Sabtu, 4 Mei 2019

Tolonglah Tun, Saya Merayu' - Ucapan Sayu Nurul Hidayah Supaya dibenarkan Bapanya Mengerjakan Umrah

Bersabarlah insan-insan yang diuji, manusia yang dinaikkan kuasa dengan cara yang cukup jelik, sedang menunjukkan kepada semua, terutama musuh-musuh politiknya.

Inilah dia Malaysia Baharu, mereka berkuasa, apa boleh kita lakukan, moga mereka-mereka yang anggap kuasa ditangan dipegang mampu selamanya.

Beringatlah, kali ini mungkin anda-anda semua ketawa perlakukan musuh politik anda sedemikian rupa, sampai satu masa dilain waktunya nanti, Umat Islam sudah bersatu.

Golongan pentaksub dan golongan pendendam ini bakal lenyap dengan sendirinya.



Moga DS Zahid tabah.

Nurul Hidayah merayu kepada Tun M, supaya membenarkan ayahnya DS Zahid Hamidi mengerjakan Umrah.

Berikutan keputusan itu, anaknya, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid menerusi Instagramnya telah merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membenarkan bapanya menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini. 
Menurutnya, bapanya itu sudah kebiasaan menunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir sejak 30 tahun lalu dan tidak akan melarikan diri. Dia juga meminta pihak polis mengawal dan memerhatikan jika tidak mempercayai bapanya itu. 
Selain itu, Datuk Nurul Hidayah juga meminta kepada sesiapa yang mengetahui bagaimana untuk berhubung dengan Tun M boleh meninggalkan pesanan mesej di akaun Instagramnya. Dia juga meminta sahabat serta kenalan yang mengenali dirinya dan keluarga secara rapat satu ketika dahulu untuk bantu usulkan permintaannya itu kepada Tun M.

PENYERAHAN JAWATAN PM KEPADA ANWAR PASTI BERLAKU MELAINKAN.... KATA DAIM #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan roboh dengan peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pemimpin baharu.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, PH mempunyai pelan peralihan kuasa yang menyeluruh, sekali gus dapat mengelakkan keadaan itu.

Gambar sumber Google

Beliau berkata, PH hanyalah pakatan yang muda dan masalah yang dihadapi sekarang juga adalah dalam jangkaan.

“Dalam PH, ramai orang memainkan peranan sebagai parti pembangkang sebelum ini, mereka perlu belajar untuk memerintah,” katanya dalam wawancara dengan China Press.

Daim juga berpendapat ramai pemimpin PH telah memperbaiki prestasi masing-masing secara berperingkat.

Gambar sumber Google

Diminta memberi komen tentang terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap PH, Daim berkata: “Betul ke? Saya tidak tahu.”

Daim bagaimanapun mengingatkan kepentingan PH mengotakan janji sambil menjelaskan bahawa sesetengah perubahan dan reformasi telah berjaya dilaksanakan kerajaan pakatan tersebut.

“Ada juga bahagian yang lebih rumit kerana membabitkan pindaan Perlembagaan. Kami kalah dalam soal pindaan mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Daim percaya Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

“Memandangkan perkara ini sudah dipersetujui, maka beliaulah orang yang akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagi saya, ini pasti akan berlaku melainkan berlaku pergaduhan,” katanya.

Sementara itu, Daim berkata, kerajaan memerlukan 10 hingga 15 tahun untuk menghapuskan tol, tetapi pada peringkat ini apa yang boleh dilakukan ialah mengurangkan kadarnya.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan kajian dan sekarang sudah tiba giliran menteri untuk meneliti hasil berkenaan.

“Saya percaya menteri akan membuat pengumuman berkaitan tidak lama lagi,” katanya.

Tambahnya, pengurangan sedikit kadar tol akan menggembirakan rakyat di samping meringankan beban mereka. – MalaysiaGazette

Jumaat, 3 Mei 2019

ENAM REMAJA LELAKI DITAHAN DISYAKI MENCABUL DAN MEROGOL BERGILIR-GILIR DI SEBUAH KOLEJ #sosial #viralhancing

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam remaja lelaki yang disyaki mencabul dan merogol secara bergilir-gilir dua pelajar sebuah kolej di sini, Selasa lalu.



Kesemua remaja berusia 16 hingga 21 tahun itu ditahan malam tadi selepas kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, hasil siasatan awal lima suspek terlibat itu ialah penganggur manakala seorang lagi adalah seorang pelajar.

“Kedua-dua mangsa yang berada di kolej dijemput dua lelaki menggunakan dua buah motosikal untuk pergi makan di sebuah kedai berhampiran kira-kira jam 8 malam.

Gambar sumber SinarOnline

“Bagaimanapun, suspek membawa mangsa ke rumah sewa mereka di Kampung Sungkak, Juasseh dan apabila sampai di tempat kejadian terdapat empat lelaki yang tidak dikenali menunggu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek pertama membawa seorang mangsa ke sebuah bilik dan memeluk badan mangsa manakala suspek kedua membawa seorang lagi ke bilik berasingan lalu merogolnya

"Setelah selesai, datang lagi empat lelaki masuk ke bilik itu dan merogol mangsa kedua secara bergilir-gilir, sebelum mereka menghantar mangsa pulang ke rumah di Paroi, Seremban.

Haslah berkata, mangsa membuat laporan polis malam tadi sebelum gerakan memburu keenam-enam suspek dilancarkan.

“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 11 malam hingga 2 pagi di sekitar Juasseh dan Kuala Pilah. Permohonan tahanan reman ke atas semua suspek akan dibuat.

"Lima suspek akan disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan seorang suspek lagi akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

ASTROAWANI

STATUT ROME - EMPAT PENSYARAH PERLU BERTANGGUNGJAWAB KATA MASZLEE #viralhancing

KUALA LUMPUR 2 Mei - Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, empat pensyarah yang terlibat dalam rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu perlu bertanggungjawab dan bersedia memikul akauntabiliti terhadap apa jua yang ingin mereka ketengahkan.

Gambar sumber Google

Beliau berkata, ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini.

“Dalam masa yang sama kita berharap isu ini perlu diperdebat secara ilmiah dan berfakta tanpa mempunyai niat tertentu sama ada bersifat politik atau tidak.

“Oleh yang demikian, mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dan bersedia memikul akauntabiliti terhadap apa jua yang mahu diperdebatkan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Maszlee berkata demikian bagi mengulas surat terbuka yang ditujukan kepadanya daripada anggota kumpulan bekas penjawat awam G25 Tan Sri Alwi Jantan yang dilaporkan di laman sebuah portal berita hari ini, merujuk kepada tindakan empat pensyarah terbabit yang dilihatnya melakukan kesalahan sebagai penjawat awam.

Rumusan eksekutif bagi meratifikasikan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Datuk Dr Rahmat Mohamad, pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi.
Alwi mempersoalkan sama ada tindakan keempat-empat ahli akademik itu telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada naib canselor masing-masing sebelum membentangkan rumusan kertas kerja masing-masing kepada Majlis Raja-Raja. - BERNAMA

Khamis, 2 Mei 2019

INISIATIF BAHARU TANAM PADI WAKTU MALAM KATA PM #viralhancing

KUALA LUMPUR 2 Mei - Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat.

Gambar sumber Google

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing yang kini mencecah tujuh juta.

Selain itu katanya, kerajaan turut merancang pembinaan kilang yang mampu membina rumah sebagai sebahagian inisiatif tersebut.
“Kita sedang fikir sama ada kita boleh alih waktu kerja daripada siang hari kepada malam. Memanglah gelap, tapi orang kaya boleh main golf waktu malam, mungkin kita boleh tanam padi waktu malam sebab siang panas. Ini boleh kurangkan tekanan.

“Di sesetengah negara bila datang bulan puasa, mereka tidur siang dan malam bekerja.Jadi ia bukan sesuatu luar biasa.

Sekarang ada lampu LED, tidak guna elektrik yang banyak.Ini antara langkah kerajaan yang sedang berusaha wujudkan banyak pekerjaan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tautan Muhibbah Parlimen Segambut 2019 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)di sini hari ini.

UTUSAN ONlLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/rakyat-boleh-tanam-padi-waktu-malam-tun-m-1.893624

BEKERJA BIARPUN BERGAJI RENDAH BERBANDING TIADA LANGSUNG GAJI KATA PM #viralhancing

Dalam keadaan rakyat ekonominya semakin mencabar, bantuan-bantuan rakyat sudah banyak dipotong, malah ada juga yang ditamatkan kerana Kerajaan Baharu beralasan kononnya akibat kekakangan hutang Kerajaan lama.

Gambar sekadar hiasan

Graduan baru, mungkin pening, kerja-kerja yang diidamkan mungkin tidak dapat dihajati, gaji yang berbaloi pula mungkin sukar untuk diimpikan.

Inilah polisi kerajaan baharu. Berapa ramai pula yang hilang pekerjaan? Sudah pasti memberi impak negatif kepada suasana perjalanan ekonomi yang adil untuk kita semua.

Penulis agak hairan dengan pendirian PM ke 7 ini. Adakah dia ingin melihat situasi rakyat semacam zaman dia menjadi PM ke 4 dahulu?

Zaman tu tidak kisah, segalanya masih murah, ada bas mini, tambangnya baru 40-60sen. Rokok pun sekotak RM2.70 kalau beli yang 20 batang.

Kalau makan pun zaman tu bawa RM10 boleh tahan 2 hari.

Zaman sekarang zaman berbeza, tu pasal Najib Razak berusaha supaya gaji makin menaik, kemampuan makin meninggi. Peluang perniagaan makin kencang, sana sini orang tidak kisah keluarkan duit untuk berbelanja.

Namun setelah setahun menerajui kerajaan baharu, pemikiran PM ke 7 ini nampaknya semakin kuno. Menyusahkan ramai orang.

Anda mungkin anggap, bagilah masa, cuba anda buat survey pukul keliling terhadap orang bekerja dan orang berniaga. Anda akan dapat jawapan dari situ. Ekonomi kita sekarang makin teruk.

Kata PM ke 7, bekerja biarpun gaji sedikit berbanding tiada kerja langsung.

MalaysianInsight

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151494

BEKERJA lah walaupun gaji sedikit berbanding tiada gaji langsung, kata perdana menteri mengulas keengganan rakyat Malaysia melakukan pekerjaan kotor, sukar dan bahaya (3D).


“Upahnya rendah, tetapi jika awak tak bekerja, awak tak dapat apa-apa. Awak pilih,” kata Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan hari ini selepas sambutan Hari Buruh di Putrajaya hari ini.


Selasa, 30 April 2019

MISI MENYELAMATKAN TABUNG HAJI ANTARA KEJAYAAN PALING HEBAT DILAKUKAN OLEH PH KATA MUJAHID #viralhancing

Kejayaan menyelesaikan kemelut Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan antara pencapaian besar Pakatan Harapan (PH) dalam setahun mentadbir negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata keutamaannya adalah untuk mengembalikan kredibiliti TH serta mengukuhkan semula kedudukan institusi kewangan Islam itu yang berada di bawah portfolionya.

Gambar sumber - Google


Katanya, setelah melalui proses pemulihan dan penstrukturan semula, TH telah kembali kepada landasan asal dan kini menuju jalan ke arah masa hadapan yang lebih baik.


"Kita telah mulakan pakej menyelamatkan TH sejak kita (PH) ambil alih pentadbiran negara. Pada Disember 2018 kita isytiharkan kedudukan TH yang amat menyedihkan dan berlakunya pelanggaran akta yang menyebabkan ia menjadi antara skandal yang besar dalam sejarah negara kita.


"Kita datang menyelamat bagi memastikan TH dan pendeposit serta wang mereka dijamin keselamatannya. Alhamdulillah telah kita lunaskan," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini baru-baru ini sempena setahun pentadbiran PH.


TH berjaya mencatatkan jumlah aset RM76.5 bilion berbanding jumlah tanggungan RM75.5 bilion, sekali gus membolehkan agihan hibah tidak melebihi RM1 bilion dibuat bagi tahun 2018 walaupun tidak pada kadar tinggi seperti sebelumnya memandangkan TH baru sahaja pulih.


Mujahid berkata usaha menyelamatkan TH itu merupakan antara perkara utama yang dijanjikan PH dalam manifestonya selain skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).


Pada 9 Mei lepas, PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 setelah 60 tahun mentadbir negara.


Mujahid berkata antara pencapaian lain di bawah pentadbiran kerajaan baharu itu adalah memperkasakan undang-undang Islam bagi membolehkan semua sekolah agama, pusat tahfiz dan tadika Islam di Wilayah Persekutuan berdaftar dan dikawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Selain itu, katanya, JPM bercadang memperkenalkan Mahkamah Khusus Kes Nafkah dan Hadnanah yang akan dibentang kepada Kabinet pada 8 Mei ini sebagai mahkamah khusus membicara dan menyelesaikan kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan tuntutan bekas isteri terhadap bekas suami berkaitan pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.


Turut akan dibentangkan kepada Kabinet dijangka pada Jun ini adalah usaha menggubal undang-undang berkaitan profesion guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) ekoran ketidakseragaman amalan undang-undang itu antara negeri-negeri lain dan dapat ditadbir urus dengan lebih telus. 


Menteri itu turut melakukan perubahan dengan tidak memegang sebarang jawatan pengerusi mana-mana agensi di bawahnya berbanding sebelum ini bagi mengelak campur tangan kuasa antara menteri dan agensi serta membolehkan setiap agensi bergerak secara profesional.


Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata beliau turut berjaya melaksanakan reformasi agensi dengan memperkenalkan tiga konsep gagasan pentadbiran Islam iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia kepada 13 agensi yang berada di bawahnya.


Sepanjang tempoh peralihan kepada Malaysia baharu, pencapaian lain yang dihasilkan beliau adalah mewujudkan konsep Masjid RAHMAH bercirikan ramah, aman, harmoni, mesra, alami dan hormat.


Di peringkat antarabangsa pula, Mujahid dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Khas untuk berurusan dengan Bosnia Herzegovina dan hasil daripada itu, Malaysia Bosnia Trade Cooperation Association (MBTCA) berjaya ditubuhkan sebagai badan induk bagi membantu mengembangkan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Bosnia sekali gus meningkatkan pelaburan. - BERNAMA

PH LAKSANA PELBAGAI INISIATIF UNTUK UMAT ISLAM KATA TUN M #viralhancing

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Gambar - BBC

Justeru beliau menafikan umat Islam terancam di bawah Pakatan Harapan (PH) dan beranggapan pihak yang mendakwa suara 'mempertahankan Islam' sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini kerana mereka 'pekak'.

"Fasal dia 'pekak'. Kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam tapi dia tak dengar," katanya kepada pemberita selepas Malam Anugerah dan Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau bahawa suara 'mempertahankan Islam' sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Dakwa Mohd. Asri, perkara itu menjadikan rakyat makin akur Islam 'berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat' bawah pimpinan kerajaan PH. - BERNAMA

BILA DR MAZA DIPANGGIL PEKAK OLEH TUN M - Kamarul Yusoff #viralhancing

BILA MUFTI PERLIS DIPANGGIL “PEKAK” OLEH PERDANA MENTERI

Gambar sumber Google

Ramai yang tahu hubungan rapat antara Mufti Perlis, Dr Maza, dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Dr Maza sendiri pernah mendedahkan beliau kenal “secara dekat dengan Tun M sejak tahun 2007”

Dr Maza juga sangat hormat kepada Tun Dr Mahathir yang beliau panggil sebagai “ayahanda Tun”.

Dr Maza juga sangat kagum kepada Tun Dr Mahathir yang beliau gelar sebagai “negarawan lagi wira negara”.

Buku “A Doctor In The House” juga Dr Maza sifatkan sebagai “karya agung” Tun Dr Mahathir.

Dr Maza juga berkongsi fikiran dengan Tun Dr Mahathir dalam banyak hal sehingga menyebut “saya suka cara Tun”.

Bila Tun Dr Mahathir menyerang lawan, Dr Maza selalu menyokong, antaranya dalam isu Peristiwa Memali.

Bila Tun Dr Mahathir dikritik, Dr Maza selalu membela, antaranya dengan berkata 'hati nurani beliau sangat Melayu'.

Dr Maza juga sentiasa berdoa agar “Allah memberkati hidup Tun Dr Mahathir” dan agar “beliau terus sihat”.

Alih-alih malam tadi Tun Dr Mahathir tanpa disangka-sangka boleh menggelar Dr Maza sebagai “pekak” pula.

Tiada yang lebih menyedihkan berbanding hentaman terbuka tokoh yang kita hormat, kagum, suka, sokong dan bela.

Akan semakin bertukarkah agaknya rasa hormat, rasa kagum, rasa suka, sokongan dan pembelaan Dr Maza selepas ini?

Dan apa agaknya perasaan orang-orang Perlis bila Mufti mereka digelar sebagai “pekak” oleh Perdana Menteri?

Dari FB Kamarul Yusoff

SEBAB DIA PEKAK, KATA TUN M KEPADA DR ASRI #viralhancing

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai pekak selepas Mufti Perlis itu mendakwa kedudukan Islam kini berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata, banyak perkara yang telah dilaksanakan demi Islam sebelum ini yang tidak disedari oleh Mohd. Asri.



“Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Makan Malam Gala Triennial & Malam Anugerah 2019 di Hotel Istana di sini malam ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Mohd. Asri hari ini yang mendakwa kedudukan Islam kini berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Mohd. Asri berkata, realiti politik pada hari ini membiarkan umat Islam dibuli.

Beliau berkata, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.

Malah ramai yang menghina Nabi Muhammad dan mempersenda ajaran Islam, juga hanya dipanggil memberikan keterangan. – MalaysiaGazette

Isnin, 29 April 2019

JAGA FAM PUN TIDAK SAMPAI SETAHUN, BAYANGKAN JADI PM, KATA SYED SADDIQ KEPADA TMJ #viralhancing

Selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, seorang lagi pemimpin Bersatu tampil mengkritik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui media sosial.



Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja mengkritik, bahkan menyindir pencapaian Tunku Ismail sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam hantaran terbaharunya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Malah, Menteri Belia dan Sukan itu juga bertanya, mengapa Tunku Ismail tidak meminta rakyat ‘tukar’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika negara dikenali dunia sebagai negara kleptokrasi tetapi sekarang mahu menukar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun TMJ gesa orang Johor untuk kekalkan Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat tetap bersama Dr. Mahathir dan menolak gesaan TMJ.



“Kami berkhidmat demi rakyat. Jatuh bangun kerajaan ini adalah di tangan rakyat. Ini negara demokrasi berperlembagaan,” katanya.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Baru-baru ini tular video TMJ dalam nada bergurau berkata lebih baik jika Perdana Menteri ditukar.



Baginda berkata demikian ketika disapa orang ramai yang meminta baginda menukar jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora ketika baginda dalam perjalanan keluar dari Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menaiki kereta.



“Dari tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri,” kata baginda dalam video tular tersebut.

Menambah cili pada pedas kritikannya, Syed Saddiq membangkitkan kegagalan Tunku Ismail bertahan lama sebagai Presiden FAM.

Kata beliau, jika hendak jaga FAM pun sukar, pastilah lebih sukar bagi seorang Perdana Menteri yang mahu memulihkan negara.

“Kalau nak jaga FAM pun sukar sampai terpaksa letak jawatan tidak sampai setahun, bayangkan tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang ikhlas mahu memulihkan negara tercinta,” katanya disusuli dengan emotikon senyum. - UTUSAN ONLINE

RUNDINGAN ECRL ERA NAJIB TIDAK TELUS KATA TUN DET #viralhancing

BEIJING –  Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Itu Perdana Menteri dahulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang membuat rundingan, tiada usaha yang wajar, tiada kajian daya maju.

“Tidak telus, kemudian hendak pinjam (duit) banyak-banyak,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media dengan wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL, yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas digantung pembinaannya pada tahun lepas berikutan membabitkan kos yang tinggi.

Persetujuan untuk meneruskan ECRL dibuat selepas kejayaan rundingan semula oleh Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin, yang berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL daripada kos asal iaitu RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

Melalui rundingan semula dengan China mengenai pelaksanaan projek ECRL, kerajaan berjaya menjimatkan RM21.5 bilion atau 32.8 peratus daripada kos asal.

Ditanya jika terdapat kemungkinan kos ECRL itu boleh diturunkan daripada RM44 bilion, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu tetapi ia bergantung kepada skop kerja projek itu.

Ditanya tentang kenyataan Daim dalam temu bual dengan Bernama News Channel baru-baru ini, Dr Mahathir hanya berkata : “Itu maklumat yang kita tahu.”

Daim dalam temu bual tersebut mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri, yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak ECRL yang lama.

Beliau bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.

“Adakah ia disediakan oleh EPU seperti sepatutnya dalam kes ini, atau adakah EPU hanya diarahkan untuk menerima kertas cadangan yang disediakan oleh agensi lain,” soal Daim.

Dr Mahathir turut ditanya sama ada kerajaan akan mendedahkan kepada awam butiran mengenai kontrak ECRL.

Katanya walaupun kerajaan telah mendedahkan sebahagian daripada perjanjian itu tetapi ia juga perlu mengambil kira sensitiviti rakyat China.

“Ya, kami akan mendedahkannya kepada awam, tetapi kita perlu memahami sensitiviti rakyat China. Kami tidak mahu menyatakan yang mungkin menyakiti mereka. Kami telah banyak mendedahkan (butiran tersebut),” katanya. – MalaysiaGazette

Ahad, 28 April 2019

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SANGAT BERSIH DAN JAGA RAKYAT KATA MENTERI KEWANGAN #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan, penyelewengan, salah laku dan amalan rasuah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.



Beliau berkata, rakyat akan dapat melihat perbezaan pembangunan yang dibuat dengan bersih untuk kesejahteraan rakyat.

“Kita harap rakyat akan menikmati perubahan yang ketara ini iaitu pembangunan yang ‘bersih’,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee di Pasar Umum, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pembangunan di Sandakan, beliau berkata, hanya selepas peralihan kerajaan, pembangunan di bandar itu dapat dilaksanakan berbanding kerajaan sebelum ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan Pusat telah meluluskan projek bagi membesarkan Lapangan Terbang Sandakan, membaiki lif Hospital Duchess of Kent yang rosak serta menaik taraf blok hospital itu.

Sementara itu, Guan Eng menafikan pemilihan Wong sebagai calon parti itu kerana populariti penyandang kerusi itu iaitu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata, pemilihan Wong merupakan kesinambungan dan warisan perjuangan daripada mendiang bapanya yang perlu diteruskan malah beliau juga tidak asing bagi pengundi di kawasan Parlimen itu.

“Apa salahnya kita pilih seorang aktivitis yang dekat dengan rakyat dan secara kebetulan adalah anak perempuan mendiang, oleh itu sekiranya kita nak meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang baik, saya rasa itu adalah pilihan yang baik,” kata Guan Eng. - BERNAMA

Sumber UtusanOnline

UCAPAN MENGHASUT DAN MENGHINA RAJA-RAJA, INI SUDAH KETERLALUAN, KEBIADAPAN SYED HUSIN ALI TIDAK BOLEH DIBIARKAN #viralhancing

Kebiadapan Syed Husin Ali di Forum Malaysia & Statut Rome yang berlangsung di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya akan dibiar oleh kerajaan?

Gambar sumber - TheTrueNet

Forum ini turut disertai oleh Peguam Negara, Tommy Thomas. Apakah peguam negara akan biarkan sahaja kata-kata yang menghasut ini?

Antara yang keluar dari mulut Syed Husin:

1) “Dalam dunia ini tak sampai saya rasa ada 30 Raja, sepertiga daripadanya adalah di Malaysia (kedengaran suara hadirin ketawa), mereka accede dan ratify, cuma di Malaysia ini Raja-Raja takut untuk ratify.”

2) “Tapi kedudukan mereka, mereka rasa terancam, kerana banyak sangat Raja di sini, banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat (kedengaran bunyi hadirin bertepuk), maka ada golongan rakyat yang sudah mula merasakan tak perlu lagi Raja, ada golongan rakyat, dan perasaan ini makin bertambah di kalangan muda.”

3) “Ada pula yang merasakan mengapa sembilan Raja, kalau hendakkan simbol, mengapa sembilan, mengapa tak satu saja?”

4) ” …juga akan menimbulkan soal macam mana nak ketepikan Raja-Raja yang sudah sekarang ini makin kuat.”

5) “Sebenarnya kebanyakan Raja yang ada sekarang ini adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja atau pembesar yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Dari Johor ke Perlis semua dilantik oleh British.”


6) “Masa Jepun dulu, Jepun turunkan Raja-Raja yang keturunan bukan Raja tu dan meletakkan mereka yang dianggap sebagai keturunan Raja sebenarnya. Bila British balik, dia letak keturunan yang mereka angkat lebih awal.”

7) “Satu lagi ialah Raja tu, sekarang ini terutama sekali, makin meluas menentang dan menceroboh perlembagaan.”

8) “Makin bertambah mereka (Raja) campur dalam politik. Apa sebabnya? Kerana golongan yang seperti AG sebutkan tadi, iaitu golongan pemimpin-pemimpin yang dulunya menyokong Statut Rom sekarang ini menentangnya, kerana bagi mereka sekarang ini mereka patut dapat golongan Raja dan golongan rakyat menyokong mereka atas dasar perkauman dan sebagainya.”


9) “…dari segi ekonomi pula akan bertambah parah, dan ini kita lihat berlaku di kalangan rakyat di mana Raja dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara (kedengaran suara hadirin bersorak).”

Terima kasih buat Dr Kamarul Yusoff yang menyediakan transkripsi penuh ucapan si derhaka ini.

Sumber The Patriots

MENTERI PERPADUAN MELAWAT NEW DELHI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Lu...