Sabtu, 24 Ogos 2019

NASIHAT LELAKI CINA INI KEPADA RAKAN CINA YANG LAIN CUKUP MAKAN DALAM

DSGW Goh – Kepada Orang2 Cina Di Luar Sana, Dengarlah Apa Yang Saya Cakap…

Alhamdulillah, ternyata posting sebegini sungguh menggembirakan di saat-saat berbagai polemik yang menyakitkan hati orang-orang Melayu. Sesungguhnya Malaysia akan lebih SEJAHTERA jika setiap warga negara menghormati peruntukkan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.


Mari sebarkan KEBAIKAN yang membawa kesan positif ini…

DSGW Goh menulis...

Kepada orang2 Cina di luar sana,  Dengarlah apa saya nak cakap pada kau orang…

Saya orang baba & nyonya, keturunan dari china. Generasi ke 4 yang duduk di Malaysia. Kita semua datang dari China and menumpang di Malaysia Tanah Melayu. Saya membesar di KERAMAT di mana 99% semua orang Melayu. Sahabat saya semua orang Melayu.

So cukup-cukuplah nak minta hak sama rata seperti orang bumiputera. Mereka (orang Melayu) pasti [email protected] kerana perlu berkongsi hak mereka (Melayu). Tuan rumah perlu berkongsi bilik master bed room dengan tetamu. Tak logik la.

Agama Islam agama rasmi negara Malaysia tercinta. Kita kena terima semua ini, kenapa perlu pertikaikan ini? Belajar tulisan jawi tak salah pun. Mereka (Melayu) pun ada hantar anak belajar bahasa cina (di sekolah SJKC Cina}. So, kenapa nak kecoh?

And jangan pertikaikan kuasa Sultan and kuasa Agong sebagai ketua negara. Sangat B1ADAP  untuk pertikaikan hak2 and kuasa Sultan sama Agong.  Malaysia hidup aman damai selama ini janganlah timbulkan api kepada semua kaum.

Tak perlu bagitau semua orang china power china power china power. Its china la bro not Cina Mmalaysia.
Cipta keindahan kenangan kasih sayang sesama kita di malaysia better then talk about others country.
Ini mesej saya kepada Cina yang tak sedar diri.

KEPECAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

SELAMAT HARI MERDEKA

Sumber; Dgsw Goh

Kredit; Rashidi Razak

Jumaat, 23 Ogos 2019

ROGOL AMAH : PAUL YONG TIDAK MENGAKU BERSALAH

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia pada bulan lalu.

Gambar sumber Google

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, Choo Kiong didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam 7 Julai lalu di sebuah bilik di tingkat atas kediamannya di Jalan Desa Meru 2, Taman Desa Meru, dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

Pendakwaan dijalankan Pengarah Pendakwaan Perak, Azhar Mokhtar, di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Azhar turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.

Tertuduh diwakili barisan peguam, Leong Cheok Keng, RSN Rayer, Ram Karpal Singh dan Farhan Sapian.

Khamis, 22 Ogos 2019

POS MALAYSIA MENGESAHKAN, KERIS ADALAH BARANG LARANGAN PENGEPOSAN!! #viralhancing

Adakah ahli DAP Balakong patut PDRM siasat kerana membuat kenyataan palsu dan menjelekkan kononnya nak mengaitkan ugutan kepadanya iaitu mendapat sebilah keris dan ancaman ayat amaran terhadap keluarganya?


Kita kaji sebentar logik akal dalam propaganda yang kantoi ini.

Mungkin inginkan publisiti, ingin kaitkan orang Melayu itu sebagai ekstrimis hingga sanggup mengepos sebilah keris terhadap ahli DAP ini.

Akhirnya gagal dan kantoi teruk, rakyat Malaysia bukan bodoh macam Mahacai.

Malah persoalan itu nampak sudah dibongkarkan.

Kita baca yang ni dulu.

‘JANGAN kacau Jawi, sayang lu punya anak bini’. Itu kandungan surat diterima salah seorang ahli DAP Balakong, Lee Khai Ming, jam 11 pagi tadi.

Surat dengan tulisan merah turut memaparkan gambar isteri dan anak ahli DAP disyaki dihantar individu yang marah dengan tentangan dilakukan Lee.

Ia dipercayai berhubung isu pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki berkata, terdapat sebilah keris disertakan bersama surat termasuk logo sekolah anak perempuan Lee.

Anda faham bukan apa niat mereka ini?

Apa pula jawapan POS Malaysia berkenaan barang terlarang yang tidak dibenarkan. Jeng Jeng. Kantoi teruk beb. Celaka punya DAP.

Jawapan POS Malaysia.





Rabu, 21 Ogos 2019

SELEPAS JAWI/KHAT, UEC BAKAL MENJADI EPISOD PANAS DAN BAKAL MELETUP!!

ISU UEC PULA TUNGGU MASA UNTUK MELETUP?

Dr Maszlee

Ini adalah timeline UEC:

(1) Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2018 telah memutuskan untuk Kementerian Pendidikan menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneliti isu berkaitan UEC.

(2) Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Pasukan Petugas Dasar UEC pada 28 September 2018.

(3) Kementerian Pendidikan telah melantik 3 ahli Pasukan Petugas Dasar UEC pada 29 Oktober 2018 yang terdiri daripada Eddin Khoo Bu Eng (Penulis, Wartawan dan Pengasas PUSAKA), Mohamad Raimi Ab Rahim (Peguam dan Presiden ABIM) dan Datuk Tan Yew Sing (Timbalan Presiden Dong Zong dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China).

(4) Tugas Pasukan Petugas Dasar UEC ini adalah untuk menyediakan dan mengemukakan pelaporan kajian yang mengandungi syor-syor hala tuju dasar berhubung UEC kepada KPM dalam tempoh 3 hingga 6 bulan daripada tarikh lantikan.

Mengikut timeline UEC ini, tempoh penyediaan dan pengemukaan laporan kajian yang mengambil masa maksima 6 bulan telah agak lama berakhir.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sendiri telah beberapa kali memaklumkan bahawa laporan akhir berkaitan isu UEC ini akan dikeluarkan pada Julai 2019.

Julai 2019 sudah hampir sebulan berlalu dan sekarang ini kita sudah hampir memasuki September 2019, tetapi belum ada sebarang pengumuman mengenainya dibuat.

Bagaimanapun, melihat lantikan Timbalan Presiden Dong Zong yang disifatkan “rasis” sebagai ahlinya, agak jelas hala tuju laporan akhir Pasukan Petugas Dasar UEC ini.

Tunggu masa untuk meletup sahaja nampaknya isu UEC ini.

FB Kamarul Yusoff

Sumber

https://www.sinarharian.com.my/article/19352/BERITA/Nasional/Kajian-menyeluruh-pengiktirafan-UEC-Julai-ini

Selasa, 20 Ogos 2019

PEMIMPIN DAP MAHU IKTIRAF KOMUNIS?

IPOH 19 Ogos - Pas Perak hari ini melahirkan kekhuatiran dengan isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan komunis susulan ciapan seorang pemimpin DAP di Twitter apabila mendakwa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua.

Nga Kor Ming

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, ciapan berkenaan memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan negara ketika itu ialah tentera dari negara-negara Komanwel manakala tentera tempatan pula kesemuanya berketurunan Melayu dari negeri-negeri Melayu bersekutu.

Menurut Razman, terdapat juga pihak lain iaitu Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga dari Pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menentang atas dasar kebencian berhubung kait dengan perang China-Jepun.

Namun katanya, MPAJA yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan pihak Jepun, telah menimbulkan huru-hara, keganasan serta pembunuhan.

"Oleh itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbaur rasis dan mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan.

"Sebarang tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkenaan sebagai mempertahankan negara, tidak dapat diterima sama sekali apatah lagi cuba memberi penghargaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Biarpun kenyataan itu tidak menamakan siapakah pemimpin DAP tersebut yang juga didakwa sebagai Ahli Parlimen dari Perak, namun ia dipercayai merujuk kepada Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Razman Zakaria

Pada 16 Ogos lalu, Kor Ming dalam ciapan Twitter miliknya menulis 'Mendiang datuk saya & Timb Menteri YB @hannahyeoh adalah bekas perajurit yg mempertahankan negara semasa perang dunia II. Bila Jepun menjajahi tanahair kita, mereka yg berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira & wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan.'

Dalam pada itu, Razman berkata, gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma mempertahankan kedaulatan negara termasuk penghargaan yang diberi adalah hak eksklusif dan nilai yang tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM.

Beliau berkata, MPAJA atau Bintang Tiga yang terdiri daripada ahli-ahli PKM ini telah meletuskan pertempuran perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu sehingga merenggangkan hubungan.

"Adakah kini pemimpin DAP tersebut cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang mempertahankan negara?

"Adakah ini episod lanjutan provokasi awal memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai 'hanya tahu makan dan tidur sahaja' oleh taikun proPakatan Harapan, Koon Yew Yin sehingga martabat perajurit sebenar direndahkan dan mahu diletakkan mereka di ladang Felcra bagi menggantikan warga asing?" soalnya. - UTUSAN ONLINE

KOMUNIS TERLALU KEJAM, BUNUH IBU, AHLI KELUARGA DEPAN MATA

MELAKA - Sebut sahaja tentang komunis, jelas terbayang di fikiran seorang warga emas kisah kekejaman, kezaliman, penderitaan dan kesedihan.

Apa tidaknya, bagi Tik Sulong, 89, dia sendiri menyaksikan bagaimana ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.

Tik (duduk, tiga dari kiri) bersama suami dan adik beradik yang lain.

Tik yang juga adik kepada pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Jamil Sulong berkata, peristiwa itu menjadi igauan ngeri sepanjang kehidupannya.

"Ketika tanah air diancam komunis, mereka bertindak merampas senjata di rumah-rumah pasung (balai polis) manakala anggota polis dibunuh.

"Selain rumah pasung dibakar, rumah ketua-ketua kampung atau naib ketua kampung pula menjadi sasaran mereka," katanya.

Menurutnya, kejadian menyayat hati itu berlaku pada hari Sabtu, 10 Jun 1945 jam 6 pagi di Kampung Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

"Ayah saya, Sulong Mohammad merupakan ketua kampung dan antara individu bertanggungjawab membuka kawasan Parit Sulong, sekitar tahun 1940-an.

"Masa tragedi berlaku ayah tiada di rumah sebab ke kebun, dia nak pantau kerja-kerja menuai padi yang dilakukan pekerja-pekerja upahan," katanya.

Tik Sulong, 89

Tik berkata, pada pagi hari kejadian dia dan adik beradiknya membantu ibu mereka menyediakan pisang goreng untuk sarapan.

"Ibu sempat tanak nasi untuk kakak yang baru bersalin enam belas hari. Rumah kami dua tingkat, tiga pintu. Kami tidur di bawah.

"Secara tiba-tiba kakak di dalam pantang terdengar ketuk-ketuk dibunyikan bertalu-talu diikuti dengan bunyi tembakan senapang berbalas-balas dan juga suara jeritan orang memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang," katanya.

Menurut Tik yang ketika itu baharu berusia 15 tahun, dia berlari menarik tangan ibu serta adik yang masih kecil berumur dua tahun dan seorang lagi tiga tahun setengah keluar menerusi pintu belakang rumah.

Gambaran kekejaman komunis di dalam buku yang ditulis Datuk Jamil Sulong.

Sementara kakaknya yang dalam pantang mendukung anak kecilnya dengan sebelah tangan sama-sama memimpin adik yang berumur tiga tahun setengah.

"Saya jerit panggil kakak bersama empat anaknya serta suami kakak yang tidur di tingkat dua memberitahu supaya cepat lari, komunis datang serang dan saya lihat kakak yang dalam pantang berlari.

"Malang nasib kami, apabila sebaik terjun menyelamatkan diri ke dalam kolam ikan berhampiran rumah, komunis pun sampai lalu menikam ibu dengan lembing.

"Ibu yang ketika itu mendukung adik lelaki menjerit kesakitan. Saya pula benamkan muka ke dalam air separas dada dan menyorok di sebalik tumbuhan daun keladi yang memenuhi kolam ikan.

"Masih saya ingat apabila ibu sempat merayu kepada komunis, dengan menyebut 'tauke' jangan dibunuh anak saya, tapi tanpa belas kasihan komunis menikam bertalu-talu hingga ibu dan adik tidak bernyawa," katanya yang menceritakan selepas itu air kolam tiba-tiba bertukar merah disebabkan darah ibu dan adik.

Tik berkata, dalam masa sama, kakaknya sempat melarikan diri namun anak yang didukungnya berusia tiga tahun terlepas kerana kain dukungan terlucut dan ditikam bertalu-talu oleh komunis.

Sementara suami bersama anak perempuannya yang berumur lapan bulan turut mati ditikam di tingkat atas rumah kerana tidak sempat lari sebelum bertindak membakar rumah berkenaan

"Tidak dapat saya lupakan bagaimana anak saudara menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis.

"Selepas komunis berlalu pergi, tentera Jepun bersama orang-orang kampung datang mencari dan memanggil nama ahli keluarga masing-masing dan ayah saya bagaikan orang gila hendak terjun dalam api yang sedang marak menyala kerana menyangkakan kami semua berada di dalam rumah ketika api sedang marak.



"Lima orang ahli keluarga kami terbunuh dalam tragedi itu, manakala lima orang lagi dari kalangan penduduk kampung yang lain. Jenazah abang ipar yang mati terbakar hanya tinggal sehasta. Suasana pengebumian kelima-lima jenazah ahli keluarga kami amat memilukan," katanya.

"Saya mendirikan rumah tangga dengan suami, Abdul Jalil Hashim, anak seorang guru yang juga Sidang di Sungai Udang dan kemudiannya dikurniakan lapan orang anak.

"Suami saya memandu teksi di Singapura. Pada tahun 1954 saya berpindah ke Singapura mengikut suami dan tinggal menumpang dengan abang saya yang menetap di Jalan Ampas. Seminggu selepas perintah berkurung di Singapura kerana tragedi Natrah diambil bapanya untuk dibawa pulang ke Belanda, kami kemudiannya berpindah semula ke Melaka," katanya.

Tik aktif berpolitik dan ketika penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, beliau turut menyertainya selain banyak terlibat di dalam persatuan-persatuan termasuk pernah dilantik menjadi Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Sungai Udang.

Malah beliau pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai Udang selama 32 tahun.

SUMBER SINARHARIAN

Isnin, 19 Ogos 2019

DAP BUKAN ABANG BESAR DALAM PH KATA GUAN ENG

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan parti itu adalah “kingmaker” seperti yang didakwa bekas perdana menteri Najib Razak.

Lim berkata dakwaan itu jelas terbukti apabila DAP gagal meyakinkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya menutup kilang pemprosesan nadir bumi itu di Gebeng.


“Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa DAP merupakan ‘kingmaker’ dalam Pakatan Harapan (PH), di mana menteri DAP yang dilantik menyebabkan peningkatan dalam ketegangan dalam kalangan orang Melayu.

“Penipuan sebegini daripada Najib serta-merta didedahkan apabila DAP tidak berjaya meyakinkan perdana menteri menutup kilang memproses nadir bumi Lynas.

“Tetapi (DAP) akan terus berusaha meyakinkan perdana menteri untuk memahami keresahan tulen yang dinyatakan pejuang alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Najib mendakwa DAP merupakan “kingmaker” selepas PH berjaya merampas kerajaan dari Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, sebelum PRU14, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan penguasaan PH di Putrajaya dapat dicapai melalui rampasan 10 hingga 15% daripada undi Umno.

Najib berkata maklumat tersebut diperolehi daripada pemimpin yang dahulunya pernah bersama Mahathir ketika menentang Umno, dan kini pemimpin yang tidak dinamakan itu merupakan salah seorang teman rapatnya.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan lesen operasi Lynas dilanjutkan, tetapi tempoh itu dipendekkan kepada 6 bulan berbanding kebiasaan 3 tahun.

Lesen operasi Lynas akan tamat pada 2 September ini dan kilangnya di Gebeng, Pahang menjadi punca kontroversi sejak 2012 disebabkan pelupusan sisa radioaktif tahap rendah, dengan kumpulan pencinta alam sekitar, ahli politik PH dan masyarakat setempat mengadakan bantahan atas alasan kesihatan.

FMT

UTAMAKAN BAHASA MELAYU BUKAN TULISAN JAWI KATA ANWAR IBRAHIM

Keutamaan perlu diberikan terhadap penguasaan Bahasa Malaysia (BM) dan bukan membahaskan isu remeh seperti pengajaran Jawi atau khat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.


“Kita tidak boleh mempersoalkan status Bahasa Malaysia. Penting untuk menegakkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

“Selepas itu, jika mahu, kita boleh perbaiki pengunaan bahasa-bahasa lain jika dibenarkan secara adil.

“Dengan itu (tumpuan untuk menguasai BM) isu-isu lain yang lebih kecil, seperti khat dan Jawi, menjadi remeh," kata anggota parlimen Port Dickson selepas menyampaikan ucapan di Konvensyen Motivator Profesional Malaysia di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Anwar cepat menjelaskan beliau bukanlah tidak bersetuju dengan rancangan kementerian pendidikan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia darjah empat di sekolah vernakular Cina dan India.

“Saya tidak kata yang saya tidak sokong. Bagi saya, keutamaan adalah untuk mengukuhkan penguasaan bahasa.

“Tidak ada kompromi mengenai perkara itu,” katanya.

Anwar selanjutnya menggesa orang Melayu untuk melangkah keluar dari zon selesa dan lebih terbuka untuk mempelajari bahasa-bahasa lain bagi membawa perubahan.

Terdahulu menerusi ucapannya, Anwar berkata beliau mempertahankan pendiriannya mengenai kepentingan belajar bahasa Inggeris dan Mandarin, di samping menguasai bahasa Malaysia.

Katanya lagi, walaupun bahasa Melayu diperlukan dalam pembentukan teras jati diri budaya rakyat Malaysia, namun bahasa Inggeris dan Mandarin merupakan bahasa ekonomi serta bidang-bidang penting lainnya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperkenalkan enam halaman pelajaran Jawi di dalam buku teks Tahun 4 Bahasa Malaysia sekolah vernakular.

Pada 8 Ogos lalu pula, selepas mendapat maklum balas masyarakat bukan Melayu, kementerian telah menghadkan pengenalan tulisan itu kepada tiga muka surat sahaja dan menjadikannya pelajaran pilihan.

Bagaimanapun, ramai pihak masih merungut keputusan kementerian itu masih tidak menjelaskan maksud subjek pilihan itu.

Berikutan itu, kementerian pendidikan, selepas berunding dengan kabinet, mengumumkan bahawa pengajaran Jawi hanya akan diajar di sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...