Rabu, 10 Julai 2019

15 HINGGA 20 TAHUN LAGI UNTUK EKONOMI MALAYSIA MENJADI HARIMAU ASIA KATA TUN M #viralhancing

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tempoh 15 hingga 20 tahun diperlukan Malaysia untuk pulih daripada masalah pertumbuhan ekonomi dan kembali menjadi Harimau Asia.


Memetik wawancara khas bersama Bernama sempena hari ulang tahun ke-94, beliau berkata, proses pemulihan sedang berjalan dan sasaran bagi tiga tahun pertama adalah untuk mengurangkan masalah tersebut.

"Proses pemulihan telah bermula dan jangka masa tiga tahun bagi mengurangkan masalah ini. Itu hanyalah untuk mengurangkan kerana untuk pulih ia bukan perkara mudah.

"Untuk pulih kepada tahap menjadi Harimau Asia, ia mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 tahun dari sekarang," katanya hari ini.


Katanya, beliau tidak berpuas hati dengan prestasi semasa negara menjelang 2020 dan ia antara faktor mengapa kembali aktif dalam politik.

"Saya dapati mereka yang mengambil alih tugas mentadbir negara selepas saya tidak memberikan tumpuan kepada soal pertumbuhan ekonomi sebaliknya lebih kepada perkara tidak perlu.

"Mereka mengalihkan pandangan daripada pembangunan kepada perkara peribadi. Ia mengambil masa yang panjang untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banyak masalah berjaya dikurangkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara seperti soal kewangan kerana diurus dengan lebih cermat dan ia merupakan satu kejayaan.

"Tidak semua negara yang menghadapi masalah kewangan dapat mengatasinya. Kita tidak lagi tertekan sangat dengan masalah kewangan negara kita setelah ia diuruskan dengan lebih cermat.

Ditanya mengenai amanat yang pernah ditulis beliau dalam kapsul masa dan sekiranya diberikan peluang untuk menambahnya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu berfikir terlebih kerana tindakan berlandaskan emosi seringkali memberikan kesan tidak baik kepada diri sendiri mahupun negara.

"Sebab itu rakyat juga perlu fikir masalah yang dihadapi oleh negara. Malaysia kini lebih tenang, aman dan tidak tertekan sangat sehingga berlaku peperangan yang menekan kita," katanya.

"Kita dapati juga terlalu banyak masalah di hadapi di negara-negara Timur Tengah seperti perang saudara dan keganasan.

"Kalau kita nak ambil timur tengah, tidak ada banyak persamaan mereka dengan kita," katanya.

EXCO DAP PERAK DITAHAN POLIS UNTUK SIASATAN KES ROGOL AMAH #viralhancing

Nampaknya isu rogol ini sangat berat. Harap pihak polis siasat dengan telus.

Nafsu kuda juga exco DAP ni.

"Ipoh, 10 Julai: Polis telah menahan seorang anggota exco Perak yang disyaki merogol  pembantu rumahnya.

Beliau yang juga ADUN dari parti DAP itu ditahan semalam untuk membantu siasatan lanjut. "

Berita semalam.

IPOH 9 Julai : EXCO Perak, juga merupakan seorang ADUN DAP disiasat polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.


Harian Metro melaporkan perkara itu berkata mereka difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, lima daripada 10 anggota exco di Perak adalah terdiri daripada Adun DAP iaiatu Wong Mei Ing, A Sivanesan, Paul Yong, Howard Lee dan Abdul Aziz Bari.


Pada perkembangan yang sama. pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam satu kenyataan  berkata parti akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...