Sabtu, 15 Jun 2019

RAKYAT SANGAT GEMBIRA, HARGA BARANG DAH MURAH MUSIM PERAYAAN KATA MENTERI #viralhancing

Betul-betul hebat, harga barang katanya turun dan terkawal, malah usaha kementerian sudah memberi jawapan sebenar mengapa sebelum ini harga sangat mahal.

Namun persoalannya, kalau murah atau terkawal pun, setiap perayaan mestilah ada sistem kawalan harga sejak daei dulu lagi.

Itupun nak ambil kredit. Menteri macam dia kalau turun padang dah tentu peniaga letak harha yang nampak berpatutan, try tengok hari-hari pergi, menyamar tengok jadi orang biasa. Baru kita tahu harga sebenar tu macamana.

Nak menipu tu bagus, tapi ambil keseluruhannyalah.

Kita lihat berapa ramai yang hilang pekerjaan, kuasa beli makin merudum, orang susah tu memang ramai, kalau harga murah sebab tiada kuasa beli pun itu adalah masalah bagi sistem ekonomi.

Faham-fahamkan.

RAKYAT PUAS HATI, HARGA BARANG TERKAWAL MUSIM PERAYAAN

JOHOR BAHRU: Harga bekalan makanan, terutama sayur-sayuran dan ternakan seperti ayam yang terkawal dan munasabah pada musim perayaan kali ini menyebabkan rakyat puas hati dan selesa.



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata harga bekalan makanan yang terkawal itu disumbangkan faktor bekalan yang mencukupi di samping pintu sempadan negara yang dikawal ketat bagi mengelak penyeludupan keluar bekalan makanan.

Katanya, bekalan makanan dalam negara yang mencukupi membolehkan harganya stabil, sekali gus dapat dinikmati pada harga berpatutan.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memperkemaskan kaedah pengawalan harga makanan.

“Saya dan Saifuddin membuat lawatan ke seluruh negara memeriksa ke semua premis perniagaan dari pasar raya besar, pasar raya sehinggalah ke kedai runcit kecil di pedalaman.

“Kita dapati harga barangan makanan memang terkawal dan rakyat puas hati dan selesa dengan harga barang keperluan yang ditetapkan berbanding musim perayaan tahun lalu.

“Contohnya kubis bulat sederhana RM2 sebiji, yang besar pula RM3. Harga ayam di pasar raya besar antara RM5.90 hingga 6.50 sekilogram manakala di kedai runcit pula ikut harga siling yang ditetapkan.

“Harga ikan kembung/selar dijual pada harga RM10 hingga 12 dan tiada dijual sampai RM21 tahun ini seperti tahun lalu manakala kacang panjang pula pada harga RM6 hingga RM8 sekilogram iaitu harga yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis rumah terbuka Parlimen Pulai di Dewan Raya Kempas Baru, di sini, hari ini.

Sementara itu, Salahuddin berkata, harga bekalan makanan yang terkawal pada musim perayaan kali ini juga disumbangkan FAMA yang membuka pasar segar di lokasi lebih banyak, dua minggu lebih awal.

Dalam hal berasingan, beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, syarikat yang berjaya mengeksport durian Musang King ke China akan diumumkan pada pelancaran kejayaan berkenaan di Putrajaya, Isnin ini.

BHonline

Jumaat, 14 Jun 2019

HAZIQ PELAKU VIDEO BERSEMBURIT BERSAMA IRAS MENTERI DITAHAN DI KLIA #viralhancing

PETALING JAYA: Polis menangkap Haziq Aziz yang mengaku dirinya dalam video seks sejenis mirip menteri yang tersebar di WhatsApp baru -baru ini.


Peguamnya, Ramesh Kumar berkata Haziq ditangkap polis di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 petang tadi ketika mahu berlepas.
“Saya dalam perjalanan ke balai polis di sana,” katanya kepada FMT.

Pada Rabu, Haziq, seorang pegawai kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin, mendakwa dirinya terbabit dalam satu video seks sejenis, dan menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali sebagai pasangannya.

Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes video seks sejenis itu.

Katanya, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes itu dan mereka yang menyebarkan video itu boleh dikenakan tindakan.

FMT

GESA PUTRAJAYA REHATKAN AZMIN SEMENTARA -OTAI REFORMASI #viralhancing

Pengerusi Otai Reformasi Idris Ahmad pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.


PETALING JAYA: Otai Reformasi hari ini menggesa Putrajaya merehatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali daripada tugas kerajaan susulan kontroversi klip video seks sejenis.

Kumpulan penyokong tegar reformasi itu juga mempersoalkan, apa yang disifatkannya sebagai “kesungguhan” Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Azmin sebagai mangsa politik kotor.

Pengerusi Otai Reformasi, Idris Ahmad berkata, Azmin perlu direhatkan daripada tugas rasmi buat sementara bagi membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Otai menyarankan Azmin diberi rehat daripada tugas rasmi. Ini bertujuan menjaga nama baik kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya,” katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya.

Idris berkata, pihaknya juga mencurigai dengan “campur tangan” perdana menteri, yang menurutnya, bertindak mempertahankan Azmin.

“Mahathir mengatakan video tersebut ‘dipalsukan”’ dengan menggunakan teknologi canggih sedangkan kita meragui kepakaran beliau dalam teknologi video, manakala pelaku dalam rakaman video itu membuat akuan pendedahan bahawa mereka berdua terlibat dalam aksi seks tersebut.

“Tindakan Mahathir amat berbeza pada 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dihukum sebelum siasatan polis dibuat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Tetapi pada tahun 2019 kenyataan Mahathir amat berbeza dan berlainan sungguh. Otai berharap Mahathir tidak bersikap ‘double standard’ dan berat sebelah dalam mengadili isu video tersebut,” katanya.

Rabu lepas. setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin, Muhammad Haziq Aziz mendakwa beliau adalah individu yang mengadakan hubungan seks sejenis dengan Azmin selepas klip video memaparkan 2 lelaki melakukan seks luar tabii di laman sosial.

Azmin menolak dakwaan beliau terbabit dalam video seks itu dan membuat laporan bagi membolehkan polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat dakwaan Haziq.

Beliau menyifatkan Haziq sebagai individu yang dimanipulasi oleh pihak tertentu dan mengarahkan peguamnya untuk turut mengambil tindakan terhadapnya.

FMT

Khamis, 13 Jun 2019

IA MENJIJIKKAN SANGAT-SANGAT KATA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyifatkan penyebaran video seks seorang lelaki dengan menteri kanan Kabinet sebagai pelakuan politik jijik dan memualkan.


Kecewa dengan perkembangan terbaharu politik tanah air itu, Mujahid turut menasihatkan supaya semua pihak terutamanya umat Islam berhenti menyebarkan video tersebut.

“Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita harus berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan serta merendahkan maruah kita dengan politik yang menjijikkan dan memualkan.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah masyakarat kita kini langsung tidak mempunyai rasa malu apabila secara terbuka dan terang-terangan membuat pengakuan melakukan maksiat. Tindakan seperti ini bukan sahaja memalukan tetapi menjejaskan kesucian Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Zakat Korporat di Bangi dekat sini hari ini.

Sementara itu, Mujahid turut mengesahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ada menerima laporan qazaf berkaitan penyebaran satu video lucah didakwa melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Pihak Jawi akan meneliti aduan tersebut mengikut bidang kuasa dan seksyen kesalahan berkaitan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.

“Saya juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sewajarnya terhadap laporan yang telah dibuat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

PLOT-PLOT KONSPIRASI KELAS TERTINGGI MENGHANTUI SANG SERIGALA POLITIK #viralhancing


Sejak kelmarin kecoh satu Malaya, video bersemburit tersebar luas di alam maya tanpa batasan.

Gambar sumber Google

Setelah orang yang dalam video itu pula mengaku yang dirinya bersama Menteri yang besar cita-citanya.

Konspirasi ala filem Hollywood yang agak rumit untuk diketahui jawapan oleh orang biasa.


Orang biasa hanya melihat, Menteri ni mungkin difitnah, mungkin benar, mungkin dimangsakan atau silap sendiri.

Siapa dalang? Nak kaitkan pembangkang agak mustahil kerana, modal-modal lucah ini agak sukar untuk memberi satu impak yang bagus.

Menteri tersebut mungkin sudah dijerat, jeratnya pula bukan kepalang, ala filem 'White House Down'


Walaupun filem Hollywood itu berkisar dengan rampasan kuasa cara yang keras dan licik.

Hal Menteri Ekonomi ini pula strategi musuh politiknya yang licik boleh dikatakan boleh membuatkan diri tidak boleh tidur malam, mana tidaknya, video pula bukannya 1, menurut sumber terdapat 4 video bersemburit Menteri itu dengan pasangannya yang mengaku itu. Masalah paling keras video utu adalah video HD.

Persoalannya, konspirasi tahap tertinggi ini didalangi oleh siapa?


Ok, penulis hanya terfikir sesuatu, Menteri ini tidak sehaluan dengan Presiden Partinya sendiri.

Malah team kartel kolaannya sudah bersama pula dengan golongan elit Perdana Menteri.

Presiden Partinya pula tahun depan dikatakan akan menjadi PM ke 8.

Kena ingat pula Menteri Besar Kedah takkanlah nak jadi Menteri Besar selamanya.

Perdana Menteri ke 7 faham, perjalanan politik zamannya dahulu, musuh dalam selimut perlulah ditanam secepat mungkin. Supaya rancangan yang teliti itu boleh berjaya.

Jadi perebutan jawatan PM, TPM serta elit-elit kerajaan sedang berlaku. Itulah yang terjadi sekarang dengan apa yang kita hadap sejak kelmarin.

Siapa bakal menjuarai perang bayang-bayang ini?

Presiden PKR, PM ke 7 atau mangsa dalam video bersemburit?

Kita tunggu perjalanan konspirasi ini. Sediakan popcorn banyak-banyak.

Sambung nanti...

Rabu, 12 Jun 2019

SETELAH MENAFIKAN, MENGATAKAN IA FITNAH, MUNCUL PULA VIDEO SIRI KE-2 MENTERI #viralhancing

Masak, beriya-iya menafikan, malah mengatakan ada konspirasi untuk menjatuhkan diri dia, akhirnya, termuncul pula video siri ke-2 Menteri tersebut.


Memang tidak boleh buat apa dah, video tu sangat jelas muka menteri ekonomi itu.


Jawapan dia antara kena pecat, atau letak sahaja jawatan.

Settle.

Siapalah punya kerja ni?

Konspirasi politik tahap tertinggi.

Maaf video memang tidak boleh dishare, nanti kena pula dengan SKMM.

Malaysia baharu kan.

DAKWAAN BERSEMBURIT DENGAN MENTERI, BUKAN HAZIQ, FB DAKWA DIGODAM MENURUT SUMBER #viralhancing

Video dakwaan Haziq yang mengaku dia adalah pelaku yang menjalinkan hubungan 'intim' iaitu semburit dengan iras Menteri dikatakan palsu.

Malah video mirip Haziq yang disebar di Facebook pagi Rabu itu dikatakan dilakukan dengan efek komputer.

Penulis agak terkejut dengan penafian ini, level dewa mana yang sanggup buat fake video yang sama pula mukanya.

Malah dakwaan Facebook digodam juga dibuat oleh PKR cabang Sentubung.

Gila.


Menurut UtusanBorneo

PKR cabang Sentubung menafikan individu yang buat pengakuan itu adalah Haziq.

KUCHING: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari menafikan individu yang membuat pengakuan bersumpah melakukan seks sejenis dengan seorang yang mirip menteri kabinet persekutuan bukan Ketua AMK Santubong Haziq Abd Aziz (gambar).

Ahmad Nazib berkata beliau amat mengenali Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

"Haziq bukan begini orangnya (seperti dalam video pengakuan). Rambut dia tinggi sebelah kiri dan kanan semasa saya berjumpa dia empat hari yang lepas.


"Dia lama dah tak pergi gimnasium, badan dia sekarang tak besar macam dalam video," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Ahmad Nazib turut percaya yang Facebook Haziq telah digodam.

Video pengakuan 34 saat itu dimuat naik menerusi Facebook Haziq pada kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa.


"Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik ... di Hotel Four Point," kata individu yang memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz.

Sementara itu, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Cabang Santubong dijadual diadakan pada 15 Jun ini di kediaman Haziq, di Petra Jaya.

Naib Ketua PKR Santubong Ali Hossen ketika dihubungi berkata majlis itu mungkin diadakan di tempat lain ekoran perkembangan terkini.'
Beliau enggan mengulas mengenai isu video seks sejenis yang hangat sekarang.

"Saya bukan orang yang berhak mengulas mengenainya," katanya.

SAYA MENGAKU, SAYALAH YANG 'MENGUNYIT' DENGAN MENTERI DALAM VIDEO TERSEBUT #viralhancing

Malaysia baharu mengemparkan.

Kunyit dengan kunyit bergaduh, maka anak ikan muncul untuk berikan jawapan paling mematikan akal buat Menteri tersebut.

Selamat tinggal kerjaya kau wahai Azmin.

Betul-betul game level dewa ni. Siapa agaknya dalang dalam game level dewa ini?

Jom kita makan popcorn, yum yum.


Lelaki mengaku dia dalam video berhubungan intim dengan Menteri.

Lelaki yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang lagi lelaki didakwa sebagai menteri kabinet membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi tersebut.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.


Shamsul Iskandar ialah anggota parlimen Hang Tuah Jaya yang dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Industri Utama selepas PH menawan Putrajaya pada 11 Mei tahun lalu.
"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama [...] dalam video yang telah viral semalam.

"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) [...] di Hotel Four Points," katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial hari ini.


Malaysiakini tidak dapat mendedahkan nama menteri yang didakwa terlibat itu dan sedang cuba menghubunginya untuk mendapatkan komen.

Menurut Haziq, 27, yang juga lepasan jurusan undang-undang berkata dia berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat menteri terbabit.

"Saya menggesa SPRM untuk menyiasat [...] atas tuduhan korupsi.

"Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin," katanya yang pernah menjadi aktivis kumpulan mahasiswa.

Malaysiakini juga sudah menghubungi Haziq untuk mendapatkan kenyataannya mengenai pengakuan tersebut.

Semalam Malaysiakini melaporkan satu rakaman video intim membabitkan dua lelaki ditularkan secara sistematik kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik.
Melalui video itu salah seorang lelaki terbabit didakwa menteri kabinet.

Beberapa wartawan Malaysiakini dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai “Jemputan Hari Raya ###” dan klip video tersebut dikongsikan di situ.
Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

Malaysiakini

Isnin, 10 Jun 2019

SAYA TERIMA KEPUTUSAN TUN M, LANTIK LATHEEFA KOYA, SEMUA PIHAK DIMINTA HORMATI KEPUTUSAN ITU KATA ANWAR #viralhancing

Semua pihak diminta supaya menerima keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan memberi ruang kepada Latheefa Koya melaksanakan tugas dengan tegas serta berkesan.

Gambar sumber google

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata, polemik terbuka secara berterusan dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan.

"Saya yakin Dr. Mahathir dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada Kabinet dan Majlis Presiden PH.

"Saya menggesa semua rakan menerima keputusan Dr. Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan," katanya.

Dalam kenyataan sama, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, secara positif polemik tersebut telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas secara adil selaras dengan kenyataan Dr. Mahathir di Melaka hari ini.

Kata beliau, kenyataan Dr. Mahathir bahawa penjawat awam menjadi golongan berkecuali dan mengelakkan diri daripada ikatan terlalu kuat dengan parti politik di belakang kerajaan memerintah.

"SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baharu.
"Pimpinan PH, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan serta keberkesanan agensi itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

HARGA BARANG SANGAT TERKAWAL MUSIM PERAYAAN INI KATA PEMUDA AMANAH #viralhancing

Harga terkawal sepanjang perayaan ini bukti kejayaan kementerian terutama MOA dan KPDNHEP di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), kata Pemuda Amanah.

Gambar sumber Malaysiakini

Harga barangan mentah yang terkawal sepanjang musim perayaan dan berkurangnya rungutan di kalangan pengguna menjadi bukti jelas kejayaan bersepadu setiap kementerian di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), kata Pemuda Amanah.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata ia bukti kejayaan beberapa kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata ia bukti kejayaan beberapa kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Langkah memasukkan 27 senarai barangan mentah dan memanjangkan tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) daripada 15 hari kepada 30 hari telah menunjukkan hasil positif," katanya dalam satu kenyataan.

Pada September tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk mengaktifkan semula Naccol yang ditubuhkan pada Disember 2017.

Naccol memiliki tiga peringkat, iaitu majlis tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, disusuli jawatankuasa eksekutif serta jawatankuasa peringkat pegawai.

Dalam kenyataannya Pemuda Amanah turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Naccol serta pasukan kementerian yang diterajui Salahuddin Ayub dan Saifuddin Nasution.

"Pemuda Amanah percaya bahawa selepas setahun mengambilalih pentadbiran negara, kesemua kementerian Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri bawah Pakatan Harapan telah menemui rentak dan formula terbaik untuk melakukan islah menyeluruh yang bakal memberikan manfaat besar kepada rakyat.

"Rakyat sebagai pemegang taruh terbesar kepada kerajaan hari ini berhak untuk menerima semula hasil tuaian, setelah perubahan besar yang mereka kenderai setahun yang lalu," tambahnya.

Malaysiakini

KERJA JAHAT UNTUK JATUHKAN AZMIN, SAYA TIDAK SANGGUP DIPERALATKAN GOLONGAN INI KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR 23 Julai - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak sanggup diperalatkan untuk menyingkirkan Datuk Seri ...