Sabtu, 1 Jun 2019

TIDAK SALAH PUN ANJUR BERBUKA PUASA DI RUMAH IBADAT LAIN KATA MUJAHID #viralhancing

Sudah dijangka apa yang bakal diperkatakan oleh manusia lagak segalanya konon baik belaka.

Gambar sumber Google

Islam bawaan Menteri ini dapat kita gambarkan, menjaga hati bukan Islam lebih bagus dari menjaga hati orang Islam itu sendiri.

Menteri agama jenis apa agaknya manusia bernama Mujahid ini?

Anda fikirkan.

Menurut laporan MalaysiaGazzatte

Anjur berbuka puasa di rumah ibadat lain tidak salah - Mujahid

Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, majlis berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Gudwara Shaib pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu kerana tujuan utama penganjuran adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

atanya majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.
“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.
Selain itu, Mujahid berkata Islam tidak permah menghalang mana-mana pihak berlainan agama untuk datang dan memasuki masjid selagi mereka tidak melakukan perkara bertentangan seperti menghina.

Dalam perkembangan lain, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata, semua projek pembangunan di sekolah tahfiz dan sekolah pondok di negara ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntuk RM50 juta untuk sekolah tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah pondok.

“Kalau ikut Prosedur Standard Operasi (SOP) permohonan sekolah itu hanya diberikan bagi melaksana infrastruktur termasuk untuk keselamatan, kebajikan serta kebersihan dan bukan bagi bantuan gaji atau penganjuran program.

Mengenai tindakan saman oleh penguatkuasa Majlis Daerah Kerian terhadap peniaga di pasar awam Parit Buntar, Mujahid menyifatkannya seolah-olah satu tindakan sabotaj.

“Peniaga di situ untungnya berapa sahaja dan terpaksa bayar saman RM500,” katanya yang sebelum itu melawat Pasar Awam Parit Buntar dan Pusat Pengajian Tahfiz Al Hidayah.

Baru-baru ini peniaga di pasar itu disaman RM500 kerana meletakkan sayur di luar premis perniagaan di situ.

Mujahid berkata,A anggota majlis sepatutnya prihatin dan peka serta tidak membebankan peniaga dalam keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang. – MalaysiaGazette

MEMBAWANG SAMPAI KEPALA TERSANGKUT DI JERIGI BESI RUMAH JIRAN #global #viralhancing

Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama jam.

Gambar sumber Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku di bandar La Virginia, mangsa sebelum itu pergi ke rumah jirannya.

Mangsa 'membawang' dengan jirannya dengan menyandarkan kepala di jeriji pintu dan secara tiba-tiba kepalanya termasuk ke celah besi jeriji tersebut.

Menurut laporan lain pula, mangsa dikatakan memasukkan kepalanya di celah jeriji besi itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak tanpa menyedari tindakannya itu membuatkan kepalanya tersekat.

Jirannya yang menyedari kejadian itu segera datang membantu mengeluarkan kepalanya, tetapi gagal berbuat demikian, lalu menghubungi pihak bomba untuk datang membantu.

Mangsa terpaksa menahan derita selama lima jam sebelum anggota bomba tiba di lokasi dan memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam menahan kesakitan kepala tersangkut di jeriji besi.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...