Sabtu, 22 Jun 2019

GERAI NASI LEMAK DISERANG SAMSENG #viralhancing

SHAH ALAM: Seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun trauma selepas gerai nasi lemak yang diusahakan bersama suaminya di Sunway Kayangan, di sini, diserang seorang lelaki, semalam.


Bagaimanapun, wanita itu, Nur Anis Jamil, 29, dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun tidak mengalami kecederaan selepas lelaki terbabit menendang dan menolak meja di gerai berkenaan dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu.

Akibat perbuatan lelaki itu, kanak-kanak berkenaan hampir terkena air panas yang tertumpah manakala wanita itu mengalami sesak dada akibat penyakit jantung dihidapinya.

Suami wanita itu, Muhammad Zamyn Abdullah, 30, berkata, ketika kejadian beliau berada di rumah di kawasan berdekatan untuk memandikan anak sulungnya yang berusia enam tahun.

“Tidak lama kemudian, saya menerima mesej WhatsApp daripada seorang pemilik kedai berdekatan memaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, saya terkejut melihat keadaan gerai yang bersepah selain isteri dan anak yang trauma. Ketika kejadian, adik lelaki saya berusia 23 tahun turut berada di situ dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Lelaki berkenaan dikatakan memarahi isteri dan adik saya kerana berniaga di situ sebelum bertindak menendang gerai yang diusahakan sejak hujung tahun lalu itu. Ia berlaku selama lima minit sebelum lelaki itu beredar,” katanya.

Bimbang perkara buruk berlaku, Muhammad Zamyn membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong untuk tindakan lanjut.

“Kami berniaga di situ atas permintaan penduduk setempat dan mereka sentiasa memberi sokongan. Kami akan terus berniaga kerana ia sumber pendapatan rezeki keluarga.

BH online

MANIPULASI MATA UNTUK MUDAHKAN KAWAL MINDA ORANG MUDA?

Propaganda alih pandangan mata

Dalam PH kalau anda kerap melihat perangai-perangai pemimpinnya bergambar ala-ala manusia suci, baik, mulia, tolong orang, lepak santai dan paling trill sanggup ke tempat kotor demi satu imej yang cukup mengkhayalkan.


Taktik khayalkan mata yang melihat ini sejak zaman berzaman digunakan, cuma ia kena pada tempatnya atau tidak.

Sebab utama adalah target orang yang ingin disampaikan untuk dikhayalkan.

Kita mungkin nampak Menteri KBS kerap kali mengambil imej-imej ala lelaki yang suka membaca, turun berjumpa rakyat bawah, memasak serta bersalam orang tua.



Siapa target untuk dimanupulasi minda Menteri ini?

Tahukah anda golongan muda terutamannya kerap menggunakan Twitter dan Instagram.

Facebook mungkin meluas, tetapi target utama Menteri KBS ini adalah ke dua medium media sosial itu.

Nampak memang biasa, tetapi target dan impak, kualiti tidak bagus tak mengapa, ilmu manupulasi tu penting.

Falsafah Atuk Tua - 'Tipu muslihat adalah senjata paling ampuh untuk menang dalam perperangan'.

Sekian

Jumaat, 21 Jun 2019

ISU TENDER KUTIPAN SAMPAH - CEO ENVIRONMENT IDAMAN GAGAL DIHUBUNGI


Pihak media dikatakan gagal menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman Sdn. Bhd., Mhd. Saiful Anuar bin Zainal bagi mendapatkan penjelasan berikutan tular satu memorandum tentang penyelewengan pemberian tender kutipan sampah di negeri Kedah.

Memorandum yang tular itu mendakwa berlaku salah guna kuasa melibatkan pihak pengurusan tertinggi syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. bagi membolehkan syarikat-syarikat baru mendapat kontrak kutipan sampah tanpa kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Menurut jurucakap kumpulan kontraktor Bumiputera yang menyediakan memorandum itu berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera membuat siasatan penuh terhadap penyelewengan pemberian tender kutipan sampah di negeri kedah itu.

Turut disenaraikan dalam memorandum itu adalah syarikat-syarikat yang menerima tender kutipan sampah namun dikenalpasti tidak memiliki aset dan kelengkapan untuk menjalankan kontrak kutipan sampah.

Khamis, 20 Jun 2019

WAYTHA MASUK HOSPITAL SELEPAS BERTUGAS DI KAMPUNG ORANG ASLI

PETALING JAYA: Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, P Waytha Moorthy dikejarkan ke hospital awal pagi tadi, sekembalinya ke Putrajaya dari tugasan 2 minggu di penempatan Orang Asli di Kelantan berikutan wabak penyakit yang sudah meragut nyawa.

Gambar Bernama

“Beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat jemaah menteri hari ini dan mungkin terpaksa membatalkan semua acara minggu ini sehingga diberitahu kelak,” kata sumber yang rapat dengan Waytha kepada FMT.

Hospital sedang menjalankan ujian ke atas menteri bagi mencari punca sakit.
Sumber memberitahu FMT dia mengalami demam panas, selesema, muntah-muntah dan cirit-birit.

Belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan dengan dakwaan pencemaran air di Kampung Kuala Koh, sebuah penempatan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Difahamkan Waytha berada di kampung itu sekurang-kurangnya selama 4 hari.

Seramai 113 orang di kampung itu terkena demam campak, dan 3 orang disahkan meninggal dunia kerana penyakit itu.

Turut dilaporkan 12 penduduku kampung lagi meninggal dunia semasa perjalanan dari Taman Negara di Pahang ke Gua Musang, yang mungkin disebabkan oleh pneumonia.

FMT

SPRM DIMINTA SIASAT PENYELEWENGAN TENDER DI KEDAH, MANA PERGI KETELUSAN YANG DIPERJUANGKAN?

ALOR SETER – Sekumpulan kontraktor Bumiputra mahukan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera membuat siasatan penuh terhadap penyelewengan pemberian tender kutipan sampah di negeri ini.


Jurucakap kumpulan kontrak Bumiputra berkenaan berkata, kami adalah kontraktor lama sejak Environment Idaman Sdn Bhd bertapak di Kedah dan Perlis, tidak berpuas hati cara tender dilakukan dan juga cara pemilhan kontraktor baru.

“Pihak kami mendapati terdapat cara yang tidak betul dalam pemberian tender kutipan sampah di negeri ini bagi tahun ini. Oleh itu kami mohon bantuan SPRM untuk membuat siasatan terperinci kriteria tender yang membolehkan sebuah syarikat baru mendapat kontrak yang dikeluarkan oleh syarikat Environment Idaman Sdn Bhd,” katanya.

Ini merujuk kepada keputusan tender terbuka kutipan sampai yang diumumkan oleh syarikat Environment Idaman Sdn Bhd pada 10 Jun 2019 dan juga Taklmat Penganugerahan kontrak pada 12 Jun 2019 di Hotel Alora di sini.

“Apa yang mengecewakan, syarikat yang dilantik jelas tidak memenuhi kriteria untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan. Kami percaya tender ini telah diatur untuk sesetengah pihak dari pengurusan  Environment Idaman,” katanya.

Beliau berkata, kemampuan syarikat yang dilantik lebih menjurus kepada krooni, proksi, kawan-kawan dan ahli keluarga  terdekat. Lebih mengaibkan, syarikat berkenan terbukti tidak mempunyai lori kutipam sampah dan juga tenaga pekerja yang sepatutnya.

Katanya, soalnya mengapa syarikat-syarikat baru ini diberi kontrak sedangkan Syarikat Envairoment  Idaman sendiri mengetahui bahawa syarikat-syarikat berkenaan tidak mempunyai kelengkapan aset yang diperlukan bagi melaksanakan tugas operasi yang bermula pada 1 julai 2019.

Beliau berkata, kami mendapati pemilihan mereka tidak mengikut aturan-aturan tender syarikat Environment Idaman. Kalau mengikut aturan betul, kami sudah pasti tidak mmpertikainya. Soalnya siapa yang memilih syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan kontrak kutipan sampah berkenaan.
“Pada taklimat pada 12 julai 2019, kami terkejut kerana syarikat Environment Idaman telah memberi kata putus bahawa syarikat baru boleh memberi kontrak mereka kepada pihak ketiga (syarikat outsource) untuk melaksanakan operasi selama enam bulan sehinggalah syarikat-syarikat baru yang dipilih boleh membeli aset dan melengkapkan keperluan mereka.

“Keputusan ini jelas telah melanggarkan salah satu syarat surat tawaran pada para 17 (F) yang menjelaskan bahawa kontrak-kontrak yang dipilih tidak boleh dilaksanakan oleh pihak ketiga (syarikat outsource) tetapi perlu dilaksanakan oleh syarikat yang mendapat kontrak itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, dalam surat tawaran itu sudah membuat ketetapan bahawa tidak membenar pihak yang mendapat kontrak memberikan kepada pihak ketiga untuk membuat kerja-kerja kutipan sampah. Soalnya  mengapa kelonggaran dibuat sehingga melanggar ketetapan sebelum ini.
Katanya, di sini kami lampirkan senarai nama syarikat baru yang telah dikurniakan kontrak kutipan sampah oleh syarikat Environment Idaman yang tidak mempunyai kelengkapan aset siasatan SPRM.

Syarikat berkenaan ialah syarikat perniagaan Azza Sungai Petani, Warisan Integriti Baling, Mohd Zulkarnain Enterprise Langkawi, Budipadu Mantap Sdn Bhd Kulim, Nis Expres Sdn Bhd sungai Petami, Syarikat Firwan Merican Kubag Pasu, Jaico Enterprise kulim, Damai Abadi Enterprise Sungai Petani, Mazhar Sdn Bhd Sungai Petani, Datasha Sdn Bhd Langkawi.

Beliau berkata, kami berharap siasatan segra dapat dilakukan oleh SPRM terhadap tender kutipan syarikat Environment Idaman kerana sudah sahih kerana ianya tidak mengikut proses aturan tender secara betul.

“Lebih daripada itu, kami juga mendapati  terdapat penggunaan salah guna kuasa daripada pihak pengurusan tertingi syarikat berkenaan bagi membolehkan syarikat-syarikat baru mendapat kontrak kutipan tanpa kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

“Oleh itu, kami hanya mahukan keadilan dan berharap Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru dapat membantu kami dalam memperbetulkan kemelut ini agar tidak berpanjangan.

Rabu, 19 Jun 2019

PECAT SEGERA HAZIQ DARI PKR, SIMPAN LAGI BUAT APA KATA ZURAIDA #viralhancing

PUTRAJAYA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan pengakuannnya terlibat dalam video seks.



Zuraida berkata, lelaki itu perlu dipecat kerana memalukan serta mencemar nama baik parti berikutan membuat pengakuan secara terbuka.


Sehubungan itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau akan mencadangkan supaya Haziq Abdullah dipecat dari parti dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, petang ini.

“Saya mahu tekankan, perkara asas yang pada prinsipnya tindakan PKR kurang bijak apabila dia (Haziq) sudah mengaku kesalahan secara terbuka.


“Kelakuan (seks) luar tabie adalah jenayah dalam negara, sepatutnya dia dipecat kerana memalukan serta mencemar nama baik parti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Aplikasi Mobil i-Gadaian dan Sambutan Hari Raya kementerian di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dijangka akan dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 5.30 petang ini. - UTUSAN ONLINE

KELUARGA ANWAR NI KEMARUK KUASA SANGAT KATA BENDAHARI PPBM SELANGOR #viralhancing

SHAH ALAM 1 - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya dilihat kemaruk kuasa apabila gesaan agar Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ditolak, tetapi pada masa sama, tekanan dibuat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad agar mengumumkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.


Malah, alasan diberikan Wan Azizah serta kepemimpinan PKR bahawa isu gesaan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak sepatutnya ditimbulkan kerana sudah dipersetujui dalam konvensyen Pakatan Harapan (PH) juga dianggap dwi-standard kerana semasa penyokong Anwar terus-menerus mendesak Dr. Mahathir, alasan itu tidak pula terpakai.

Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd. Shaid Rosli, yang tampil membuat gesaan supaya Wan Azizah berundur kelmarin berkata, jika benar Anwar dan Wan Azizah menghormati konvensyen PH, mereka pastinya sudah memberi teguran keras kepada penyokongnya tetapi apa yang berlaku, umpama baling batu sembunyi tangan.

“Ia kedengaran kasar (kemaruk kuasa) tapi dia (Wan Azizah) tahu Presiden PKR suaminya, berilah laluan kepada Anwar. Dulu pun dia pernah kata nak tumpu kepada keluarga dan cucu semasa beri laluan kepada Anwar bertanding di Permatang Pauh, tetapi kemudian masuk politik semula.

“Sekarang ini Anwar sudah keluar (bebas dari penjara dengan diberi pengampunan diraja). Sepatutnya dia letak jawatanlah, beri laluan kepada Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan kalau ada rezeki dia jadi Perdana Menteri, kalau dia sendiri tidak mahu lepas jawatan dan penyokong pula desak Dr. Mahathir, ini semua kita boleh anggap kemaruk kuasalah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin Mohd. Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, ‘membeli’ desakan penyokong Anwar yang menuntut tarikh peralihan kuasa diumumkan segera dengan menggesa Wan Azizah perlu berundur terlebih dahulu kerana jika tidak, ia dilihat sebagai perbuatan kronisme selain bertentangan dengan konsep Malaysia baharu PH.

Wan Azizah dalam reaksi segeranya berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Anwar mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr. Mahathir dengan alasan sudah ada perjanjian sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

Selasa, 18 Jun 2019

PEKERJA KILANG NAIK ANGIN, 200 ORANG BERHIMPUN SECARA AMAN SETELAH DIGELAR SAMPAH #viralhancing

BUKIT MERTAJAM - Berang digelar ‘sampah’, lebih 200 pekerja sebuah kilang pembuatan solar di Lorong Perusahaan 4B, Perai di sini hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah kenyataan sensitif itu yang didakwa dikeluarkan oleh seorang pengurus kilang berkenaan.

Demonstrasi bermula pada pukul 8.30 pagi itu berakhir pukul 10.30 pagi tadi selepas pengurus kilang berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan itu tampil memohon maaf secara terbuka kepada pekerja.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mogok dan demonstrasi aman itu berlaku apabila pekerja kilang berkenaan tidak berpuas hati dengan dengan kenyataan salah seorang pengurus di situ yang didakwa telah menghina pekerja kilang tersebut.

“Pekerja berkenaan meminta pengurus kilang ini membuat permohonan maaf secara terbuka sehingga lelaki berusia 39 tahun itu bersetuju berbuat demikian.

“Pengurus berkenaan telah keluar bagi bertemu wakil pekerja kilang ini kira-kira pukul 9.30 pagi dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, mogok dan demonstrasi aman itu dipercayai berpunca daripada tangkap layar perbualan WhatApss pengurus berkenaan yang tular di dalam laman sosial Facebook.

“Menerusi tangkap layar itu, seorang lelaki yang didakwa sebagai pengurus kilang berkenaan telah menggelar pekerja kilang ini sebagai ‘sampah’,” katanya.

Tambahnya, selain permohonan maaf secara terbuka daripada pengurus kilang itu, wakil pekerja kilang berkenaan juga telah bertemu dengan pihak pengurusan kilang dan menuntut semakan semula gaji dan elaun serta waktu bekerja yang fleksibel.

“Pada pukul 10.30 pagi, kesemua pihak yang terlibat telah bersurai dan mencapai kata sepakat.

“Pekerja yang masih tidak berpuas hati dinasihatkan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan. - UTUSAN ONLINE

Isnin, 17 Jun 2019

VIDEO SEMBURIT - TIADA PENGUBAHAN DIGITAL KATA PAKAR #viralhancing

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.


Memetik laporan portal Malaysiakini, Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut ialah Azmin, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat
“Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik,” kata salah seorang daripada mereka, Kevin Nguyen.

Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).


Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip itu, Nguyen berkata: “Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

“Saya menjalankan beberapa analisis forensik… terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelasnya.

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.
“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung” katanya.

SBS, yang merupakan organisasi berita yang dibiayai oleh kerajaan, memetik Siwei sebagai pakar dalam bidang kepintaran buatan dan forensik media.

Walau bagaimanapun, pakar lain yang dipetik SBS, Giorgio Patrini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Deeptrace dari Australia, berkata kualiti video itu terlalu rendah untuk membolehkan mendapat suatu analisis muktamad.

Firma Patrini mengendalikan pengesahan video yang diubah dengan teknologi Deepkfake.
“Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital,” kata laporan itu lagi.

Sementara itu, pakar lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata terdapat beberapa tertentu yang perlu diberikan perhatian.

“Dengan melihat (imej itu, boleh dikatakan) ia telah dirakam dengan mod potret dari telefon walaupun rupa itu boleh dibuat secara buatan pada tahap pasca produksi.

“Ia juga ditembak dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit,” katanya.

Weller dilatih dalam bidang verifikasi video bersama Google News Initiative.
Dalam pada itu, Pihak Polis masih meneruskan siasatan mengenai video berkenaan kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor hari ini.

Ditanya mengenai bilakah Datuk Seri Azmin Ali akan dipanggil untuk memberikan kenyataan katanya itu adalah di dalam tindakan pihak polis dan beliau tidak berhasrat untuk memberikan maklumat lanjut ujarnya.

Sumber Klik

WAN AZIZAH LETAKLAH JAWATAN DAHULU -PPBM SELANGOR #viralhancing

SHAH ALAM 17 Jun - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa agar meletakkan jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri untuk membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepemimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd. Shaid Rosli berkata, Wan Azizah perlu meletakkan jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Dr. Mahathir dan Anwar berlaku dalam tempoh berbaki setahun lagi.

Kenyataan Mohd. Shaid itu dilihat bagi membalas tekanan dan desakan penyokong Anwar yang meminta Dr. Mahathir menyatakan segera bila tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri mahu dibuat.

"Tidak mungkin dalam pelantikkan Anwar sebagai Perdana Menteri, sedangkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri adalah Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar.

Mohd. Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram menambah, isu peralihan kuasa Perdana Menteri seharusnya dibuat mengikut persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan bukannya datang daripada satu parti sahaja.

Beliau pada masa yang sama mengingatkan PKR agar jangan mengaitkan isu dalaman parti itu mengenai penyebaran video seks sejenis mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan mana-mana parti lain dalam PH.

Beliau pada masa yang sama mengingatkan PKR agar jangan mengaitkan isu dalaman parti itu mengenai penyebaran video seks sejenis mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan mana-mana parti lain dalam PH.

"Biarlah isu dalaman PKR diselesaikan kepimpinan parti itu sendiri kerana keharmonian dan kerjasama dalam PH amat penting dalam membina Malaysia baharu," katanya. -UTUSAN ONLINE

Ahad, 16 Jun 2019

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.


Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, sejak empat hari ini negara telah dihantui dengan video seks Haziq membabitkan seorang menteri itu berpotensi memusnahkan PH.

Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin PH terus bersatu dan tidak menggagalkan agenda Malaysia Baharu.

Katanya, jangan jadikan penyebaran video seks Haziq dengan seorang lelaki mirip menteri kanan itu memusnahkan misi ‘Menyelamatkan Malaysia’ daripada menjadi sebuah negara kleptokrasi.

Jelasnya, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah meminta masa untuk membolehkan pasukannya menyiasat mengenai kebenaran mengenai video berkenaan.

“Rakyat Malaysia mesti mempercayai polis dalam melaksanakan tugas secara bebas, adil dengan cara yang boleh dipercayai untuk menyiasat video seks Haziq dan dalang di sebalik video Haziq walaupun pernah terdapat keraguan tentang peranan polis di bawah pimpinan ketua polis negara sebelumnya.

“Inilah sebabnya saya menyokong prinsip penting mesti ditubuhkan semula bahawa tiada seorang pun di Malaysia berada di atas undang-undang, sama ada Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Peguam Negara, Ketua Polis Negara atau pegawai tinggi kerajaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Veteran DAP itu menambah, semua pemimpin PH mesti sedar akan cabaran pada tahun kedua kerajaan PH untuk menjadi lebih berjaya berbanding tahun pertama untuk menjanjikan pelbagai janji Malaysia Baharu.

MalaysaGazatte

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...