Rabu, 19 Jun 2019

PECAT SEGERA HAZIQ DARI PKR, SIMPAN LAGI BUAT APA KATA ZURAIDA #viralhancing

PUTRAJAYA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan pengakuannnya terlibat dalam video seks.



Zuraida berkata, lelaki itu perlu dipecat kerana memalukan serta mencemar nama baik parti berikutan membuat pengakuan secara terbuka.


Sehubungan itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau akan mencadangkan supaya Haziq Abdullah dipecat dari parti dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, petang ini.

“Saya mahu tekankan, perkara asas yang pada prinsipnya tindakan PKR kurang bijak apabila dia (Haziq) sudah mengaku kesalahan secara terbuka.


“Kelakuan (seks) luar tabie adalah jenayah dalam negara, sepatutnya dia dipecat kerana memalukan serta mencemar nama baik parti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Aplikasi Mobil i-Gadaian dan Sambutan Hari Raya kementerian di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dijangka akan dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 5.30 petang ini. - UTUSAN ONLINE

KELUARGA ANWAR NI KEMARUK KUASA SANGAT KATA BENDAHARI PPBM SELANGOR #viralhancing

SHAH ALAM 1 - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya dilihat kemaruk kuasa apabila gesaan agar Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ditolak, tetapi pada masa sama, tekanan dibuat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad agar mengumumkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.


Malah, alasan diberikan Wan Azizah serta kepemimpinan PKR bahawa isu gesaan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak sepatutnya ditimbulkan kerana sudah dipersetujui dalam konvensyen Pakatan Harapan (PH) juga dianggap dwi-standard kerana semasa penyokong Anwar terus-menerus mendesak Dr. Mahathir, alasan itu tidak pula terpakai.

Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd. Shaid Rosli, yang tampil membuat gesaan supaya Wan Azizah berundur kelmarin berkata, jika benar Anwar dan Wan Azizah menghormati konvensyen PH, mereka pastinya sudah memberi teguran keras kepada penyokongnya tetapi apa yang berlaku, umpama baling batu sembunyi tangan.

“Ia kedengaran kasar (kemaruk kuasa) tapi dia (Wan Azizah) tahu Presiden PKR suaminya, berilah laluan kepada Anwar. Dulu pun dia pernah kata nak tumpu kepada keluarga dan cucu semasa beri laluan kepada Anwar bertanding di Permatang Pauh, tetapi kemudian masuk politik semula.

“Sekarang ini Anwar sudah keluar (bebas dari penjara dengan diberi pengampunan diraja). Sepatutnya dia letak jawatanlah, beri laluan kepada Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan kalau ada rezeki dia jadi Perdana Menteri, kalau dia sendiri tidak mahu lepas jawatan dan penyokong pula desak Dr. Mahathir, ini semua kita boleh anggap kemaruk kuasalah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin Mohd. Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, ‘membeli’ desakan penyokong Anwar yang menuntut tarikh peralihan kuasa diumumkan segera dengan menggesa Wan Azizah perlu berundur terlebih dahulu kerana jika tidak, ia dilihat sebagai perbuatan kronisme selain bertentangan dengan konsep Malaysia baharu PH.

Wan Azizah dalam reaksi segeranya berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Anwar mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr. Mahathir dengan alasan sudah ada perjanjian sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...