Isnin, 25 Mac 2019

SAYA JUGA KECEWA DENGAN KEADAAN SEKARANG JAWAB MAHATHIR KEPADA NURUL IZZAH #viralhancing

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, biarlah orang hendak kecewa kerana beliau juga merasai situasi yang sama.


“Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan diorang (mereka),” kata Dr Mahathir yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini selepas majlis amanat khas perdana menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura, The Straits Times, meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang didakwa gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi seperti sepatutnya.


“Perlu bekerja denegan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah.

“Saya betul-betul mahu (usaha) mengangkat agenda reformasi menjadi fokus utama kami,” kata anak sulung Presiden PKR Anwar Ibrahim itu dalam wawancara tersebut.

Malah, Nurul Izzah turut mengumumkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya selepas penggalnya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh berakhir.

Beliau juga sebelum ini, membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir menyifatkan tindakan anggota parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada PAC adalah 'hal sendiri'.

"Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah," jawabnya ringkas.

Beliau diminta mengulas tindakan semua Anggota Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC hari ini meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera.

Malaysiakini

SEMUA PENJAWAT AWAM PERLU IKAT PERUT ZAMAN PAKATAN HARAPAN INI KATA MAHATHIR #viralhancing

KUALA LUMPUR 25 Mac - Semua penjawat awam diminta 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.

“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. - UTUSAN ONLINE

NURUL IZZAH PATAH HATI TETAPI SUDAH BERANI KRITIK MAHATHIR #viralhancing

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar berkata, beliau sedang menghabiskan penggal terakhirnya sebagai wakil rakyat kerana kecewa dengan Pakatan Harapan.


Secara jujurnya, Nurul Izzah mengakui, beliau patah hati dengan situasi politik semasa.

Selepas tiga bulan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan dan tidak terbabit dalam politik kecuali hanya memberi tumpuan kepada Parlimennya, Nurul Izzah memberitahu, keadaan politik sekarang sangat mencabar dan tunggang-langgang.

Namun, beliau masih bertahan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya banyak belajar tetapi saya fikir sudah patah hati,” katanya dalam wawancara dengan Straits Times baru-baru ini.

Antara yang insiden paling mengecewakannya ialah penyertaan bekas ahli-ahli Parlimen UMNO dalam Pakatan Harapan.

“Ia situasi yang sangat menyedihkan kerana saya percaya sistem dua gabungan penting untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu turut mengakui bukan senang untuk bekerja dengan lelaki yang telah menjatuhkan ayahnya sejak hampir dua dekad lalu.

“Bekerja dengan bekas ditaktor yang menyebabkan berlaku banyak kerosakan, bukan sahaja kehidupan keluarga kami, tetapi juga sistem. Ia bukan mudah,” akui Nurul Izzah.

Menurut media Singapura itu, Nurul Izzah masih bercakap dengan emosi apabila mempertahankan Anwar dan bagaimana penjara telah memisahkan bapanya dengan keluarga, termasuk ibunya yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri serta lima adik-adiknya.

Nurul Izzah hanya mengungkap ‘Insya Allah’ apabila ditanya mengenai pelantikan bapanya bagi menggantikan Dr Mahathir selepas ini.

Nurul Izzah baru-baru ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas didakwa tidak puas hati dengan tindakan Dr Mahathir mengarahkan Datuk Seri Ronald Kiandee terus memegang jawatan Pengerusi PAC.

Tindakan Perdana Menteri itu jelas melanggar janji manifesto yang sebelum ini mengkhususnya jawatan itu kepada pembangkang. – MalaysiaGazette

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...