Jumaat, 26 Julai 2019

YANG KELUAR 18, YANG MASUK 10,000, ITU HEBATNYA PKR KETIKA INI #viralhancing

KUALA LUMPUR 26 Julai - Di sebalik 18 ahli PKR di Melaka yang keluar parti semalam, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa PKR menerima sehingga 10,000 permohonan keanggotaan baharu setiap minggu.

Gambar sumber MalaysianInsight

Jelasnya, sebagai setiausaha agung, beliau mengetahui statistik berkenaan lebih-lebih lagi permohonan untuk menjadi anggota PKR hanya menerusi dalam talian dan beliau membentangkan jumlah keanggotaan baharu kepada Biro Politik PKR setiap minggu.


“Setiap minggu saya akan membentangkan angka keanggotaan baharu yang masuk PKR, minggu-minggu itu berbeza tapi paling kurang seminggu adalah 5,000 orang, paling tinggi seminggu adalah 10,000 orang. Sebagai setiausaha agung parti, saya tahu statistik itu sebab permohonan menjadi anggota parti boleh dibuat melalui dalam talian.

“Setiap minggu pegawai saya akan beri data, kerja saya membentangkan kepada biro politik sebab mereka ada kuasa meluluskan atau menolak, jadi saya tahu setiap minggu paling kurang 5,000 orang dan paling tinggi 10,000 orang dan itu konsisten dan kekuatan PKR sekarang adalah 900,000 anggota,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian pasar raya AJ Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Saifuddin Nasution mengulas tindakan Naib Pengerusi PKR Cabang Masjid Tanah, Khairuddin Ibrahim bersama 20 ahli yang mengumumkan keluar daripada parti ekoran tidak berpuas hati dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPN) PKR negeri.

Meskipun telah memegang jawatan itu selama tiga penggal, Khairuddin dan 20 ahli itu tetap tidak berpuas hati serta mendakwa Pengerusi PKR negeri, Halim Bachik mengamalkan kepimpinan ala Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin Nasution berkata, hasil makluman yang diberikan oleh Halim, bilangan ahli yang keluar daripada PKR di Masjid Tanah adalah seramai 18 orang dengan 11 daripadanya hanya menjadi ahli parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu.

“Di Masjid Tanah ini, naib pengerusi kata dia keluar tapi jawapan yang diberi oleh Ketua Cabang Masjid Tanah itu kena tengok juga, dia kata 18 orang, 11 daripadanya itu masuk parti selepas menang pilihan raya, mereka itu yang keluar jadi tujuh daripadanya memang orang lama.

“11 orang itu baru masuk sahaja, bila masuk berhasrat untuk diberikan beberapa jawatan, jadi bila tak dapat maka pilih untuk keluar. Saya percaya ahli yang tebal idealismenya serta tinggi komitmen kepada parti tidak akan ambil langkah begitu,” katanya.-UTUSAN ONLINE

AZMIN DIKATAKAN MASUK GERAKAN, PKR KATA MUSTAHIL AKAN BERBUAT BEGITU, GERAKAN PULA MENGESAHKAN #viralhancing

SUNGAI PETANI 26 Julai - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengakui beberapa orang pemimpin PKR ada menyatakan hasrat untuk menyertai parti itu.


Dominic memberitahu, selain daripada pemimpin PKR, ada juga beberapa orang pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan hasrat yang sama.

Beliau walau bagaimanapun enggan menyatakan tarikh dan bagaimana hasrat itu dinyatakan sama ada menerusi panggilan telefon atau perjumpaan.


“Saya tidak pasti adakah mereka ini (pemimpin PKR) mewakili (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali atau sesiapa tetapi ingin melihat parti Gerakan menerima Azmin.

“Sebagai sebuah parti yang berbilang kaum, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja menyertai parti Gerakan untuk memajukan negara,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desas-desus yang tersebar sejak semalam, bahawa Azmin dijangka keluar daripada PKR dan menyertai parti Gerakan dalam masa terdekat ini.


Azmin dikatakan mengambil langkah itu berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video seks songsang yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

Mengulas lanjut Dominic berkata, beberapa orang pemimpin PKR tersebut menyatakan hasrat untuk menyertai parti Gerakan sebelum isu video seks songsang yang mengaitkan Azmin tersebar.

“Perkara ini (menyertai Gerakan) kemudian timbul semula kebelakangan ini (selepas pergeseran antara Azmin dan Anwar) dan jawapan saya tetap sama iaitu mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai ideologi parti Gerakan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menawarkan sebarang jawatan kepada pemimpin PKR, Dominic enggan mengulas lanjut.

Beliau juga enggan menyatakan sama ada parti Gerakan mahu menyokong PH atau kekal bebas seperti sekarang sekiranya menerima mana-mana pemimpin PKR. - UTUSAN ONLINE

CARI JALAN UNTUK KEMBALIKAN KEKUATAN ISLAM KATA TUN M #viralhancing

Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperlekehkan oleh sesiapa.

Tegasnya, paling penting adalah hasil dan bukan hanya pandai membuat kenyataan semata-mata.

“Negara-negara Islam mesti bersatu, bekerjasama rapat termasuk dari segi ketenteraan.

“Itu sebab mesyuarat tiga pihak (Malaysia, Turki dan Pakistan) bagi mencari jalan bekerjasama rapat,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Istana Presiden di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.

Khamis, 25 Julai 2019

PKR MAKIN BERGOLAK, ANWAR DAN AZMIN SEMAKIN BERANTAKAN, ADAKAH MB SELANGOR JUGA BAKAL DITUKAR? #viralhancing

MALAM Ahad lalu, bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7, Shah Alam, pada malam Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menuturkan: "Saya tidak kisah, saya tiada apa, kerana bagi saya, kesedaran saya cukup jelas,".


Kata-kata itu disampaikan dalam nada tegas. Ia dituturkan selepas beliau memberikan bayangan siapa dalang utama di sebalik video seks yang dikaitkan dengan Azmin dan ramai sudah boleh meneka dalang dimaksudkannya. Kata-kata itu memperlihatkan Amirudin bersedia dan tahu apa bakal menantinya.

Terbukti, beliau akhirnya dihadap ke Lembaga Disiplin PKR kerana hal itu. Satu peluang yang ditunggu oleh musuh politiknya dalam PKR. Selain Amirudin, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Khalid Jaafar juga berdepan tindakan sama.


Persoalannya kini beranikah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lembaga Disiplin menghukum Amirudin? Lebih-lebih lagi, sejak dari awal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu bukan pilihannya untuk jawatan Menteri Besar. Anwar mahukan Dr. Idris Ahmad (ADUN Ijok) tetapi istana memilih Amirudin selepas diyakinkan Azmin.

Setakat ini belum jelas bentuk tindakan atau hukuman yang bakal diambil ke atas Amirudin tetapi di Selangor, sudah ada cakap-cakap 'orang Anwar' sedang membuat kira-kira. Berapa ADUN yang masih bersama Amirudin dan Azmin serta berapa pula berpihak kepada Anwar jika ada usaha menukarkan Menteri Besar baharu.


Difahamkan, di atas kertas jumlah ADUN PKR Selangor yang berpihak kepada Amirudin dan bakal Menteri Besar baharu jika benar gerakan itu wujud adalah seimbang, tetapi sokongan ADUN DAP, Amanah dan Bersatu bakal menjadi penentu. Di pihak Dr. Idris pula, keinginannya untuk menjadi Menteri Besar tidak padam - tiada kenyataan mengata dia tidak mahu.

Kini bola dikaki Anwar, apakah selepas kekecohan beliau dengan Azmin terkait dalam isu video seks, Presiden PKR yang cukup yakin beliau akan muncul selaku Perdana Menteri kelapan itu mahu kerusi Menteri Besar Selangor pula bergolak? Pilihan di tangan beliau tetapi di Selangor, restu Sultan sangat penting dan berpengaruh.


Di pihak Amirudin pula, situasinya getir. Memilih untuk menyokong Azmin dan menyerang kem lawan menyebabkan beliau tidak punyai banyak pilihan. Namun, selagi Azmin kekal dalam Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anwar pula sekadar 'di luar padang', Amirudin dijangka kekal bertahan, melainkan senario sebaliknya berlaku.

Apa pun, sejarah politik Selangor sudah berulang kali membuktikan, kerusi Menteri Besar bagaikan ada badi, kedudukan penyandangnya sentiasa dihempas gelombang politik hingga menyaksikan ramai yang terpelanting sebelum ini dan dalam sejarah PKR sendiri, Anwar sudah melakukannya kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 24 Julai 2019

TUN M ANTARA PEMIMPIN PALING DISANJUNGI DAN DIKAGUMI RAMAI MENURUT KAJIAN #viralhancing

SINGAPURA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengungguli senarai lelaki Malaysia paling dikagumi, demikian menurut kajian tahunan YouGov yang dinanti-nantikan masyarakat.


Keputusan itu yang berdasarkan kepada kajian ke atas 1,075 rakyat Malaysia oleh sebuah firma pasaran, juga melihat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia, terpaksa mengalah kepada Perdana Menteri berusia 94 tahun itu, untuk menduduki tempat kedua.

Satu lagi nama rakyat Malaysia yang dikagumi dalam senarai sepuluh teratas itu ialah Datuk Lee Chong Wei yang baru-baru ini bersara daripada bermain badminton Olimpik dengan menduduki tempat keenam.

Usahawan teknologi juga antara yang turut disenaraikan. Antara mereka ialah pengasas Microsoft dan dermawan, Bill Gates, menduduki tempat keempat; pengasas Alibaba, Jack Ma, di tempat kelima; dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, menduduki tempat kesembilan. - BERNAMA

UMMI HAFILDA KATA AZMIN MEMANG PENGAMAL SEMBURIT SEJAK USIA 24 TAHUN #viralhancing

UMMI Hafilda Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan perihal abang kandungnya yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.


Ummi memuat naik satu hantaran di laman Facebook beliau ‘Ummi Hafilda Ali’ perihal peribadi Azmin yang menjengkelkannya.
Menurut Ummi, Azmin telah menjadi songsang dan ‘menggemari lelaki’ sejak Timbalan Presiden PKR itu berusia 24 tahun.

Ketika itu, Azmin menjalinkan hubungan dengan majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Malaysia negara Islam. Sensitiviti orang Melayu dan orang islam yang beriman kau kena peka bukan pekak,”

“Kau dah gay seawal umur 24 tahun dengan Nuar Aljuburin (Anwar Ibrahim),” tulis Ummi.
Ummi meminta Azmin supaya berhenti berlakon seolah-olah beliau tidak bersalah kerana sangat mengenali abangnya yang seorang homoseksual.
“Kalau (arwah) P Ramlee (masih) hidup, dia akan meraung dan menangis kerana Azmin boleh berlakon lebih baik dari dia,” tambah Ummi.

Beliau juga meminta Azmin untuk membuat sumpah laknat dan tidak berselindung disebalik Tun Mahathir Mohamad untuk menutup salah lakunya yang didakwa telah tular hingga ke laman pornografi dunia.

Hantaran tersebut mendapat 276 perkongsian, 602 komen dan 1300 tanda suka sehingga artikel ini dinaikkan apabila majoriti warganet menyokong dakwaan Ummi terhadap Azmin.
Azmin terpalit isu video songsang apabila bekas Ketua PKR Santubong mendakwa dia melakukan hubungan sejenis itu dengan Ahli Parlimen Gombak tersebut.

Azmin sehingga hari ini menafikan terlibat dalam video semburit itu  walaupun video tersebut disahkan tulen oleh pihak berkuasa. – NTHQiBORD, 24 Julai 2019

Sumber klik

Selasa, 23 Julai 2019

KERJA JAHAT UNTUK JATUHKAN AZMIN, SAYA TIDAK SANGGUP DIPERALATKAN GOLONGAN INI KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR 23 Julai - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak sanggup diperalatkan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan penularan video intim yang dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.


Dr. Mahathir berkata, beliau percaya video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin itu dibuat dan ditular untuk tujuan politik khususnya menghalang kejayaan politik beliau.


“Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar. Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa. Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini.

“Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

“Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip,” katanya menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc.

Tambah Dr. Mahathir, masalah itu akan ditangani sebagai masalah politik.

“Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik,” katanya. - UTUSAN ONLINE

USAH BERMIMPI NAK TAWAN NEGERI SEMBILAN KERANA PH TERLALU KUAT DISINI KATA MB KEPADA PAS #viralhancing

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan PAS negeri yang meramalkan kerjasama parti itu dan Umno mampu memenangi 20 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang sebagai ‘pak nujum’.

“Ahli politik biasa meramal dan menjadi ‘pak nujum’ sejak dari dahulu lagi… sama juga masa kita jadi pembangkang, kita meramal… jadi tiada masalah untuk sesiapa meramalkan.

“Kita dalam politik ramai ‘pak nujum’ untuk memberi data-data dan angka untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan, semalam.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri Rafiei Mustapha pada Sabtu lepas yang dipetik sebagai berkata beliau percaya kerjasama parti itu dengan Umno mampu memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri dalam PRU15.

Rafiei berkata jangkaan tersebut adalah berdasarkan data dan jumlah pengundi kedua-dua parti di kawasan DUN berkenaan dalam PRU14 dan daripada 20 kerusi yang disasarkan, 1 daripadanya adalah DUN Sikamat yang kini disandang Aminuddin.

Gambar sumber FMT

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata adalah terlalu awal untuk membuat telahan sedemikian.

“Kita bekerja dan lawan dalam demokrasi tiada masalah… biar rakyat yang menentukan dan yang penting bagi kita dalam tempoh 3 tahun lebih sedikit ini untuk kita bekerja keras kepada rakyat dan selepas itu kita serah kepada rakyat menentukan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Aminuddin dalam ucapannya mengingatkan hadirin anugerah atau nilai ganjaran yang diperoleh bukanlah perkara yang perlu dipentingkan sebaliknya ilmu yang diperoleh yang seharusnya dimanfaatkan sebaiknya kepada masyarakat.

Sambil menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian semua siswazah itu, beliau turut mengajak semua penerima anugerah itu untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan Negeri Sembilan.

Pada majlis tersebut seramai 155 siswazah kelahiran Negeri Sembilan yang mendapat ijazah kelas pertama dalam pengajian mereka tahun lepas, menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama daripada kerajaan negeri.

Setiap mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sumbangan Yayasan Negeri Sembilan, yang disampaikan oleh Aminuddin.

VIDEO SEMBURIT - TIADA PEMIMPIN BESAR POLITIK AKAN DIPANGGIL UNTUK SIASATAN #viralhancing

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menafikan orang besar politik akan dipanggil untuk membantu siasatan video seks sejenis menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali yang masih berterusan.

Gambar sumber FMT

Ditanya jika ada pemimpin PKR, termasuk Presidennya, Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk soal siasat, Hamid berkata: “Saya tak cakap begitu.”

Bercakap di luar satu persidangan di Bank Negara hari ini, katanya, sebaik saja siasatan selesai, laporan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Semalam, seorang pemimpin PKR memberitahu FMT yang polis mungkin memanggil seorang pemimpin, sebelum menyoal siasat orang besar politik itu dan menutup siasatan mereka.

FMT

Isnin, 22 Julai 2019

KERAJAAN BAHARU BAKAL RUNTUH BILA-BILA MASA MENURUT TZU WONG?


🇲🇾 LATEST UPDATE 🇲🇾

Kerajaan Malaysia Baru Bakal Tumbang Bila-Bila Masa :-

The current MP seat formation is roughly as follows;

Governing coalition :-

PKR - 49 
DAP - 42
PPBM - 23
PAN - 11
Warisan - 10
Ind - 3

Total : 138

Oppositions  :-

UMNO - 43
PAS - 18
Gabungan Sabah - 3
Gabungan Sarawak - 18
MIC - 1
MCA - 1

Total : 84

If PKR split into 36-13 (according to the recent declaration), and Anwar takes the 36 MP out of the coalition, PH government will immediately collapsed leaving only 2 options for TDM. Either he quietly and obediently step down and hand over the PM post to Anwar or he can advise Agong to dissolve the Parliament and go for snap election.

If a snap election is not possible (either Agong refuses or PH internal pressure forces TDM to give up) and a showdown is imminent, then Anwar will need to force all PH's MP, particularly the Diam Diam gang to see if they will continue to support him in Parliament as the next PM. If this is the scenario then the vote will likely go like this.

Anwar/PKR 36, DAP 42, UMNO 15, Amanah and Warisan maybe about 5, that's about it, total 98 MPs the most. Can't form government.

However, if Anwar only want to go for the kill to get rid of PPBM and Azmin and support PAS or UMNO to form the next government the vote will likely be the following.

Anwar/PKR 36, PAS 18, UMNO 30, MCA 1, MIC 1, GSabah 2, GSarawak 18, PPBM maybe 2, total 108. Still short of 4 votes but this is the best alternative for Anwar to take his revenge.

However, if Agong is to consent to a snap election, UMNO and PAS could retake about 100 seats in West Malaysia alone. And Gabungan Sarawak will capture at least 15 seats, that will be the end of PH.

The sad thing of what it is happening now is the economy will continue to be in turmoil until Malay unity takes root and form a solid government like the previous BN government.

Tzu Wong

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya. Selam...