Sabtu, 6 Julai 2019

PENDUDUK TIDAK TAHAN SAMPAH BERBAU BUSUK, PUNCA UTAMA ADALAH TENDER KUTIPAN SAMPAH YANG TIDAK TELUS

PENDUDUK TIDAK TAHAN BAU BUSUK

Lebih 2,000 penduduk di Taman Ria, Padang Serai di sini terpaksa berhadapan bau busuk akibat kegagalan pihak kontraktor sampah mengutip sampah di kawasan itu sejak minggu lalu.


Tinjauan kami mendapati longgokan sampah semakin banyak dan keadaan bertambah rumit apabila sampah-sampah itu mula mengeluarkan bau busuk.

Penduduk mendakwa keadaan semakin hari semakin buruk apabila air dari sisa longgokan sampah yang tidak dikutip telah mengalir ke kawasan rumah mereka.

Penduduk, Kassim Ahmad, 57, berkata, keadaan ini dikesan sejak minggu lalu dan keadaan seolah tidak berubah biarpun telah diajukan kepada pihak berwajib.

Kegagalan kontraktor untuk mengutip sampah dikatakan ada kaitan dengan skandal penyelewengan tender kontrak itu baru-baru ini.

Difahamkan, kontraktor-kontraktor baharu yang dipilih tidak memenuhi kriteria tender dan bantahan telah disuarakan oleh wakil kontraktor bumiputera Kedah dan Perlis dalam satu memorandum kepada Perdana Menteri.

Susulan bantahan itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ketua Eksekutif Environment Idaman Sdn. Bhd. bersama kakitangan syarikat itu atas dakwaan rasuah baru-baru ini.

Jumaat, 5 Julai 2019

MILIKI 'SIX PACK' ANTARA CALON YANG BAKAL DIPILIH SEBAGAI SETIAUSAHA SULIT KANAN TIMBALAN MENTERI INDUSTRI UTAMA #viralhancing

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan lebih 20 calon sedang mencuba nasib untuk memohon menjadi Setiausaha Sulit Kanannya menggantikan Haziq Abdullah Abdul Aziz.


Menurutnya, calon-calon tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuklah wartawan senior daripada media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendiriannya untuk lebih berhati-hati dalam memilih calon yang sesuai bagi memastikan calon tersebut benar-benar layak menggalas tugas itu.

“Pengalaman lalu banyak mengajar kita, jadi saya harap pengganti Haziq nanti adalah seorang yang bertanggungjawab dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Dulu pun kita hati-hati juga untuk memilih beliau. Tapi manalah kita tahu apa yang akan berlaku, sesuatu tidak dijangka.

“Buat masa sekarang ini saya akan bekerjasama dengan bahagian sumber manusia untuk lihat kelebihan calon-calon ini. Lingkungan umur mereka pun ada yang mencecah 50-an. Apa yang penting, dia memiliki badan six pack (memiliki perut dengan ketulan otot yang kekar),” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Shamsul berkata, tindakan pemecatan Haziq semalam adalah tepat berdasarkan fakta dan bukti yang berkaitan.

“Alasan pemecatan sudah jelas dan pihak-pihak yang dikaitkan dengan kes tersebut juga telah membuat kenyataan yang sewajarnya. Kita tidak boleh galakkan budaya menyerang pimpinan tanpa ada sebarang sebab dan sepatutnya sebarang isu melibatkan pimpinan dan parti perlulah dirungkai melalui kaedah dalaman.
“Kita fikir tiada lagi asas yang kuat untuk Haziq bertahan dan saya percaya, proses keadilan untuk beliau telah diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Selasa, 2 Julai 2019

KERETA TERBANG - NANTIKAN PROTOTAIP YANG HEBAT PADA OKTOBER INI #viralhancing

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kementerian Pembangunan Usahawan menjangkakan penghasilan prototaip mobiliti udara atau lebih popular dengan gelaran kereta terbang akan dapat dilancarkan seawal Oktober ini.


Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof pada masa sama menjelaskan projek pembangunan prototaip tersebut tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat.
"Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian. Kementerian juga kena menjalinkan hubungan dengan sektor swasta atau persendirian agar perkembangan industri ini selari dengan peringkat antarabangsa," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan perkembangan model prototaip kereta terbang.

Mohd. Redzuan pada masa sama menjelaskan, kementeriannya komited untuk menyediakan persekitaran yang baik bagi membolehkan industri mobiliti berkembang di Malaysia agar membolehkan negara tidak ketinggalan dalam teknologi terkini. - UTUSAN ONLINE

TERESA KOK KESAL SANGAT DENGAN SEKOLAH ANTARABANGSA YANG MEMBURUKKAN PENANAMAN SAWIT #viralhancing

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kerajaan kesal dengan tindakan sebuah sekolah antarabangsa di bandar raya ini yang cuba menyemai kebencian dalam kalangan kanak-kanak mengenai penanaman sawit negara.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, tindakan pihak sekolah itu bertentangan dengan usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan terhadap industri minyak sawit negara.

Gambar sumber The Star

“Saya terima satu klip video dalam media sosial yang memaparkan sebuah pertunjukkan melibatkan kanak-kanak sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur membantah penanaman sawit.

“Pertunjukan kanak-kanak itu turut mengaitkan dengan penebangan hutan tanpa kawalan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Jelas Teresa, guru besar dan guru-guru sekolah tersebut dipelawa supaya bertemu dengan pegawai-pegawai bertugas di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bagi memahami semua usaha penambahbaikan industri komoditi itu.

“Kita sudah membuat banyak protes terhadap apa dilakukan di luar negara dan Eropah, jadi saya tak fikir perkara seperti ini dilakukan di sekolah antarabangsa kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Video berdurasi seminit 10 saat memaparkan sekumpulan kanak-kanak membuat persembahan yang menunjukan penanaman sawit kononnya telah menjejaskan habitat Orang Utan.

Tahun lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengusulkan satu resolusi menghalang penggunaan bahan api bio yang berasaskan sawit kerana pembangunan tanaman itu dikatakan dilakukan secara tidak mampan dan mencemarkan alam sekitar. - UTUSAN ONLINE

Isnin, 1 Julai 2019

SETELAH DIKRITIK DENGAN TERUK OLEH NITIZEN, PENGANJUR MINTA MAAF BERKENAAN TARIAN SEKSI ANJURAN MEREKA

KUALA LUMPUR 1 Jul - Kementerian Pendidikan mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada Sabtu lalu.


Memetik laporan Astro Awani, perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam satu kenyataan media yang dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld.

Penganjur pertandingan, JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan semalam membuat permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.

Alice berkata, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda) telah menyatakan kod pakaian yang harus dipatuhi, namun pihaknya mendakwa terlepas pandang dan tidak memaklumkan perkara itu kepada peserta pertandingan.

Menurut Alice, dia turut memohon maaf kepada kementerian terbabit dan Muda atas segala kesulitan termasuk menjejaskan reputasi dan kedudukan kedua-dua pihak itu disebabkan kesilapan daripada pihaknya.-UTUSAN ONLINE

AZMIN DICABAR SUPAYA GUNA UNDANG-UNDANG DAN PERLU BERSIHKAN NAMANYA, BUKAN SENYAP BUAT MUKA TAK BERSALAH KATA ABDULLAH SANI

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR digesa untuk menggunakan undang-undang bagi membersihkan namanya daripada terpalit dengan sebuah video seks luar tabie.

Gambar sumber The Star

"Pada peringkat awal saya tidak tahu cerita sebenar tetapi sekarang budak itu (Haziq Abdullah Abdul Aziz) sudah mencabar dia di mahkamah jadi bagi saya ini sudah terlampau berat.

"Jadi saya minta dia menerima cabaran ini dengan memfail laporan polis dan kemudian masuk ke mahkamah. Kemudian biar rakyat lihat siapa yang benar dan menipu," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Abdullah Sani turut yakin isu peralihan jawatan tertinggi negara antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku apabila tiba masanya.

"Sebab isu ini ada orang kata saya anjing kurap dan lain-lain lagi, kalau saya anjing kurap orang itu apa? Saya ada pengalaman selama tiga penggal sebagai ahli parlimen jadi tidak perlu layan orang macam ini.

"Saya konsisten dalam konsensus komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya dan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Kita memang sudah bersetuju dan ada perjanjian, jadi orang yang tandatangan ini kena berpegang kepada janji," tegasnya.

Wawancara penuh bersama Abdullah Sani boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia hari ini.- UTUSAN ONLINE

TANGGUH JAWI SEHINGGA PERBINCANGAN LANJUT KATA 30 NGO

Kita lihat betapa bersungguhnya puak ini dalam melancarkan anti terhadap Tulisan Jawi/Khat, malah puak-puak ini sangat over dalam meluahkan ...