Sabtu, 25 Mei 2019

JANGAN POLITIKKAN WAKIL RAKYAT BUKAN ISLAM BANTU SURAU, MASJID #viralhancing

IPOH – Wakil rakyat bukan Islam menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada masjid atau surau tidak wajar dijadikan bahan politik.

Gambar sumber Utusan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini kerana perkara itu sememangya menjadi tanggungjawab wakil rakyat termasuk yang bukan Islam.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, pandangan sempit bahawa soal keperluan masjid dan surau hanyalah urusan wakil rakyat beragama Islam harus ditolak.

“Tanggapan sedemikian juga boleh memberi gambaran salah terhadap agama Islam terutamanya berhubung masjid yang merupakan tempat awam.

“Wakil rakyat ada tanggungjawabnya seperti dalam soal kebajikan termasuklah memberi sumbangan kepada masjid dan surau menggunakan wang peruntukan mereka.

“Jadi jangan anggap wakil rakyat bukan Islam datang ke masjid untuk berpolitik, malah kita sama sekali tidak akan menggunakan masjid sebagai pentas ceramah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh meninjau kerosakan kubah di Masjid As-Sobirin, Bandar Lahat Baru di sini hari ini.

Bahagian kubah di masjid berkenaan mengalami kebocoran sejak sebulan lalu.

Sementara itu, Kah Woh memberitahu, pihaknya akan mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi membaiki kerosakan tersebut.

“Susulan daripada tinjauan, kita telah meminta pihak pengurusan masjid untuk menilai anggaran kos bagi membaiki kubah termasuk menggantikan permaidani pada ruang solat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

PEMANDU TEKSI KECEWA DENGAN PH, TIADA BANTUAN SELEPAS TAWAN PUTRAJAYA #viralhancing

PETALING JAYA:Rata-rata pemandu teksi menyuarakan rasa kecewa dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook kerana gagal menjaga kebajikan industri itu selepas setahun mentadbir Putrajaya.

Gambar sumber FMT

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail berkata, kini ramai pemandu teksi mengeluh kerana tiada lagi bantuan diberikan oleh kerajaan.

“Saya tidak berminat nak buat perbandingan sangat sebab kita faham kerajaan dalam masalah, tetapi nampak ketara sangat. Zaman BN kita tahu ada rasuah, tapi mereka bantu juga pemandu teksi. Salah mereka sebab tidak batal Uber dan Grab itu sahaja.


“Zaman BN paling tidak kita dapat sikit, kalau tidak duit tunai, kita dapat baucer minyak, baucer tayar, tapi zaman PH ni langsung tidak dapat apa-apa,” katanya kepada FMT.

“Jangan cakap nak dapat duit, ajak buka puasa pun tidak dapat. Sekarang nak jemput menteri susah. Bukan kita suruh kerajaan keluar duit, kita yang akan keluar duit,” kata beliau.

Shamsubahrin berkata, kerajaan bukan sahaja gagal menjaga kebajikan pemandu teksi, tetapi gagal menunaikan janji untuk memulihkan industri teksi, termasuklah mengenakan syarat sama rata kepada pemandu e-hailing.

“Saya jumpa Loke pada Disember 2018, beliau janji tidak akan menghampakan dan menghancurkan industri teksi. Beliau berjanji akan buat keputusan sama rata. Aku janji itu saya maklumkan kepada seluruh pemandu supaya berhenti melakukan demonstrasi bantah kerajaan pada waktu itu.

“Tetapi terbaharu menteri buat pusingan-U dengan berkata, pemandu e-hailing tidak perlu tukar status kenderaan persendirian. Ini jelas menunjukkan menteri tiada prinsip dan kita tidak tahu apakah hala tuju Kementerian Pengangkutan berhubung industri teksi,” katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Loke sebelum ini yang memberitahu bahawa pemandu e-hailing diberikan kelonggaran untuk tidak menukar kategori kenderaan persendirian kepada kategori “AH” atau e-hailing persendirian.

Menurut Loke, syarat itu diputuskan selepas perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas menerima rungutan daripada pemandu e-hailing, khususnya pemandu Grab.

Sebelum ini, pemandu e-hailing perlu menukar kod kenderaan persendirian kepada kod AH di JPJ sebagai salah satu syarat untuk menjadi pemandu perkhidmatan.

Loke juga berkata, kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu ada lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV), insurans penumpang, pelekat e-hailing dan permit kenderaan e-hailing (EVP) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

Shamsubahrin menambah, pihaknya berikrar menolak kerajaan PH sepert pernah dilakukan terhadap kerajaan BN jika nasib industri teksi terus dianak tiri.

“Kami bukan ugut tapi apakah pilihan yang kami ada? Berbincang cara baik sudah, bersabar sudah, tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa,” katanya, sambil memaklumkan lebih 80,000 pemandu teksi di seluruh negara akan menolak PH.

FMT

Jumaat, 24 Mei 2019

JANGANLAH TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEMBERIAN ORANG KATA PM #viralhancing

LANGKAWI, 24 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang lain sebalik perlu berusaha sendiri dalam memajukan diri masing-masing.

Gambar sumber - Media Selangor

Perdana Menteri berkata bergantung kepada pemberian orang lain boleh melemahkan jiwa seseorang.

“Kita akan jadi lemah kerana bergantung kepada orang lain bila tidak ada orang lain kita akan jatuh kerana tidak ada keupayaan untuk mempertahankan diri kita.

“Sebab itu walaupun dalam bulan puasa ini kita menghulur duit raya umpamanya tetapi jangan jadi ia sebagai punca pendapatan. Belajar cari duit sendiri jangan bergantung kepada orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan di Masjid Nurus Salam, Kampung Ewa, di sini malam ini.

“Kita sedar bahawa pada bulan puasa kita perlu menghulur derma kepada orang-orang yang tidak berkeupayaan seperti kepada mereka yang sakit.

“Kita perlu beri derma tetapi bagi orang yang sihat lebih baik lagi kalau berusaha sendiri untuk membekalkan diri dengan duit ringgit dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.

Pada majlis tersebut Dr Mahathir dan isterinya turut menyerahkan sumbangan hari raya oleh Jetty Point Langkawi kepada 150 anak-anak yatim, pelajar Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan asnaf Kampung Ewa.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, turut menyerahkan sumbangan progam pendidikan oleh Yayasan MRCB kepada tiga buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Ayer Hangat, Sekolah Kebangsaan (SK) Ewa dan SK Penghulu Ahmad. -BERNAMA

DUA LELAKI DIBELASAH KERANA SUARA SANGAT SUMBANG KETIKA BERKARAOKE SEHINGGA MENGGANGGU PENGUNJUNG LAIN #global #viralhancing


Dua lelaki muda dibelasah hanya kerana suara nyanyian mereka terlalu sumbang sehingga menganggu ketenteraman pengunjung lain.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Heilongjiang, China pada awal bulan Mei, dua mangsa itu terdahulu sedang bersantai di pusat tersebut sebelum salah seorang daripada mereka mula bernyanyi dengan beigut nyaring.

Secara tiba-tiba datang seorang individu yang tidak dikenali menegur suara dan nyanyiannya sumbang, malah cuba memprovokasi mereka.

Pada awalnya, tiada sebarang pergaduhan dirakam dan individu itu keluar dari pusat berkenaan.


Merasa diri tercabar, dua lelaki itu keluar dan bertemu dengan lelaki itu di luar yang rupa-rupanya ditemani oleh beberapa rakannya.

Maka tercetuskan pergaduhan di antara mereka dan kedua-dua mangsa dibelasah teruk oleh sekumpulan lima lelaki dan berhenti selepas dua minit kemudian, lalu beredar dari tempat kejadian.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kesemua suspek telah ditahan serta dibawa ke balai polis.

"Jujur cakap, kalau diorang berdua tak keluar, kitorang takkan belasah diorang," kata salah seorang suspek yang tidak menjangka dua mangsa mengekorinya keluar.

Kejadian itu kemudian viral di media sosial dan ada segelintir netizen menyamakan kejadian itu seperti yang ditayangkan dalam filem Shaolin Soccer.



Difahamkan, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan suspek akan didakwa atas perbuatan mereka.

Sumber The Reporter

Khamis, 23 Mei 2019

KIT SIANG TIDAK JADI BERDEBAT DENGAN NAJIB, NAFI DIRINYA TAKUT DAN GENTAR #viralhancing

Gambar sumber Malaysiakini

Veteran DAP Lim Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana bimbang dengan kemungkinan besar ini akan dimanipulasi menjadi satu konflik membabitkan orang Melayu dan Cina.

Sebaliknya, kata veteran DAP itu, ada kemungkinan besar debat berkenaan akan dimanipulasi menjadi satu konflik untuk meningkatkan ketegangan perkauman dan keagamaan di Malaysia.

“Bagaimana Malaysia terjerumus menjadisebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

“Bagaimana Malaysia terjerumus menjadisebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

“Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” kata Lim dalam satu kenyataan media, petang tadi.

Sumber Malaysiakini

Selasa, 21 Mei 2019

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam dengan bangsa Melayu.

Sambil menyifatkan pendakwah agama itu sebagai satu contoh hasil faham politik parti penunggang, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional PAN, Aiman Athirah Sabu berkata, Mohd Ridhuan Tee tidak patut menyamakan bangsa itu dengan agama.

Gambar sumber - Sun Daily

“Saya perhatikan Ridhuan Tee sejak awal sehinggalah pelbagai titik perubahan, sikap dan pandangannya selepas berjaya jadi lebih Melayu, berbanding berjaya menjadi lebih Islam.

“Nasihat saya kepadanya, yang katanya mengulas dari perspektif Sains Politik. Memanglah politik itu benar, ia seni serba mungkin dan anda boleh mengulas isu politik dari segala sisi seni kemungkinan.

“Tetapi, Islam tidak seperti itu. Maka berhentilah mengaitkannya dengan Islam. Ia satu percubaan yang bukan sahaja jahat, tetapi salah, berbaur hasutan dan tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi status dalam akaun Facebooknya, semalam.

Sambil itu, beliau juga turut menyindir pendakwah agama itu dengan menyifatkan orang Cina yang tukar agama sebab lebih taksub dengan bangsa Melayu.

Katanya, beliau berkata begitu, sebab sejak sekian lama Ridhuan Tee tidak putus berbicara mengenai bangsa, lebih daripada bicaranya mengenai agama Islam.

Benar, tegas beliau, majoriti Melayu di Malaysia itu Islam, tetapi pendakwah itu tidak boleh terlalu simplistik menyamakan bangsa itu dengan agama.

Gambar sumber - IsmaWeb

“Itu wewenangan yang sama sekali membawa implikasi negatif seperti faham yang salah dan songsang, yang kesudahan akhirnya mencacatkan ketinggian serta keaslian wajah dan citra agama (Islam).

“Islam tidak pernah disinonimkan dengan bangsa dan keIslaman manusia tidak pernah diukur dengan bangsa, sama ada berdasarkan petunjuk dalam al-Quran, hadis mahupun dan sirah,” katanya.

Aiman Athirah menjelaskan, hanya UMNO yang melakukannya dan kini diikuti rapat oleh bekas seteru politiknya, Pas.

Mereka kata beliau, bertolong-tolongan membantu dalam kefasadan, iaitu kesan daripada mabuk kekalahan.

“Pada titik ini, memang ramai terkeliru kesan daripada polisi, sikap dan percubaan UMNO untuk menyinonimkan diri mereka sebagai Islam.

“Ini termasuk dalam usaha mereka mendepani pola politik Pas yang sekian lama juga cuba menyinonimkan “parti” itu sebagai agama,” katanya. – MalaysiaGazette

MUJAHID GESA BERHENTILAH KELUARKAN KENYATAAN BERKENAAN MATRIKULASI #viralhancing

Menteri agama Dr Mujahid Yusof menyeru agar semua pihak berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi dan menghormati keputusan yang ditetapkan kabinet.

Gambar sumber - Malaysian Insight

Mujahid berkata demikian sebagai merujuk keputusan kabinet menambah pengambilan matrikulasi sebanyak 60 peratus dengan mengekalkan kuota 90 peratus untuk pelajar Melayu dan 10 peratus untuk pelajar bukan Melayu.

Jelas Mujahid, keputusan untuk mengekalkan kuota itu bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

"Kenyataan (Menteri Pendidikan) Dr Maszlee Malik berhubung isu kuota pelajar matrikulasi hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan Kabinet.

"Keputusan untuk mengekalkan kuota tersebut itu juga bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

"...Sehubungan dengan itu, saya berharap agar semua pihak berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi ini agar menghormati keputusan yang telah ditetapkan Kabinet," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Maszlee.

Maszlee sebelum ini mendapat kritikan susulan kenyataannya yang mengaitkan kuota matrikulasi dengan syarat fasih berbahasa Cina dalam permohonan pekerjaan.

Maszlee dilapor berkata kerajaan hanya boleh mempertimbangkan kuota matrikulasi dihapuskan jika Bumiputera yang tidak fasih bahasa Cina tidak ditolak permohonan pekerjaan mereka.

Selain daripada pemimpin pembangkang, kritikan terhadap Maszlee turut didengar daripada pemimpin DAP.


Susulan itu, wujud dakwaan dan spekulasi menggambarkan DAP berusaha untuk menyingkirkan Maszlee.

Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai percubaan untuk menyebabkan ketegangan, keretakan dan perpecahan PH.

Sumber Malaysiakini

Isnin, 20 Mei 2019

MAJORITI FDI DALAM SUKU PERTAMA MERUPAKAN PELABURAN BERKUALITI KATA TONY PUA #viralhancing

Suku pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua.

Gambar Sumber Google

Pelaburan ini akan membantu meningkatkan taraf kemahiran tempatan dan teknologi melalui perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang, mempunyai nilai tambah yang tinggi dan yang penting sekali, memastikan bahawa Malaysia mampu mencapai matlamat utamanya iaitu bebas dari perangkap jurang pendapatan.

Tarikan pelabur-pelabur antarabangsa ke Malaysia telah bertambah sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan sejak setahun lepas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata demikian ketika mengulas mengenai cemuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengenai statistik FDI disiarkan melalui Facebook Pua.

“Angka FDI yang diluluskan pada 2018, merupakan pencapaian terbaik setakat ini, yang akan membantu meningkatkan FDI direalisasi pada tahun ini dan tahun depan.

"Oleh itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah benar untuk menyatakan bahawa negara telah mencapai FDI direalisasi yang tertinggi dalam rekod pada suku suku pertama 2019, naik sebanyak 94.8 peratus kepada RM21.7 bilion daripada RM11.2 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2018,” kata Pua.

Katanya, pembelian saham-saham IHH Healthcare Bhd di Bursa Malaysia oleh Mitsui & Co Ltd daripada Khazanah Nasional Bhd adalah satu langkah signifikan kerana ia menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelabur-pelabur asing terhadap syarikat-syarikat dan ekonomi Malaysia.

Sumber SinarOnline

Ahad, 19 Mei 2019

ANWAR SANGAT YAKIN DR MAHATHIR MAMPU PULIH EKONOMI DALAM 2 TAHUN #viralhancing

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Gambar sumber - Malaysiakini

Anwar, yang juga anggota parlimen Port Dickson, berkata perdana menteri ketika ini telah meletakkan beberapa agensi kerajaan dalam kedudukan asas yang baik bagi memastikan ekonomi negara semakin baik.

"Selepas kita (Pakatan Harapan) menang tahun lepas baru kita sedar keadaan ekonomi negara terlalu teruk… Ini bukan politik tetapi kenyataan yang benar dan rakyat semua perlu tahu.

"Saya yakin mudah-mudahan dalam setahun dua ini Tun (Dr Mahathir) dapat pulihkan ekonomi negara dan seterusnya dapat meneruskan agenda membantu rakyat," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anwar Di Masjid Al-Falah, di Permatang Pasir dekat Bukit Mertajam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Dr Afif Bahardin dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri Abdul Halim Hussain serta 500 orang termasuk penduduk kampung hadir berbuka puasa dan kemudian menunaikan solat terawikh bersama Anwar.

Sementara itu, Anwar yang juga Ketua Umum PH menggesa umat Islam di seluruh negara supaya menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya Al-Quran ketika Ramadan dalam usaha merapatkan jurang perkauman.

Ini kerana Al-Quran membawa mesej yang jelas dan menjadi petunjuk kepada umat Islam serta tidak boleh digunakan sebagai medium untuk mewujudkan perbalahan, katanya.

"Kadang-kadang saya tidak faham kenapa dalam tazkirah, ajaran atau parti kita atau sebagainya boleh sempitkan risalah (Al-Quran) ini. Mahu bezakan, tunjukkan permusuhan terus menerus antara Islam dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata naratif berhubung isu perkauman yang diketengahkan sesetengah pihak disifatkan sebagai sesuatu yang bukan dibawa dalam ajaran Islam.


"Saya tahu dalam naratif kita sekarang orang Melayu dengan Melayu, bukan Melayu dengan bukan Melayu dan ketegangan secara terus-menerus. Saya tak anggap ini sesuatu dianjurkan Islam.

"Islam menekankan untuk kita bantu masyarakat dan tentu akan tahu masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan, kaum dan masyarakat yang wujud. Bagaimanapun, (Islam) tak pernah maksudnya untuk melawan, memusuhi, meremehkan atau memijak hak orang lain," katanya.

-Bernama

'KEMPEN MALU APA BOSSKU MENYANGGAHI RUKUN NEGARA' KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-cawangan DAP Kawasan Iskandar Puteri di Skudai pada hari Sabtu 18 Mei 2019 pada jam 9 malam:

Kempen "Malu Apa Bossku" bertentangan dengan Rukun Negara, mencabar Pelan Antirasuah Kebangsaan 2019-2023, dan menjadi halangan kepada misi transformasi negara daripada satu kleptokrat global kepada negara berintegriti terulung.

Gambar sumber Google

Sejak beberapa bulan sebelum pilihan raya kecil (PRK) Sandakan 11 Mei yang lalu, laskar siber bekas Najib Razak bertungkus-lumus menjaja satu tema baru.

Cukuplah bercakap mengenai skandal 1MDB dan kleptokrasi Najib, pilihan raya umum ke-14 sudah selesai dan biarkan mahkamah yang tentukan sama ada dia bersalah atau tidak.

Sebaliknya, mari lihat apa yang kerajaan PH berjaya laksanakan untuk menurunkan kos sara hidup dan mereformasikan institusi negara.

Januari tahun ini, laskar siber Najib memulakan kempen "Malu Apa Bossku" tanpa sekelumit rasa malu sedikit pun. Dan yang malang sekali, kempen ini berjaya menawan sebahagian tertentu rakyat Malaysia.



Lantas ia membolehkan gabungan Umno-PAS - dengan sokongan dari belakang tabir MCA dan MIC di Semenanjung Malaysia, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti pembangkang lain di Sabah, serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak - mencatat tiga kemenangan dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Fenomena "Malu Apa Bossku" juga telah memberi galakan kepada anggota parlimen pembangkang untuk menyekat perjalanan rang undang-undang pindaan perlembagaan untuk Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Masih belum mencukupi

Ia merupakan langkah pertama yang penting untuk melaksanakan satu daripada lima janji teras PH dalam PRU ke-14 lalu iaitu "mengembalikan status Sabah dan Sarawak kepada seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963".

Namun begitu, ribut kejayaan kempen "Malu Apa Bossku" hanya berjaya untuk berterusan selama lima bulan apabila ia mati dalam PRK Sandakan pada 11 Mei lalu.

Buat masa ini masa depannya kelihatan kelam selepas dimusnahkan di Sandakan.

Sebenarnya, kempen "Malu Apa Bossku" itu bertentangan dengan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Ia juga mencabar Pelan Antirasuah Kebangsaan 2019-2023 dan menjadi batu halangan kepada proses transformasi negara daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara terulung yang berintegriti.

Pendedahan daripada skandal 1MDB dan penahanan Najib; isterinya Rosmah Mansor; bekas-bekas menteri seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Tengku Mansor; orang besar Umno seperti Musa Aman dan Isa Samad, serta orang kanan Najib seperti Arul Kanda Kandasamy, Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Muhammad Shafie Abdullah, adalah dan bukti keseriusan Malaysia menghapuskan kejelikan dan keburukan sebuah kleptokrasi global.

Namun ia masih belum mencukupi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti yang boleh dijadikan model untuk meletakkan negara bersama 20 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International.

Malaysia pernah tersenarai sebagai negara ke-23 namun menjunam menjadi negara ke-62 dalam tempoh 23 tahun Indeks Persepsi Rasuah diterbitkan sejak 1995. (Buat masa ini, Malaysia merupakan negara yang ke-61 dengan markah 49 daripada 100 untuk 2018.)

Beranikah kita mengimpikan dan berusaha untuk berada dalam kalangan 20 negara teratas Indeks Persepsi Rasuah itu dalam satu dekad yang akan datang?

Sumber Malaysiakini

MENTERI PERPADUAN MELAWAT NEW DELHI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Lu...