Sabtu, 27 April 2019

"KERAJAAN PH MENUNJUKKAN PRESTASI YANG SANGAT POSITIF" #viralhancing

SHAH ALAM - Prestasi kerajaan PH menjelang setahun pentadbirannya dilihat positif kerana berjaya mencapai apa yang direncanakan termasuk janji dalam manifesto mereka.

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd San

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), i berkata, walaupun tempoh setahun ini adalah tempoh pemulihan bagi mereka namun banyak perkara berjaya dicapai dan diselesaikan kerajaan baharu ini.

“Kita (rakyat) nampak seperti tidak ada prestasi tetapi realitinya mereka menunjukkan prestasi positif, cuma tidak dapat menunaikan segala janji dalam waktu singkat.

“Jika dilihat dari segi pembaharuan juga, ada undang-undang baharu dan isu-isu baharu telah diwujudkan.

“Janji dalam manifesto pula ada yang sudah ditunaikan dan ada yang masih dalam perancangan. Namun ia perlu dilihat secara berperingkat. Tidak boleh dalam masa setahun semua janji itu perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, rakyat perlu rasional dalam menilai prestasi kerajaan baharu dengan barisan menteri yang juga baharu dalam menguruskan hal negara.

“Terdapat juga janji kerajaan PH telah ditunaikan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) diubah kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Selepas itu program E-Kasih yang diberi juga kepada orang miskin dan kerajaan baharu ini juga banyak perkenalkan benda baharu yang bermanfaat kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai sentimen rakyat terhadap kerajaan PH terutama pada keputusan PRK terkini, beliau berkata, ia tidak boleh diukur berdasarkan sentimen keseluruhan rakyat.

“Mereka perlu segera dalam proses pemulihan dalam masa sama melakukan pembaharuan. Jika tidak berlaku (pemulihan dan pembaharuan) mereka akan mengalami masalah,” katanya.

SinarOnline

Jumaat, 26 April 2019

DUA PENULIS PRO PEMBANGKANG DISOAL SIASAT BUKIT AMAN #viralhancing

Adakah cara menekan penulis dan pemain media pro pembangkang mampu mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan baharu ini?

Kadang-kadang media pro kerajaan sendiri, berpuluh report dibuat akibat kebiadaban dan jelek dalam membuat kenyataan di FB atau blog. Tidak pula penulis nampak kena soal siasat atau ditahan.

Hak bersuara dahulu mereka perjuangkan, bila berkuasa sekarang, mereka pula membuat undang-undang nampak macam berat sebelah.


Dua penulis pro pembangkang disoal Polis.

Dua orang penulis pro pembangkang disoal siasat Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman pagi ini.

Menurut sumber ke dua dua individu itu cukup aktif dan lantang membawa isu-isu rakyat serta kuat mengkritik kerajaan Pakatan Harapan terutamanya berkenaan janji-janji manifesto PH sebelum PRU14 lalu.

Salah seorang daripada mereka Kamaruddin (PakDin) pemilik blog http://pakdin.my  berusia 52 tahun terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM80 dari Hulu Selangor ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi kerjasama kepada PDRM.

Seorang lagi adalah Sdra Zaparudin pemandu Grab yang dikatakan pemilik Potal http://isuviral.net dilihat bersama-sama Pak Din masuk ke Bukit Aman pagi ini.

Mereka berdua ditemani oleh seorang peguam yang menawarkan khidmat secara sukarela bagi membantu urusan ketika disiasat.

Difahamkan mereka berdua dipanggil untuk soal siasat ekoran daripada Laporan Polis dibuat oleh pihak tidak dikenali yang dipercayai tidak berpuas hati dengan segala bentuk kecaman terhadap kerajaan hari ini.

Urusan memberi keterangan selesai selepas 1jam 30minit, dan segalanya berjalan dengan lancar.

"Kami amat memahami tugas anggota Polis yang jalankan siasatan, Alhamdulillah selesai beri keterangan" Kata Pak Din.

"Ini bukan pengalaman baru saya berdepan dengan pihak Polis sebab saya antara jutaan rakyat yang sentiasa menyokong kuat PDRM, kami beri kerjasama sebaiknya" Tambah Sdara Zapa

Mereka berdua turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai yang bertugas kerana bersikap profesional sepanjang proses siasatan berjalan.

'PRESTASI SETAHUN SAYA, 6.5 PER SEPULUH' KATA SAIFUDDIN #viralhancing

Hampir setahun menjawat jawatan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution Ismail menilai prestasi dirinya sendiri sebagai 6.5 persepuluh mata.

“Agenda (kementerian) belum cukup dan memadai.

Gambar sumber - MalaysiaGazatte

“Masih perlu banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di kementeriannya sempena setahun Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, di Putrajaya kelmarin.

Namun begitu, beliau menjangkakan markah penuh dapat dicapainya tidak melebihi dua tahun.

Saifuddin berkongsi tiga perkara yang menurutnya menjadi pencapaian terbesar kementeriannya sepanjang setahun pentadbiran PH.

Tiga perkara tersebut adalah subsidi bersasar RON95 yang bakal dilaksanakan, pengenalan program Food Bank Malaysia dan analisis rantaian bekalan makanan.

Menurut Berita Harian pada 22 April lalu, PDNHEP kini sedang menunggu senarai penerima Bantuan Sara Hidup (SBH) sebagai asas kepada pengagihan subsidi bersasar RON95. Ia akan disalurkan ke akaun penerima yang layak.

Food Bank Malaysia pula merupakan program pengumpulan lebihan makanan seperti roti dan sayur dari pasar raya untuk diagihkan kepada isi rumah di bawah paras garis kemiskinan.

Menurut laporan, sejumlah 186,354 ketua isi rumah berpendapatan bawah RM940 bakal menerima manfaat daripadanya.

“Kalau ditanya dalam masa singkat, ini adalah satu pencapaian yang secara peribadi sangat dekat, bukan hanya kepada saya tetapi kepada kementerian ini,” kata Saifuddin.

Melalui program itu, katanya lagi, tiga perkara dicapai iaitu melahirkan sukarelawan, membantu golongan memerlukan dan mengelak pembaziran.

Satu lagi pencapaian yang disebutnya - analisis rantaian bekalan makanan - adalah untuk mengenal pasti peringkat rantaian yang sering berlaku pencatutan harga.

Beliau berkata ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan laporannya telah dibentang kepada jemaah menteri semalam.

“Analisis ini penting bagi membantu pihak kami memahami beberapa lapis rantaian yang terlibat sebelum harga akhir sampai kepada pengguna.

“Dengan ini, kami dapat melihat setiap elemen yang menyebabkan kenaikan harga,” katanya.


Rancangan seterusnya

Ketika ditanya berkenaan perkara yang belum sempat dilaksanakan KPDNHEP, beliau antara lain membangkitkan soal mengembangkan e-dagang yang menurutnya mampu menurunkan kos sara hidup.

"Pilihan yang kita ada ialah kembangkan e-dagang kerana ia boleh kurangkan lapisan dalam perniagaan. Bila rantaian menjadi kurang harga akhir akan lebih disenangi semua pihak," katanya.

Beliau berkata kementeriannya akan terus menumpukan perhatian kepada usaha menurunkan kos sara hidup dan memastikan kecekapan pelaksanaan subsidi barangan.

Wawancara oleh MalaysiaKini

PH TIDAK AKAN JADI KERAJAAN SEPENGGAL, MALAH IA DISENANGI RAKYAT #viralhancing

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menangkis dakwaan Pakatan Harapan (PH) hanya menjadi kerajaan sepenggal berdasarkan kegagalan menunaikan manifesto PRU14.

Gambar sumber - Google

Beliau menjelaskan, meskipun PH didakwa kurang membela Melayu dan Islam, hakikatnya kerajaan bertungkus-lumus menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda.

Malah, katanya, PH kini dalam kerangka melunaskan satu-persatu janji manifesto PRU14.

“Kami mungkin dianggap ‘cair’ dari segi membantu Melayu dan Islam tapi kami dapat selamatkan institusi Islam iaitu TH dan Felda.

“Pihak yang melingkupkan kini dijulang sebagai pejuang agama dan bangsa. Ini paradoks,” katanya di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Setiausaha Agung PKR itu berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan PH hanya akan bertahan sepenggal memandangkan kerajaan gagal menunaikan semua manifesto PH.

Beliau juga menjelaskan, buat masa ini PH menggariskan tiga hala tuju pelaksanaan manifesto iaitu telah ditunaikan, sedang diusahakan dan belum disentuh.

“Saya jujur mengaku ada tiga bakul dalam soal pelaksanaan janji manifesto. Bakul pertama mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru separuh ditunaikan iaitu berjaya keluarkan senarai hitam dan sebahagian lagi penetapan gaji RM4,000 baru mula bayar hutang pinjaman, ini belum.

“Janji hapuskan hutang peneroka Felda tapi buat masa ini, kami berjaya hapuskan faedah hutang peneroka sebanyak RM2 bilion, terima kasih (Datuk Seri) Najib Razak, (Tan Sri) Isa Samad dan (Tan Sri) Shahrir Samad. Sebab ketika Tan Sri Yusuf Noor meninggalkan Felda, tabung institusi itu berjumlah RM8 bilion tapi sekarang Felda terpaksa diselamatkan,“ katanya.

Untuk segmen belum diusik seperti berkaitan tol katanya, ia masih di peringkat percubaan dan belum jelas.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai gerak kerja yang dilakukan PH dalam tempoh setahun ini.

“Jujurnya kalau ada tanggapan kata kami rapuh, hanya sepenggal, yang ini negara kita subur demokrasi, rakyat dan siapa pun berhak bagi pandangan.

“PH ini utuh pada asasnya, kami ada struktur kepimpinan yang jelas malah sentiasa bergerak ke depan,” jelasnya.Pencapaian Kementerian KPDNHEP.

Sinar Harian.

FGV RANCANG BUANG 6,000 PEKERJA #viralhancing

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd. menafikan laporan berita hari ini yang menyatakan syarikat perladangan itu mahu mengurangkan 6,000 pekerja dalam tempoh tiga tahun sebagai langkah untuk mengurangkan kos, di samping mengoptimumkan aset di bawah pelan pemulihan menyeluruhnya.

Gambar-MSN.COM

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan menjelaskan kumpulan itu tidak pernah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerjanya tetapi hanya merancang mengurangkan 10 peratus daripada kos tenaga kerja setahun.

Beliau berkata rancangan itu termasuk pengurangan kos elaun lebih masa, bil perubatan dan lain-lain bagi kakitangan, katanya dalam kenyataan kepada Buletin Utama TV3, hari ini.

Menurutnya, pengurangan pekerja hanya akan berlaku sekiranya terdapat aktiviti penjualan perniagaan bukan teras yang dijalankan kumpulan, serta menerusi skim pemisahan bersama (MSS) dan aktiviti persaraan.

Haris Fadzilah berkata langkah pengurangan kos operasi 10 peratus setiap tahun itu akan dilaksanakan bagi tempoh tiga tahun akan datang, yang mana kos operasi FGV sekarang adalah agak tinggi, kini melebihi RM1 bilion setahun.

Satu laporan berita hari ini menyatakan FGV merancang mengurangkan sebanyak mungkin sehingga 6,000 kakitangan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya selepas ia mencatatkan kerugian besar RM1.07 bilion dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2018 - kerugian paling buruknya sejak disenarai awam pada 2012 - berikutan rosot nilai yang amat besar dan harga minyak sawit rendah. - BERNAMA

Khamis, 25 April 2019

ISU KEKAL KUATA 90% BUMIPUTERA, UNTUK KURANGKAN KEBIMBANGAN ORANG MELAYU KATA ANWAR #viralhancing

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan keputusan Putrajaya mengekalkan 90% kuota Bumiputera dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kebimbangan kaum itu selepas kerajaan menambah jumlah pelajar bagi kursus itu.



Presiden PKR itu berkata, beliau diberitahu pertambahan daripada 25,000 tempat kepada 40,000 tempat menimbulkan kebimbangan kuota pelajar Melayu akan diambil kaum lain.

“Buat masa ini, kita perlu mengurangkan kebimbangan itu. Kita tidak mahu mereka rasa kita ambil tempat orang Melayu.

“Ini khasnya untuk fakulti di mana penyertaan Melayu amat rendah,” kata bekas menteri pendidikan itu selepas menerima Anugerah Kewarganegaraan Global daripada Saturna Capital di sini.

Kekal kuota 90% Bumiputera untuk kurang kebimbangan Melayu, kata Anwar

Anwar Ibrahim berkata, Putrajaya menambah 15,000 tempat tetapi mengekalkan kuota 90% pelajar Bumiputera untuk menampung keperluan B40.

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan keputusan Putrajaya mengekalkan 90% kuota Bumiputera dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kebimbangan kaum itu selepas kerajaan menambah jumlah pelajar bagi kursus itu.

Presiden PKR itu berkata, beliau diberitahu pertambahan daripada 25,000 tempat kepada 40,000 tempat menimbulkan kebimbangan kuota pelajar Melayu akan diambil kaum lain.

“Buat masa ini, kita perlu mengurangkan kebimbangan itu. Kita tidak mahu mereka rasa kita ambil tempat orang Melayu.

“Ini khasnya untuk fakulti di mana penyertaan Melayu amat rendah,” kata bekas menteri pendidikan itu selepas menerima Anugerah Kewarganegaraan Global daripada Saturna Capital di sini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan berkata, pertambahan bilangan pelajar itu diputuskan Kabinet untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar berbilang kaum mendapat pendidikan tinggi.

Katanya, kuota 90:10 dikekalkan untuk menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di universiti awam.

Langkah itu bagaimanapun dibidas pemimpin DAP, P Ramasamy yang berkata, kerajaan gagal melangkah ke depan, manakala penyelaras Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) bagi wilayah utara, K Sudhagaran Stanley menyifatkannya “satu daripada langkah terburuk” kerajaan Pakatan Harapan.

Hari ini, Anwar berkata, Putrajaya sekadar menangani kebimbangan orang Melayu.

ADA LELAKI AJAK AZAR AZMI MAIN #hiburan #viralhancing

GARA-gara membawa watak pelacur dalam drama bersiri popular Nur 2, Azar Azmi menerima ‘direct message’ di Instagram daripada beberapa lelaki nakal yang mengajaknya mengadakan hubungan seks.


Azar berkata, ada juga yang mahu menempahnya dengan harga RM150 dan kebanyakan mereka terdiri daripada lelaki dewasa.

Bagaimanapun, Azar enggan melayannya dan menganggap ia hanya gurauan.

"Saya biarkan saja mesej-mesej begitu. Malas nak jawab atau balas komen mereka. Saya anggap ia hanya usikan kerana terpengaruh dengan jalan cerita Nur 2," katanya.

Azar berkata, dia juga bersyukur kerana tidak menerima mesej berbaur ugutan seperti yang diterima Azhan Rani akibat kesan watak Ustaz Hamadi sebelum ini.

Menurut Azar, rezeki dalam bidang lakonan mencurah-curah sehingga jadualnya penuh hingga hujung tahun ini.

“Nur 2 membuka banyak peluang kepada kerjaya dengan tawaran pelbagai watak, bukan sekadar watak antagonis," katanya.

Sumber HarianMetro

https://bit.ly/2UUOnzJ


MARAH DENGAN ROMBAKAN EXCO JOHOR, MAHATHIR TERFIKIR MAHU BERSARA MENURUT SUMBER #viralhancing

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dilaporkan berang dengan rombakan majlis eksekutif exco kerajaan negeri Johor, dikatakan terfikir mahu meletak jawatan, menurut sumber.

Gambar sumber - Google

Sumber itu berkata pengerusi Bersatu mendedahkan perkara berkenaan semasa mesyuarat kecemasan majlis tertinggi parti pada malam Isnin lalu.

"Beliau begitu kecewa dan terkejut kerana menteri besar baru (Dr Sahruddin Jamal) tidak mematuhi nasihatnya untuk mengekalkan barisan exco," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Gambar sumber - Google

Menurut sumber, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga ketua Pemuda Bersatu, berjaya meyakinkan Mahathir supaya tidak melepaskan jawatannya.

Malaysiakini gagal menghubungi Syed Saddiq untuk mendapatkan ulasannya tetapi sumber yang rapat dengannya mengesahkan perkara itu.

Menurut sumber, Mahathir pada mesyuarat itu memberitahu bahawa beliau begitu kecewa pada pagi itu - apabila tiga ahli exco baru mengangkat sumpah jawatan - dan bercadang mahu melepaskan jawatannya.

Gambar Sumber - Google

Anggota majlis tertinggi yang lain kemudian meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keingkaran menteri besar itu.

"Bagaimanapun, semasa mesyuarat baru bermula, Mahathir kembali tenang,” kata sumber itu, sekali gus menafikan dakwaan yang disebarkan di media sosial kononnya perdana menteri mengancam untuk meletak jawatan pada mesyuarat itu.

Malaysiakini

AYAM TANPA SIJIL HALAL BEBAS DIJUAL DI PASARAYA DI NEGERI SEMBILAN KATA MB #viralhancing

SEREMBAN 24 April - Pengusaha pasar raya di negeri ini bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelihan sama ada yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) atau sebaliknya.

Gambar Sumber- Astro Awani

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini berikutan dasar pensijilan halal yang bersifat terbuka dan sukarela.

“Terdapat dua kaedah pejualan ayam di pasar raya besar iaitu penjualan tanpa pembungkusan dan dengan pembungkusan. Ayam yang dalam pembungkusan boleh dikenal pasti melalui logo halal yang tertera dan boleh disemak kesahihannya melalui www.halal.gov.my.

“Bagi yang tiada, maka status halal ayam tersebut adalah di luar pengetahuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Oleh kerana itu JHEAINS sering menasihatkan pengguna supaya membeli ayam yang dibungkus oleh pembekal yang telah mendapat SPHM,” katanya ketika menjawab soalan Suhaimi Kassim (Amanah-Lenggeng) dalam Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14, di sini hari ini.

Suhaimi membangkitkan kebimbangan orang ramai berhubung status halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya-pasar raya di negeri ini serta penguatkuasaan yang dijalankan.

Mengulas lanjut, Aminuddin (PKR-Sikamat) berkata, penguatkuasaan dan pemantauan akan dijalankan hanya sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai berkaitan keraguan dan penyalahgunaan tanda halal.

“Sekiranya didapati berlaku penipuan atau salah guna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menyiasat perkara tersebut. Jika sabit kesalahan pihak terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/pasar-raya-di-negeri-sembilan-bebas-jual-ayam-tanpa-sijil-halal-1.888292

Rabu, 24 April 2019

WALAUPUN ALAMI PENURUNAN, RINGGIT DINOBATKAN KEDUA TERBAIK DI ASEAN KATA PENGANALISIS #viralhancing

KUALA LUMPUR: Ringgit muncul mata wang kedua terbaik di ASEAN dan ketiga terbaik di rantau Asia pada suku pertama tahun ini, selepas mengukuh 1.26 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Gambar -BHonline

Penganalisis pasaran FXTM, Han Tan, berkata unit mata wang tempatan itu disokong oleh penilaian ekonomi domestik yang kukuh, inflasi yang terkawal dan perbelanjaan domestik yang berkembang pesat, memberi asas yang kukuh kepada prestasi ringgit sepanjang tahun 2019.

Katanya, walaupun mata wang tempatan itu terdedah kepada faktor luaran seperti dolar AS yang terus mengukuh, ketegangan perdagangan AS-China dan kelembapan ekonomi China, kebimbangan terhadap perang perdagangan membantu melonjakkan ringgit dan mata wang utama Asia lain pada suku pertama tahun ini.

Katanya, walaupun mata wang tempatan itu terdedah kepada faktor luaran seperti dolar AS yang terus mengukuh, ketegangan perdagangan AS-China dan kelembapan ekonomi China, kebimbangan terhadap perang perdagangan membantu melonjakkan ringgit dan mata wang utama Asia lain pada suku pertama tahun ini.

“Pada pertengahan April, berita utama mengenai prospek Malaysia yang diturunkan daripada Indeks Bon Kerajaan Global, FTSE Russell dan dana kekayaan Norway mungkin mendorong aliran keluar selanjutnya yang menyumbang kepada pengukuhan ringgit berbanding dolar AS daripada tiga bulan sebelumnya,” katanya.

Baca Selanjutnya BHonline

HB- Penganalisis ni nak kencing siapa agaknya ek? Kalau betul ringgit kukuh apasal dekat Thai RM kita jatuh teruk?

PERDANA MENTERI MELAWAT CHINA UNTUK KUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA #viralhancing

PUTRAJAYA 24 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Second Belt and Road Forum for International Cooperation (BRF Ke-2) yang akan diadakan di Beijing, China bermula hari ini hingga 28 April ini.

Gambar sumber - Utusan

Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.

Menurut Wisma Putra, persidangan BRF Ke-2 kali ini bertemakan ‘Belt and Road Cooperation: Shaping a Brighter Shared Future’.

“Perdana Menteri telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan pandangan beliau semasa Mesyuarat Peringkat Tinggi dan Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin dengan tema ‘Strengthening Policy Synergy and Building Closer Partnership’,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Wisma Putra lagi, sehingga semalam, seramai 37 pemimpin dunia, termasuk Perdana Menteri, telah mengesahkan kehadiran ke forum tersebut.

“Kehadiran Perdana Menteri pada BRF Ke-2 membawa makna yang penting memandangkan Malaysia sentiasa memberi sokongan berterusan kepada inisiatif Belt and Road, terutamanya dalam isu-isu pembangunan seperti sinergi dasar, pembangunan infrastruktur, kerjasama kewangan dan perhubungan di antara rakyat kepada rakyat, “ jelasnya.

Dr. Mahathir jelas Wisma Putra lagi, akan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang bagi membincangkan pelbagai perkara merangkumi isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Keqiang dan Dr. Mahathir juga dijangka akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang minyak sawit,” tambahnya.

Selain program rasmi, Perdana Menteri akan turut mengadakan lawatan ke beberapa syarikat berteknologi tinggi di Beijing seperti Huawei Technologies dan SenseTime Private Ltd.

Beliau juga dijadualkan akan bertemu dengan pelabur-pelabur utama, penganalisis modal antarabangsa dan komuniti perniagaan yang terkemuka di Beijing.

“China adalah rakan rapat dan negara yang penting buat Malaysia. Lawatan kali ini dijangka akan memperkukuhkan lagi ikatan persahabatan di antara Malaysia dan China serta memacu pertumbuhan kerjasama yang lebih luas di antara kedua-dua negara,” jelas Wisma Putra. -UTUSAN ONLINE

BELUM ADA KEPUTUSAN PENGHAPUSAN HAD PARAS HARGA RON95 KATA MENTERI #viralhancing

Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga petrol RON95 yang kini ditetapkan pada paras RM2.08 seliter, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.


Mengulas laporan media berhubung kenyataannya tentang penghapusan had harga bahan api itu, beliau berkata harga berkenaan kekal buat masa sekarang sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat.

“Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON95. Harga seliter bagi petrol RON95 buat masa sekarang kekal pada RM 2.08.

“Inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin juga menjelaskan bahawa penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah satu daripada komitmen manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan bukannya RM1.50 seliter bagi petrol RON95 seperti yang berlegar-legar di media sosial.


“Penstabilan harga runcit minyak telah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini.

"Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai," katanya.

Sumber Malaysiakini

TUN M KE IJN, MENGADU DAKIT DADA #viralhancing

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.

Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.

Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat. – Mstar

Berita diatas diterbitkan pada Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

Sumber : AbuLeman


Selasa, 23 April 2019

MESYUARAT ROMBAKAN EXCO JOHOR DILAPORKAN TEGANG, PPBM BERSOLIDARITI BERSAMA TUN M #viralhancing

PETALING JAYA: Pimpinan kanan PPBM bersolidariti dengan Dr Mahathir Mohamad disebalik ketegangan antara perdana menteri dan kerabat diraja Johor mengenai pemilihan jemaah exco.


FMT mendapat tahu daripada sumber boleh dipercayai bahawa sokongan disuarakan selepas mesyuarat tergempar majlis tertinggi parti malam tadi, untuk membincangkan barisan exco baru Johor yang mengangkat sumpah di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Mesyuarat itu, yang disifatkan sumber sebagai “sangat panas dan tegang”, dipanggil bersidang dengan notis yang singkat ekoran kebimbangan bahawa barisan exco yang diumumkan semalam tidak pernah mendapat kelulusan pimpinan PPBM.

Mereka juga mempersoalkan tindakan menteri besar Johor yang baru dilantik, Dr Sahruddin Jamal yang dikatakan tidak mengikut pendirian jemaah menteri untuk tidak merombak barisan exco sedia ada.

“Tetapi menteri besar teruskan juga rombakan itu walaupun dia sudah dimaklumkan tentang pendirian jemaah menteri dalam pertemuannya dengan perdana menteri sebelum mengangkat sumpah,” katanya.

FMT juga mendapat tahu tindakan Sahruddin itu dikritik Mahathir.

Sumber FMT

APA DOSA SAYA, LUAH MUJAHID DENGAN NADA KESAL #viralhancing

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof hari ini meluahkan perasaan kesalnya kerana menjadi mangsa fitnah menggambarkan beliau sebagai pejuang kumpulan songsang dan menghalalkan perbuatan maksiat di negara ini.

Gambar - Malaymail

Mujahid juga kesal apabila beliau dituduh menghalalkan perbuatan maksiat atas dasar kemanusiaan sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkata demikian.

Saya cakap tentang nilai amanah, bukan saya kata asal sahaja kemanusiaan, apa pun boleh. Saya tak kata pun, orang kata saya kata, apa dosa saya?

“Saya tak kata, bila masa saya kata golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh. Bila masa saya kata zina tak apa asalkan tak nampak.

“Saya kata biar dia jawab dengan Allah di akhirat nanti, sebab bila saya bercakap tentang nilai-nilai ini (kemanusiaan), saya jelas,” katanya berucap pada sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Mujahid juga menegaskan, beliau hanya mengikut perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran berhubung tuntutan kemanusiaan dan idea daripada beliau sendiri.

“Apa Allah kata baik, yang buruk dan tak elok apa yang Allah tak ada, bukan Mujahid kata. Saya hanya mengikut (Allah).

“Jadi, tak timbul yang orang kait dengan kita, sehingga saya ini menjadi popular sangat, menteri paling hiba. Berzina pun taffadal (silakan) asalkan jangan kena tangkap, LGBT tafaddal (silakan) pasal rahmatal lil alamin, orang kafir pijak kepala, pasal rahmatal lil kafirin.

“Saya kata jaga, sesiapa yang kongsi (fitnah) pun jawab (dengan Allah di akhirat). Saya sudah terang, tapi orang dok ulang-ulang (fitnah),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

KAMERA AES AKAN DITAMBAH UNTUK MENGELAK KEMALANGAN KATA KERAJAAN PH #viralhancing

Pada pertengahan Mac lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menambah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).


Walau bagaimana pun, menerusi laporan Bernama, timbalannya, Datuk Kamarudin Jaafar mengesahkan kerajaan akan menambah jumlah kamera AES di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan.

Katanya, cadangan itu kini dalam peringkat kajian dan penentuan semula lokasi untuk dibuat penambahbaikan dengan mengemaskini kawasan kerap kemalangan berasaskan data-data terkini.

“Kos pemasangan serta operasi kamera hanya akan ditentukan semasa pemasangan kamera itu dilakukan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Razali Idris yang ingin tahu berapa jumlah kos pembelian, pemasangan dan penyelenggaraan kamera AES, serta berapa jumlah saman yang telah dikutip setakat ini.

Kamarudin berkata dari 1 September tahun lalu sehingga 17 April tahun ini, sebanyak 163,986 saman telah dikeluarkan dan kerajaan memperoleh kutipan sebanyak RM5,726,400 daripada saman-saman itu.

Isnin, 22 April 2019

[HEBAT] PH BERJAYA SELAMATKAN HAMPIR SETENGAH BILION RINGGIT KATA MENTERI WILAYAH #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah dapat menyelamatkan hampir setengah bilion ringgit wang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini.


Beliau berkata ini dilakukan melalui rundingan semula 97 transaksi tanah di ibu negara, sekali gus menambah pendapatan DBKL dengan tepat sebanyak RM481 juta.

Beliau berkata ia merupakan antara kejayaan utama kementeriannya dalam tempoh setahun sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional.

Menurut laporan media sebelum ini, rundingan semula itu diadakan susulan ada kes transaksi tanah yang dibuat tanpa melalui tender terbuka dan ada kes tanah dijual di bawah harga pasaran semasa pentadbiran BN.

Tambahan pendapatan itu diperoleh dalam bentuk tunai dan nilai tanah, antaranya termasuk lima transaksi tanah yang dirunding di luar mahkamah dan mendapat bayaran balik dalam bentuk infrasturktur, kata menteri itu dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini sempena setahun PH mentadbir negara.

Selain itu, kata Khalid, pewartaan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 pada Oktober lepas juga merupakan langkah terbaik yang dilakukan kementerian bertujuan mengawal pembangunan bandar raya Kuala Lumpur.

Menyentuh perancangan masa depan, beliau berkata pihaknya sedang merangka Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020-2040 dan akan dipamerkan kepada orang ramai pada penghujung tahun ini.

Khalid berkata apabila menerajui kementeriannya, beliau mendapati pada asalnya pembangunan yang dirancang di ibu negara mempunyai kepadatan penduduk dan pembangunan yang tinggi dengan densiti 2,000 orang bagi satu 0.4 hektar.

“Jadi bagi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020-2040 ini apa yang kita akan tetapkan dalam pewartaan ialah maksimum densiti tidak boleh melebihi 1,000 orang bagi satu ekar tanah,” katanya sambil menambah kata kepadatan pembangunan juga dikurangkan bagi mengawal pembangunan.

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu golongan B40, Khalid berkata DBKL telah mengambil alih perkhidmatan Bas Go KL dan ditempatkan di kawasan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR).

Khalid berkata perkhidmatan itu memberikan servis percuma bagi perjalanan untuk ke kawasan mudah akses seperti stesen kereta api dan pengangkutan awam lain, selain memanfaatkan lebih 1,000 penumpang setiap hari.

Mengenai projek Taman Rimba Kiara, beliau berkata pihaknya telah berjaya membuat rundingan dengan pemaju untuk menurunkan keluasan pembangunan daripada 4.9ha (12 ekar) kepada 3.2ha (8 ekar) sahaja susulan terdapat bantahan daripada penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang tidak bersetuju dengan pembangunan projek tersebut.

“Saya telah berunding dengan pemaju untuk 'scale down' (mengecilkan) projek daripada lapan blok kepada empat blok pangsapuri sahaja dan satu blok pangsapuri akan tetap dibekalkan kepada 100 keluarga rumah panjang sepertimana yang dipersetujui sebelum ini," katanya.

Beliau juga berkata penubuhan Mesyuarat Majlis Menteri di bawah DBKL membuktikan ketelusan kerajaan PH dalam usaha membangunkan bandar raya Kuala Lumpur.

Perkara itu dapat dilihat dengan penglibatan 11 Anggota Parlimen yang turut menganggotai mesyuarat tersebut, selain Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pegawai DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Mesyuarat yang diadakan setiap dua bulan sekali ini merupakan satu inovasi apabila kita memanggil 11 Anggota Parlimen duduk bersama dengan DBKL dan kementerian di mana mereka turut sama memikirkan seolah-olah sebagai kerajaan yang memerintah KL dan merancang bersama untuk menentukan dasar dan polisi bagi pembangunan Kuala Lumpur.

“Sebelum ini anggota Parlimen tidak ada fungsi sangat dalam keputusan DBKL, jadi apabila kita ambil alih kita mahu mengimbangi kuasa wakil rakyat dan membuka jalan bagi mereka bersama-sama melontarkan idea,” katanya..

Khalid berkata usaha itu juga sekali gus dapat membawa suara rakyat di bawah kawasan Parlimen masing-masing termasuk isu seperti kesesakan lalu lintas, rumah mampu milik, kebersihan dan laluan pejalan kaki di kawasan Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

BERSATU SAMA SAHAJA PERANGAI MACAM UMNO KATA RAMASAMY #viralhancing

Kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong pengekalan dasar penawaran 90 peratus tempat pelajar Bumiputera dan 10 peratus kepada bukan Bumiputera dalam Program Matrikulasi tidak mencerminkan era Malaysia Baharu.

Gambar - MalaysianInsight

Malah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy berkata, kenyataan itu sebenarnya mencerminkan pendirian Bersatu yang tidak ubah seperti UMNO yang mengamalkan perjuangan politik perkauman melampau selama ini.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu meluahkan perasaan dengan memberikan ratio 90:10 bagi kemasukan pelajar bumiputera sebenarnya tidak boleh diamalkan lagi seperti pemerintah dulu.

Sebaliknya kata beliau, sudah ada keperluan mendesak pada masa kini yang memerlukan perubahan lebih baik dan memberikan keadilan kepada para pelajar bukan bumiputera yang mempunyai pencapaian baik.

“Nampaknya pemikiran Bersatu ini masih lagi ‘terperangkap’ dengan kepompong politik perkauman melampau UMNO. Bersatu yang menjadi salah satu komponen Pakatan Harapan (PH) sepatutnya memberikan gambaran kita melangkaui UMNO dan Pas.

“Adalah tidak bagus untuk parti ini berpegang kepada keputusan yang dibuat oleh UMNO ketika berkuasa pada satu masa dahulu.

“Formula 90:10 itu merupakan sesuatu yang menjadi amalan UMNO sebelum ini dalam kemasukan pelajar bukan bumiputera ke matrikulasi sebelum ini. Sepatutnya sudah tiba masanya, kita keluar dari kepompong ini demi kebaikan semua.

“Untuk terus berpegang dengan dasar serta prinsip kerajaan terdahul tidak akan sesekali membawa sebarang kebaikan kepada komponen lain dalam PH pada masa kini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Ramasamy mengulas kenyataan Bersatu menyokong penuh pengekalan dasar penawaran 90 peratus tempat kepada pelajar Bumiputera dan 10 peratus tempat kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan.

Ketua Penerangan Bersatu, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin semalam berkata, pengekalan dasar itu adalah selaras dengan matlamat asal program matrikulasi iaitu membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti.

“Kita memahami hakikat bahawa dengan lebih ramai pelajar memperoleh keputusan Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, persaingan untuk mengikuti program matrikulasi menjadi semakin sengit.

“Tambahan pula, dengan dasar kerajaan memberikan keutamaan kepada pelajar cemerlang daripada keluarga B40, akan menyebabkan terdapat pelajar cemerlang SPM daripada keluarga bukan B40 yang tidak mendapat tawaran ke program tersebut. Oleh itu, alternatif lebih baik perlu disediakan kepada pelajar cemerlang itu,” katanya.

Jelas Ramasamy lagi, selain daripada alasan tawaran ‘one off’, nisbah pengambilan semasa berdasarkan kepentingan mata pelajaran teras selain kriteria kriteria B40 mungkin mempengaruhi pengambilan pelajar Cina dan India kelak.

“Saya berharap sangat Kabinet akan melihat kelemahan dalam prosedur kemasukan untuk menerima pakai dasar yang lebih jelas mengenai pengambilan pelajar bukan Melayu pada masa hadapan,” tegasnya. –MalaysiaGazette

TARIF AIR NAIK TIDAK AKAN BEBANKAN RAKYAT BAWAHAN KATA KERAJAAN PH #viralhancing

KUALA LUMPUR: Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli beri jaminan bahawa kenaikan tarif air secara berperingkat tahun ini tidak akan membebankan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).


Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Air Dan Pembentungan Dr Ching Thoo Kim berkata ini kerana kadar tarif air yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kos utiliti lain yang dibayar oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

“Tentang bagaimana tarif ini menjamin kumpulan B40 tidak terkesan, kalau kita lihat sekarang hampir 50 peratus pengguna hanya menggunakan 20 mililiter padu air.

“Apa yang dibuat oleh kementerian adalah memastikan (kenaikan tarif air) penggunaan jumlah ini tidak akan membebankan rakyat. Itu yang akan dipastikan 50 peratus tidak akan terbeban,” katanya ketika menjadi panel pada program debat di Astro AWANI, pada Ahad.

Baca seterusnya AstroAwani

Ahad, 21 April 2019

BEKAS PEGAWAI SPAD DAKWA DIANIAYA OLEH KERAJAAN PH, SEBELUM PRU DAHULU DIA ANTARA PENYUMBANG KEMENANGAN PH #viralhancing

Bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendakwa jadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Melalui sosial medianya, Egard Mohd. Aizat mendakwa semasa bekerja dengan SPAD, beliau menjadi pegawai tetapi kini hanya ditawarkan jadi pembantu tadbir Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKPS).

“Kerja dekat SPAD pegawai, degree qualification. Lepas SPAD bubar, lepas empat bulan merayu, tu dia, bagi gred 19 lepas itu campak ke Sarawak.

“Dah nampak cara kerajaan aniaya orang? Lepas tu nak sembang nak jadi kerajaan yang lagi baik dari BN,” katanya.




Egard juga memuatnaik surat tawaran LPKPS dalam media sosialnya beserta emoticon marah.

Sebelum itu, ramai kakitangan SPAD ditamatkan perkhidmatan apabila kerajaan menukarnya kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan.

Walaupun ada sebahagiannya ditawarkan kerja oleh kementerian namun ramai merungut kerana gaji dan jawatan yang diberi tidak setara dengan akademik dan pengalaman mereka.

Selain itu, Egard menyesal kerana mendakwa ‘diperbodohkan’ oleh PH.

“Dulu aku pernah diperbodohkan. Tapi akan datang aku akan pastikan aku dan anak-anak aku takkan diperbodohkan oleh parti politik macam PH.

“Aniaya orang. Penipu. Tak au apa yang baik yang ada dari PH ini sejak diorang memerintah,” katanya lagi.

Hantaran Egard turut dikongsi oleh Datuk Seri Najib Razak di media sosialnya hari ini.

“PH semakin keterlaluan. Ada siapa lagi bekas staf SPAD yang menghadapi isu yang sama, ditindas Anthony Loke (Menteri Pengangkutan)? Apa gunanya PH sembang Youth Power?” soal bekas Perdana Menteri itu lagi.- MalaysiaGazett

MENTERI PERPADUAN MELAWAT NEW DELHI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Lu...