Isnin, 29 April 2019

JAGA FAM PUN TIDAK SAMPAI SETAHUN, BAYANGKAN JADI PM, KATA SYED SADDIQ KEPADA TMJ #viralhancing

Selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, seorang lagi pemimpin Bersatu tampil mengkritik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui media sosial.



Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja mengkritik, bahkan menyindir pencapaian Tunku Ismail sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam hantaran terbaharunya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Malah, Menteri Belia dan Sukan itu juga bertanya, mengapa Tunku Ismail tidak meminta rakyat ‘tukar’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika negara dikenali dunia sebagai negara kleptokrasi tetapi sekarang mahu menukar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun TMJ gesa orang Johor untuk kekalkan Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat tetap bersama Dr. Mahathir dan menolak gesaan TMJ.



“Kami berkhidmat demi rakyat. Jatuh bangun kerajaan ini adalah di tangan rakyat. Ini negara demokrasi berperlembagaan,” katanya.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Baru-baru ini tular video TMJ dalam nada bergurau berkata lebih baik jika Perdana Menteri ditukar.



Baginda berkata demikian ketika disapa orang ramai yang meminta baginda menukar jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora ketika baginda dalam perjalanan keluar dari Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menaiki kereta.



“Dari tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri,” kata baginda dalam video tular tersebut.

Menambah cili pada pedas kritikannya, Syed Saddiq membangkitkan kegagalan Tunku Ismail bertahan lama sebagai Presiden FAM.

Kata beliau, jika hendak jaga FAM pun sukar, pastilah lebih sukar bagi seorang Perdana Menteri yang mahu memulihkan negara.

“Kalau nak jaga FAM pun sukar sampai terpaksa letak jawatan tidak sampai setahun, bayangkan tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang ikhlas mahu memulihkan negara tercinta,” katanya disusuli dengan emotikon senyum. - UTUSAN ONLINE

RUNDINGAN ECRL ERA NAJIB TIDAK TELUS KATA TUN DET #viralhancing

BEIJING –  Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Itu Perdana Menteri dahulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang membuat rundingan, tiada usaha yang wajar, tiada kajian daya maju.

“Tidak telus, kemudian hendak pinjam (duit) banyak-banyak,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media dengan wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL, yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas digantung pembinaannya pada tahun lepas berikutan membabitkan kos yang tinggi.

Persetujuan untuk meneruskan ECRL dibuat selepas kejayaan rundingan semula oleh Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin, yang berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL daripada kos asal iaitu RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

Melalui rundingan semula dengan China mengenai pelaksanaan projek ECRL, kerajaan berjaya menjimatkan RM21.5 bilion atau 32.8 peratus daripada kos asal.

Ditanya jika terdapat kemungkinan kos ECRL itu boleh diturunkan daripada RM44 bilion, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu tetapi ia bergantung kepada skop kerja projek itu.

Ditanya tentang kenyataan Daim dalam temu bual dengan Bernama News Channel baru-baru ini, Dr Mahathir hanya berkata : “Itu maklumat yang kita tahu.”

Daim dalam temu bual tersebut mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri, yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak ECRL yang lama.

Beliau bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.

“Adakah ia disediakan oleh EPU seperti sepatutnya dalam kes ini, atau adakah EPU hanya diarahkan untuk menerima kertas cadangan yang disediakan oleh agensi lain,” soal Daim.

Dr Mahathir turut ditanya sama ada kerajaan akan mendedahkan kepada awam butiran mengenai kontrak ECRL.

Katanya walaupun kerajaan telah mendedahkan sebahagian daripada perjanjian itu tetapi ia juga perlu mengambil kira sensitiviti rakyat China.

“Ya, kami akan mendedahkannya kepada awam, tetapi kita perlu memahami sensitiviti rakyat China. Kami tidak mahu menyatakan yang mungkin menyakiti mereka. Kami telah banyak mendedahkan (butiran tersebut),” katanya. – MalaysiaGazette

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...