Selasa, 27 Ogos 2019

ADA TANGAN JAHAT GANGGU SISTEM KLIA? INI MELIBATKAN KESELAMATAN DALAM NEGARA

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang menyebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, berpunca daripada tindakan berniat jahat.







"Bagaimanapun, kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata rangkaian "semakin stabil."

Meskipun mengalami gangguan rangkaian beberapa hari lepas, aspek-aspek keselamatan tetap terjaga dengan utuh, kata MAHB.

Ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, kata syarikat itu.

"Ketika kami menyediakan bantuan sedaya mungkin kepada syarikat penerbangan semasa tempoh itu, bantuan, kerjasama dan sikap timbang rasa yang sama turut diberikan kepada kami oleh syarikat penerbangan.

"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi melahirkan penghargaan kami kepada syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan agensi kami yang saling bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian alternatif terbaik," kata syarikat itu.

Saham MAHB di Bursa Malaysia turun tujuh sen untuk ditutup kepada RM8.56 hari ini dengan 1.83 juta saham bertukar tangan. - BERNAMA

[PANAS] BUKTI PENDOKONG LTTE BERKEMBANG PESAT DI MALAYSIA, ADAKAH DALANGNYA P.RAMASAMY?

Malaysia dalam bahaya!!

Malaysia adalah negara sasaran bagi pergerakan militan LTTE memandangkan Malaysia juga memiliki populasi kaum Tamil yang tinggi jumlahnya. Dan boleh menjadi kemungkinan Malaysia menjadi penyumbang dana yang besar kepada perjuangan LTTE di Sri Lanka. Menurut laporan Utusan Malaysia bertajuk “18 pengganas LTTE ditahan sejak 2009” ini cukup membuktikan bahawa mereka memiliki jaringan di Malaysia. Ada ahli dikalangan mereka ditangkap di Kuala Lumpur, Perak serta Selangor dengan Petaling Jaya dan Klang menjadi lokasi yang agak terkenal.


Malah turut pernah ditahan di negara ini adalah ketua kumpulan pembe¬rontak LTTE, iaitu Selvarasa Pathmanathan (pengganti V.Prabahakaran) pada 5 Ogos 2009 sebelum dihantar pulang ke negaranya oleh pihak berkuasa.[1]


Menurut laporan Astro Awani, ada menyebut:

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan dibawah Akta Imigresen itu, disyaki berusaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa. “Mereka menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda dan berusaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan itu,” katanya di dalam satu kenyataan.”[2]

Siapakah Dalang Disebalik Menyebarkan Ideologi Ini?

Pendedahan sebelum ini telah memaparkan hubungkait antara P.Ramasamy dengan LTTE. Beliau merupakan majlis penasihat Transnational Government Of Tamil Eelam (TGTE) yang mana ia merupakan pertubuhan serpihan dari LTTE.

Kedudukan P.Ramasamy ini disokong oleh pertubuhan dan NGO Tamil di Malaysia yang berteraskan ideologi LTTE. Seperkara yang perlu disedari adalah, penyokong idea LTTE di Malaysia tidak menggunakan nama LTTE sebagai platfom perjuangan mereka. Mereka menggunakan semangat nasionalis Tamil dari serpihan LTTE iaitu Naam Tamilar Katchi.



Naam Tamilar Katchi merupakan parti nasionalis Tamil di Tamil Nadu. Sekarang parti ini dipimpin oleh Seeman dari India yang merupakan pendokong kuat LTTE. Situasi di Malaysia, ramai orang Tamil mengeksport nama parti ini sebagai aspirasi perjuangan mereka. Malah simbol Naam Tamilar itu sendiri adalah salinan dari simbol LTTE. Di Malaysia NGO mereka adalah:

1) Persatuan Senthamizhan Peravai Malaysia (SEPAM)

NGO ini dikepalai oleh Dato Rukentiran Rajarathanam Padaiyatchi. Terdapat banyak posting dan ucapannya jelas mengangkat LTTE dan V.Prabhakaran.

2)       Malaysian Tamilar Kural

Pertubuhan ini diketuai oleh ahli DAP, David Marshel. Mereka adalah pendokong P. Ramasamy. Di page Malaysian Tamilar Kural banyak memuatkan status menyokong LTTE.

3) Pertubuhan Naam Tamilar Malaysia

Pertubuhan ini diketuai oleh M.A Kalaimugilan. Beliau antara pendokong dan pemuja V.Prabhakaran, dapat dilihat pada posting dan juga haluan pertubuhan yang dibawa oleh beliau.

Ideologi LTTE ini masih lagi diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu kita mendesak pihak polis dan pihak berwajib menyiasat mereka semua yang terlibat dan jika mereka terlibat mendokong dan menyebar ideologi LTTE maka ia perlulah diambil tindakan kerana ideologi LTTE adalah sebuah gerakkan pengganas yang boleh menganggu keharmonian negara.

________________________________
[1] https://www.utusan.com.my/berita/nasional/18-pengganas-ltte-ditahan-sejak-2009-1.715616

[2] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/3-lelaki-disyaki-anggota-kumpulan-pengganas-tamil-tigers-ditahan-polis-36516


Sumber FB Klik
https://www.facebook.com/206572859982120/posts/378755896097148/

SAYA AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN UNTUK HANTAR ZAKIR NAIK BALIK KE INDIA KATA RAMASAMAY

“DR Zakir Naik tidak layak hidup di Malaysia, malah tidak layak hidup di mana-mana dunia bertamadun,” kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy.


Beliau berkata demikian semasa diwawancara oleh stesen televisyen India, Republic yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff ketika mendedahkan perkara itu berkata, obses Ramasamy terhadap Zakir amat ketara apabila berjanji dengan kerajaan India terus istiqamah melawan, seterusnya menghantar pulang pendakwah antarabangsa itu.

“Soalnya kini ialah wajarkah Ramasamy berjanji kepada pemerintah India melalui stesen televisyen negara itu bahawa beliau akan terus komited melawan dan akan berusaha memulangkan balik Zakir.

“Tidakkah tindakan begini seolah-olah membenarkan dakwaan Zakir bahawa sekurang-kurangnya Ramasamy sendiri adalah lebih setia kepada India berbanding Malaysia?” katanya, hari ini.

Ramasamy adalah antara pemimpin DAP paling lantang menentang Zakir lebih-lebih lagi selepas pendakwah itu memperoleh status Penduduk Tetap.

Baru-baru ini, Kerajaan mengarahkan supaya pendakwah dari India tidak dibenarkan menyampaikan ceramahnya di seluruh negara bagi meredakan keadaan selepas dibantah oleh banyak pihak selepas tidak berpuas hati kononnya ucapan Zakir menyentuh hal ehwal dalaman Malaysia membabitkan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Zakir sebelum memohon maaf sambil menegaskan bahawa ucapannya diputar-belit oleh pihak tertentu bertujuan menimbulkan kerisauan banyak pihak.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, status-status Facebook membuktikan bahawa Ramasamy obses sama ada mengutuk Zakir dan penyokongnya.

Katanya, pemimpin DAP itu juga mendesak supaya diambil tindakan ke atas pendakwah terbabit, selain menyatakan kekecewaan kerana tiada tindakan diambil ke atasnya.

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...