Sabtu, 29 Jun 2019

TIADA KEPERLUAN TUTUP SEKOLAH WALAUPUN ADA BERLAKU PENCEMARAN UDARA DI PASIR GUDANG KATA TPM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan buat masa ini tiada keperluan untuk menutup sekolah di Pasir Gudang, Johor.

Gambar sumber FMT

Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa guru dan pelajar mengalami sesak nafas, loya dan muntah akibat pencemaran udara selepas sesi persekolahan dibuka semula di Pasir Gudang semalam, namun ia tidak menjejaskan secara keseluruhan penduduk di situ.


Kata beliau, insiden terbaharu itu hanya membabitkan beberapa pelajar dan murid sekolah, tetapi tiada mana-mana pihak ditahan di hospital.

“Zon penampan kalau ada pun tak boleh menghalang apa sahaja yang ada dalam udara.

"Gas itu ada dalam udara, tak banyak yang boleh kita lakukan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Semalam, tidak sampai beberapa jam sesi persekolah dibuka, 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di Pasir Gudang, kembali kecoh apabila mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Difahamkan murid-murid mula menunjukkan simptom tersebut kira-kira pukul 10 pagi semalam, sebelum pihak sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan. - UTUSAN ONLINE

LAPORAN PENINDASAN ETNIK ISLAM DI XINJIANG ADALAH 'PALSU' KATA MUJAHID #viralhancing

PETALING JAYA: Selepas penggunaan isitilah propaganda China untuk merujuk kepada kem tahanan Xinjiang dikritik warga Internet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai “berita palsu”.


“Berita palsu di China mengenai umat Islam ditindas boleh mencetuskan gelombang simpati pada orang yang ditindas dan menjejaskan hubungan,” kata Mujahid dalam ucapan yang disampaikan di Universiti Pengajian Luar Beijing semalam.

Beliau kemudian membuat perbandingan dengan dakwaan penganut Hindu di Malaysia dianiaya.

“Sementara berita palsu tentang penganut Hindu diperlakukan secara tidak adil oleh orang Islam di Malaysia contohnya boleh mencetuskan kebencian terhadap orang Islam minoriti di India,” katanya.

Kenyataan itu menyusuli kritikan terhadap Mujahid menggunakan istilah “pusat latihan” bagi meruguk kepada sebuah kem kontroversi yang ditubuhkan untuk “mendidik semula” penentang beragama Islam di wilayah Xinjiang yang bergolak.

dengan pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas perundangan, seni, gubahan bunga dan sebagainya,” katanya di Facebook bersama gambar lawatannya.

Catatan itu mengundang kritikan daripada pengguna Facebook, yang berkata Mujahid mengulangi propaganda China apabila menggambarkan kem-kem tahanan di Xinjiang sebagai “pusat latihan”.

China pernah menafikan pendedahan-pendedahan mengenai kewujudan kem-kem tahanan seperti itu, tetapi kemudian berkata ia adalah “pusat-pusat vokasional” untuk “menyelamatkan” orang daripada pengaruh pelampau.

Badan-badan hak asasi sekian lama menuduh China bertindak keras terhadap penentangan di Xinjiang dengan alasan melawan ekstremisme orang Islam.

Dalam ucapannya, Mujahid berkata Malaysia dan China berkongsi pendekatan sama dalam mengintegrasikan kumpulan etnik berbeza.
“Malaysia mengamalkan integrasi nasional melalui pemeliharaan budaya dan tradisi setiap kumpulan etnik tetapi bersatu sebagai satu keluarga besar iaitu rakyat Malaysia.

“Republik Rakyat China (PRC) mengamalkan pendekatan sama dengan menjaga identiti setiap kumpulan etnik tetapi mengintegrasikan ke arah satu unit keluarga yang besar.”

“Satu-satunya perbezaan perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama persekutuan, sementara PRC tidak menganggap mana-mana agama sebagai agama negara,” katanya.

Mujahid juga memuji usaha China memerangi ekstremisme.

“PRC juga secara aktif menggunakan pendekatan sedemikian dalam perjalanannya yang panjang untuk mewujudkan dunia yang aman dan harmoni.”

FMT

Jumaat, 28 Jun 2019

MAT SABU MACAM BUDAK-BUDAK PERANGAINYA KATA MCA #viralhancing

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Pakatan Harapan perlu membiasakan diri berkomunikasi lebih kerap setiap hari supaya dapat menangani masalah dengan lebih matang.

Gambar sumber Karangkraf

Pendekatan itu dapat menghindari perkara-perkara yang memalukan Kerajana Pakatan Harapan (PH) pada masa depan.

Cadangan itu dikemukakan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng selepas tindakan Mohamad Sabu yang mengeluarkan kenyataan mengenai perkhidmatan Malaysia Airlines yang menyebabkan pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di London tidak dapat dilakukan.

Menurut Tan, Kementerian Pertahanan perlu ada komunikasi dengan Kementerian Pengangkutan supaya Mohamad dapat menyuarakan keluhannya.

Katanya, kenyataan terhadap Malaysia Airlines yang dibuat oleh menteri pertahanan itu jelas menunjukkan sikapnya yang kebudak-budakan dan tidak matang.

“Ia menjadikan isu mudah itu sebagai bahan ketawa antarabangsa, menyebabkan Malaysia malu.

“Adakah Mat Sabu sedar bahawa MAS berada di bawah Kementerian Pengangkutan, iaitu bidang kuasa Anthony Loke? Jika tahu , kenapa dia tidak hanya menghubungi Anthony Loke secara langsung, bukannya mengeluarkan kenyataan akhbar selepas 10 hari insiden itu berlaku untuk menghukum MAS, memalukan mereka secara terbuka?

Selain itu, isu berkenaan turut menimbulkan keperluan Mohamad untuk terbang ke United Kingdom untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Sedangkan teknologi terkini sudah cukup maju untuk memenuhi perbincangan.

Artikel berkaitan : Malaysia Airlines tetap jadi pilihan saya – Mat Sabu

Malaysia Airlines minta maaf tapi keselamatan pesawat lebih penting

Mat Sabu salahkan MAS tak dapat jumpa PM di London

“Jadi apa isu yang penting sangat sehingga memerlukan mesyuarat bersemuka?,” soal Tan yang turut bertanya adakah Mohamad sudah bertanya kepada Malaysia Airlines punca kelewatan penerbangan tersebut.

Tan berkata, Mohamad sebenarnya bersikap tidak adil kepada Malaysia Airlines, anak-anak kapal dan kakitangan lain apabila berbuat demikian. – MalaysiaGazette

SAYA MINAT WATAK THANOS, SEBAB DIA GARANG KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR – Di sebalik kesibukan menguruskan pentadbiran negara pada usia 93 tahun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad rupanya mempunyai citarasa komik tersendiri yang menjadi kegemaran beliau.

Gambar sumber FMT

Pemimpin yang masih segak dan sihat itu kelihatan teruja menyingkap setiap karakter kegemaran beliau dalam filem-filem adiwira Marvel Studios.

Ditanya watak adiwira yang menjadi kegemaran beliau, Dr Mahathir dengan nada penuh teruja berkata: Thanos..sebab dia besar…ada kapak..sangat garang.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di Pavilion Bukit Bintang selepas melancarkan Pameran marvel Studios 10 tahun Peringatan Adiwira petang tadi.

Ditanya mengenai keterujaan beliau dengan teknologi terkini perfileman yang digunakan dunia hiburan sehingga memikat hati rakyat, katanya, ramai dijangka datang menyerbu ruang pameran Marvels.

“Saya rasa ramai juga akan datang melihat pameran ini sebab dia luar biasa.

“Biasanya mereka lihat karakter ini dalam filem, sekarang boleh tengok dalam 3 Dimensi (3D) ‘real life’.

“Lagipun dulu kalau nak buat filem kartun kena lukis dengan tangan.. sekarang tak payah, pakai animation (animasi) sahaja,”katanya lagi.-MalaysiaGazette

Khamis, 27 Jun 2019

TULAR SURAT LARANGAN KAKITANGAN KEMAS HADIRI SAMBUTAN RAYA ANJURAN PEMBANGKANG #viralhancing

Semalam tular sekeping memo yang dikeluarkan oleh Pegawai Kemas Daerah Machang dan ditujukan kepada semua kakitangan di bawahnya.


Melalui memo yang ditandatangani oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat gred S29 itu, kakitangan KEMAS dimaklumkan bahawa mereka adalah dilarang untuk menghadiri sebarang program mesyuarat atau keraian seperti sambutan hari raya yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Memo tersebut turut menegaskan tindakan tatatertib akan dikenakan kepada kakitangan jabatan itu sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rabu, 26 Jun 2019

VERSI PENUH VIDEO INTIM IRAS MENTERI KINI DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB LUCAH #viralhancing

Klip itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.


Sebuah klip video baharu yang memaparkan aksi intim di antara bekas pegawai politik Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki mirip seorang menteri telah dimuat naik ke laman web lucah hari ini.

Klip video berdurasi 9.10 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.

Terdahulu, Haziq Abdullah mengaku melakukan aksi intim di dalam video itu dan mendakwa pasangannya merupakan seorang menteri Kabinet.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku di sebuah hotel pada 11 Mei semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.

Dalam laporan polisnya, Haziq mengulangi tuduhan bahawa menteri itu telah menghantar setiausaha politik untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya.

Katanya, setiausaha politik itu memaksanya untuk menafikan dirinya dalam video tular itu dan memintanya untuk berbohong.

Haziq juga mendakwa dia diancam, diugut dan dimanipulasikan.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Astro Awani

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah..

Diambil dari portal MalaysiaGazzette

Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?


Selasa, 25 Jun 2019

ZURAIDA BOLEH ANGKAT KAKI TINGGALKAN PKR KATA NAIB KETUA WANITA PKR #viralhancing

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin boleh "angkat kaki keluar dari parti" jika tidak lagi menghormati keputusan bersama yang dibuat parti, kata Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin.
Beliau mengulas kenyataan Zuraida bahawa jika beliau menjadi presiden parti itu, sudah lama Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat.


"Nasib baik bukan saya jadi presiden, kalau saya presiden saya dah pecat dah (Haziq). Sebab saya memang tegas kata suruh pecat (Haziq), tapi parti nak ikut proses, biarlah dia ikut proses,” katanya semalam.

Faizah mempersoalkan kenyataan Zuraida antaranya memandangkan bekas ketua wanita PKR itu sendiri hadir ke mesyuarat biro politik parti itu yang membincangkan isu video seks yang mengaitkan timbalan presiden Mohamed Azmin Ali itu.

Sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Zuraida setuju dengan keputusan dalam mesyuarat Biro Politik PKR minggu lalu.

"Sebagai pemimpin beliau seharusnya senada bagi mempertahankan keputusan mesyuarat. Saya musykil apakah Zuraida tidak berfungsi alam mesyuarat atau hanya menyuarakan rasa tidak puas hati atas keputusan yang dibuat bersama?

"Apa sebenarnya yang beliau mahu dan mengapa berperangai seperti 'mak lampir' tak bertuan? Mengapa beliau terlalu biadab sehingga tidak mahu patuh kepada kata sepakat yang dia sendiri terlibat? Adakah beliau berasa sudah cukup besar kepala sekarang?

"Ia tak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan tata tertib. Tindakannya jelas tidak menghormati parti dan sudah tiba masanya untuk beliau angkat kaki keluar daripada parti ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan pengakuan Haziq sebagai individu yang dirakam dalam video seks itu, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya pada 19 Jun lalu dan keputusan itu kemudian dipersetujui biro politik secara konsensus.
Haziq diberi masa 14 hari untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, Haziq juga dipecat daripada jawatan setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri industri utama beberapa hari selepas menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kementerian itu.

Sementara itu, Faizah berkata setiap perlakuan sumbang manusia yang melibatkan skandal akan berakhir dengan tragedi.

"Siapa sahaja pasangan Haziq yang sebenarnya akan ditentukan oleh pihak berkuasa atau akan dicerminkan oleh Allah suatu hari kelak," katanya lagi.

Perkara ini masih dalam siasatan polis dan Azmin menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia percubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

KERANA NAFSU BUAS, PENGANGGUR ROGOL IBU SAUDARA BERUMUR 62 TAHUN #viralhancing

Sham Alam - Ibu saudara kedudukannya hampir sama dengan ibu kandung sendiri tetapi dek kerana mengikut nafsu syaitan, seorang penganggur tergamak merogol wanita tersebut. Lebih menyedihkan, mangsa adalah warga emas berusia 62 tahun dan kejadian berlaku pada 8 Jun lalu di kediaman mangsa di Seksyen 18, di sini, di antara pukul 10.30 malam hingga 3.30 pagi. 


Susulan perbuatan durjana itu, tertuduh yang berusia 41 tahun dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini tetapi dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sabri Ismail.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara Sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan. Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah memohon supaya tiada jaminan diberikan berikutan tertuduh adalah bersaudara dengan mangsa. “Tertuduh mengetahui tempat tinggal mangsa yang boleh menyebabkan gangguan terhadap mangsa yang merupakan saksi kes dan tertuduh juga ada tiga pertuduhan lain di Mahkamah Majistret ,” kata Nur Aifaa. Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Julai ini. Utusan Online.

TIADA LANGSUNG PERBINCANGAN PERALIHAN KUASA DENGAN ANWAR KATA TUN M #viralhancing


KUALA LUMPUR - Tiada perbincangan peralihan kuasa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini.

Demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diajukan mengenai pertemuannya dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu di pejabatnya hari ini.

Sebaliknya, Dr. Mahathir memaklumkan, pertemuannya dengan Anwar itu hanya membincangkan perkara yang biasa-biasa sahaja.

“Kita hanya bercakap perkara biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa-apa,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings di Golden Eagle Hall, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
                                                                 Gambar - The Star

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

Anwar dalam akaun Facebook beliau petang ini memuat naik gambarnya bertemu dengan Dr. Mahathir.

Beliau turut memuat naik catatan memaklumkan beberapa isu mutakhir di dalam dan luar negara disentuh secara ringkas oleh kedua-dua mereka.

Anwar malah memberitahu, beliau dan Dr. Mahathir bersetuju bahawa pimpinan negara harus pantas dan wibawa dalam menumpukan kepada isu ekonomi termasuk memacu pelaburan domestik dan asing ketika pertemuan berkenaan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataannya pagi tadi yang merancang untuk memegang jawatan Perdana Menteri tidak lebih tiga tahun, Dr. Mahathir berkata, ia tidak bermaksud sedemikian.

Bagaimanapun, katanya, pada waktu ini beliau hanya mahu membetulkan kerja yang masih belum selesai.

“Saya tidak kata tiga tahun. Saya hanya hendak membetulkan kerja,” ujarnya.

Semalam, ketika ditemubual stesen media asing, Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri melebihi tiga tahun.

Menurut stesen berita CNBC, Dr. Mahathir dikatakan memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.

Ketika ditanya pembaca berita CNBC, Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”

Sebaliknya, Dr. Mahathir berkata, keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia ‘menyelesaikan masalah (hutang) ini’ sungguhpun selepas beliau berundur. - UTUSAN ONLINE

KES PERTUDUHAN ANAK TIDAK CALAR LANGSUNG IMEJ MAT SABU MENURUT SUMBER #viralhancing

KUALA LUMPUR - Pertuduhan mahkamah terhadap anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak akan mencalar imej beliau sebagai ahli Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditemui pemberita, Mohamad berkata, beliau tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu.


Beliau malah memberitahu, biar mahkamah yang menentukan proses berkenaan sehingga ia selesai.

“Tidak ada apa. Biar mahkamah proses. Tidak ada masalah. Tidak ada mencalar apa-apa,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings di Golden Eagle Hall, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

Pada 13 Jun lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengesahkan anak lelaki Menteri Pertahan itu iaitu Ahmad Saiful Islam didakwa kerana pengambilan dadah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, Ahmad Saiful, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan isu pengambilalihan tanah-tanah milik kementerian, Mohamad berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh datang ke kementerian itu pada bila-bila masa.

“Saya tak nak komen apa-apa. Laporan oleh bekas Ketua Audit Negara yang kini Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan, Tan Sri Ambrin Buang sudah lengkap dan siap akan diserahkan kepada SPRM dan Polis,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Ahad, 23 Jun 2019

SYARIKAT LUAR PULA BOLOT HABIS TENDER DI KEDAH #viralhancing

Jurucakap kontraktor bumiputera Kedah dan Perlis mendedahkan tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri Kedah dan Perlis dibolot oleh syarikat-syarikat kroni dan kebanyakkan syarikat-syarikat itu adalah dari Kuala Lumpur. 


Menurut jurucakap kontraktor Kedah dan Perlis, kebanyakkan syarikat luar yang dilantik tidak memenuhi kriteria tender dan tiada kelengkapan serta aset untuk menjalankan tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri Kedah dan Perlis. 

Tindakan ini jelas membuktikan bahawa memang berlaku salah guna kuasa oleh pengurusan syarikat Environment Idaman dalam pemberian tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri itu.

Apa yang dikesali adalah, syarikat Environment Idaman telah memanggil pula kontraktor-kontraktor lama dalam satu mesyuarat baru-baru ini agar meminjamkan aset-aset, pekerja dan kelengkapan kepada kontraktor-kontraktor yang baru dilantik.

Beliau merayu agar siasatan segera dapat dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas syarikat Environment Idaman dan pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya.

CADANG CUKAI DIKENAKAN KEPADA PENIAGA ONLINE #viralhancing

BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mencadangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan negara anggota ASEAN.


Dr Mahathir menyifatkan bahawa perniagaan dalam talian telah memberi kesan kepada perniagaan konvensional.

Memetik Amazon.com sebagai contoh, beliau berkata kedai buku dalam talian itu menyebabkan kedai-kedai buku konvensional telah gulung tikar.


“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

“Menerusi perniagaan dalam talian, kita tidak tahu siapa yang mendapat keuntungan (kutipan cukai),” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34, di sini, pada Sabtu.

Saranan itu disuarakan Perdana Menteri ketika sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 sebelum itu.

Dr Mahathir berkata ketika ini hanya negara asal perniagaan dalam talian itu yang mendapat keuntungan menerusi kutipan cukai tersebut.

“Kita tidak dapat apa-apa. Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa perkara supaya kita dapat sebahagian daripada cukai keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata sesi pleno itu juga membincangkan isu-isu lain berkenaan kerjasama ASEAN.

“Perdagangan intra-ASEAN adalah sangat kecil. Maka, perlu ada satu usaha khusus untuk meningkatkan perdagangan intra-ASEAN,” katanya.

ASEAN yang didiami lebih 600 juta penduduk merupakan pasaran besar untuk perdagangan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Dalam Pleno itu, para pemimpin negara anggota ASEAN membincangkan isu berkaitan tema sidang kemuncak berkenaan iaitu “Memperkukuhkan Kerjasama bagi Kelestarian”, termasuk kaedah untuk membina Komuniti ASEAN yang kukuh, berpaksikan rakyat, memastikan tiada yang ketinggalan dan melangkah arah masa depan yang gemilang. - Bernama

SKANDAL PENYELEWENGAN TENDER NEGERI KEDAH, KAKITANGAN KENA UGUT

Akibat tersebar memorandum bantahan dan bukti salah guna kuasa pihak pengurusan Environment Idaman Sdn. Bhd. dalam penganugerahan tender-tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri kedah, kakitangan syarikat itu diugut oleh pihak pengurusan dan beberapa buah telefon bimbit serta ‘notebook’ milik kakitangan turut dirampas kononnya bagi membantu siasatan.


Difahamkan, suasana kecoh tercetus apabila Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd. Saiful Anuar bin Zainal tidak berpuas hati dan berang dengan penyebaran bukti-bukti salah guna kuasa yang terdapat di dalam memorandum itu yang turut tular di media sosial.

Sumber juga memberitahu ada beberapa kakitangan di bahagian operasi juga telah diarahkan membantu kontraktor-kontaktor baru mencari aset dan pekerja-pekerja dan ini jelas membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor yang baru dilantik tidak memenuhi kriteria dan dilantik secara tidak sah oleh syarikat Environment Idaman.

Menurut sumber lagi, pihak Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia telah menghubungi jurucakap kontraktor bumiputera bagi mendapatkan penjelasan tentang penyebaran memorandum bantahan itu. Pihaknya juga memaklumkan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan pihak pengurusan Environment Idaman yang terlibat dalam salah guna kuasa disiasat segera.

Sementara itu pihak media masih gagal menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd. Saiful Anuar bin Zainal bagi mendapatkan maklum balas tentang penyebaran memorandum bantahan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pakatan sangat yakin akan menang besar di Tanjung Piai, rakyat tetap memilih kami, bukan BN

Nampaknya PH sedang menggunakan gear terakhir untuk meyakinkan kepada semua jentera mereka yang lemau kerana kurangnya orang hadir ke cerama...