Sabtu, 31 Ogos 2019

Berilah peluang lagi untuk PH tunaikan janji kata Aziz Bari

IPOH 31 Ogos – Naib Pengerusi DAP negeri, Dr. Abdul Aziz Bari memberi keyakinan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh menerajui negara dengan lebih baik mengikut kehendak rakyat.


Keyakinan ini bersandarkan pada pengalaman PH yang berjaya mentadbir Selangor dan Pulau Pinang berbanding pencapaian parti lawan yang menguasi lain-lain negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri berkata, justeru rakyat perlu memberi keyakinan kepada kerajaan sedia ada mengikut mandat yang telah diberi menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Malaysia baharu sudah lebih terbuka, jadi sampai masa boleh tukar kerajaan. Rakyat tentukan.

“Apa pun rakyat kena beri peluang kepada kerajaan PH yang merupakan sebuah parti yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Sambutan Ambang Merdeka di Taman Pengkalan Jaya di sini semalam.

Selain persembahan kebudayaan, orang ramai turut dijamu kenduri rakyat termasuk ubi rebus dan diakhiri dengan teriakan ‘merdeka’ pada pukul 12 tengah malam.

Kata Abdul Aziz lagi, semangat menyambut kemerdekaan juga perlu difahami dengan sebenar-benarnya oleh rakyat dan bukan sedar mengibarkan Jalur Gemilang.

“Dalam menyambut merdeka, kita nak melihat apa yang lebih signifikan selain kibarkan bendera dan nyanyi.

“Saya tak kata tak perlu kibar bendera. Maksud saya perkara yang mendasari kemerdekaan ini misalnya soal pendidikan pada generasi muda,” ujarnya

Dalam ucapannya juga, Abdul Aziz turut menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang katanya sering menakut-nakutkan rakyat sebelum ini sekiranya PH berkuasa.

“Momokan kerajaan dahulu yang kata kalau PH mentadbir nanti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan lain-lain agensi Melayu akan dihapuskan.

“RAMD masih lagi ada, malah tak da kakitangan awam pun yang diberhentikan. So (jadi), cakap-cakap Najib sebelum ini tak betul,” ucapnya. - UTUSAN ONLINE

Usah promosi pendakwah yang rasis, meniupkan api kebencian kata Waytha

KUALA LUMPUR: Media harus henti daripada memberi sebarang publisiti dan tidak memberi perhatian kepada pendakwah yang meniupkan api kebencian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.





Beliau berkata ada baiknya jika semua media mencapai kesepakatan untuk tidak menerbitkan atau menyiarkan suara yang membangkitkan sentimen kebencian dan keagamaan dalam komuniti.

“Negara akan lebih aman jika kita mengabaikan suara pendakwah yang meniupkan api kebencian kerana mereka boleh disenyapkan secara efektif jika diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi tertutup “Dialog Harmoni: Pentingnya Persefahaman Antara Agama kepada Perpaduan Nasional” di Universiti Malaya.

Waytha Moorthy berkata cadangan untuk menyenyapkan sentimen yang disuarakan di negara ini disyorkan seorang ahli akademik yang menyertai dialog tertutup itu, yang dihadiri ahli akademik, ahli masyarakat sivil dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) .


“Ini adalah salah satu cadangan terbaik untuk memupuk keharmonian. Menurut ahli akademik, hanya minoriti kecil yang cuba membangkitkan sentimen ini dan di sini kita mempunyai media yang mempromosikan orang-orang ini.

“Kami mengadakan sesi dialog yang sangat berhasil dan kami juga bersetuju bahawa kami perlu mendidik anak-anak kita untuk lebih memahami agama lain,” katanya.

Waytha Moorthy berkata cadangan lain adalah mengenai memperkasakan pendidikan agama di sekolah dan lebih banyak usaha perlu dilakukan di peringkat universiti dan sekolah menengah supaya golongan belia memahami budaya, agama dan cara hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

FMT

Jumaat, 30 Ogos 2019

PH pasti tidak akan kalah bila diadakan PRU kata PM

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pakatan Harapan (PH) yakin tidak akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika diadakan sekarang.


Keyakinan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH hari ini dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat atas beberapa alasan termasuklah rakyat tidak akan menerima balik kepemimpinan terdahulu.

"Kita yakin walaupun ada yang berkata kita akan kalah, tetapi kita yakin kalau kita bertanding hari ini pun kita boleh menang.
"Tidak ada siapa hendak ambil balik Datuk Seri Najib," katanya.

Beliau sebelum itu mengulas kenyataan dakwaan PH akan kalah dengan mengaitkan anggapan tersebut timbul disebabkan masalah komunikasi termasuk pihak media yang lebih gemar membuat laporan berbentuk kontroversi.

Dr. Mahathir mahu pihak media membuat laporan dengan baik terutama isu-isu yang berisiko menggugat keharmonian negara.-UTUSAN ONLINE

PKR tiada masalah kalau PH kalah teruk lepas ini kata Anwar [Video]

Drama pahit mungkin akan berlanjutan walaupun Anwar sekarang hanya menunggu untuk ditabalkan menjadi Perdana Menteri ke 8 pada tahun hadapan dijangkakan bulan Mei 2020.


Namun cara Tun M ibarat bermain tarik tali dan sengaja melemparkan tanda tanya, adakah benar dia dengan mudah nak berikan jawatan PM ke 8 itu dengan mudah kepada Anwar?

Anda fikirkan logik, provokasi macam disengajakan untuk beri puak pro Anwar jadi emosi, dan Anwar sendiri sudah jadi luar kawalan.

Tun M bukan jenis yang lurus dan bukannya suka akan Anwar, memang sah keluarga Anwar sudah dipatuk ular kedalam lubang yang sama sampai dua kali.

Kesian


PKR tidak akan mengambil tindakan sama seperti pendirian Bersatu terhadap pemimpinnya yang mengumumkan ramalan Pakatan Harapan (PH) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, presiden partinya Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan meneliti pandangan yang dikemukakan rakan sekutunya itu.

Apa sebenar yang cuba disembunyikan?

Saya lama dok pertimbangkan samada nak bersuara atau just act ignorant.. Takut salah ayat jadi bunyi racist 😅


Saya duduk di cyberjaya sudah 4 tahun.. Setiap tahun saya pindah rumah. Siapa follow saya memang tahu saya memanjang pindah rumah sebab saya suka eksperimen tukar persekitaran.

Ada duduk di kondo tingkat paling atas, tingkat 35. Ada cuba duduk kondo atas shopping mall. Ada cuba duduk rumah teres.. Semuanya area cyberjaya sejak 4 tahun lepas.

Suasana cyberjaya baru

Yang biasa datang cyberjaya mesti tahu yang ramai foreigner sini. Mostly arab dengan kulit hitam.. Bangla sudah tentu ramai juga sebab cyberjaya ni banyak projek tengah membangun..

Tapi sejak tahun lepas, saya perasan satu trend baru.. Iaitu makin ramai warga China di sini.. Bukan orang cina Malaysia tau.. Cina China..

Diorang tak boleh cakap english.. Melayu apatah lagi.. China sana tu.. Makin lama, makin ramaaiiii..

Ditampalnya iklan jual arak sesuka hati di pintu setiap kondo.. Sampah bersepah.. Vandalism.. Conteng lift dengan tulisan cina.. Saya duduk semuanya kondo baru tau. 4 tahun sentiasa pindah rumah ke kawasan yang baru naik..

Ingat, ini bukan orang cina Malaysia.. Ini pure cina dari China.. Tak tahu langsung english dan bahasa melayu.. Tapi ramai ramai duduk di cyberjaya.. Antara tempat hotspot industri di Malaysia.

Bila fikir balik

Dok fikir-fikir, asal tetiba jadi gini secara mengejut.. sebelum ni jarang sikit.. ini tiba tiba ramai 🧐

Bamm! Baru perasan.. Trend ni wujud selepas PRU 14.. fuhh.. Part sini yang saya takut kena cop racist ni 😂

Sebelum ni saya buat tak tahu je bila orang viralkan yang banyak orang dari China dapat warganegara kat Jabatan Pendaftaran Negara.. Maybe gimik pembangkang je..

Tapi bila bandingkan trend yang berlaku di sekeliling saya, macam tele lah pulak.. hmm.. betul-betul lepas PRU14 rate kemasukan dia mendadak..

Adakah kebetulan? Ke macam mana? Perlu ke kita risau? Atau anggap ini satu dari kemajuan dan nyanyi lagu Negaraku 🤭

ps: ini apa yang saya nampak di cyberjaya.. Tempat lain saya tak tau..
pss: post ini dah di edit beberapa kali supaya mesej saya jelas.

JOM SAMA2 KITA VIRALKAN AGAR JABATAN IMIGRESEN LAKUKAN TINDAKAN SEWAJARNYA...

Perkataan paria tidak ditujukan kepada sesiapa pun, usahlah terasa kata PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, penggunaan perkataan 'paria' oleh beliau pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa.


"Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Siapa yang saya tujukan (ketika menyebut perkataan itu," soalnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) tidak boleh dilayan seperti kasta rendah atau ‘paria’ dan diarahkan memberhentikan operasi di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan tiada negara lain berminat untuk melakukan pelaburan di negara ini.

Kenyataan itu mengundang bantahan oleh beberapa ahli PKR di Kapar yang membuat laporan polis terhadap Dr. Mahathir kerana menggunakan perkataan sedemikian.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menegaskan bahawa pakatan itu tidak terkeluar dari landasan (stray).

"Itu persepsi orang di luar. Yang penting kita bersatu dan kotakan janji kita," katanya. - UTUSAN ONLINE

Khamis, 29 Ogos 2019

ORANG UMNO DIPELAWA MASUK BERSATU KATA PM

PUTRAJAYA 29 Ogos- Pemimpin UMNO yang sudah keluar parti dan menjadi wakil bebas kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, pelawaan berkenaan hanya untuk pemimpin yang tidak mempunyai masalah

“Kalau mereka yang ada kes mahkamah kita tidak dapat terima, hanya mereka yang tidak terlibat sahaja diterima,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya mengenai jumlah pemimpin UMNO yang dijangka akan menyertai Bersatu, Dr. Mahathir memaklumkan Bersatu tidak mempunyai sebarang anggaran.
“Kita tidak tahu berapa ramai, di Sabah hampir semua pemimpin UMNO. Ada ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Selain itu katanya, bekas pemimpin UMNO juga turut dibenarkan untuk menjadi calon dalam pemilihan Bersatu pada tahun hadapan.
Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, Bersatu juga berpandangan banyak kesalahan yang dilakukan oleh UMNO ketika ini tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

“Dahulu semasa saya jadi Presiden UMNO, ada tiga cawangan tidak buat mesyuarat dan parti itu diharamkan. Kita sedar sebelum ini parti kita juga turut diharamkan.

“Sekarang saya nampak seolah-olah, UMNO banyak buat salah tetapi masih diterima dan tidak dibatalkan pendaftaran. Kita tidak desak tetapi hanya beri pendapat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

AYAM YANG KITA MAKAN HARI-HARI ITU TIDAK HALAL SEPENUHNYA? MENGEJUTKAN PEMBONGKARAN DARI HAMBA ALLAH INI

Agak mengejutkan juga kenyataan ini, kalaulah benar, sudah berapa ton ayam yang dah masuk ke dalam perut kita menjadi darah daging kita umat Islam?



Terkedu mendengarnya, menurut lampiran siaran Facebook bernama Hafiz Roslan. Menurut Hafiz beliau telah bermesyuarat dengan syarikat ladang dan rumah penyembelihan ayam, beliau terkejut bila mengatahui yang ayam di pasaraya bukan Islam pemiliknya.

Mengemparkan lagi ayam yang disembelih hanyalah suku sahaja berbanding ayam yang tidak disembelih kerana ingin mengurangkan kos.

Anda bayangkan hari-hari lah kot kita makan ayam yang tidak halal? MasyaAllah.

Assalamualaikum. Saya nak share satu maklumat penting.

2 hari lepas saya meeting dgn syarikat ladang dan rumah sembelihan ayam.

Untuk makluman rakan-rakan muslim yang lain, elakkan beli ayam dipasaraya kerana kemungkinan ayam yang dijual disitu tidak halal amatlah besar.

Ini kerana, syarikat Cina/India mencampurkan ayam yang disembelih di rumah sembelihan halal dan 'sembelih sendiri' untuk menjimatkan kos penyembelihan.

Seperti contoh, syarikat cina cuma hantar 1000 ekor ayam sahaja ke rumah sembelihan halal tetapi, diorang jual 3000 ekor.

Lagi 2000 ekor ni diorang tak sembelih dkt pusat sembelihan halal. Diorang sembelih sendiri je dkt premis diorang.

Diorg gunakan sijil halal dari rumah sembelihan halal yanh sembelih 1000 ekor ni untuk cover sekali 2000 ekor yang tak halal.

Faham tak? So, berhati-hati lah ya. Makan benda haram ni doa tak makhbul, lepas tu darah daging yang tumbuh dari punca haram, diharamkan masuk syurga.

Tolong sebarkan. Sekadar fardu kifayah.



Kesimpulannya, dengan keadaan sekarang, pihak berwajib perlulah menjalankan siasatan, kalau apa yang diperkatakan oleh Hafiz ini benar, apa pula tindakan?

Berdosa kita semua bila kemungkaran yang masuk dalam darah daging anak-anak kita boleh pula kita biarkan, sedangkan negara ini agama rasminya adalah Islam.

Facebook Hafiz Roslan

RAKYAT BERBANGGA, BAS MINI AKAN KEMBALI SELEPAS 21 TAHUN

Selepas hampir 21 tahun dihentikan, perkhidmatan bas mini akan membuat kemunculan semula di ibu negara mulai bulan depan.

Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 Sept hingga 29 Nov.


Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata bas mini itu, yang boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas, akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkhidmatan percubaan itu akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.

Bas mini merupakan pemandangan biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an dan bas yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkutan awam paling murah pada masa itu.

Diperkenalkan pada 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara.

“Jika ada permintaan yang menggalakkan semasa perkhidmatan percubaan ini, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan bagi laluan ini dan berkemungkinan memperluaskannya ke laluan lain pula,” kata Muhammad Yazurin.

Para penumpang dialu-alukan untuk memberi maklum balas semasa perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau menghantar e-mel kepada [email protected]


Sumber: Bernama

Rabu, 28 Ogos 2019

DAIM PERLU GANTI LIM GUAN ENG SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

KANGAR 27 Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi negara.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin segera mengambil alih jawatan Menteri Kewangan bagi menggantikan Guan Eng.

Beliau percaya, Daim mampu memulihkan kembali keadaan ekonomi di negara ini berdasarkan pengalaman luasnya di dalam bidang berkenaan.

"Menteri Kewangan sekarang tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik, pasaran saham jatuh, nilai ringgit jatuh, malah Guan Eng juga sering mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menguntungkan pasaran saham.

"Beliau (Guan Eng) melihat musuh-musuh politiknya adalah musuhnya dan diulang banyak kali sehingga menakutkan para pelabur.

"Kami cadangkan agar Daim mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dan saya percaya beliau boleh lakukan yang terbaik untuk negara. Daim seorang yang kurang bercakap tetapi banyak buat kerja dan mampu kembali menggerakkan kembali ekonomi negara," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kontraktor Kelas F di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan tersebut, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, para kontraktor bumiputera pada masa ini berhadapan dengan masalah apabila dilayan secara tidak adil

"Ini adalah sesuatu yang tidak bagus, semua ini berpunca daripada kelembapan ekonomi yang rata-rata melihat Menteri Kewangan tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik," katanya.- UTUSAN ONLINE

PROJEK KERETA TERBANG TETAP DITERUSKAN WALAUPUN DIKRITIK TERUK OLEH PBB

PETALING JAYA: Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya sekalipun dikritik pelbagai pihak, termasuk pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Prof Phillip Alston baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof.


“Kita terbuka kepada mana-mana pendapat untuk membangunkan projek itu… PBB mungkin punya pandangannya sendiri,” kata Redzuan pada sidang akhbar selepas melawat syarikat pembekal solution ICT berasaskan sekuriti, Datasonic Group Bhd semalam.

Beliau mengulas kenyataan Alston mengenai projek tersebut bahawa ia tidak praktikal dilaksanakan di Malaysia, dengan alasan negara ini sering terdedah kepada ribut dan kenderaan itu akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fosil.

Alston dilaporkan berkata projek kereta itu membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang kini mula terasa.

“Projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira AS$500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong,” tegas beliau.

Prototaip kereta terbang itu sedang didirikan oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, dan kerja membina kereta itu kini 85% siap.

Sumber FMT

Selasa, 27 Ogos 2019

ADA TANGAN JAHAT GANGGU SISTEM KLIA? INI MELIBATKAN KESELAMATAN DALAM NEGARA

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang menyebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, berpunca daripada tindakan berniat jahat.







"Bagaimanapun, kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata rangkaian "semakin stabil."

Meskipun mengalami gangguan rangkaian beberapa hari lepas, aspek-aspek keselamatan tetap terjaga dengan utuh, kata MAHB.

Ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, kata syarikat itu.

"Ketika kami menyediakan bantuan sedaya mungkin kepada syarikat penerbangan semasa tempoh itu, bantuan, kerjasama dan sikap timbang rasa yang sama turut diberikan kepada kami oleh syarikat penerbangan.

"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi melahirkan penghargaan kami kepada syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan agensi kami yang saling bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian alternatif terbaik," kata syarikat itu.

Saham MAHB di Bursa Malaysia turun tujuh sen untuk ditutup kepada RM8.56 hari ini dengan 1.83 juta saham bertukar tangan. - BERNAMA

[PANAS] BUKTI PENDOKONG LTTE BERKEMBANG PESAT DI MALAYSIA, ADAKAH DALANGNYA P.RAMASAMY?

Malaysia dalam bahaya!!

Malaysia adalah negara sasaran bagi pergerakan militan LTTE memandangkan Malaysia juga memiliki populasi kaum Tamil yang tinggi jumlahnya. Dan boleh menjadi kemungkinan Malaysia menjadi penyumbang dana yang besar kepada perjuangan LTTE di Sri Lanka. Menurut laporan Utusan Malaysia bertajuk “18 pengganas LTTE ditahan sejak 2009” ini cukup membuktikan bahawa mereka memiliki jaringan di Malaysia. Ada ahli dikalangan mereka ditangkap di Kuala Lumpur, Perak serta Selangor dengan Petaling Jaya dan Klang menjadi lokasi yang agak terkenal.


Malah turut pernah ditahan di negara ini adalah ketua kumpulan pembe¬rontak LTTE, iaitu Selvarasa Pathmanathan (pengganti V.Prabahakaran) pada 5 Ogos 2009 sebelum dihantar pulang ke negaranya oleh pihak berkuasa.[1]


Menurut laporan Astro Awani, ada menyebut:

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan dibawah Akta Imigresen itu, disyaki berusaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa. “Mereka menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda dan berusaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan itu,” katanya di dalam satu kenyataan.”[2]

Siapakah Dalang Disebalik Menyebarkan Ideologi Ini?

Pendedahan sebelum ini telah memaparkan hubungkait antara P.Ramasamy dengan LTTE. Beliau merupakan majlis penasihat Transnational Government Of Tamil Eelam (TGTE) yang mana ia merupakan pertubuhan serpihan dari LTTE.

Kedudukan P.Ramasamy ini disokong oleh pertubuhan dan NGO Tamil di Malaysia yang berteraskan ideologi LTTE. Seperkara yang perlu disedari adalah, penyokong idea LTTE di Malaysia tidak menggunakan nama LTTE sebagai platfom perjuangan mereka. Mereka menggunakan semangat nasionalis Tamil dari serpihan LTTE iaitu Naam Tamilar Katchi.



Naam Tamilar Katchi merupakan parti nasionalis Tamil di Tamil Nadu. Sekarang parti ini dipimpin oleh Seeman dari India yang merupakan pendokong kuat LTTE. Situasi di Malaysia, ramai orang Tamil mengeksport nama parti ini sebagai aspirasi perjuangan mereka. Malah simbol Naam Tamilar itu sendiri adalah salinan dari simbol LTTE. Di Malaysia NGO mereka adalah:

1) Persatuan Senthamizhan Peravai Malaysia (SEPAM)

NGO ini dikepalai oleh Dato Rukentiran Rajarathanam Padaiyatchi. Terdapat banyak posting dan ucapannya jelas mengangkat LTTE dan V.Prabhakaran.

2)       Malaysian Tamilar Kural

Pertubuhan ini diketuai oleh ahli DAP, David Marshel. Mereka adalah pendokong P. Ramasamy. Di page Malaysian Tamilar Kural banyak memuatkan status menyokong LTTE.

3) Pertubuhan Naam Tamilar Malaysia

Pertubuhan ini diketuai oleh M.A Kalaimugilan. Beliau antara pendokong dan pemuja V.Prabhakaran, dapat dilihat pada posting dan juga haluan pertubuhan yang dibawa oleh beliau.

Ideologi LTTE ini masih lagi diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu kita mendesak pihak polis dan pihak berwajib menyiasat mereka semua yang terlibat dan jika mereka terlibat mendokong dan menyebar ideologi LTTE maka ia perlulah diambil tindakan kerana ideologi LTTE adalah sebuah gerakkan pengganas yang boleh menganggu keharmonian negara.

________________________________
[1] https://www.utusan.com.my/berita/nasional/18-pengganas-ltte-ditahan-sejak-2009-1.715616

[2] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/3-lelaki-disyaki-anggota-kumpulan-pengganas-tamil-tigers-ditahan-polis-36516


Sumber FB Klik
https://www.facebook.com/206572859982120/posts/378755896097148/

SAYA AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN UNTUK HANTAR ZAKIR NAIK BALIK KE INDIA KATA RAMASAMAY

“DR Zakir Naik tidak layak hidup di Malaysia, malah tidak layak hidup di mana-mana dunia bertamadun,” kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy.


Beliau berkata demikian semasa diwawancara oleh stesen televisyen India, Republic yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff ketika mendedahkan perkara itu berkata, obses Ramasamy terhadap Zakir amat ketara apabila berjanji dengan kerajaan India terus istiqamah melawan, seterusnya menghantar pulang pendakwah antarabangsa itu.

“Soalnya kini ialah wajarkah Ramasamy berjanji kepada pemerintah India melalui stesen televisyen negara itu bahawa beliau akan terus komited melawan dan akan berusaha memulangkan balik Zakir.

“Tidakkah tindakan begini seolah-olah membenarkan dakwaan Zakir bahawa sekurang-kurangnya Ramasamy sendiri adalah lebih setia kepada India berbanding Malaysia?” katanya, hari ini.

Ramasamy adalah antara pemimpin DAP paling lantang menentang Zakir lebih-lebih lagi selepas pendakwah itu memperoleh status Penduduk Tetap.

Baru-baru ini, Kerajaan mengarahkan supaya pendakwah dari India tidak dibenarkan menyampaikan ceramahnya di seluruh negara bagi meredakan keadaan selepas dibantah oleh banyak pihak selepas tidak berpuas hati kononnya ucapan Zakir menyentuh hal ehwal dalaman Malaysia membabitkan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Zakir sebelum memohon maaf sambil menegaskan bahawa ucapannya diputar-belit oleh pihak tertentu bertujuan menimbulkan kerisauan banyak pihak.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, status-status Facebook membuktikan bahawa Ramasamy obses sama ada mengutuk Zakir dan penyokongnya.

Katanya, pemimpin DAP itu juga mendesak supaya diambil tindakan ke atas pendakwah terbabit, selain menyatakan kekecewaan kerana tiada tindakan diambil ke atasnya.

Isnin, 26 Ogos 2019

ANTI JAWI: BODOH SOMBONG YANG MELAMPAU LEBIH DARI INI KATA SYED SADDIQ #viralhancing

KUALA LUMPUR 26 April - Tindakan Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) untuk menyakinkan ibu bapa berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes terhadap pengajaran Jawi di sekolah jenis kebangsaan dianggap sebagai tahap bodoh sombong paling tinggi.




Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  berkata, kumpulan tersebut sanggup menghalang anak mereka untuk mendapat pendidikan hanya kerana takut pengajaran tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat daripada keseluruh pendidikan.

"Sanggup menghalang anak dari mendapat pendidikan hanya kerana takut tiga muka surat berkenaan Jawi yang tidak dimasukkan ke dalam peperiksaandan sudahpun pun menjadi pilihan.

"You cannot get more bodoh sombong than this (Anda tidak boleh menjadi lebih bodoh sombong daripada ini)," kata Syed Saddiq dalam satu hantaran di Facebook awal pagi tadi.



Sekat yang terdiri daripada 24 kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) semalam menggesa Kementerian Pendidikan  menangguhkan pelajaran Jawi atau khat kepada murid sekolah vernakular sehingga mendapat jawapan yang jelas mengenai masalah itu.

Beberapa portal berita (bukan Utusan) melaporkan, Setiausaha Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) Arun Dorasamy berkata, kumpulan itu sedang berusaha mengadakan dialog dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian baik mengenai perkara itu.

Arun berkata, sekiranya permintaan untuk mengadakan dialog tidak dipenuhi, kumpulan itu akan menyakinkan ibu bapa untuk berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes.

“Kami mahu dialog diadakan dengan kementerian dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Kami juga mahu idea memperkenalkan pelajaran Jawi ditangguh sehingga jalan penyelesaian jelas ditemui.




“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah,” kata Arun dalam sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Kerajaan sebelum ini membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran Jawi untuk murid Tahun 4 di sekolah vernakular tetapi dengan beberapa penyesuaian.

Keputusan dibuat selepas mendapat bantahan daripada kumpulan pendidkan vernakular.-UTUSAN ONLINE

KERAJAAN DIDAKWA BERHADAPAN DENGAN CADANGAN UNDANG-UNDANG PINGGIR ORANG MELAYU #viralhancing

Kalau kita perasan, apa sahaja perkara perihal hak orang Melayu dengan sengaja diperdebatkan, malah mengatakan orang India sebagai penduduk asal Tanah Melayu, mempertikaikan tulisan Jawi, memperlekehkan kuasa Agong, tidak hormat bendera dan banyak lagi keadaan tegang yang berlaku sejak Malaysia Baharu memerintah.


KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendakwa Malaysia kini berhadapan dengan cadangan untuk meminda beberapa akta dan dasar utama negara.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, antara cadangan itu melibatkan Akta Hasutan, penghapusan hukuman mati dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Tegas beliau, semua pindaan itu membabitkan orang Melayu, Majlis Raja-Raja dan juga agama Islam.

“Pindaan ini jika berlaku akan terus meminggirkan kedudukan Raja-Raja, orang Melayu dan agama Islam.

“Pindaan Akta Hasutan akan membolehkan mereka mengkritik kedudukan Raja-Raja dan orang Melayu tanpa boleh diambil tindakan.

“Penghapusan hukuman mati pula bukan sahaja bertentangan dengan syarak tetapi kejadian jenayah pembunuhan akan semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan UMMAH Nasional di sini hari ini.

Aminuddin menambah, pindaan Dasar Kebudayaaan Kebangsaan yang berteraskan Melayu dan agama Islam pula tidak akan lagi dijadikan asas dan mengembangkan unsur budaya negara.


Menurutnya, ia hanyalah merupakan sebahagian akta dan dasar negara yang dicadang akan dipinda kerana diumumkan bahawa terdapat 100 perkara akan dipinda dalam masa terdekat ini.

“Apakah perkara-perkara yang akan dipinda? Sehingga sekarang rakyat tidak diberitahu perkara tersebut tetapi hanya sekadar pemerhati yang menunggu malapetaka yang akan menimpa.

“Kita yakin ini bukan terjadi secara tidak sengaja tetapi memang telah dirancang oleh pihak tertentu untuk melemahkan kedudukan pribumi dan agama Islam.

“Namun mereka masih berkeras mahu bantahan dibuat bantahan demi melaksanakannya. la hanya sekadar menunggu masa yang sesuai sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

VIRAL PAUL YONG MATI PUCUK IALAH BERITA PALSU #viralhancing

Berita screen shot yang bertebar di media sosial mengatakan Paul Yong mati pucuk, tidak mungkin melakukan rogol adalah palsu.

Memang lucu juga bila tiba-tiba berita itu keluar diportal DAP sendiri, memang lucu bila kononnya nak lepaskan diri, sanggup mengatakan diri sudah tidak mampu dari segi seksual, iaitu mati pucuk.

Memang rare cerita mati pucuk ni.




Gambar sumber Malaymail

IPOH –  Berita yang mendakwa Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong mengalami masalah mati pucuk atau “alat kelamin tidak berfungsi” dalam laporan perubatan adalah tidak benar.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, sebaran gambar mengenai dakwaan itu merupakan berita palsu.

Beliau yang dipetik Kwong Wah Yit Poh juga membidas pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan hina dan jahat melalui fitnah.

Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata, berita tidak harus dihasilkan hanya menggunakan sekeping gambar yang tidak disahkan kesahihannya.




Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol pembantu rumahnya.

Pada 8 Julai lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Choo Kiong di rumah majikannya. – MalaysiaGazette

Ahad, 25 Ogos 2019

TANGGUH JAWI SEHINGGA PERBINCANGAN LANJUT KATA 30 NGO

Kita lihat betapa bersungguhnya puak ini dalam melancarkan anti terhadap Tulisan Jawi/Khat, malah puak-puak ini sangat over dalam meluahkan ketidakpuashatian mereka.

Bagus juga UMNO/PAS lihat sambil makan popcorn, sebabnya, nampak macam Mahathir sengaja beri puak-puak ini melalut dengan sengaja.

Malah strategi ini memperlihatkan satu perkara penting untuk kita faham, isu perkauman nampak macam disengajakan terpalit.

Kita sedia maklum PH sedang rosak dengan teruk, mungkin tidak lama dah umur Kerajaan PH ni.

Kita tunggu apa peranan komponen minoriti parti seperti PPBM, Amanah dan Warisan. Kalau mereka diam juga, maknanya mereka ni sengaja nak UMNO/PAS terperangakap.

Faham-fahamkan, seni politik matlamat menghalalkan cara ni, Mahathir cukup hebat.

KUALA LUMPUR: Gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebangsaan dan parti politik dari semenanjung, Sabah dan Sarawak menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi sehingga satu perbincangan lanjut dan telus dengan semua pihak berkaitan dibuat.

Gambar sumber FMT

Setiausaha Gabungan Badan Bertindak Seni Khat (Sekat) Arun Dorasamy berkata, tidak ada presentasi atau perbincangan dengan Kementerian Pendidikan, selain menambah bahawa keputusan berhubung perkara itu dibuat secara terburu-buru.

“Gabungan ini membantah pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi dalam silibus, terutama dalam kalangan pelajar bukan Islam.

“Kami dapati ia tidak perlu. Kami berbeza pandangan dengan kementerian dalam perkara ini. Kami percaya semua rakyat Malaysia akan bersetuju jika kita memperkukuhkan Bahasa Malaysia.

“Kami tidak yakin dengan kementerian dan ketelusannya. Dalam proses ini, mereka dari Sabah dan Sarawak telah diketepikan,” katanya pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini.

Kabinet baru-baru ini memutuskan untuk menukar nama pengajaran khat kepada “tulisan Jawi” dan akan diperkenalkan tahun depan dalam silibus murid Tahun 4 di sekolah vernakular walaupun dibantah oleh beberapa kumpulan masyarakat.

Bagaimanapun ia dijadikan pengajaran pilihan dan tidak dimasukkan dalam peperiksaan.

Kabinet juga bersetuju tulisan Jawi akan diperkenalkan hanya selepas ia dipersetujui oleh persatuan ibu bapa guru (PIBG) dan ibu bapa murid.

Kumpulan pendidikan Cina dan India, termasuk Dong Zong membantah keputusan itu.

Arun berkata, persiapan untuk memperkenalkan tulisan Jawi kelihatan kelam kabut.


“Kegagalan mengadakan perbincangan terbuka dan menyeluruh dengan semua pihak menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka.”

Katanya, gabungan itu akan menghantar satu memorandum kepada kementerian dan anggota Kabinet.

Beliau berkata, Sekat akan berkunjung ke Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Katanya, gabungan itu juga akan melihat kemungkinan memfailkan semakan kehakiman mengenainya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan bertegas untuk meneruskan keputusan memperkenalkan tulisan Jawi tanpa membincangkannya dengan pihak berkaitan, Sekat akan menganjurkan “Hari Tidak Hadir ke Sekolah” di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan mereka dengan kerjasama ibu bapa yang tidak mahu anak mereka mempelajari Jawi.

Ini katanya adalah langkah terakhir bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Timbalan presiden Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) Gangging @ Ling Sanggau menyuarakan bantahannya terhadap pengajaran tulisan Jawi di sekolah, dengan berkata, ramai murid di kawasan luar bandar di Sarawak tidak beragama Islam.

Katanya, adalah lebih baik diperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris seperti dicadangkan ketua menteri Sarawak sebelum ini.

“Kita hidup dalam negara berbilang kaum, jadi saya meminta Kementerian Pendidikan supaya tidak meneruskan keputusan itu.”

TANAH INI NAMANYA TANAH MELAYU, KEPUNYAAN ORANG MELAYU KATA NGO UMMAH

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan menolak dakwaan Malaysia milik orang India kerana pelbagai fakta sejarah membuktikan ia adalah Tanah Melayu kepunyaan orang Melayu.


“Atas kebaikan dan toleransi, bangsa Melayu telah sanggup berkongsi tempat tinggal dengan bangsa-bangsa lain.

“Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh menghapuskan identiti negara dan bangsa Melayu,” kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya ketika berucap dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional bertemakan “Ummah Berpakat Islam Berdaulat” hari ini.

Turut hadir bekas ketua polis negara, Musa Hassan dan veteran Umno yang juga bekas speaker Dewan Negara, Abu Zahar Ujang.

Julai tahun lalu, Menteri Sumber Manusia yang juga Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran mencetuskan kontroversi dengan mendakwa penduduk asal di negara ini ialah penganut Hindu, manakala orang Melayu hanyalah pendatang.

Beliau kemudiannya menafikan kenyataannya diputar belit pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum dan memohon maaf selepas dikecam pelbagai pihak.

Aminuddin menuntut kerajaan mengembalikan semua hak orang Melayu, termasuk tanah rizab Melayu yang digadai dan pemberian biasiswa.

“Hak mendapat pekerjaan di sektor awam, hak mendapat kemudahan perniagaan, hak untuk dimartabatkan bahasa Melayu, termasuk jawi yang semuanya telah dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.”

Beliau turut menggesa semua khazanah Melayu dari segi tamadun, sejarah pejuangnya, pendidikan, bahasa dan tulisan, seni serta budayanya dimartabatkan semula.

Katanya, Ummah tidak mahu Malaysia hilang identitinya hanya untuk mengambil hati bangsa lain.


“Kalau orang Cina ada negara Chinanya, orang India ada negara Indianya, maka kenapa orang Melayu mahu dihapuskan negaranya hanya kerana mahu dikenali sebagai negara pelbagai kaum?

“Islam tidak pernah menolak bangsa kerana kewujudan bangsa adalah ciptaan Allah.”

Beliau berkata, Ummah tidak menolak kehadiran bangsa lain di Malaysia, tetapi toleransi tidak boleh membawa kepada kehancuran nilai bangsa sendiri.

“Terbukti, toleransi yang dianggap mampu mendapat sokongan mereka akhirnya tersungkur di bumi sendiri.

“Jika pemimpin Melayu masih tidak sedar akan sejarah pahit ini, maka pasti sejarah akan berulang kembali dan layaklah agama dan bangsa ini lenyap di bumi tercinta ini.”

FMT

TIADA KEPERLUAN UNTUK HALANG TULISAN JAWI (LOGO HALAL) TERHADAP PRODUK BUKAN ISLAM KATA MUJAHID

PARIT BUNTAR - Tiada keperluan untuk kerajaan menggubal akta baharu melarang penggunaan tulisan jawi pada produk bukan Islam bagi mengelakkan kekeliruan pengguna beragama Islam negara ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pihaknya sedia maklum akan gesaan dikemukakan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) itu setelah ianya diangkat sebagai resolusi dicapai menerusi persidangan diadakan di Kuala Lumpur kelmarin.

"Namun yang saya faham daripada apa dimaksudkan pertubuhan itu adalah tulisan jawi lebih merujuk logo halal dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) dengan bertujuan bagi mengelakkan pengguna beragama Islam tertipu dengan status halal sesuatu produk.


"Sebenarnya tindakan mana-mana syarikat menyalahgunakan atau menipu label halal dikeluarkan Jakim adalah salah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.


"Saya berpendapat tiada keperluan satu akta baharu digubal kerajaan kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi menangani sebarang penyalahgunaan logo halal Jakim pada masa hadapan," katanya kepada media pada majlis pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Perak di Masjid Ubudiah, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mujahid berkata, mana-mana syarikat bukan Islam juga tidak boleh meletakkan logo halal dikeluarkan Jakim secara sesuka hati kerana status persijilan halal oleh jabatan itu hanya akan dilabel setelah mereka berdaftar, menjalani audit dan menerima pengesahan.

Menurutnya, pengguna beragama Islam juga tidak perlu khuatir dengan status halal sesuatu produk dikeluarkan syarikat bukan Islam kerana Jakim turut menyediakan satu aplikasi sosial dipanggil Verify Halal bagi memeriksa status halal sesuatu produk menerusi dalam talian.

"Selain itu, saya juga menyeru pengguna beragama Islam sekiranya berdepan kekeliruan dengan status halal sesuatu produk, mereka juga boleh menghubungi talian pertanyaan Jakim bagi mendapatkan pengesahan status halal sesuatu produk," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan MCED menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presidennya, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan jawi disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

SINAR HARIAN

SEBELUM INI DENGAN NADA TEGAS BALUN DR ZAKIR NAIK, SEKARANG TERPAKSA MELUTUT BUAT U-TURN

Strategi Menteri muda bernama Syed saddiq ini adakalanya orang panggil, memenuhi skrip menyelamatkan diri setelah dilanyak tanpa belas oleh nitizen akibat kata angkuh supaya Zakir Naik harus dihantar balik kerana mengkritik orang cina dan india di Malaysia.


Budak Twitter memang mengikuti Menteri Muda ini kerana popular di media sosial belum tentu boleh buat kerja sebaik mungkin.

Ini yang berlaku sekarang. Sembang sahaja pandai.

Sebelum cakap lepas konon bagus

Syed Saddiq juga setuju Zakir Naik tak boleh tinggal di Malaysia
https://www.sinarharian.com.my/article/42940/BERITA/Nasional/Syed-Saddiq-juga-setuju-Zakir-Naik-tak-boleh-tinggal-di-Malaysia


Selepas kena bantai berjemaah dengan kritikan pedas oleh nitizen, maka plan B harus dilakukan, jadi ini yang Syed Saddiq cukup hebat mampu buat.

Syed Saddiq, Zakir Naik 'berdamai'
https://www.malaysiakini.com/news/489327






Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...