Khamis, 11 Julai 2019

BELIA MENGANGGUR FENOMENA YANG BIASA, TIDAK PERLU RISAU KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah fenomena biasa yang dihadapi negara membangun dan maju di dunia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.



Katanya, ia termasuk apa yang dialami Malaysia apabila mencatatkan 10.9% kadar pengangguran pada 2018 melibatkan golongan belia.

“Golongan (belia) ini dikatakan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan.

“Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran Malaysia pada 2018 mencatatkan kadar 3.3%, manakala, kadar pengangguran belia pada 2018 adalah pada kadar 10.9%.

“Mengikut takrifan Organization for Economic Co- Operation and Development (OECD) 1999, negara yang mencatat kadar pengangguran di bawah 4% dikategorikan sebagai guna tenaga penuh atau ‘full employment’,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ma’mun Sulaiman (PH-Kalabakan) yang meminta kerajaan menyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dan membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan.

Mahathir berkata, antara faktor menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia ialah ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran.

“Belia juga dituntut memantapkan jati diri dan sikap agar menepati ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan iaitu yang komited, rajin, berdaya tahan, kerja berpasukan, berkeinginan untuk belajar, kebolehan bekerja di bawah tekanan dan bersikap proaktif,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha membantu belia mendapatkan pekerjaan, kerajaan melaksanakan usaha termasuk menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja.

“Bagi tempoh Januari-Mac 2019, seramai 3,890 orang pencari kerja berjaya mendapat penempatan.

Selain itu penawaran pekerja berkemahiran dengan sasaran memanfaatkan 4,000 belia lepasan sekolah dan graduan.

“Seramai 76,000 belia di kalangan pelajar universiti dan pelatih TVET menerima manfaat termasuklah meneruskan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN),” katanya.

Mahathir berkata, kerajaan dari semasa ke semasa akan menambah baik langkah-langkah sedia ada dan akan mewujudkan lebih banyak program atau mekanisme bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

FMT

SYIAH BEBAS DIAMALKAN DI NEGARA INI KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata mana-mana pihak bebas mengamalkan fahaman Islam lain, selagi menghormati fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia.


Perdana menteri membuat kenyataan itu berikutan pembatalan satu seminar yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini untuk mempromosikan Mesej Amman selepas menerima ancaman bom daripada kumpulan anti-Syiah.

“Jika mereka mahu mengalu-alukan Buddha atau Syiah atau apa sahaja, itu adalah hak (peribadi) mereka.

“Selagi mereka (golongan minoriti) tidak cuba menyebarkan ajaran mereka dalam kalangan umat Islam Malaysia yang semuanya Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam dilaporkan bahawa seminar Mesej Amman anjuran Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) dibatalkan kerana penganjur menerima ancaman bom di Facebook.

Jurucakap IAIS berkata, keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan tinggi badan itu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, tindakan mengancam keselamtan pihak penganjur “bukan cara yang betul”.



Semalam, polis mengesahkan terdapat unsur ancaman keselamatan diterima atas penganjuran seminat tersebut.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asmawati Ahmad berkata seminar itu, yang dijadualkan pada 13 Julai sudah pun dibatalkan oleh penganjur.

Ancaman itu katanya dibuat oleh salah seorang pengguna pada 6 Julai melalui satu akaun Facebook Gerakan Banteras Syiah, yang menggesa untuk menghentikan penyebaran fahaman Syiah.

Mesej Amman yang ditandatangani di Amman, Jordan oleh Raja Abdullah II pada 2004 mengesahkan kesahihan 8 mazhab Islam, termasuk Sunnah dan Syiah, 2 mazhab terbesar di dunia Islam.

FMT

Rabu, 10 Julai 2019

15 HINGGA 20 TAHUN LAGI UNTUK EKONOMI MALAYSIA MENJADI HARIMAU ASIA KATA TUN M #viralhancing

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tempoh 15 hingga 20 tahun diperlukan Malaysia untuk pulih daripada masalah pertumbuhan ekonomi dan kembali menjadi Harimau Asia.


Memetik wawancara khas bersama Bernama sempena hari ulang tahun ke-94, beliau berkata, proses pemulihan sedang berjalan dan sasaran bagi tiga tahun pertama adalah untuk mengurangkan masalah tersebut.

"Proses pemulihan telah bermula dan jangka masa tiga tahun bagi mengurangkan masalah ini. Itu hanyalah untuk mengurangkan kerana untuk pulih ia bukan perkara mudah.

"Untuk pulih kepada tahap menjadi Harimau Asia, ia mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 tahun dari sekarang," katanya hari ini.


Katanya, beliau tidak berpuas hati dengan prestasi semasa negara menjelang 2020 dan ia antara faktor mengapa kembali aktif dalam politik.

"Saya dapati mereka yang mengambil alih tugas mentadbir negara selepas saya tidak memberikan tumpuan kepada soal pertumbuhan ekonomi sebaliknya lebih kepada perkara tidak perlu.

"Mereka mengalihkan pandangan daripada pembangunan kepada perkara peribadi. Ia mengambil masa yang panjang untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banyak masalah berjaya dikurangkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara seperti soal kewangan kerana diurus dengan lebih cermat dan ia merupakan satu kejayaan.

"Tidak semua negara yang menghadapi masalah kewangan dapat mengatasinya. Kita tidak lagi tertekan sangat dengan masalah kewangan negara kita setelah ia diuruskan dengan lebih cermat.

Ditanya mengenai amanat yang pernah ditulis beliau dalam kapsul masa dan sekiranya diberikan peluang untuk menambahnya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu berfikir terlebih kerana tindakan berlandaskan emosi seringkali memberikan kesan tidak baik kepada diri sendiri mahupun negara.

"Sebab itu rakyat juga perlu fikir masalah yang dihadapi oleh negara. Malaysia kini lebih tenang, aman dan tidak tertekan sangat sehingga berlaku peperangan yang menekan kita," katanya.

"Kita dapati juga terlalu banyak masalah di hadapi di negara-negara Timur Tengah seperti perang saudara dan keganasan.

"Kalau kita nak ambil timur tengah, tidak ada banyak persamaan mereka dengan kita," katanya.

EXCO DAP PERAK DITAHAN POLIS UNTUK SIASATAN KES ROGOL AMAH #viralhancing

Nampaknya isu rogol ini sangat berat. Harap pihak polis siasat dengan telus.

Nafsu kuda juga exco DAP ni.

"Ipoh, 10 Julai: Polis telah menahan seorang anggota exco Perak yang disyaki merogol  pembantu rumahnya.

Beliau yang juga ADUN dari parti DAP itu ditahan semalam untuk membantu siasatan lanjut. "

Berita semalam.

IPOH 9 Julai : EXCO Perak, juga merupakan seorang ADUN DAP disiasat polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.


Harian Metro melaporkan perkara itu berkata mereka difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, lima daripada 10 anggota exco di Perak adalah terdiri daripada Adun DAP iaiatu Wong Mei Ing, A Sivanesan, Paul Yong, Howard Lee dan Abdul Aziz Bari.


Pada perkembangan yang sama. pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam satu kenyataan  berkata parti akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Selasa, 9 Julai 2019

LAGI KES BERAT - EXCO PERAK DIDAKWA ROGOL PEMBANTU RUMAH #viralhancing

Apa nak jadi dengan Malaysia kita hari ini, pelbagai cerita sensasi mewarnai cerita tiap-tiap waktu betapa bangkainya kerajaan PH ini.

Setelah isu video semburit pemimpin tertinggi PKR. Kali ini isu rogol pula mewarnai kepimpinan DAP Perak?

Rakyat memerhati dan melihat situasi ini sebagai keadaan kerajaan yang tidak berkat, macam-macam jadi sekarang ini.

Oh Malaysiaku.

IPOH - DAP Perak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh terhadap laporan seorang wanita warga Indonesia membabitkan serangan seksual seorang pemimpin parti itu.


Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut dan meminta pihak polis menjalankan siasatan sewajarnya.

“Ini tuduhan yang sangat serius, sepertimana laporan polis yang dibuat semalam, parti berpendapat bahawa tiada siapa pun yang boleh melangkaui undang-undang.

“Oleh itu, kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, sebarang tindakan yang akan diambil ke atas individu tersebut bergantung kepada hasil siasatan polis.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah difahamkan membuat laporan polis terhadap majikannya yang juga seorang Exco kerajaan negeri, semalam.

Mangsa dipercayai baru dua bulan bekerja dengan majikannya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Jelapang selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru Raya di sini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/36727/KHAS/Isu/EXCO-Perak-didakwa-rogol-pembantu-rumah

Isnin, 8 Julai 2019

AZMIN NAFI DIEJEK PENEROKA KETIKA BERUCAP, VIDEO TERSEBAR TIDAK BENAR #viralhancing

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa beliau menerima sorakan mengejek ketika memberi ucapan pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 Pahang semalam.

Gambar sumber The Star

Katanya, meskipun berhadapan dengan sedikit gangguan, namun beliau berjaya menyampaikan ucapannya tanpa sebarang masalah.

"Tak ada, saya di sana, berucap panjang, ada sedikit gangguan semalam, tapi bukan terhadap saya, saya rasa ada sedikit kekecohan di belakang tapi kami tak tahu mengenainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas mengenai satu video beliau berucap di hadapan ribuan peneroka Felda pada satu majlis, di Pahang semalam yang kelihatan seolah-olah menerima sorakan mengejek.

Malah katanya, beliau yakin peneroka Felda menyambut majlis semalam dalam suasana yang positif.

"Ia disambut dengan sangat baik, mereka sanggup datang dari Sabah, Perlis, seluruh negara, untuk sambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan inisiatif baru yang dimasukkan dalam kertas putih, menggambarkan sokongan peneroka Felda kepada model baru ini," katanya.

Sinar Online

BILA TUN M TIDAK DIPEDULIKAN ORANG SEKELILING, SILA LIHAT VIDEO #viralhancing

Lumrah dunia, janganlah ingat bila kuasa ditanganmu, kamu suka-suka menganiaya orang. Sudah-sudahlah buat onar, sudah-sudahlah menzalimi musuh politikmu.


Namun Allah dah bagi signal halus untuk orang tua ini. Fahamkan maksud kifarah.


Dari Blog Pakdin

Video seorang Perdana Menteri pergi makan di kedai mamak penuh sesak tapi orang tak nampak pun dia. Maknanya Mahathir tiada ekinomi untuk buat pemasaran untuk meningkatkan ekonomi negara.

Orang buat tak tahu sahaja atau mungkin dia ada ilmu halimunan tak ternampak oleh mata kasar kecuali menggunakan rakaman kamera video.

Dia bayar jutaan ringgit kepada media luar negara untuk burukkan Najib Razak tetapi rakyat tetap serbu Najib dimana dia pergi tanpa perlu bayar berjuta kepada media.

Ahad, 7 Julai 2019

ANWAR DAN MAHATHIR SEDANG BERPERANG SAMA SENDIRI TANPA KITA SEDAR?

Mahathir sedang menyusun, Anwar juga sedang menyusun, malah susunan Anwar dikatakan agak kukuh berbanding Mahathir?

Adakah berlaku undi tidak percaya? Sebab Anwar pernah buat perangai begini terhadap Pak Lah.

Siapa ingat 16 September 2008?

Jadi pendapat penulis, cepatlah melungkup PH ni, nyawa tak lama.


DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir saling Sabotaj

7hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

DS Anwar Ibrahim hanya kurang 3 kerusi lagi bagi membolehkan beliau melakukan "vote no confidence" kepada Perdana Menteri ke-7. Pertembungan kali ini menyaksikan DS Anwar atau Tun Mahathir masing2 telah bersedia untuk ke penjara, yang tewas akan jadi abu. Ternyata strategi mereka berdua gagal menarik sokongan DS Zahid Hamidi dan TGHH. Percaturan yang mereka mainkan untuk meraih sokongan hanya berlegar di dalam ruang parti2 komponen PH sahaja.

Sumber dalaman DS Anwar Ibrahim memberitahu "mood" mereka berada di situasi bersedia mendedahkan 6 Kotak dokumen yang mengandungi rahsia terperinci skandal Tun Mahathir yang berlaku sejak lebih 20 tahun lalu seperti projek MOIC, KLCC, KLIA, bailout syarikat perkapalan Mirzan's, skandal kerugian forex Bank Negara, Perwaja, PKFZ dll sekiranya perlu. Pendedahan ini sudah pasti cukup untuk menghantar Tun Mahathir ke penjara. DAP juga terpaksa mengeluarkan dana untuk membantu Anwar Ibrahim jatuhkan Tun Mahathir.

Sejak DS Azmin Ali terpalit skandal semburit, Tun Mahathir kini banyak bergantung harap kepada Penguatkuasaan undang2. Tun sekali lagi akan gerakkan PDRM dan SPRM untuk membantunya menyekat kemaraan DS Anwar Ibrahim.

1.
https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/07/anwar-ready-to-meet-agong-with-enough.html?m=1

2.
https://www.malaysia-today.net/tag/anwar-ibrahim/

KERANA SKANDAL TENDER KUTIPAN SAMPAH, KEDAH BERDEPAN KRISIS SAMPAH TIDAK DIURUS DENGAN BAIK

KEDAH, PERLIS BERDEPAN KRISIS SAMPAH TERBURUK

Kelemahan pengurusan dan penyelewengan tender oleh Environment Idaman Sdn. Bhd mengakibatkan negeri Kedah dan Perlis berkemungkinan berdepan dengan krisis sampah tidak lama lagi.





Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyelewengan tender sampah di negeri Kedah dan Perlis.

Hasil tinjauan di kedua-dua buah negeri pada hari ini mendapati kebanyakkan kawasan memang berlaku masalah kutipan sampah sejak minggu lalu. Longgokan sampah yang tidak dikutip mula mengeluarkan bau busuk serta menjejaskan aktiviti orang-ramai.

Ada di sesetengah kawasan, air busuk sampah mula memasuki perkarangan rumah mereka dan keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan turun. Mereka juga melahirkan kebimbangan akan penularan penyakit jika masalah tidak diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kawasan-kawasan yang terjejas ini disebabkan kontraktor-kontraktor yang dilantik tiada pengalaman dan tidak mempunyai kelengkapan untuk membuat kutipan sampah dan pembersihan awam.

Lebih buruk, kontraktor ini dikatakan menerima tender secara tidak sah dan bersekongkol pula dengan pihak tertentu di dalam Environment Idaman bagi mendapatkan tender melalui pintu belakang.

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya. Selam...