Jumaat, 22 Mac 2019

PAKATAN HARAPAN AKAN TUNAIKAN MANIFESTO DALAM TEMPOH 5 TAHUN, HARAP RAKYAT BERSABAR KATA KM MELAKA #viralhancing

Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) memerlukan tempoh lima tahun bagi melengkapkan segala tawaran manifesto yang dijanjikan kepada rakyat negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, tempoh itu diperlukan kerana sebahagian daripada tawaran manifesto melibatkan pinjaman mikrokredit yang memerlukan dana daripada kerajaan Pusat.


Katanya, pinjaman atau modal itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan Pusat dan kebiasaannya ia akan diterima oleh peminjam pada tahun kedua.

“Saya mengesahkan kita (kerajaan PH) memerlukan tempoh lima tahun untuk tunaikan janji (manifesto) kerana sebahagian daripada manifesto itu melibatkan dana yang perlu diluluskan di peringkat Pusat.

“Sebahagian daripada tawaran manifesto itu perlu tempoh tapi kita yakin semua janji itu boleh dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas tamat Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Seri Negeri sebentar tadi.

Sebelum itu pada sesi ucapan penangguhan persidangan tersebut, Adly (PH-Bukit Katil) memaklumkan kerajaan negeri telah melaksanakan lebih daripada 50 peratus daripada 85 tawaran manifesto pada PRU-14 sehingga bulan lalu.

Antara pelaksanaan tawaran manifesto kerajaan PH yang telah dilaksanakan adalah perkhidmatan bas percuma di pusat bandar, tanah milik orang Melayu berstatus pajakan dibenar untuk tukar kepada tanah adat Melaka (MCL) dan menetapkan semua operasi pengeluaran hasil hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dihentikan sementara waktu bermula 1 Julai lalu.

Turut ditunaikan adalah pemansuhan bayaran letak kenderaan di seluruh negeri setiap Sabtu dan Ahad, mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). - UTUSAN ONLINE

CERDIKNYA KIASU MEMAINKAN PERANAN MEROSAKKAN UKHWAH ISLAM

Bila dilihat situasi kritikal yang berlaku di tanah air sendiri. Melihat banyak perkara halus dan tajam yang orang Melayu tetap dikhayalkan kononnya DAP itu lebih baik dari parti Melayu yang ada di Malaysia ini seperti PAS dan UMNO.


Politik yang nampak sudah perbezaan antara kuasa majoriti dikawal oleh minoriti.

Tidak ada siapa yang nak nafikan keadaan ini. Walaupun kita nampak yang Perdana Menteri itu orang Melayu.

Kata-kata pujangga dahulu, tanah ini milik orang memang benar terjadi dan sudah pasti terjadi.

Kita lihat keadaan orang Felda, Felcra, Petani dan Nelayan.

Apa benar mereka ini terbela? Anak muda pula yang beriya menyokong kerana PTPTN bakal mansuh, khabarnya hanya dapat RM100 sahaja, itupun tah bila boleh dapat.

Hak bersuara pula, kalau dulu zaman Najib kita lihat golongan maki hamun tidak dapat dikawal, sekarang hak bersuara yang lebih-lebih dah tidak boleh.

Kita lihat DAP menjaga kesatuan orang Cina, kolej-kolej cina dapat peruntukan on the spot, tu yang kita nampak, perkara lain kita tak pasti.

Tetapi betullah kata pujangga, Melayu ini sedang diuji, kalau tidak sedar dan insaf juga, maka terimalah akibat perbuatan itu pada masa akan datang, anak cucu kita juga mendapat.

Moga sinar untuk kuasa orang Melayu pada PRU15 nanti.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...