Sabtu, 13 April 2019

PENYOKONG PH BERGADUH SAMA SENDIRI DI BILIK GERAKAN SELEPAS KALAH TERUK #viralhancing

Pergaduhan berlaku di Command Centre Pakatan Harapan.

Memalukan.





TOK MAT SAH MENANG DI RANTAU #viralhancing

Rembau: Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendapat mandat rakyat selepas berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.


Mohamad, 62, yang juga penyandang kerusi DUN Rantau mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Streram, 64, dengan majoriti 3,800 undi.

Kemenangan Mohamad atau sinonim dengan panggilan Tok Mat sekali gus menidakkan hasrat dua calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin, 67, dan R Malarvizhi, 51.

TUN MAHATHIR TIDAK HADIR CERAMAH KEMUNCAK PH, STRERAM PULA YAKIN MENANG BESAR #viralhancing

REMBAU 12 April - Seperti yang dijangka, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hadir dalam ceramah kemuncak PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini malam ini.

Gambar - Utusan

Sebelum ini gambar Perdana Menteri tertera dalam poster promosi ceramah PRK berkenaan dan diuar-uarkan bakal muncul bersama pemimpin lain dalam ceramah Grand Finale itu.

Ketiadaan Dr. Mahathir dalam ceramah di Dataran Metro Park, Bandar Sri Sendayan di sini, mengecewakan segelintir penyokong.

Seorang warga emas, Mukhtar Daud, 60, berkata, beliau datang dari Kuala Pilah kerana mengharapkan pemimpin nombor satu negara itu akan berceramah bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

“Sejak dulu saya kagum dengan Dr. Mahathir, malam ini tak dapat tengok beliau. Tak mengapalah, pemimpin lain pun ada,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain Anwar, pemimpin PH yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK Rantau, Dr. S. Streram.

Petang tadi, media melaporkan Dr. Mahathir tidak dapat membantu hari terakhir kempen PH dalam PRK Rantau kerana jadualnya yang padat.

Perkara tersebut bukan pertama kali berlaku kerana beliau tidak turun berkempen bagi calon PH yang lain antaranya dalam PRK DUN Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir membantu kempen PH di Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih.

Hari pengundian PRK DUN Rantau akan diadakan esok dengan pertandingan empat penjuru antara Streram, Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional dan dua calon Bebas, Mohd. Nor Yassin dan R. Malarvizhi. - UTUSAN ONLINE

Jumaat, 12 April 2019

SAYA MASIH MB JOHOR KATA OSMAN #viralhancing

JOHOR BAHRU 12 April - Datuk Osman Sapian menegaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar serta Pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.

Gambar - Malaysiakini

Osman menegaskan, beliau masih menjadi pemimpin negeri ini sehingga surat peletakan jawatan Menteri Besar diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok.


“Secara teknikalnya saya masih Menteri Besar. Tunggulah selepas saya menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar", katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah restoran di sini hari ini.


Osman turut memaklumkan akan mengadakan sidang akhbar di lokasi yang akan diberitahu kemudian selepas menghadap Sultan Ibrahim.

Beliau juga buat masa ini enggan mengulas lanjut berbubung isu peletakan jawatan itu sehingga selesai menghadap Sultan Ibrahim.


Difahamkan, Osman akan bertemu Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi kira-kira pada 8 pagi esok. - UTUSAN ONLINE

Khamis, 11 April 2019

DR PERLU RAWAT NEGARA YANG SEDANG SAKIT KATA RAFIZI

REMBAU 11 April - Keadaan negara ketika ini yang dibebani hutang dan keadaan ekonomi tidak menentu disifatkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai 'sakit' dan perlu mendapatkan rawatan doktor.


Jelas bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, Pakatan Harapan (PH) telah mengambil alih kerajaan ketika negara berada dalam sakit dan tenat dan kini sedang berada dalam tempoh berubat bagi proses penyembuhan.

“Segala masalah ini perlu diselesaikan, kalau kita sakit, kita pergi jumpa doktor. Memang tempoh awal untuk berubat itu sakit tapi lama-lama kita akan sembuh.

“Sama macam Malaysia sekarang, adakah kita berpuas hati dengan keadaan Malaysia? lebih baik tapi kita mahu jauh lebih baik daripada sekarang,” katanya dalam program ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini malam tadi.

Tambah Rafizi lagi, keadaan Malaysia yang sedang sakit ketika ini boleh dipulihkan oleh gandingan dua orang doktor iaitu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Walaupun saya rasakan lebih banyak boleh dibuat, saya yakin Dr. Mahathir dan Dr. Wan Azizah serta (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya mereka akan berterus-terang.

“Kalau Malaysia tiada duit, dia cakap tiada duit, kalau Malaysia boleh ada subsidi untuk kurangkan harga minyak, (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng telah laksanakan, kita mampu kita buat,” katanya.

Sementara itu, ceramah tersebut merupakan penampilan pertama Rafizi di pentas ceramah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut beliau, ‘kehilangannya’ selama ini adalah kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga selain masalah kesihatan dialaminya.

“Doktor suruh saya rehat dua tiga tahun tapi sebab tinggal tiga hari untuk berkempen, saya turun juga ke Rantau,” katanya. - UTUSAN ONLINE

SELEPAS SAYA JADI PERDANA MENTERI TAHUN DEPAN, SAYA TIDAK AKAN LUPA RANTAU KATA ANWAR #viralhancing

REMBAU 11 April - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan tidak akan melupakan Rantau setelah beliau menjadi Perdana Menteri kelak.

Gambar - Astro Awani

Jelasnya, sebagai Ahli Parlimen Port Dickson yang terletak bersebelahan Rantau, beliau akan pastikan limpahan pembangunan di kawasan pantai peranginan itu turut sampai di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Port Dickson sebelah sahaja, sekarang Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamar wakil Langkawi, lepas ini saya punya giliran wakil Port Dickson. Saya jadi Perdana Menteri nanti, saya tak lupa Rantau, saya jaga Port Dickson, saya jaga Rantau dan kawasan keliling.

“Rantau ini macam saya punya kawasan, menang Dr. S. Streram, Rantau jadi kawasan Anwar Ibrahim. Rantau akan jadi seperti Port Dickson kawasan Perdana Menteri baharu akan datang,” katanya sewaktu program ceramah di pekan Rantau di sini malam tadi.

Sementara itu, tambah Anwar, antara punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Semenyih adalah kerana pengundi Cina tidak keluar mengundi.

“Kita kalah di Cameron Highlands, kalah di Semenyih ada orang kata di Rantau juga kita akan kalah, saya nak beritahu di Cameron Highlands dan Semenyih kita ‘rileks’, kita ingat okay semua.

“Ramai juga kawan-kawan kita termasuk orang Cina banyak tidak keluar undi, saya mahu minta tolong betul-betul kawan-kawan orang Cina. Pilihan raya ini bukan soal orang India, orang Melayu bukan soal Cina, ia semua untuk masa depan Malaysia,” katanya.

PRK rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Streram yang mewakili PH, Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional) dan dua calon Bebas. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 10 April 2019

SAYA PAKAR BIUS AKAN TIDURKAN ORG BN DAN NAJIB SEKALI KATA STRERAM #viralhancing

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak memahami pekerjaan sebenar pakar bius di negara ini.


Dr. Streram yang berpengalaman 38 tahun sebagai pakar bius berkata, kerjaya pakar bius bukan sengaja hendak menidurkan orang sesuka hati.

“Mungkin Najib tidak faham apa pekerjaan pakar bius.

“Kita tidak sengaja beri orang tidur. Kalau pakar bius keluar, kita akan tidurkan orang-prang Barisan Nasional seperti Najib,” katanya kepada pemberita di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah semasa bertemu pengundi Melayu hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab kenyataan Najib semalam yang mempersenda kerjaya calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. – MalaysiaGazette

KERAJAAN PH YANG BERHAK TENTUKAN SIAPA MB BARU BUKAN SULTAN JOHOR KATA PERDANA MENTERI #viralhancing

Dr Mahathir Mohamad bertegas parti pemerintah yang berhak melantik menteri besar Johor baru dan bukannya sultan, susulan kritikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Pakatan Harapan dalam isu itu semalam.



“Ini adalah hal politik, sultan tiada peranan. Peranannya ialah untuk parti yang memenangi pilihan raya menentukan siapa patut mengetuai,” kata perdana menteri selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-15 hari ini.

Semalam, Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor yang disusuli kritikan Tunku Ismail berhubung calon pilihan Pakatan Harapan.

Tunku Ismail dilaporkan berkata, pemilihan menteri besar Johor ialah hak mutlak sultan.

Mengenai spekulasi Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal akan dilantik sebagai pengganti Osman, Mahathir berkata, belum ada keputusan dibuat mengenainya.

“Saya tidak tahu.

“Kita akan lantik secepat mungkinlah. Kita nak tentukan calon. Ada beberapa calon kita nak kena pilih. Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi kami akan tentukan dengan cepat.”

FMT

Selasa, 9 April 2019

OSMAN MENGHADAP DULI YANG MAHA MULIA - MAHATHIR MOHAMAD #viralhancing

KUALA LUMPUR 9 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad sempat berjenaka dengan pengamal media ketika diminta menerangkan sekali lagi proses peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor.


Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Osman telah menyerahkan dua pucuk surat peletakkan jawatan tersebut kepadanya.

“Menteri Besar Johor telah letak jawatan semalam dengan surat kepada saya dan saya akan hantar surat kepada Sultan Johor memandangkan baginda berada di luar negara ketika ini.

“Osman menghadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Mohamad bersama satu surat letak jawatan kepada saya, satu lagi kepada Sultan Johor tetapi saya berhak untuk membacanya,” katanya yang kemudian disambut ketawa oleh para media.

Terdahulu, wartawan Astro Awani, Muhammad Harits Asyraf Hasnan meminta supaya Dr. Mahathir mengesahkan kembali proses peletakkan jawatan Menteri Besar Johor. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/8216-osman-menghadap-duli-yang-maha-mulia-mahathir-mohamad-8217-1.879410

STRERAM SANGAT PUAS HATI DAN GEMBIRA PROSES PENGUNDIAN AWAL #viralhancing

Seramai 36 anggota keselamatan polis akan mengundi pada hari ini di Balai Polis Rantau, pekan Rantau.

Gambar - Harian Metro

Proses mengundi bermula tepat 8 pagi tadi di Balai Polis Rantau selepas persiapan dibuat sejak semalam.

Hanya satu saluran peti undi telah dibuka untuk 36 anggota polis dari balai berkenaan untuk menjalankan kewajiban mereka.

Ada beberapa anggota daripadanya yang sedang bertugas di Balai Polis Kuala Sawah tetapi masih berdaftar dengan Balai Polis Rantau akan hadir mengundi di sini.

Proses pengundian awal akan ditamatkan tepat pukul 12 tengahari ini.

Cuaca pagi di pekan Rantau ketika inj mendung selepas hujan lebat melanda DUN berkenaan pada malam tadi.

Calon Pakatan Harapan, Dr S.Streram tiba ke Balai Polis Rantau tepat 7.55 pagi tadi sebelum memantau saluran mengundi di balai polis tersebut.

Bagi 15 minit pertama lima anggota keselamatan polis telah selesai menjalankan tanggungjawab mereka.

Manakala Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan hadir sekitar 8.17 pagi sebelum terserempak dengan Streram dan memantau proses perjalanan undi awal di balai polis tersebut.

“Saya ucap terima kasih banyak-banyak dari segi persiapan pemantauan oleh pihak SPR  nampakmya amat amat baik.

“Semuanya ada pemantau, selain ada pegawai pegawai dia sendiri yang datang.

“Kita harap pembuangan undi awal ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirangka,” katanya sebelum meninggalkan tempat undi awal ke Kem Tentera di Sendayan.

Dalam pada itu, Dr Streram juga sangat berpuas hati dengan persediaan SPR.

Pilihan Raya Kecil DUN Rantau kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Tok Mad, Streram serta dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Kolej Perguruan Raja Melewar, Mohd Noor Yassin, 66, dan R.Malar.

MalaysiaGazzates

Isnin, 8 April 2019

SAYA ADA KAEDAH YANG PALING BERKESAN UNTUK KURANGKAN TEMPOH MENUNGGU HAJI KATA MUJAHID #viralhancing

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempunyai kaedah untuk mengurangkan tempoh menunggu pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) mengerjakan ibadah haji kali pertama.

Gambar - Malay Mail

Mujahid memberi jaminan itu sebagai salah satu proses pemulihan TH yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (TH) demi kepentingan dan kebajikan 9.3 juta pendeposit agensi itu.

“Kita sekarang baru memulihkan antara aset dengan liabiliti, itu keutamaannya dan sekarang kita sudah capai, dengan kata lain the worst is over, segala yang menyebabkan masalah besar (selesai) sebab dia melanggar akta.

“Langkah seterusnya ialah kita nak tengok keperluan lain seperti penstrukturan semula dari sudut pendeposit supaya nak jaga kebajikan mereka.

“Kita nak tengok tentang haji itu sendiri macam mana kita nak kurang kadar tunggu yang panjang sampai 100 tahun, boleh ada kaedahnya, benda-benda kita sedang meneliti Insya-Allah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Rakan Masjid Hospital (Ramah) di Hospital Putrajaya, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, TH mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Mujahid ketika pengumuman hibah itu berkata, pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.

Media melaporkan Mujahid berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

Susulan pelan pemulihan itu, Mujahid diberi jaminan oleh pihak pengurusan baharu TH bahawa laporan prestasi agensi yang menguruskan jemaah haji itu akan dibentangkan kepada kerajaan empat kali setahun.

“Kami telah diberi jaminan oleh pihak pengurusan baharu TH, setiap suku tahun dia akan bentangkan prestas kewangan supaya orang boleh tahu prestasinya setakat ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

STRERAM SANGAT YAKIN POLIS DAN TENTERA PASTI UNDI BELIAU #viralhancing

SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram yakin anggota polis dan tentera akan mengundi beliau pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau esok (Selasa).


Setakat ini, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan anggota polis di DUN itu dan mendengar permasalahan mereka.

“Saya fikir mereka akan mengundi calon PH dan saya merayu kepada mereka untuk beri peluang kepada kita dan memenangkan kerusi ini sebab saya sudah jumpa polis walaupun saya belum jumpa tentera. Saya fikir mereka akan menyokong kerajaan PH,” katanya kepada media selepas melakukan kempen bertemu pengundi di Pekan Mambau pada Isnin.

Isu penempatan dan kebajikan anggota polis di Rantau adalah antara yang beliau akan diperjuangkan jika dipilih menjadi wakil rakyat.

“Saya fikir (penempatan) untuk polis perlu ditambah baik. Kalau saya menang sebagai ADUN Rantau, saya akan melihat kebajikan mereka,” kata beliau lagi.

Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal bagi PRK DUN Rantau akan mengundi pada Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata ia melibatkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 orang anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Astro Awani.

STATUT ROME - SIAPA (MENTERI) YANG BOCORKAN RAHSIA KABINET? #viralhancing

MENTERI MANA YANG KECEWA SAMPAI BUKA RAHSIA KABINET?

Oleh: Kamarul Yusoff

Menarik bila membaca laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk ‘Government forced to retract treaty’ (‘Kerajaan dipaksa untuk menarik balik perjanjian’).


Laporan ini memetik seorang sumber yang tidak mahu dikenali yang menceritakan bahawa perbincangan Jemaah Menteri mengenai isu Statut Rom berlangsung dalam suasana panas dan memakan masa berjam-jam sebelum keputusan menarik diri dibuat.

Kata sumber ini, 90 peratus daripada Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan Statut Rom kerana ia dikatakan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi terdapat beberapa orang yang merasakan perlu menarik diri untuk kekal berkuasa.

Seorang lagi sumber yang tidak mahu dikenali menceritakan bahawa Ahli Jemaah Menteri yang tidak bersetuju kerajaan meratifikasi Statut Rom takut ia akan menjejaskan Raja-Raja Melayu dan takut rakyat tidak percaya kepada kerajaan akibat darinya.

Pada pandangan saya, tindakan membocorkan butiran perbincangan yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet oleh mana-mana Menteri, apa lagi tanpa mendedahkan identiti mereka, adalah bercanggah dengan etika kerahsiaan dan kebertanggungjawaban.

Tambahan pula bila didedahkan bahawa 90 peratus daripada Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan Statut Rom yang membawa makna bahawa, daripada 28 Ahli Kabinet, Menteri yang bersetuju adalah 25 manakala Menteri yang tidak bersetuju pula adalah 3.

Apa tujuan pembocoran ini dilakukan selain menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak sihat, umpamanya diguna untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang lemah atau yang kuat bergantung kepada persepsi masing-masing.

Dapat dilihat daripada nada kedua-dua sumber yang bercakap ini, boleh difahami bahawa mereka merasa kecewa dengan keputusan menarik diri dari Statut Rom dan kebetulannya mereka yang paling meluahkan rasa kecewa mereka dengannya ialah pemimpin DAP.

Ahli Parlimen DAP dari Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, dilaporkan oleh Sinar Harian menyebut secara terang-terang bahawa beliau sangat rasa kecewa tetapi menambah bahawa keputusan itu bukan kemahuan Kabinet tetapi kerana mereka rasa dipaksa oleh keadaan.   

Ahli Parlimen DAP dari Klang, Charles Santiago, pula dilaporkan oleh Free Malaysia Today menyalahkan Tun Dr Mahathir kerana membuatkan Kabinet kelihatan lemah dan bertanya mengapa beliau yang sebelum ini berani menghapuskan imuniti Raja-Raja kini berubah.

Ahli Parlimen DAP dari Batu Kawan, Kasthuri Patto, jauh lebih dahsyat dengan mengeluarkan tweet yang mensasarkan istilah-istilah “Bodoh”, “Bangang” dan “Selfish” kepada BN dan PAS yang didakwa menghalang kerajaan dari meratifikasi Statut Rom ini.

Kekecewaan pemimpin DAP ini sebenarnya tidak sukar untuk difahami kerana hansard Parlimen dan rekod DAP menunjukkan bahawa merekalah, termasuk Lim Kit Siang dan M Kulasegaran pada awalnya, yang paling lantang dan paling konsisten memperjuangkannya.

Begitupun, walaupun rasa kecewa, sangatlah tidak patut untuk pemimpin DAP, tambahan pula yang bertaraf Ahli Parlimen, untuk mengkritik keputusan tersebut, apa lagi untuk mengeluarkan istilah-istilah “Bodoh”, “Bangang” dan “Selfish” kepada BN dan PAS.

Dan jika diamat-amati maka akan didapati bahawa UMNO dan PAS tidaklah terlalu ke hadapan dalam menentang ratifikasi Statut Rom ini, di mana UMNO baru berkira-kira mahu menghadap Sultan Selangor manakala PAS pun belum menghadap Raja Melayu lagi.

Tetapi kalau ada ahli politik lain yang masuk menghadap itu kita tidak tahulah.

Apa pun, perbuatan membuka rahsia Kabinet adalah tidak bertanggungjawab.

Ahad, 7 April 2019

ANWAR GEMBIRA BILA DR M PUJI DIRINYA LEBIH BAIK DARI NAJIB #viralhancing

Anwar lebih baik berbanding Najib, kata Dr M

Mahathir Mohamad berkata Najib Razak adalah pemimpin yang teruk berbanding Anwar Ibrahim.

Gambar dari Malay Mail

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim adalah pemimpin lebih baik berbanding Najib Razak untuk memimpin negara walaupun beliau pernah meragui keupayaan presiden PKR itu suatu masa lalu.

Dalam temubual eksklusif dengan New Straits Times, Mahathir berkata beliau lebih mudah menerima Anwar untuk menggantikan “orang seperti Najib” daripada membenarkan bekas perdana menteri itu terus mentadbir negara.

Sebab itulah beliau memilih untuk bekerjasama dengan Anwar walaupun mereka berseteru pada masa lalu, kata perdana menteri.

“Antara Najib dan Anwar, saya fikir Najib adalah pemimpin yang teruk daripada Anwar.

“Saya fikir kerjasama kami adalah lebih penting, untuk menggantikan Najib daripada kita bertengkar kerana saya tahu jika kami tidak bekerjasama, Najib akan menjadi perdana menteri akan datang dan itu akan menjadi bencana kepada negara,” katanya memetik laporan itu.

Beliau diminta mengulas mengenai Anwar yang bersedia untuk menggantikannya tetapi didakwa tidak layak menjadi pemimpin.

Mahathir dan Anwar mempunyai hubungan yang sukar selama 2 dekad dan ia memuncak apabila Mahathir, semasa bergelar perdana menteri ke-4 telah memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

Setahun kemudian, Anwar – yang pada masa itu merupakan anak murid Mahathir – disabitkan dengan kesalahan rasuah dan liwat.

FMT

ECRL AKAN MASUK NEGERI SEMBILAN, LOKE SAHKAN KENYATAAN GUAN ENG BENAR #viralhancing

Sebelum ini Lim Guan Eng memberi bayangan jajaran ECRL akan berubah dan akan memberi manfaat untuk Negeri Sembilan.


SEREMBAN: Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.


“Saya sebagai menteri pengangkutan, saya boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (semalam) memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini.

“Kalau berjaya ‘confirm’ Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan,” katanya dalam sesi ceramah Pakatan Harapan pada kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau, malam ini.

Semalam, Lim dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau antara lain memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion.

Beliau turut memberi bayangan bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan akan membawa manfaat untuk Negeri Sembilan.

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?