Jumaat, 17 Mei 2019

PRESTASI MENGGALAKKAN KDNK SUKU PERTAMA RANSANG KEYAKINAN PELABUR KATA LIM GUAN ENG #viralhancing

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Prestasi memberangsangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2019 memberi galakan positif kepada pertumbuhan negara di masa depan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Gambar sumber Google

Sambil menyifatkan prestasi suku pertama itu sebagai “mengagumkan dan melangkaui jangkaan” Lim berkata keputusan tersebut melebihi daripada jangkaan kebanyakan pengurus dana antarabangsa dan tempatan yang mengunjurkan pertumbuhan itu kepada hanya 4.3 peratus dan ke bawah.

"Kita harap semua pihak akan yakin (terhadap ekonomi negara) seperti pelabur asing dan nampaknya mereka tidak dipengaruhi oleh (mana-mana) laporan yang mungkin tidak berapa positif dan mereka masih melabur dengan lebih banyak (pada suku ini) berbanding suku-suku sebelum ini.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Meja Bulat Fintech Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, dengan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Berasaskan pelarasan bermusim sukuan, KDNK meningkat 1.1 peratus.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata insentif bagi inisiatif pendanaan awam dan rakan setara bagi mikro, perusahaan kecil dan sederhana (Mikro-PKS) akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2020.

Katanya inisiatif tersebut yang dibincangkan pada persidangan meja bulat tertutup itu akan menyediakan alternatif pembiayaan selain kos lebih rendah untuk membiayai Mikro-PKS.

-- BERNAMA

Khamis, 16 Mei 2019

SUDAH!! TERSEBAR PULA GAMBAR ALIFF DENGAN IBU TUNGGAL ANAK SATU BERAMAS MESRA? #hiburan #viralhancing

Tidak habis panas berdesing cerita si Aliff Aziz ni, lepas minah rempit, hah tersebar pula gambar check in dengan ibu tunggal anak satu?

Gambar sumber dari - cham ais

Ini betul-betul bohjan level dewa ni. Penulis termenung sebentar.

Apa ilmu mamat ni pakai? Ramai laki bujang dekat luar sana sampai menangis air mata tanpa sedar sebab awek punya demand nak bercouple, apatah lagi nak ajak kahwin.


Aliff Aziz juga lagend, lepas minah rempit umur 17 tahun pun dia leh sebat, apatah lagi ibu tunggal.


Pepun lagenda bohjan sudah kembali. Respek
Respek.

Jangan marah aa.. Nasib dia bukan gay, suka kat bangsa sajad, kurang-kurang ada juga si normal lelaki macam dia buktikan perempuan memang kalah dengan lelaki hensem-hensem. Kan kan kan?

Ok done back up Aliff Aziz, boleh bank in ke acc..... hehe..

Gila pun tak macam dia der.

Sumber Cham Ais

STATUT ROME : SALAH PEGUAM NEGARA, PERLU LETAK JAWATAN SEGERA #viralhancing


Semalam Residen Koordinator PBB di Malaysia diminta memberi penjelasan kepada Kementerian Luar kenapa Malaysia masih dikekalkan sebagai penerima Statut Rom, sedangkan surat penarikan diri telah dihantar ke PBB pada 19 April 2019.

Mengambil kira surat itu adalah tulen dan perjumpaan semalam memang berlaku, itu bermakna Malaysia akhirnya menolak Statut Rom.

Maka isu utama di sini ialah siapa yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan Malaysia di peringkat awal telah menandatangani perjanjian tersebut melalui pintu belakang?

Pintu belakang bermaksud, Majlis Raja-Raja langsung tidak dimaklumkan sama sekali. Rakyat juga tidak diberi penjelasan mengenainya berbanding isu ICERD. Dalam isu ICERD kerajaan umum terlebih dahulu bahawa Malaysia akan menandatanganinya.

Dalam isu Statut Rom, Tommy Thomas mesti mengambil tanggung jawab di atas kesilapan yang berlaku.

Justeru Tommy Thomas mesti meletak jawatan.

Tommy Thomas telah memberi maklumat salah kepada Majlis Raja-Raja kononnya Statut Rom (ICC) tidak menghapuskan imuniti Yang DiPertuan Agung, tidak perlu meminda Perlembagaan, tidak perlu memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja dan tidak menyentuh sama sekali kedaulatan Malaysia.

Lebih tidak bertanggungjawab Tommy Thomas turut menghadiri satu forum yang mempertahankan penyertaan Malaysia dalam Statut Rom. Forum di Universiti Malaysia pada 27 April 2019 itu menjadi kecoh kerana ahli panel menuduh mereka yang membantah Statut Rom sebagai bodoh dan ‘kangkung’.

Tommy Thomas juga dilihat bertepuk tangan apabila Raja-Raja Melayu dihina oleh salah seorang peserta yang turut hadir.

Di samping itu Saifuddin Abdullah selaku Menteri Luar tidak akan menandatangani Statut Rom tanpa mendapat persetujuan daripada Peguam Negara.

Logiknya ialah surat jawapan bekas Menteri Luar Datuk Anifah Aman terhadap dakwaan Datuk Noor Faridah Ariffin (G25). Surat itu bertarikh 2 Mei 2019.

Noor Farida dalam forum Statut Rom di Universiti Malaya itu menyalahkan Anifah Aman kerana gagal menandatangani Statut Rom pada tahun 2011.

Anifah Aman dalam jawapan balasnya menyatakan dia tidak menandatanganinya kerana Peguam Negara Ghani Patail membantah penyertaan Malaysia.

Bahkan apabila Kabinet membincangkan semula isu itu pada tahun 2015, Peguam Negara langsung tidak menyediakan Kertas Kabinet mengenainya. Ghani Patail difahamkan hingga ke hari ini tidak bersetuju Malaysia menyertai Statut Rom.

Cukup jelas Saifuddin Abdullah dipengaruhi oleh Tommy Thomas. Tommy mesti rasa malu apabila Kerajaan buat U-Turn atas desakan rakyat

U-Turn itu membuktikan Tommy Thomas gagal. Di samping itu banyak “blunder” lain yang beliau lakukan yang mewajarkan beliau meletak jawatan atau dipecat.

Beliau sudah satu level dengan Lim Guan Eng. Terlalu “mediocre”. Memalukan negara.

Oleh Mohd Puad Zarkashi

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/9904/

Rabu, 15 Mei 2019

MELL SI GADIS SEKSI MOHON MAAF KERANA GAMBAR DENGAN ALIFF AZIZ TERSEBAR #hiburan #viralhancing

Gadis kontroversi yang gambarnya dengan artis Singapura Aliff Aziz telah membuat kenyataan meminta maaf berkenaan viral gambarnya dengan artis play boya itu.


Setelah kecaman tanpa belas.diberikan terhadap mereka berdua, malah Aliff Aziz dilunyai dengan teruk oleh nitizen dalam media sosial.

Sehingga kini Aliff Aziz belum lagi menafikan atau mengiyakan gambar panas itu.

Gadis seksi ini bernama Nismell atau panggilan Mell menafikan 'check in' Hotel dengan Aliff, katanya dia hanya bergambar mesra sahaja dan tidak buat apa-apa pun.

Ok jom kita baca apa penjelasan awek aum ni. Bawah umur beb katanya. Fuhh...


Penulis - Lantak kome le Aliff oi, lagipun dah nama lelaki, gatainya lain macam, nasib kau tidak jadi gay, hehe.. tu lagi parah (done back up)


STATUT ROME : PENGEKALAN NAMA MALAYSIA SEBAGAI 'NAMA PIHAK' AMAT MENGECEWAKAN -WISMA PUTRA #viralhancing

PUTRAJAYA 15 Mei - Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia memberi penjelasan berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ibupejabat ICC

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada triti itu seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan walapun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri.

Kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rome kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April, selaku depositori bagi triti itu, setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri, katanya.

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya dalam Statut Rome. - BERNAMA

Selasa, 14 Mei 2019

MELAYU BERBALAH, KITA TAHU SIAPA YANG UNTUNG, MASALAHNYA KITA TETAP SENTIASA BERBALAH #viralhancing

SYUKUR, Tumpang dan rakan-rakan di Utusan dapat menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadan yang sudah masuk hari kesembilan.

Gambar Arkib

Syarikat akhbar Tumpang seperti mana saban tahun, kali ini masih lagi meneruskan tradisi menyediakan juadah berbuka percuma kepada kakitangannya. Alhamdulillah.

Malam tadi selepas tarawih, membuka mesej dalam aplikasi WhatsApp, Tumpang tersentak seketika. Senarai tetamu yang mengesahkan kehadiran ke majlis berbuka puasa dan tarawih di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM), Jalan Ledang, Kuala Lumpur esok (Rabu) antaranya terpapar nama-nama Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Hanif Omar, Tan Sri Zaman Khan dan banyak lagi tokoh Melayu.

Kalangan ahli akademik termasuklah Prof. Emeritus Tan Sri. Dr. Anuwar Ali, Prof Datuk Dr. Zainal Kling, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan ramai lagi ilmuan Melayu turut akan berbuat demikian.


Syabas Tumpang ucapkan kepada Datuk Dr. Hasan Mad, pengerusi MPM yang mengusahakan majlis itu yang diiringi bacaan yasin dan tahlil untuk para arwah pemimpin kita yang sudah pergi.

Tengah hari ini, Tumpang ke Cheras pula mewakili Utusan ke satu mesyuarat disertai beberapa pertubuhan Melayu yang merancang mengusahakan satu himpunan generasi muda muslim.

Himpunan yang akan diselang seli dengan dialog meja bulat itu khabarnya bakal disertai mereka daripada parti-parti Melayu kerajaan dan pembangkang.

Sekali lagi Tumpang memanjatkan syukur ke hadrat-Nya. Masih sayang lagi umat Melayu kepada kesatuan dan perpaduan ummah biarpun Melayu berpecah lima (mungkin enam dan tujuh) sebelum dan pasca PRU-14.

Melihat orang Melayu dari kalangan empat, lima parti politik Melayu ‘berperang’ dalam pilihan raya umum lepas, terdetik dalam diri Tumpang, “ Tak belajarkah daripada sejarah mereka?

Ada kalangan dari kita suka menyebut ungkapan Hang Tuah yang kononnya berkata, “Tak akan Melayu hilang di dunia”.

Hari ini benarlah Melayu tidak hilang, tapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini - dengan berpecah belah sesama sendiri?

Ilmuan agama dan reformis Mesir, Syeikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan yang Islam itu didindingi oleh umat Islam. Dan ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu.

Syeikh Rashid Ganusi, pemimpin gerakan An-Nahdah di Tunisia mengutarakan, jika ada dua parti politik orang Islam yang berebut kuasa, di situlah punca perpecahan umat Islam di mana-mana negara.

Ini kerana politik itu mencetuskan kebencian yang luar biasa sehingga umat tidak boleh bersikap rasional lagi. Zahirnya, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik.

Begitupun, lebih dalam lagi kerana dua kabilah politik itu dianggotai pelbagai individu - tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, agenda, hasrat dan niat. Ada jurang antara tersurat dan tersirat. Antara akal dan nafsu, antara kata dan kota.

Di dalamnya pula muncul musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, sokong membawa rebah. Juga, perebutan kuasa sesama sendiri, adu domba, apatah lagi apabila kuasa dilihat dan digunakan sebagai duit untuk membina kekayaan diri, keluarga dan kroni.

Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari mencatatkan ketika mula menghadapi keuzuran kesihatan, Rasulullah SAW menyuarakan kebimbangan baginda akan selepas kewafatannya, terjadi pertelingkahan ummah kerana merebut kekayaan.

Kebimbangan baginda suatu jangkaan tepat suasana yang akan berlaku selepas baginda wafat - bahawa ummah walaupun kekal berpegang kepada Tuhan yang Esa.

Tetapi mereka berpecah belah kerana faktor-faktor pangkat, kuasa, kekayaan dan afiliasi, hingga ummah menyisihkan semangat persaudaraan.

Bahkan, akibat persaingan politik kita hari ini (maaf cakap), telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan Islam. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan berlaku berleluasa.

Perbalahan dipanjangkan dalam penulisan, disebarkan melalui alam siber. Dan sehingga akhirnya dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai.

Tapi, cuba kita lihat orang bukan Melayu. Antara kata pujangga Confucius berbunyi: “Tidak menjadi salah untuk sesuatu terusan mempunyai sampan yang banyak asalkan kesemua sampan menuju haluan yang sama”.

Ungkapan tersebut sebenarnya menjadi kompas pelbagai organisasi bukan Melayu. Meski mereka berada dalam kabilah berlainan, tetapi dalam perkara-perkara asas menyentuh bahasa, kebudayaan, pendidikan dan perniagaan, mereka bersatu suara, bersatu tindakan.

Mereka tampak berselisih dari segi pendekatan tetapi mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Kepentingan mereka tidak pernah terjejas walau kabilah politik mana yang menang atau kalah di dalam pilihan raya.

Kabilah politik bukan Melayu memiliki kebijaksanaan strategi. Mengambil posisi sayap kanan - sayap kiri, tetapi sama-sama melambung bola ke petak penalti untuk menjaringkan gol kemenangan.

Ketika berlaku perselisihan di antara Sayidina Ali dengan Muawiyah, kerajaan Rom menawarkan bantuan kepada Muawiyah untuk menentang Sayidina Ali dengan harapan mendapat manfaat jangka panjang.

Tawaran itu ditolak secara tegas oleh Muawiyah. Malah secara keras Muawiyah memberi amaran kepada Kerajaan Rom:

“Jangan terpedaya kerana perbezaan kami. Jika kamu berhasrat menentang umat Islam, aku akan menjadi tentera Ali yang pertama untuk menentangmu (Rom).”

Sumber Utusan

AMAZON TAWARKAN RUMAH BOLEH DIBINA HANYA 8 JAM, SANGAT MENARIK #global #kehidupan

Sebut mengenai Amazon, pasti ramai yang cukup tahu dengan laman popular yang menawarkan pelbagai barangan dan kelengkapan.Terbaru, Amazon melalui lamannya telah mula menawarkan rumah kecil yang mampu dihasilkan secara DIY. Lebih menarik, dikatakan rumah ini mampu disiapkan dalam tempoh kurang daripada lapan jam dengan dua tenaga kerja.


Ditawarkan dengan saiz 172 kaki persegi, penawaran rumah ini dilihat sebagai sebuah tempat rehat yang cantik ditambah pula dengan rekaannya yang tampak moden.

Rumah dengan saiz comel ini mula ditawarkan dengan harga $7,250 (RM30,183.92) sebuah. Penawaran rumah ini dilihat sebagai langkah awal sebelum lebih banyak rumah ditawarkan dengan saiz yang lebih besar khusus untuk tempat tinggal sekeluarga

Sumber - TheVocket

Isnin, 13 Mei 2019

SEJARAH 50 TAHUN TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 69, RAKYAT DIINGAT JANGAN MAIN API PERKAUMAN #viralhancing

KUALA LUMPUR: Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.

Gambar arkib-Utusan Melayu

Bagi felo utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara.

“Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang, kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini perlembagaan persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.

“Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik,” tambahnya.

Gambar Arkib 

Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada 2 kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain.

Jelas beliau, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini sebaliknya perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Ahmad Marthada Mohamed juga senada mahu ahli politik berhenti memainkan sentimen perkauman dan menyentuh isu sensitif yang boleh membangkitkan ketegangan dalam negara.

Beliau berkata, dalam usaha mengekang rusuhan kaum daripada kembali berulang, pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama.


“Dalam era teknologi masa kini, ada segelintir individu yang memberi komen melampau dalam media sosial. Jika tidak diambil tindakan tegas terhadap mereka, akan menyebabkan individu lain melakukan perkara sama dan tindakan provokatif sebegini amat berbahaya kepada keharmonian negara,” katanya.


Gambar Arkib

Selain itu, kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang Melayu dan Bumiputera, terutama golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai bidang, serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

“Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” katanya sambil menambah bantuan terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga tidak boleh diabaikan.

Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam negara itu, dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang kehilangan nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah kematian adalah lebih tinggi.

FMT

LAPORAN MINDEF DAPATI 'LAND SWAP' JUGA BERLAKU ERA MAHATHIR MENJADI PM KE-4 #viralhancing

Rumusan laporan akhir jawatankuasa siasatan Kementerian Pertahanan berhubung projek 'land swap' menunjukkan berlakunya "pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan," termasuk ketika penggal pertama Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Gambar sumber Malaysiakini

Ketika membentangkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan & Kewangan Kerajaan di Dewan Negara pada Khamis lalu - ulang tahun tahun pertama PH berkuasa - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahwa kepentingan politik berlaku dalam 13 dari 16 transaksi pertukaran tanah yang berlaku sejak 1997.

Walaupun tidak menyebutkan nama secara spesifik, Mohamad berkata perdana menteri dan menteri pertahanan dalam pentadbiran sebelum ini turut terlibat dalam urusan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar susulan pada hari sama, Mohamad menafikan penglibatan Mahathir dalam kes-kes berkenaan.

Penelitian ke atas rumusan lapran setebal 59 muka surat yang dimuat naik di laman web Kementerian Pertahanan, bagaimanapun, mendapati empat daripada 13 perjanjian pertukaran tanah berlaku semasa penggal pertama Mahathir menjadi perdana menteri.

Empat kes pertukaran tanah itu adalah:

Pembangunan Semula Kem Transit dan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah di Jalan Ampang yang bernilai RM66 juta. Ia diluluskan pada peringkat dasar oleh kabinet pada Oktober 1995 melalui tender terbuka. Syed Hamid Albar adalah menteri pertahanan ketika itu. Ia hanya siap pada September 2008.

Pembangunan Markas 7 Bridged Skudai di Lot 2967,2763 dan 2764 Mukim Pulai, Johor, sebagai ganti tanah seluas 154.6 hektar di Plentong, Tebrau, bernilai RM256 juta. Ia diluluskan pada peringkat dasar oleh kabinet pada Februari 1997, tetapi merupakan projek yang gagal. Syed Hamid adalah menteri pertahanan ketika itu.

Pembinaan Kompleks 1 Div & Kem 4 RRD, Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak dan Pembinaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) Pakej IV di Sungai Besi, sebagai ganti 284.9 hektar tanah di Kapar dan Kuching melalui rundingan terus. Ia diluluskan pada peringkat dasar oleh kabinet pada Mei 1996. Syed Hamid adalah menteri pertahanan pada masa itu. Perjanjian itu hanya ditandatangani satu dekad kemudian, di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Ia siap pada Ogos 2011.

Pembinaan kemudahan sukan di Kem Sungai Besi dan menaik taraf enam buah rumah keluarga angkatan tentera (RKAT) untuk batalion Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kedah, dan empat batalion RAMD di Tapah, sebagai ganti kepada 1.6ha tanah ibu pejabat tentera di Jalan Kuching. Ia diluluskan pada peringkat dasar oleh kabinet pada Februari 1997. Syed Hamid adalah menteri pertahanan ketika itu. Sehingga hari ini, perjanjian itu belum ditandatangani.
Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad untuk mendapatkan penjelasan.

Dua kontrak diberikan kepada satu pemaju sama

Nama syarikat pemaju yang dikaitkan dengan urusan tukar tanah disunting dalam laporan itu.

Bagaimanapun, dua projek yang disenaraikan di atas - pembinaan Kem Rejimen

502 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Markas 7 Briged Skudai di Pulai - diberikan kepada kontraktor sama yang tidak berkelayakan.

Walaupun gagal menyelesaikan projek Kem Rejimen 502 Askar Wataniah pada masa yang ditetapkan, kontraktor itu dianugerahkan projek Markas 7 Briged Skudai, yang bernilai empat kali ganda kos yang projek yang pertama.

Nasihat audit diabaikan

Kegagalan menyiapkan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah dibangkitkan dalam laporan audit pada 2002, yang mencadangkan agar kerajaan menamatkan kontrak untuk mengelakkan risiko kerugian.

Namun, kata laporan itu, kontrak masih diteruskan dan disiapkan pada tahun 2008.

"Syarikat didapati tidak dapat menyelesaikan menyiapkan kecacatan dan pembaikan. Kos penambahbaikan selepas Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah dianggarkan sebanyak RM15.9 juta (kos projek RM66 juta).

"Bon penyelenggaraan gagal dicairkan oleh KEMENTAH kerana entiti yang mengeluarkan bon tidak lagi beroperasi dan bukan didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan," kata rumusan laporan itu.

Bon penyelenggaraan yang dikeluarkan bagi projek itu gagal dikeluarkan, kerana kedua-dua piha terlibat tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan. Kedua-dua syarikat itu telah berhenti beroperasi.

Walaupun keputusan kerajaan hanya memberi tanah pajakan selama 99 tahun kepada pemaju swasta yang terlibat dalam perjanjian pertukaran tanah, pemaju untuk projek Kem Rejimen 502 Askar Wataniah menerima 4ha tanah pegangan bebas di Jalan Ampang.

Projek itu dikatakan mengandungi pelbagai kelemahan - termasuk kekurangan usaha wajar yang dijalankan, seperti kontrak yang ditandatangani sebelum skop terperinci projek dimuktamadkan.

Gagal melengkapkan bangunan Politeknik

Menurut laporan itu lagi, kegagalan Menteri Pertahanan untuk mengeluarkan sijil ketidakpatuhan kerja (CNC) memburukkan keadaan.

Tanpa sijil itu, kerajaan tidak dapat mengenakan ganti rugi yang telah dipersetujui untuk projek berkenaan.

Anak syarikat pemaju projek itu juga telah dianugerahkan projek pembinaan Politeknik Muadzam Shah di Pekan, yang juga gagal diselesaikan.

SUMBER MALAYSIAKINI

Ahad, 12 Mei 2019

RAKYAT PERLU TERUS KRITIK KERAS KERAJAAN, PANTAU KERAJAAN KATA ZUNAR #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini genap berusia setahun sejak mencipta sejarah memenangi pilihan raya umum ke-14, Mei tahun lalu.

Namun bagi Kartunis politik, Zunar, beliau mahu rakyat di negara ini terus memantau dan mengkritik kerajaan sedia ada bagi mengelakkan salahguna kuasa.

Gambar sumber Malaysiakini

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata, tugas rakyat Malaysia tidak terhenti pada 9 Mei 2018 setelah Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kuasa dari BN.

“Kerja kita banyak lagi. Dan benda paling penting untuk kita tahu adalah kenapa kerajaan terdahulu boleh memperbodohkan kita selama 62 tahun? Kerana kesilapan kita, saya salahkan rakyat Malaysia.

“Kerana kita biarkan mereka. Sekarang kita dalam era Malaysia baru. Tiada lagi berlepas tangan seperti itu.

“Kita perlu mengkritik dan memantau mereka (PH). Jangan fikir yang tugas kita sudah berakhir dan berada dalam zon selesa,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran bukunya ‘Fight Through Cartoons’ di kedai buku Borders, di The Curve, Petaling Jaya hari ini.


Fight Through Cartoons adalah antara karya Zunar yang pernah diharamkan kerajaan sebelum ini.

Menurut Zunar, beliau menganggap kerjaya sebagai kartunis sebagai satu  tanggungjawab untuk bersama-sama melakukan perubahan.

“Kerana berdasarkan falsafah hidup saya, sesuatu bakat itu bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah tanggungjawab.

“Jadi ini adalah tanggungjawab saya. Tanggungjawab saya sebagai seorang kartunis untuk berkongsi bakat saya kepada rakyat Malaysia demi mencapai satu perubahan dan pembaharuan,” katanya.

Dalam ucapannya, Zunar mengimbau tindakan pihak berkuasa bertindak terhadap syarikat pencetak dan kedai-kedai buku yang menjual karyanya.

Malah, ktanya, pejabat Malaysiakini turut menerima tempias apabila diserbu pihak polis kerana menerbitkan karya-karya beliau.

Zunar buktikan perubahan boleh dilakukan

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan menyifatkan Zunar sebagai individu yang banyak memberi inspirasi kepada ramai pihak.

“Saya fikir zunar telah membuktikannya bahawa, satu orang sebenarnya boleh membantu membawa perubahan.

“Dan perkara paling penting sekali kita perlu faham yang individu seperti Zunar telah berkorban selama ini untuk berkempen dan berjuang demi sebuah demokrasi,” katanya.

Steven menambah, sukar dibayangkan tekanan dihadapi Zunar apabila pejabatnya sebelum ini diserbu dan kartunis itu ditangkap atas tuduhan menghasut.

“Malaysiakini telah menerbitkan karya kartun Zunar selama bertahun-tahun dan kami gembira serta mengucapkan tahniah atas karya yang menakjubkan ini,” katanya.

Sumber Malaysiakini

MATRIKULASI TAK RELEVAN KERANA SUDAH CAPAI TUJUAN ASAL KATA DAIM #viral hancing

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin berkata program matrikulasi sudah tidak relevan kerana tujuan asal bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani, lapor The Malaysian Insight.

Gambar sumber Malaysiantimes

Namun, jelas Daim, pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu untuk mengkritik PH sekiranya matrikulasi dihapuskan.

“Waktu ia dimulakan dulu ada alasan baik untuk betulkan ketidakseimbangan (kaum). Sekarang sudah tidak relevan, boleh dihapuskan.

“Tetapi kalau (kerajaan) hapuskan sekarang pembangkang akan terus jadikan isu," katanya seperti dilapor.

Matrikulasi merupakan program prauniversiti yang diperkenalkan pada 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar Bumiputera.

Ia bertujuan membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.

Bagaimanapun, matrikulasi sering dikritik sebagai 'pintu belakang' bagi pelajar bumiputera untuk memasuki universiti tempatan, selain dikatakan sebagai 'laluan mudah' berbanding STPM.

Pada 29 April lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan penambahan 60 peratus pengambilan ke program matrikulasi daripada 25,000 kepada 40,000 pelajar, dengan mengekalkan nisbah 90 peratus untuk bumiputera dan 10 peratus untuk bukan bumiputera.

Penambahan itu membolehkan penambahan pengambilan pelajar bukan Melayu tanpa menjejaskan kuota bumiputera.


Keputusan kabinet itu dibuat selepas rungutan daripada pemimpin kaum India yang mendakwa pelajar cemerlang kaum India tidak dapat tawaran ke matrikulasi.

Bagaimanapun, pemimpin MIC terus menuntut kerajaan mengumumkan kuota khas untuk kaum India seperti dilaksanakan pada era BN.

Sementara, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata program itu sepatutnya menggunakan sistem berasaskan merit dengan mengkhususkan kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Sumber MalaysiaKini

Saya tidak bimbang beri keterangan kepada Polis, saya berhak bersuara kata Ramasamy

KUALA LUMPUR – Profesor Dr. P. Ramasamy hari ini hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dua artikel yang masing-masing disia...