Sabtu, 6 April 2019

STATUT ROME - PENGECUT YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI KATA MASZLEE #viralhancing

KUALA LUMPUR 5 April - Selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kali ini seorang lagi menteri Kabinet turut tampil mempertahankan Perdana Menteri susulan penarikan diri dalam Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Malah, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melabelkan sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai pengecut yang tidak boleh dipercayai.

Jelas beliau, usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan isu Statut Rom dengan memutar-belit fakta untuk mengelirukan rakyat disifatkan permainan politik yang begitu teruk.

“Bukan mudah kita mahu berada di mana kita berada hari ini. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana semua reformasi dan perubahan yang sedang kita jalankan, diganggu-gugat sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi menggunakan cara tidak demokratik.

“Apakah maknanya reformasi pentadbiran yang sedang berjalan jika kita terpaksa pula menempuh jalan sukar seperti ini? Kepemimpinan Dr. Mahathir wajar dipertahankan daripada gangguan tidak demokratik. Kita semua bertanggungjawab mempertahankannya,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jumaat, 5 April 2019

BERSYUKURLAH - AGIHAN HIBAH TABUNG HAJI SEBANYAK 1.25% DIUMUMKAN #viralhancing

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.

“Dalam menzahirkan komitmen ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

“Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion. Ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran yang lalu.

“Manipulasi akaun membolehkan hibah diisytihar pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat. Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan,” katanya ketika Pengumuman Hibah bagi Tahun 2018 di sini, hari ini.

STATUT ROME - MALAYSIA TARIK DIRI KERANA RAKYAT MUDAH TERPESONG DAN EMOSI KATA PERDANA MENTERI #viralhancing

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara.


"Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir beroleh perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad di Istana Negara di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara itu.

Ia menjadi isu kontroversi selepas didedahkan pada 4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.


Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.

Tunku Ismail bertitah kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.

ICC membicarakan empat jenayah utama antarabangsa - pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Statut Rome ditandatangani lebih dari 100 negara pada tahun 1998 semasa suatu persidangan di Rom yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

ICC berkuatkuasa pada 2001 dan mensasarkan untuk mengakhir kekebalan pelaku jenayah yang paling serius.

Malaysiakini

PH TAK BUAT FITNAH UNTUK MENANG KATA ANWAR #viralhancing

Pakatan Harapan berjaya melaksanakan agenda reformasinya sehingga mampu mengheret individu korup ke mahkamah, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata kerajaan baharu PH menggunakan fakta untuk menghukum mereka yang korup, tidak seperti pentadbiran terdahulu Barisan Nasional yang menggunakan fitnah untuk memenjarakan mereka yang menentangnya.

Laporan Malaysian Insight


Namun Anwar buat-buat pekak bisu bila PH menang PRU memang dengan cara fitnah dan menipu untuk menawan Putrajaya.

Lihat sahaja cara Mahathir manupulasi rakyat supaya percaya kata dia.

Lagi satu manifesto pun menipu. Lagi nak sembang deras.

Khamis, 4 April 2019

HUTANG NEGARA SUDAH BERJAYA DIKURANGKAN KATA PERDANA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR 4 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, kadar hutang negara sudah menurun susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).


Perdana Menteri berkata, walau bagaimanapun proses mengurangkan hutang negara masih dijalankan.

“Kita sudah berjaya mendapatkan semula wang yang hilang, yang disimpan oleh Singapura. Wang itu juga membantu mengurangkan hutang.

“Kita juga sedang berusaha untuk mengurangkan nilai kontrak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), jika tidak teruskan projek itu, kita perlu membayar jumlah pampasan yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE

HIBAH TABUNG HAJI DIUMUM TIDAK LAMA LAGI KATA PERDANA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR - Hibah Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumum dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat Jemaah Menteri memutuskannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.

"Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu berkaitan kedudukan kewangan dan perkara-perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit.

"TH akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas Jemaah Menteri membuat keputusan," katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan bila kerajaan akan mengumumkan bayaran hibah kepada 9.3 juta pendeposit TH.

Menurut Noraini, berdasarkan rekod lima tahun ke belakang, TH akan mengumumkan kadar hibah pada Februari, namun sehingga kini pengumuman mengenainya masih belum dibuat sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pendeposit. - Bernama

GEMA SUPAYA TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN, SIAPA YANG BERNIAT DIBELAKANG DESAKAN ITU? #viralhancing

GEMA TUNTUTAN SUPAYA TUN DR MAHATHIR LETAK JAWATAN DALAM ‘MALAYSIA KINI’: APA SIKAP DATUK SERI ANWAR DAN NURUL IZZAH?


Setelah agak senyap buat beberapa ketika, suara yang menuntut supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kembali bergema beberapa hari kebelakangan ini melalui rencana-rencana yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini.

Sebelum ini, pada 15 Disember 2018, Kim Quek melalui rencana beliau yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini menuntut supaya Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim “sekarang juga (now)”.

Ini kerana, mengikut Kim Quek, Tun Dr Mahathir adalah rasis dan bukan reformis, malah telah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau kini sedang kembali kepada corak pemerintahan autokratik yang beliau amalkan dalam era UMNO dulu.

Semalam, pada 1 April 2019, Dr M Bakri Musa melalui rencana beliau yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini turut menuntut Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim “sekarang juga (now)”.

Kata Dr M Bakri, Tun Dr Mahathir tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dibukti atau dicapai dan jika beliau kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri terdapat bahaya nyata bahawa perangai buruk dan corak represif lama beliau akan muncul kembali.

Tambah Dr M Bakri, jika Tun Dr Mahathir tidak mampu mencapai sasaran beliau sewaktu beliau memerintah Malaysia tanpa tentangan selama lebih 22 tahun dan sewaktu beliau masih cergas, kemungkinan untuk beliau mencapainya sekarang adalah kosong.

Turut Dr M Bakri berikan adalah sebab-sebab mengapa Datuk Seri Anwar merupakan pilihan terbaik untuk mengemudi Malaysia berbanding tiga nama lain, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali.

Lebih berani lagi adalah rencana P Gunasegaram yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini pada 28 Mac 2019 yang memberi 10 sebab mengapa Tun Dr Mahathir perlu meletakkan jawatan yang dijelaskan sebagai 10 perkara tidak disukai mengenai beliau.

Kata P Gunasegaram, semua perkara ini adalah refleksi kepada Tun Dr Mahathir mahu kembali kepada status quo lama yang menekankan supremasi Melayu di mana Tun Dr Mahathir adalah seorang supremasis Melayu dan bukan seorang reformis.

Lebih jauh lagi adalah dakwaan P Gunasegaram bahawa apa yang beliau sebutkan ini juga adalah kebimbangan sebenar yang Nurul Izzah Anwar suarakan dalam akhbar The Straits Times Singapura dan bahawa kebimbangan ini adalah memang berasas.

10 perkara tidak disukai mengenai Tun Dr Mahathir yang P Gunasegaram senaraikan adalah:
1. Tun Dr Mahathir bukan penyumbang utama kemenangan PH dalam PRU 14.
2. Tun Dr Mahathir memberi terlalu banyak jawatan Menteri kepada BERSATU.
3. Tun Dr Mahathir sengaja mencetuskan permusuhan dalam PH.
4. Tun Dr Mahathir meletakkan Tun Daim mengatasi Kabinet.
5. Tun Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa reformasi undang-undang.
6. Tun Dr Mahathir berbohong bahawa hutang negara adalah RM1 trilion.
7. Tun Dr Mahathir menghidupkan semula projek dan konsep gagal beliau.
8. Tun Dr Mahathir menerima Ahli Parlimen UMNO ke dalam BERSATU.
9. Tun Dr Mahathir tidak mempunyai pelan dan program kerja menyeluruh.
10.  Tun Dr Mahathir tidak mengambil langkah untuk menjadi inklusif.

Selagi Datuk Seri Anwar dan Nurul Izzah tidak memberikan apa-apa sikap yang jelas ke atas rencana-rencana yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini yang membabitkan nama-nama mereka ini maka selagi itulah spekulasi tidak sihat akan terus bertiup.

Begitu jugalah dengan pemimpin BERSATU seperti Pengerusi Biro Strategi dan Dasarnya, Datuk Dr Rais Hussin, yang sebelum ini kuat membela Nurul Izzah sehingga beliau ditegur oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Fb Kamarul Yusoff

Rabu, 3 April 2019

SAYA AKAN USAHAKAN KLINIK KESIHATAN BUKA PADA HARI CUTI KATA STRERAM #viralhancing

Calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Dun Rantau, Dr S Streram mahu berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi membolehkan klinik kesihatan di pinggir bandar itu dibuka pada hari kelepasan am.


"Kalau klinik kesihatan di bandar besar nak cuti umum tak apa. Penduduk masih boleh datang hospital berhampiran. Tapi, bandar-bandar kecil seperti Rantau kena buka setiap hari.

"Kalau di sini klinik ditutup, mereka kena pergi ke Seremban. Itu (memakan masa) hampir 40 minit. Kalau ada pengangkutan tak apa. Yang tidak ada macam mana?"

"Jadi, saya nak bincang tentang SOP (Prosedur Operasi Standard) dengan kementerian kesihatan," katanya dalam sidang media yang diadakan di hadapan klinik kesihatan Rantau hari ini.

 Terdahulu, seorang pekerja kilang mengadu kepada Streram kerana terpaksa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana klinik kesihatan ditutup hari ini akibat cuti sempena sambutan Israk Mikraj.

"Kalau boleh kita nak bina yang baru. Saya juga berjumpa dengan Menteri Besar untuk berbincang berkenaan tanah bagi cadangan membina klinik kesihatan yang baru," jelasnya.

Malaysiakini

Selasa, 2 April 2019

KEADAAN YANG SUKAR DIJANGKA - PIHAK ISTANA JOHOR GELAR TUN MAHATHIR SEBAGAI CONMAN MALAYA #viralhancing

TEGANG!

PIHAK ISTANA JOHOR PUN GELAR TUN MAHATHIR SEBAGAI CONMAN MALAYA.

Hubungan Istana Johor dan Putrajaya semakin tegang


Semalam TMJ telah melakukan perjumpaan tergempar dengan YDP Agong di istana Negara.
https://www.facebook.com/2083565825294170/posts/2217013051949446/

Ia adalah berikutan beberapa perkara panas terutamanya mengenai pembinaan hub pembekalan di Pelabuhan Tanjung Pelepas yang dilakukan tanpa memberitahu Kerajaan dan Istana Johor dan juga isu Statut Rome.

Pihak penyokong Kerajaan telah mula menfitnah Istana dengan pelbagai tuduhan dan mereka mengatakan Istana sebenarnya telah mengetahui mengenai projek di Tanjung Pelepas tersebut.

Akhirnya harini Menteri Besar Johor sendiri mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenai projek pembinaan hub di Tanjung Pelepas ini.

Link: https://www.facebook.com/2083565825294170/posts/2217667768550641/

Menurut cerita dari laman facebook Gerakan Maufakat Johor, jika diteliti fitnah terhadap negeri Johor ini hanya berlaku di zaman Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 Sahaja.

Fitnah dijalankan untuk menjatuhkan konsep diraja dan tipudaya untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat bagi menolak institusi beraja di negara ini.

Kes Prebet Adam, Forest City, Pulau Kukup, Sg Pulai dan yang terbaharu adalah isu perjanjian air Malaysia-Singapura.

Semua isu ini diulang siar, ditambah fitnah dan dirempahkan dengan pembohongan supaya rakyat Johor semua bangkit menyokong perkara yang batil. DYMM Tuanku Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dijadikan sasaran, dicela dan dikecam secara berjemaah oleh kroni dan pihak yang berkepentingan.

Terkini, insituti beraja Johor sekali lagi dicuit. Melalui laman web kroni mereka TheEdgeMarkets, Ka Petra Sdn Bhd akan membina hub pembekalan dan simpanan Marine Gas Oil (MGO) & Marine Fuel Oil (MFO) secara Ship-To-Ship di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Projek pembinaan ini dianggarkan bernilai RM 500 juta secara bersama dengan taikun Hong Kong, Li Ka-shing’s Hutchison Port Holdings Ltd.

Sebelum projek secara besaran ini dibina, fitnah secara halus perlu lah dijalankan terlebih dahulu dengan cara memfitnah 'kerosakan' di Sungai Pulai. Kerana pembinaan 'golf course' di Sungai Pulai dikhuatiri akan menganggu perjalanan hub pembekalan dan simpanan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Sumber terdekat melaporkan, DYMM Sultan Johor juga difitnah cuba memonopoli perniagaan di PTP. Fitnah ini dilakukan bagi memberi izin kroni-kroni Putrajaya menapak di sana.

Perdana Menteri cuba mengatur langkah-langkah untuk meletakkan kroni-kroni di Johor bagi menekan kuasa Sultan dan rakyat Johor. Ini lah permainan dan strategi licik yang digunakan sejak zaman berzaman.

Zaman dulu Mahathir nak tipu rakyat memang senang sebab media dikawal oleh beliau. Tapi zaman sekarang bukan seperti dahulu lagi.

-Tun Carlos

#TunMahathirConman
#ConmanMalaya
#PHpenipu
#JanjiPalsu
#TolakKroni

APAKAH TUN DR MAHATHIR KURANG GEMBIRA? - KAMARUL YUSOFF

Membaca wawancara Emmanuel Samarathisa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tersiar pada muka surat 8-10 Focus Malaysia keluaran 30 Mac-5 April 2019, dapat dikesan selah-olah beliau agak kurang gembira dengan kedudukan beliau sekarang.


Antara lain, kata Tun Dr Mahathir, sebelum ini (waktu menjadi Perdana Menteri kali pertama) beliau ada suara besar dalam kerajaan tetapi sekarang beliau terpaksa berhati-hati dengan apa yang empat lagi parti (PKR, DAP, AMANAH, WARISAN) fikirkan.

Nada ini Tun Dr Mahathir ulangi lagi dengan berkata bahawa selaku Perdana Menteri beliau sekarang tidak boleh lakukan banyak perkara yang beliau mampu lakukan sebelum ini kerana beliau terpaksa ingat mengenai manifesto dan janji-janji yang dibuat oleh parti-parti lain.

Paling jelas adalah pendedahan Tun Dr Mahathir mengenai keputusan untuk tidak membuat rundingan terus dengan syarikat-syarikat dalam isu kontrak kerajaan yang akan menyebabkan syarikat-syarikat Melayu gagal dan akan mewujudkan jurang yang lebih luas antara kaum.

Apa pun, jawapan positif Tun Dr Mahathir ke atas soalan Emmanuel mengenai sama ada pemilikan 30% saham Bumiputera untuk syarikat-syarikat tersenarai akan dikekalkan atau tidak menjadi petunjuk mengenai komitmen beliau untuk mengekalkan dasar afirmatif.

Malangnya, jawapan positif Tun Dr Mahathir ini telah menghadapkan beliau dengan kritikan keras Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, yang antara lainnya menyebut semalam bahawa dasar tindakan afirmatif ini adalah “outdated, short-sighted, and doomed to fail”.

Sama ada Datuk Dr Wee Ka Siong bercakap atas kehendak atau bagi mewakili pihak lain adalah soal lain, tetapi kenyataan begini dan kenyataan-kenyataan seumpamanya dari pemimpin MCA meletakkan MCA bagai duri dalam daging dengan UMNO dan PAS.

Jika beginilah sikap MCA nescaya tidak lama hubungannya dengan UMNO dan PAS.

HIBAH TABUNG HAJI MASIH BELUM BOLEH DIISYTIHARKAN KATA MUJAHID #viralhancing

KUALA LUMPUR: Bayaran hibah bagi tahun kewangan 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) akan dimuktamadkan tidak lama lagi.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan.

Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1985.

“Kita mahu memastikan pemberian hibah kepada pendeposit TH menepati Akta Lembaga Tabung Haji 1995,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Mujahid dilaporkan berkata bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit TH dijangka diumumkan pada Mac.

Sebelum ini, Mujahid dilaporkan berkata bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit TH dijangka diumumkan pada Mac.

“Penubuhan SPV yang diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan untuk membantu mengambil alih aset TH yang didakwa tidak membawa keuntungan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/547773/belum-tiba-masa-umum-hibah-th

Isnin, 1 April 2019

PENGUNDI MELAYU YAKIN DENGAN SAYA - DR S STRERAM

REMBAU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram yakin sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu akan mengundi beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.


Streram yang juga Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau berkata, manakala bagi pengundi bukan Melayu beliau menjangkakan sokongan minimum antara 70 hingga 80 peratus.

"Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Ini adalah jangkaan saya akan memenangi DUN Rantau.

"Mereka (pengundi Melayu) tidak keluar menghadiri ceramah dan kelihatan senyap, tapi saya percaya dalam hati mereka sokong saya," katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen di Kampung Linsum di sini hari ini.

Selain itu, Streram mendakwa terdapat ramai Melayu miskin di Rantau dan akan membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan jika menjadi wakil rakyat mereka.

Beliau namun mengakui tidak memiliki statistik lengkap mengenai bilangan miskin Melayu dalam DUN Rantau apabila ditanya pemberita.

Streram adalah Penyelaras DUN Rantau PH sejak tahun 2017.

Dalam pada itu, beliau menegaskan dirinya adalah calon 'underdog', bukan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Saya calon 'underdog' kerana calon BN adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan dikenali ramai," katanya.

Mohamad baru-baru ini menepis dakwaan pemimpin PH bahawa parti itu calon 'underdog' di DUN Rantau sedangkan PH menguasai kerajaan negeri dan Pusat. - K! ONLINE

PRK RANTAU - PENGUNDI TIDAK KENAL SIAPA STRERAM #viralhancing

Rata-rata pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau didapati tidak mengenali calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram.


Hasil tinjauan Malaysia Gazette di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rantau mendapati pengundi di sini tertanya-tanya dari mana datangnya Streram dan mereka nyata tidak mengenali beliau.

Lihat Video

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/31/terkini-streram-bukan-orang-sini-kami-tak-kenal-pengundi-rantau/

Ahad, 31 Mac 2019

PRK RANTAU - CALON BEBAS KANTOI MEMANG AHLI PAN BUKAN AHLI PAS #viralhancing


KOTA BHARU, Ahad – Keanggotaan Mohd Nor Yassin, 67, dalam Parti Amanah Negara (PAN) gugur secara automatik, susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berkata, tindakan Mohd Nor adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan keputusan parti itu.

“Dia dah masuk (bertanding sebagai) calon Bebas, dia dah tak jadi ahlilah. Mana-mana anggota parti politik yang ambil tindakan sendiri, keahliannya gugur (secara automatik dan) tidak boleh dikaitkan dengan PAN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Gegar 2019 di Bandar Baharu Tunjong di sini, hari ini.

Husam berkata demikian sebagai mengulas tindakan calon Bbebas itu yang bertanding dalam PRK DUN Rantau, yang didakwa telah menyertai PAN pada 10 Mac lepas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum itu turut menafikan Mohd Nor adalah calon PAS.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang mewakili Pakatan Harapan (PH); Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas, Malarvizhi Rajaram serta Mohd Nor.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal an tidak sah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April sebagai hari mengundi, manakala 9 April sebagai hari mengundi awal.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara. – Bernama

MENTERI PERPADUAN MELAWAT NEW DELHI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Lu...