Rabu, 31 Julai 2019

PM KE-8 BUKAN ANWAR ATAU AZMIN, MUNGKIN ORANG LAIN KATA MENTERI BERSATU #viralhancing

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tanpa kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih terus bertelingkah, maka sewajarnya Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi ruang untuk terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri sehingga beliau benar-benar yakin Pelan Kemakmuran Bersama dapat dilaksana dan dicapai.


Terpanggil membangkitkan isu itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menegaskan, ekoran kemelut kepemimpinan PKR membabitkan presiden dan timbalan presiden parti itu, ia membolehkan Dr. Mahathir mengenal pasti bakal penggantinya yang lain yang boleh melaksanakan agenda kemakmuran berkenaan.

“Untuk melaksanakan Pelan Kemakmuran ini bersama Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, adalah penting untuk Anwar dan Azmin meredakan perselisihan mereka.

“Azmin kena fokus pada kerjanya selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk melancarkan pembangunan ekonomi negara.
“Buat Anwar pula, saya sarankan tidak perlulah (beliau) nak adakan satu gerakan untuk perkasakan sokongan kerana hakikatnya Tun (Dr. Mahathir) akan serahkan jawatan kepada beliau seperti yang dijanjikan.

“Walau bagaimanapun, dengan pertelingkahan berterusan antara kedua-duanya (Anwar dan Azmin) yang saya anggap perselisihan dalam keluarga namun jika masih tidak boleh selesai, maka sokongan penuh harus diberikan kepada Tun untuk terus menerajui kerajaan sehingga tamat penggal (lima tahun).

“Ataupun mengenal pasti pemimpin lain seperti Tan Sri Muhyiddin (Yassin) yang banyak pengalaman dalam mentadbir urus negara. Saya kena bercakap hal ini kerana ketidaktentuan politik ini (dalam PKR) juga menyebabkan pelabur tidak yakin kepada Malaysia dan mungkin bersikap `tunggu dan lihat’,” kata Menteri Pembangunan Usahawan itu kepada Utusan Malaysia hari ini.

Konflik antara Anwar dan Mohamed Azmin kian parah dan diibarat retak menanti belah ekoran kenyataan terbaharu Timbalan Presiden PKR itu yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga akhir penggal, sekali gus bercanggah dengan perjanjian tempoh dua tahun peralihan kuasa dari Dr. Mahathir kepada Anwar.
Pelan Kemakmuran Bersama merupakan dasar teras kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan menjadi agenda bumiputera berteraskan konsep kemakmuran secara saksama.

Agenda itu akan menumpukan kepada usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu dan bumiputera.

Pelan tersebut akan dirangka dengan penglibatan semua pihak membabitkan badan ekonomi Melayu, dewan perniagaan semua kaum, pemain industri, ahli korporat, pakar ekonomi, badan profesional, badan bukan kerajaan dan parti komponen dalam PH.

DKN 2030 yang baru dilancarkan awal bulan ini pula bermatlamat untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah B40 dengan menanamkan budaya keusahawanan.

Dasar tersebut yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian Mohd. Redzuan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu juta pekerjaan. - UTUSAN ONLINE

KETUA SRIKANDI PPBM NEGERI PANTAI TIMUR BUAT AKSI YANG CUKUP MENGEJUTKAN, BUAT RAMAI TERLOPONG #viralhancing

Penulis agak terkejut juga, namun apa boleh buat, aset kepunyaan srikandi PPBM ni boleh jatuh gigi palsu juga melihatnya.


Tahniah mempunyai aset yang cukup lain macam.

Untuk melariskan produk, maka teknik dan tektik macamni sudah biasa dilihat.

'Bottle Cap Challenge' namanya. Jadi menggunakan B***s supaya lebih view dan lebih popular.


Macam-macam cara melariskan jualan produk kecantikan. Saksikan video aksi Ketua Srikandi Bersatu satu Bahagian Negeri Kelantan menunjukkan betapa padunya 'teteknya' dalam ‘bottle cap challenge’

Hari ini tular video seorang Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu melakukan ‘bottle cap challenge’ menggunakan payudaranya.

Cikra atau Azira Maria Aziz yang juga ahli perniagaan kecantikan menggunakan laman youtube dan instagram menunjukkan kehebatan aksi tetek ‘bottle cap challenge’ itu.


Sumber Sabahkini


Selasa, 30 Julai 2019

JANGAN LACURKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KATA MP PASIR GUDANG KEPADA KERAJAAN MALAYSIA #viralhancing

SETAHUN yang lalu pada 16 Julai 2018 ketika mengangkat sumpah sebagai seorang ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Malaysia, sebaik sahaja selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu undang-undang utama negara ini yang asas pentingnya ialah bahawa sesungguhnya negara ini hendaklah bergerak atas landasan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Sumber Gambar MalaysianInsight

Justeru itu saya menuntut Perdana Malaysia sekarang Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menjalankan tugasnya yang diamanahkan oleh rakyat berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.


Sebagai seorang Ahli Parlimen saya juga menuntut Peguam Negara, Tommy Thomas yang berperanan juga sebagai pendakwa raya supaya menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan adil dan saksama, tanpa takut dan pilih kasih untuk melakukan pendakwaan bagi setiap kesalahan jenayah berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dan sebagai seorang pengamal undang-undang selaku peguam bela dan peguam cara, saya juga menuntut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador supaya menjalankan tugas kepolisannya secara profesional berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa memilih bulu.

Sehari sebelum hari raya Aidilfitri yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan isu video seks semburit yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan dalam Kabinet. Beberapa tangkapan untuk tujuan siasatan di bawah Kanun Acara Jenayah telah dilakukan oleh pihak Polis.

Dari segi fakta yang ada setakat ini di hadapan mata rakyat Malaysia dan dunia, bahawa sesungguhnya ada seorang saksi yang material dan teramat penting yang telah mengaku tanpa paksa dan membuat pengakuan secara sukarela bahawa dialah yang menjadi salah seorang pelaku dalam kes hubungan seks yang di dalam statut Kanun Keseksaan Malaysia adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan sebat.

Masa telah lebih dari cukup untuk pihak polis menyelesaikan kertas siasatannya dan menyerahkan kepada pendakwa raya untuk memulakan tindakan pendakwaan. Tidak perlu seseorang untuk menjadi peguam atau pakar undang-undang terlebih dahulu untuk memahami bahawa bola sekarang berada di gelanggang Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara merangkap pendakwa raya. Kedua-dua ketua agensi kerajaan tersebut yang diamanahkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi pihak rakyat dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugasnya di bawah undang-undang bagi pelaksanaan sistem keadilan di Malaysia menurut asas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Jika pihak Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta pendakwa raya gagal dalam menjalankan tugasnya berhubung isu video seks semburit itu maka mereka berdua telah melakukan satu kesalahan besar di bawah undang-undang.

Dalam hal ini, akhir sekali saya menuntut Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Gabungan Pakatan Harapan di mana saya salah seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang telah berjaya bersama-sama membentuk kerajaan baharu PH dengan janji kepada rakyat untuk mengembalikan the rule of law atau kedaulatan undang-undang di Malaysia ini supaya tanpa bertangguh-tangguh melaksanakan proses keadilan seperti yang telah dijanjikan itu dengan jujur dan adil, tanpa sebarang campur tangan dan gangguan terhadap proses pentadbiran sistem keadilan dan undang-undang di negara ini bersabit episod video seks semburit yang telah memalukan lebih 32 juta rakyat Malaysia di mata masyarakat dunia.

Kesimpulannya, masa telah sampai untuk Perdana Menteri, Peguam Negara, Pendakwa Raya dan Ketua Polis Negara membuktikan kepada kami semua rakyat Malaysia dan dunia antarabangsa bahawa sesungguhnya anda semua telah menjalankan tugas dan amanah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana berani menegakkan kedaulatan undang-undang.

Penulis ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia

Isnin, 29 Julai 2019

TIADA PEMIMPIN PH YANG MAMPU MENGGANTIKAN TUN M SEBAGAI PERDANA MENTERI #viralhancing

KUALA LUMPUR 29 Julai - Tiada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang layak untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


Jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, PH juga tidak mempunyai pengganti untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.


“Kita faham asasnya, Dr. Mahathir perlu dikekalkan demi kestabilan negara dan kita bimbang pertukaran Perdana Menteri akan mengancam kestabilan ekonomi.

“Mungkin kerana dilihat tidak ada satu pengganti yang boleh membawa negara kepada keadaan yang lebih baik, maka kita nampak ada meritnya apa yang disebutkan oleh Presiden Pas,” katanya memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

Menurut Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, UMNO mendukung sepenuhnya pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan kedua-dua parti pembangkang itu mengekalkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal. - UTUSAN ONLINE

ADA ORANG MAHATHIR BERJUMPA SENYAP-SENYAP DENGAN ZAHID HAMIDI, SIAPA DIA AGAKNYA? #viralhancing

KUALA LUMPUR 28 Julai - Jika benar dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada 'orang' Tun Dr. Mahathir mengunjunginya, persoalan yang timbul ialah siapakah orang berkenaan dan kenapa kunjungan itu dilakukan.

Adakah itu kunjungan persahabatan atau kunjungan untuk mencari satu ikatan ekoran suasana politik tempatan sekarang melihat pelbagai pihak cuba mencari tempat berpaut untuk mengukuhkan kedudukana masing-masing.


Semalam, Ahmad Zahid mendakwa dirinya dikunjungi 'orang' Dr. Mahathir namun Presiden UMNO itu tidak menjelaskan secara lebih lanjut adakah kunjungan itu disertai dengan jemputan untuk menyerti pakatan kerajaan.

Apa yang dinyatakan oleh beliau ialah orang berkenaan ajak berbincang dan Ahmad Zahid hanya menyatakan UMNO meletakkan tiga syarat sekiranya mahu parti itu ikut menyertai gabungan yang diterajui pengerusi Bersatu.

“Ingin saya maklumkan hari ini bahawa saya telah didatangi ‘orang Tun’ (Mahathir) supaya kita (UMNO dan Bersatu) duduk berbincang (bekerjasama) baru-baru ini.

“Maka saya sebutkan pendirian dengan jelas bahawa UMNO sama sekali tidak mahu DAP menjadi rakan kongsi (bekerjasama); kedua, membawa Pas bersama-sama (kerjasama politik) dan ketiga, tidak membubarkan UMNO,” katanya dalam ucapan semasa menghadiri program sarapan bersama barisan kepimpinan UMNO bahagian Alor Setar di Dewan RC di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pendirian sama juga dilontarkan jika parti-parti lain termasuk PKR ingin menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Katanya, pendirian UMNO tersebut adalah amanah yang perlu dipertahankan beliau sebagai Presiden parti dan kehendak akar umbi ahli-ahli.

Tambah beliau, kuasa majoriti orang Melayu sekiranya bergabung melalui penyatuan ummah telah ‘menggerunkan’ Pakatan Harapan (PH) termasuk apabila Dewan Negara meluluskan untuk membenarkan umur 18 tahun mengundi semasa pilihan raya.

“Sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan apabila dicampur dengan usia 18 tahun (dibenarkan mengundi) ia menjadi 68 peratus pengundi kaum itu. Jika termasuk Bumiputera, ia menjadi 72 peratus,” katanya.

Kelmarin, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Negara dengan majoriti dua per tiga.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik. - UTUSAN ONLINE

TANGGUH JAWI SEHINGGA PERBINCANGAN LANJUT KATA 30 NGO

Kita lihat betapa bersungguhnya puak ini dalam melancarkan anti terhadap Tulisan Jawi/Khat, malah puak-puak ini sangat over dalam meluahkan ...