Isnin, 1 Julai 2019

SETELAH DIKRITIK DENGAN TERUK OLEH NITIZEN, PENGANJUR MINTA MAAF BERKENAAN TARIAN SEKSI ANJURAN MEREKA

KUALA LUMPUR 1 Jul - Kementerian Pendidikan mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada Sabtu lalu.


Memetik laporan Astro Awani, perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam satu kenyataan media yang dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld.

Penganjur pertandingan, JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan semalam membuat permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.

Alice berkata, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda) telah menyatakan kod pakaian yang harus dipatuhi, namun pihaknya mendakwa terlepas pandang dan tidak memaklumkan perkara itu kepada peserta pertandingan.

Menurut Alice, dia turut memohon maaf kepada kementerian terbabit dan Muda atas segala kesulitan termasuk menjejaskan reputasi dan kedudukan kedua-dua pihak itu disebabkan kesilapan daripada pihaknya.-UTUSAN ONLINE

AZMIN DICABAR SUPAYA GUNA UNDANG-UNDANG DAN PERLU BERSIHKAN NAMANYA, BUKAN SENYAP BUAT MUKA TAK BERSALAH KATA ABDULLAH SANI

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR digesa untuk menggunakan undang-undang bagi membersihkan namanya daripada terpalit dengan sebuah video seks luar tabie.

Gambar sumber The Star

"Pada peringkat awal saya tidak tahu cerita sebenar tetapi sekarang budak itu (Haziq Abdullah Abdul Aziz) sudah mencabar dia di mahkamah jadi bagi saya ini sudah terlampau berat.

"Jadi saya minta dia menerima cabaran ini dengan memfail laporan polis dan kemudian masuk ke mahkamah. Kemudian biar rakyat lihat siapa yang benar dan menipu," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Abdullah Sani turut yakin isu peralihan jawatan tertinggi negara antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku apabila tiba masanya.

"Sebab isu ini ada orang kata saya anjing kurap dan lain-lain lagi, kalau saya anjing kurap orang itu apa? Saya ada pengalaman selama tiga penggal sebagai ahli parlimen jadi tidak perlu layan orang macam ini.

"Saya konsisten dalam konsensus komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya dan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Kita memang sudah bersetuju dan ada perjanjian, jadi orang yang tandatangan ini kena berpegang kepada janji," tegasnya.

Wawancara penuh bersama Abdullah Sani boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia hari ini.- UTUSAN ONLINE

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...