Rabu, 27 Mac 2019

MUJAHID GADAI TABUNG HAJI KEPADA DAP? INI BUKTINYA #viralhancing

PANAS! Isu pengurusan Aset Tabung Haji bernilai RM19.9 bilion menjadi punca kekecohan di dewan rakyat pada Selasa, menyaksikan petikaman lidah antara Menteri Agama, Ahli Parlimen Pendang dan juga Ahli Parlimen Baling bekas Pengerusi Tabung Haji.



Hari ini persoalan tentang siapa sebenarnya CEO menguruskan aset-aset Tabung Haji itu seperti yang ditanya oleh pembangkang dalam dewan rakyat akhirnya terjawab.

Dipetik daripada satu kenyataan oleh YB Hj Ahmad Amzad Hashim Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata Menteri Agama memaklumkan SPV Urusharta Jemaah berkenaan belum ada CEO dan pengurusan. Maka sementara itu aset ini diuruskan oleh satu lagi anak syarikat milik Menteri Kewangan (DiPerbadankan), Prokhas Sdn Bhd.


“Setakat maklumat dari link Prokhas Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas Sdn Bhd adalah Mr Chen Yin Heng. Prokhas di bawah Menteri Kewangan juga menguruskan beberapa syarikat strategik milik kerajaan Malaysia yang lain.” kata YB Hj Ahmad dalam satu kenyataan

Pertikaian sama dibangkitkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak di laman Facebook beliau.

“Dulu kita tanya, syarikat SPV yang ambil aset RM19.9 bilion aset Tabung Haji itu diuruskan oleh Kementerian Kewangan atau tidak.

Dia jawab walaupun SPV itu di bawah Kementerian Kewangan, ia bukan diurus oleh Kementerian Kewangan.

Hari ini pulak dia terpaksa jawab di Dewan Rakyat bahawa SPV itu sebenarnya tidak ada CEO walaupun sudah beroperasi selama 5 bulan.
Dia terpaksa jawab bahawa SPV itu sebenarnya sedang diuruskan oleh Kementerian Kewangan.
Kementerian Kewangan di bawah siapa?” Soal Najib

Sumber IVT

MALANG NASIB GADIS, MAYATNYA TERSANGKUT DI MATA KAIL PEMANCING DI JITRA

Seorang gadis ditemui tersangkut di mata kail seorang pemancing di Sungai Sentap, Jitra, Kedah. Gadis tersebut dipercayai mangsa bunuh.


Menerusi laporan Harian Metro, polis telah menahan seorang remaja bagi membantu siasatan ekoran kes kematian gadis tersebut yang dikenali sebagai Ainna, 18, berasal dari Kuala Sungai Baru Sanglang, Simpang Ampat, Perlis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, kes berkenaan yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hasil soal siasat, suspek yang berusia 18 tahun mengaku terbabit dalam kes ini kerana hanya dia dan mangsa berada di tempat kejadian.

Kedua-duanya dipercayai terjatuh dalam sungai, namun suspek berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa dipercayai lemas.

Suspek tidak memaklumkan kepada orang awam mengenai kematian mangsa ketika kejadian tersebut berlaku. Hasil pemeriksaan mayat di hospital, terdapat  kesan lebam pada belakang kepala, selain kecederaan seperti patah dan lebam di tangan. Pengesahan mayat daripada ibu bapa mangsa juga turut dilakukan.

Suspek direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok untuk membantu siasatan.

Mereka (ibu bapa) mengesahkan mayat itu anak perempuan bongsu mereka selepas tidak mengetahui keberadaan mangsa sebelum itu.

Seorang kakak mangsa ada memberitahu, remaja perempuan itu keluar rumah pada 7 petang, 23 Mac lalu bertemu dengan teman lelakinya, namun kakaknya tidak mengenali lelaki berkenaan.

Berdasarkan laporan, remaja perempuan itu ditemui lemas di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, pada 11.50 malam. Mayat yang masih berpakaian legkap itu ditemui terapung di sungai itu.

Harian Metro

KERETA TERBANG BUKAN KHAYALAN, IA DAH DIBUKTIKAN DI PAMERAN (LIMA), RAMAI TERPESONA? #viralhancing

Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan beberapa pihak dengan idea keperluan negara membangunkan kereta terbang, akhirnya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan.



Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.


Ia dibangunkan secara design dan engineering oleh Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...