Selasa, 21 Mei 2019

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam dengan bangsa Melayu.

Sambil menyifatkan pendakwah agama itu sebagai satu contoh hasil faham politik parti penunggang, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional PAN, Aiman Athirah Sabu berkata, Mohd Ridhuan Tee tidak patut menyamakan bangsa itu dengan agama.

Gambar sumber - Sun Daily

“Saya perhatikan Ridhuan Tee sejak awal sehinggalah pelbagai titik perubahan, sikap dan pandangannya selepas berjaya jadi lebih Melayu, berbanding berjaya menjadi lebih Islam.

“Nasihat saya kepadanya, yang katanya mengulas dari perspektif Sains Politik. Memanglah politik itu benar, ia seni serba mungkin dan anda boleh mengulas isu politik dari segala sisi seni kemungkinan.

“Tetapi, Islam tidak seperti itu. Maka berhentilah mengaitkannya dengan Islam. Ia satu percubaan yang bukan sahaja jahat, tetapi salah, berbaur hasutan dan tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi status dalam akaun Facebooknya, semalam.

Sambil itu, beliau juga turut menyindir pendakwah agama itu dengan menyifatkan orang Cina yang tukar agama sebab lebih taksub dengan bangsa Melayu.

Katanya, beliau berkata begitu, sebab sejak sekian lama Ridhuan Tee tidak putus berbicara mengenai bangsa, lebih daripada bicaranya mengenai agama Islam.

Benar, tegas beliau, majoriti Melayu di Malaysia itu Islam, tetapi pendakwah itu tidak boleh terlalu simplistik menyamakan bangsa itu dengan agama.

Gambar sumber - IsmaWeb

“Itu wewenangan yang sama sekali membawa implikasi negatif seperti faham yang salah dan songsang, yang kesudahan akhirnya mencacatkan ketinggian serta keaslian wajah dan citra agama (Islam).

“Islam tidak pernah disinonimkan dengan bangsa dan keIslaman manusia tidak pernah diukur dengan bangsa, sama ada berdasarkan petunjuk dalam al-Quran, hadis mahupun dan sirah,” katanya.

Aiman Athirah menjelaskan, hanya UMNO yang melakukannya dan kini diikuti rapat oleh bekas seteru politiknya, Pas.

Mereka kata beliau, bertolong-tolongan membantu dalam kefasadan, iaitu kesan daripada mabuk kekalahan.

“Pada titik ini, memang ramai terkeliru kesan daripada polisi, sikap dan percubaan UMNO untuk menyinonimkan diri mereka sebagai Islam.

“Ini termasuk dalam usaha mereka mendepani pola politik Pas yang sekian lama juga cuba menyinonimkan “parti” itu sebagai agama,” katanya. – MalaysiaGazette

MUJAHID GESA BERHENTILAH KELUARKAN KENYATAAN BERKENAAN MATRIKULASI #viralhancing

Menteri agama Dr Mujahid Yusof menyeru agar semua pihak berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi dan menghormati keputusan yang ditetapkan kabinet.

Gambar sumber - Malaysian Insight

Mujahid berkata demikian sebagai merujuk keputusan kabinet menambah pengambilan matrikulasi sebanyak 60 peratus dengan mengekalkan kuota 90 peratus untuk pelajar Melayu dan 10 peratus untuk pelajar bukan Melayu.

Jelas Mujahid, keputusan untuk mengekalkan kuota itu bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

"Kenyataan (Menteri Pendidikan) Dr Maszlee Malik berhubung isu kuota pelajar matrikulasi hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan Kabinet.

"Keputusan untuk mengekalkan kuota tersebut itu juga bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

"...Sehubungan dengan itu, saya berharap agar semua pihak berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi ini agar menghormati keputusan yang telah ditetapkan Kabinet," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Maszlee.

Maszlee sebelum ini mendapat kritikan susulan kenyataannya yang mengaitkan kuota matrikulasi dengan syarat fasih berbahasa Cina dalam permohonan pekerjaan.

Maszlee dilapor berkata kerajaan hanya boleh mempertimbangkan kuota matrikulasi dihapuskan jika Bumiputera yang tidak fasih bahasa Cina tidak ditolak permohonan pekerjaan mereka.

Selain daripada pemimpin pembangkang, kritikan terhadap Maszlee turut didengar daripada pemimpin DAP.


Susulan itu, wujud dakwaan dan spekulasi menggambarkan DAP berusaha untuk menyingkirkan Maszlee.

Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai percubaan untuk menyebabkan ketegangan, keretakan dan perpecahan PH.

Sumber Malaysiakini

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...