Khamis, 30 Mei 2019

PELABUR TARIK DIRI ITU PERKARA BIASA, MALAYSIA TIDAK BEGITU RISAU #viralhancing

Kalau kita biasa dengan propaganda 80 an, 90 an zaman PM ke 4, semua ceritanya nampak indah sahaja, semua yang bagus-bagus, segalanya hebat belaka.

Gambar sumber Astro Awani

Namun, PM ke 4 dahulu mengawal media, radia, TV, akhbar semuanya bercerita perkara sama. Realiti ekonomi negara ketika itu rakyat tidak dapat info sepenuhnya.

Namun berbeza pada era ini. PM ke 7 perlu sedar, walaupun pernah jadi PM ke 4, keadaannya cukup berbeza.

Rakyat celik, membaca, dapat segala apa sahaja bukti perihal ekonomi negara dengan hanya sekali klik.

Usahlah bercerita perihal perkara yang indah-indah sedangkan keadaan ekonomi negara yang cukup suram.

Sedangkan sebelum ini, segalanya ok, Najib dah bawa ekonomi negara ke landasan yang betul.

Anda nilaikan sahaja apa yang PM ke 7 ini nak sampaikan.

Ingat lagi kata-kata dia "Najib jual negara kepada China?"

Dari Astro Awani

Pelabur tarik diri itu perkara biasa, Malaysia tidak begitu risau kata PM

Keadaan dialami Malaysia tidak seteruk negara-negara lain yang turut menjadi mangsa ekoran perang dagang yang berlaku antara AS dan China.

Kerajaan tidak begitu risau mengenai sentimen pelabur asing di negara ini, termasuk tindakan mereka yang menarik pelaburan keluar dari Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, keadaan itu memang dialami Malaysia, tetapi tidak seteruk negara-negara lain yang turut menjadi mangsa ekoran perang dagang yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi kuasa ekonomi yang kukuh, ekoran pertumbuhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pendapat per kapita rakyat yang semakin meningkat.

“Kami berharap untuk terus melihat kadar pelaburan meningkat di negara ini. Untuk itu, Malaysia memerlukan bantuan anda untuk melaporkan apa yang sedang berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada wakil media antarabangsa di Kelab Pengamal Media Antarabangsa Jepun, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan wakil media sebagai sebahagian daripada program lawatan kerja rasmi beliau ke Jepun selama tiga hari, bermula Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, Malaysia sudah berjaya mengurangkan hutangnya daripada RM1 trilion kepada kadar terkini iaitu 80 peratus KDNK.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun bagi mengurangkan paras hutang negara dari kadar sedia ada kepada 54 peratus KDNK.

"Sebagai contoh, mereka meminjam terlalu banyak wang, melebihi kadar siling yang ditetapkan.

Astro Awani

SIAPA BAKAL DIGUGURKAN DALAM ROMBAKAN KABINET PH? #viralhancing

Desas desus mengatakan pencapaian Menteri-menteri PH agak buruk, ada Menteri akan digugurkan jawatannya.


Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah mereka, malah tindak tanduk menteri yang adakalanya membatasi akal yang orang biasa nak tengok muka menteri pun menyampah tahap dewa.

Pada pendapat penulis, baik bubar sahaja parlimen. Rakyat nak kerajaan yang ikhlas, bantu rakyat dan bukan aniaya rakyat.

Kesimpulannya, PH adalah kerajaan gagal.

Malaysian Gazatte melaporkan

Rombakan Kabinet, siapakah yang akan digugurkan?

SIAPA menteri dan timbalan menteri yang bakal dilucutkan jawatannya jika khabar angin berlaku rombakan kabinet selepas Hari Raya Aidilftri minggu depan menjadi kenyataan.

Sekurang-kurangnya tiga menteri dan lima timbalan menteri bakal digugurkan dari Kabinet serta kementerian.

Menteri yang menjadi sebutan di media sosial yang akan digantikan dengan muka baharu ialah Dr. Maszlee Malik, Senator P. Waythamoorthy dan Datuk Seri Rina Harun.
Timbalan menteri pula Datuk Mahfuz Omar, Senator Datuk Marzuki Yahya, Datuk Dr. Hatta Ramli dan Mohamad Hanipa Maidin.

Sumber memberitahu Malaysia Gazette, pertukaran itu dilakukan berikutan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi mereka sepanjang setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah.


Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...