malaysia menjunam jatuh ke tangga ke-80.

Hal ini, kata bekas presiden Umno berpunca daripada penipuan PH mengenai keadaan ekonomi yang teruk.

Tinjauan tiga tahun

Menurut laporan PBB, dapatan pada tahun 2019 itu berdasarkan tinjauan selama tiga tahun dari 2016 hingga 2018, ketika Najib masih lagi menjadi perdana menteri.

Khalid juga berkata "skandal Najib mula difahami" ketika laporan 2018 yang mengambil kira tinjauan dari 2015, 2016 dan 2017 diterbitkan.

Sementara itu, beliau memaklumkan laporan 2019 turut melibatkan tinjauan dari 2018.

"Pada tempoh separuh pertama tahun 2018, rakyat memang tidak gembira. Itu sebabnya mereka membuang Najib (pada PRU14).

"Tempoh separuh kedua 2018 juga sukar. Sebahagian orang gembira kerana Najib tidak lagi menjadi perdana menteri, manakala sebahagian lain susah hati atas sebab yang sama.

"Orang ramai merasakan Malaysia masih belum pasti arah tujuannya. Banyak projek yang dihentikan kerana disemak semula pentadbiran baru," katanya lagi.

Menurut Khalid orang ramai umumnya merasa sedih kerana kesan pentadbiran terdahulu mula disedari.


Menteri menjelaskan ketika berucap semalam beliau tidak mengumumkan hasil bagi tahun 2019, lantaran itu beliau tidak menyentuh masalah yang dihadapi ketika tempoh peralihan.

"Bagaimanapun saya yakin ia akan diselesaikan dan kedudukan kami akan bertambah baik apabila kami dapat membetulkan keadaan," jelasnya.

Malaysiakini

ADUN BERSATU MOHON KERAJAAN SELANGOR JADI PENGELUAR TANAMAN GANJA #viralhancing

Seorang wakil rakyat Bersatu hari ini memohon kerajaan Selangor mempertimbangkan cadangan bagi melaksanakan penanaman ganja.



Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata negeri itu berpotensi menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia, lapor Malay Mail.

"Izinkan saya memberi contoh. Anda boleh mendapat RM3,000 seekar dalam setahun untuk minyak sawit.

“Tetapi ganja boleh membawa hasil pulangan sehingga RM9 juta setahun ... satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun.

"Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan, " Mohd Shaid dipetik sebagai berkata.


Kenyataannya itu disambut gelak tawa daripada Adun yang lain.

Beliau berkata penanaman untuk tujuan penyelidikan dan eksport perubatan sesuai dibuat di Kuala Selangor yang dirancang sebagai kawasan pertanian.

Mohd Shaid Rosli berkata, Akta Dadah Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Bagaimanapun, cadangan Adun Jeram itu disanggah Adun Ijok, Dr Idris Ahmad dengan menyatakan apa yang dikemukakan Mohd Shaid akan menyukarkan soal penguatkuasaan dalam isu tersebut.


"Mengikut sejarah, ganja digunakan sebagai ubat tetapi ia telah disalahgunakan, seperti candu dan morfin. Ini adalah ubat berbahaya yang mesti dikawal.

"Dan saya juga seorang doktor yang mana saya tahu masalah mengenai ubat terkawal ini yang memerlukan penguatkuasaan yang sangat baik," kata pakar perubatan itu.

Mengakui perkara itu, Mohd Shaid berkata lokasi bagi penanaman dan pemprosesan juga dicadangkan dilaksanakan di satu kawasan dan hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

"Jangan risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat," katanya.

PENGURUSAN MASJID UM LAPOR POLIS PROGRAM 'BOSSKU'

Pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya membuat laporan polis berhubung penganjuran program melibatkan bekas pengerusi BN Najib Razak di masjid itu yang direncanakan esok.



Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, laporan itu berkata pihak pengurusan masjid tidak dimaklumkan lebih awal berhubung program berkenaan.

"Tujuan laporan polis ini dibuat adalah sebagai perlindungan diri bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kerana program tersebut tidak dimaklumkan terlebih awal kepada pihak masjid," kata laporan polis itu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Amanah Lembah Pantai Mohd Hishamuddin A Hamid menyifatkan program itu sebagai memperalat masjid.

"Amanah Lembah Pantai mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan institusi mulia seperti masjid bagi meraih sokongan dan simpati kepada mereka.

"Program seperti yang disebarkan mungkin suatu propaganda murahan berikutan kekalahan golongan pro rejim lama dalam pilihan raya kampus UM baru-baru ini,” katanya seperti dipetik Malaysia Dateline.


Laporan portal itu turut memuat naik grafik poster bertajuk Sembang Santai Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Bersama #Bossku, yang dipercayai merujuk kepada program yang dimaksudkan.

Sehubungan itu, Hishamuddin turut menggesa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan.

"Kami berpendapat pihak Jawi semestinya perlu bertindak supaya institusi masjid tidak tercemar dari kepentingan pihak tertentu," katanya.

Malaysiakini

Rabu, 20 Mac 2019

SUBSIDI HAJI AKAN DIKURANGKAN KATA MENTERI AGAMA #viralhancing

Kerajaan akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, konsep berkenaan akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada TH.



“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.

“TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripada sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu tindakan sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji.

Mujahid berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

“Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920,

maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja.

“Tidak naik, tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu berkaitan kuota haji yang diterima iaitu pakej muassasah kurang menyebabkan penggiliran lebih lama, Mujahid berkata, kuota Malaysia ialah 30,200 orang

“Dalam pembahagian, kita akan tumpukan lebih kepada pakej muassasah kerana layak mendapat bantuan subsidi daripada TH manakala pakej swasta, bayaran lebih tinggi,” katanya.


Sumber Harian Metro

UMNO DAN PAS PERLU SELESAIKAN PEMBAHAGIAN KERUSI KATA DAP

Kerjasama UMNO-Pas harus menyelesaikan masalah pokok iaitu pembahagian kerusi melibatkan 38 kerusi bertindih di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Gambar-Sumber Utusan

Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, perkara itu perlu diselesaikan jika kerjasama UMNO dan Pas benar-benar ikhlas.

Menurutnya, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pas bertanding 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan UMNO bertanding 38 kerusi, yang mana jumlah kerusi yang bakal bertindih menyaksikan pertembungan sebanyak 38 kerusi.

“Jadi siapa parti yang hendak bertanding? Di Selinsing misalnya Barisan Nasional (BN) dan Pas hanya berbeza 97 majoriti.

“Bagaimana sekarang. Pas hendak bantu UMNO ke atau UMNO hendak bantu Pas?,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kar Hing turut mempersoalkan tindakan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad yang didakwa hanya membangkitkan penipuan dan spekulasi apabila mendakwa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri tidak stabil, kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut merestui pertukaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang negeri itu adalah bersifat bermusim dan sering membangkitkan isu setiap kali menjelangnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan persidangan seterusnya bakal diadakan pada 16 April ini.

Beliau meminta Saarani supaya menghentikan segala spekulasi dan usaha untuk memburuk-burukkan nama Perak yang mematahkan keyakinan pelabur serta segala pembangunan yang sepatutnya dijalankan di negeri ini.

“Pentadbiran Pakatan Harapan adalah stabil dan kukuh di negeri ini dan kami bersama rakan lain, menyokong kepemimpinan Menteri Besar,” katanya. - UTUSAN ONLINE

MALAYSIA PASTI AKAN BANGKIT SEBAGAI HARIMAU ASIA DALAM 3 TAHUN, EKONOMI SANGAT HEBAT KATA MENTERI KEWANGAN #viralhancing

Malaysia akan kembali kepada statusnya sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Gambar- Sumber Malaysiakini

Beliau berkata lonjakan 48 peratus dalam pelaburan langsung asing kepada RM80.5 bilion pada 2018, berbanding RM54.4 bilion pada 2017, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi Malaysia.

Lim berkata pelaburan dari China dan Jepun ke Malaysia meningkat dengan ketara dan beliau berharap pelabur tempatan akan turut berbuat demikian.


“Angka 2018 adalah positif meskipun terdapat unjuran tertentu dan saya rasa ekonomi Malaysia berkembang dengan baik. Kita telah mengatasi anggaran konsesus walaupun pada bulan sebelumnya.

“Indeks Pengeluaran Perindustrian sebanyak 3.2 peratus pada Januari adalah lebih tinggi berbanding anggaran Bloomberg pada 2.3 peratus,” katanya dalam ucap tama beliau pada forum pasaran modal Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, hari ini.

NITIZEN TERLALU RAMAI SAMBUT BOSSKU DI TESCO SENAWANG BAK HIMPUNAN RAKYAT #viralhancing

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian rakyat apabila kunjungannya ke Tesco Senawang, Negeri Sembilan malam ini disambut meriah.


Ahli Parlimen Pekan itu menyiarkan rakaman kunjungannya secara langsung dalam akaun Facebook miliknya.

"Aik. Saya datang Tesco Senawang minum kopi saja. Korang juga ke?" tulisnya pada kapsyen rakaman berkenaan.

Najib disambut dengan sorakan orang ramai sebaik sahaja keluar dari kereta.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan merakam video beliau sepanjang kira-kira 50 minit berada di dalam pasar raya itu.

Teriakan ";Bossku! Bossku!" memenuhi ruang pasar raya dan Najib diekori sepanjang masa walaupun ketika memilih sayur dan ikan untuk dibeli.

Bekas Presiden UMNO itu semakin rajin melawat beberapa kawasan di seluruh negara dan mempromosikan lawatannya itu di akaun Facebook miliknya, menyebabkan kehadirannya sentiasa disambut orang ramai.

Namun, terdapat juga warganet yang mempersoalkan tindakannya itu kerana baru-baru ini kawasan Parlimennya, Pekan mengalami masalah kebakaran hutan dan jerebu yang agak serius. - UTUSAN ONLINE

Isnin, 18 Mac 2019

ISU TALIBAN-UNTUK APA SAYA PERLU MINTA MAAF KATA NGA KOR MING DENGAN NADA TEGAS #viralhancing

KUALA LUMPUR 18 Mac - Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mempersoalkan mengapa beliau perlu meminta maaf berhubung kenyataannya mendakwa Malaysia akan menjadi Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya UMNO dan Pas membentuk kerajaan.


Timbalan Setiausaha Agung DAP itu malah bertanyakan kepada pemberita apa bentuk kenyataan yang telah dibuat olehnya.

Beliau juga meminta supaya dirujuk handsard mengenai penjelasan yang telah diberikan.

“Apa kenyataan yang telah saya buat? Kamu pernah dengar? Kamu memetik daripada penyampaian seseorang, pernah kamu dengar saya berkata begitu?

“Saya telah buat penjelasan tapi tak apa nanti saya balik kaji tengok handsard dia ada yang tertera, saya akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE

AKIBAT BERGADUH DALAM PARLIMEN SEHINGGA TERKOYAK MENAMPAKKAN BRA PEMIMPIN WANITA #global #viralhancing

Kalau kita biasa lihat perangai monyet segelintir ahli parlimen dalam parlimen di Malaysia ini, percayalah, ada yang lebih teruk dari itu.

Parlimen Taiwan sememangnya diakui sentiasa panas dan beberapa insiden pergaduhan berdarah pernah berlaku di situ.

Salah satu insiden paling memalukan berlaku apabila pergaduhan ang berlaku dan cuba dileraikan oleh seorang ahli parlimen wanita. Namun apa yang terjadi, beliau yang cuba bertindak hero, telah terkepung antara ahli-ahli Parlimen lelaki lain yang berhidung belang.

Akibatnya, baju yang dipakai terkoyak (atau dikoyak) hingga terlihat payudaranya! Mujurlah Malaysia tidak sampai ke tahap begini kan.

Dunia oh Dunia





PEMILIHAN DR S. STRERAM KERANA DIA SANGAT BAGUS KATA ANWAR IBRAHIM #viralhancing

SEREMBAN - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa pemilihan Dr S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah kerana pakar bius itu berjiwa kemanusiaan.


Anwar berkata Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau itu pernah menyertai program 'Doctor Without Border' sebagai sukarelawan di Afghanistan dan Sudan pada 2010 serta 2011 dengan membantu orang Islam yang tercedera.

"Beliau beragama Hindu, tetapi menjadi sukarelawan membantu manusia dengan mengetepikan sentimen agama dan kaum. Sebab itu saya pilih beliau.

“Streram layak dipilih sebagai calon berikutan beliau terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan membantu masyarakat dunia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRK DUN Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, dekat sini, hari ini.

PECAT SEGERA HAZIQ DARI PKR, SIMPAN LAGI BUAT APA KATA ZURAIDA #viralhancing

PUTRAJAYA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tinda...