Sabtu, 31 Ogos 2019

Berilah peluang lagi untuk PH tunaikan janji kata Aziz Bari

IPOH 31 Ogos – Naib Pengerusi DAP negeri, Dr. Abdul Aziz Bari memberi keyakinan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh menerajui negara dengan lebih baik mengikut kehendak rakyat.


Keyakinan ini bersandarkan pada pengalaman PH yang berjaya mentadbir Selangor dan Pulau Pinang berbanding pencapaian parti lawan yang menguasi lain-lain negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri berkata, justeru rakyat perlu memberi keyakinan kepada kerajaan sedia ada mengikut mandat yang telah diberi menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Malaysia baharu sudah lebih terbuka, jadi sampai masa boleh tukar kerajaan. Rakyat tentukan.

“Apa pun rakyat kena beri peluang kepada kerajaan PH yang merupakan sebuah parti yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Sambutan Ambang Merdeka di Taman Pengkalan Jaya di sini semalam.

Selain persembahan kebudayaan, orang ramai turut dijamu kenduri rakyat termasuk ubi rebus dan diakhiri dengan teriakan ‘merdeka’ pada pukul 12 tengah malam.

Kata Abdul Aziz lagi, semangat menyambut kemerdekaan juga perlu difahami dengan sebenar-benarnya oleh rakyat dan bukan sedar mengibarkan Jalur Gemilang.

“Dalam menyambut merdeka, kita nak melihat apa yang lebih signifikan selain kibarkan bendera dan nyanyi.

“Saya tak kata tak perlu kibar bendera. Maksud saya perkara yang mendasari kemerdekaan ini misalnya soal pendidikan pada generasi muda,” ujarnya

Dalam ucapannya juga, Abdul Aziz turut menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang katanya sering menakut-nakutkan rakyat sebelum ini sekiranya PH berkuasa.

“Momokan kerajaan dahulu yang kata kalau PH mentadbir nanti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan lain-lain agensi Melayu akan dihapuskan.

“RAMD masih lagi ada, malah tak da kakitangan awam pun yang diberhentikan. So (jadi), cakap-cakap Najib sebelum ini tak betul,” ucapnya. - UTUSAN ONLINE

Usah promosi pendakwah yang rasis, meniupkan api kebencian kata Waytha

KUALA LUMPUR: Media harus henti daripada memberi sebarang publisiti dan tidak memberi perhatian kepada pendakwah yang meniupkan api kebencian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.





Beliau berkata ada baiknya jika semua media mencapai kesepakatan untuk tidak menerbitkan atau menyiarkan suara yang membangkitkan sentimen kebencian dan keagamaan dalam komuniti.

“Negara akan lebih aman jika kita mengabaikan suara pendakwah yang meniupkan api kebencian kerana mereka boleh disenyapkan secara efektif jika diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi tertutup “Dialog Harmoni: Pentingnya Persefahaman Antara Agama kepada Perpaduan Nasional” di Universiti Malaya.

Waytha Moorthy berkata cadangan untuk menyenyapkan sentimen yang disuarakan di negara ini disyorkan seorang ahli akademik yang menyertai dialog tertutup itu, yang dihadiri ahli akademik, ahli masyarakat sivil dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) .


“Ini adalah salah satu cadangan terbaik untuk memupuk keharmonian. Menurut ahli akademik, hanya minoriti kecil yang cuba membangkitkan sentimen ini dan di sini kita mempunyai media yang mempromosikan orang-orang ini.

“Kami mengadakan sesi dialog yang sangat berhasil dan kami juga bersetuju bahawa kami perlu mendidik anak-anak kita untuk lebih memahami agama lain,” katanya.

Waytha Moorthy berkata cadangan lain adalah mengenai memperkasakan pendidikan agama di sekolah dan lebih banyak usaha perlu dilakukan di peringkat universiti dan sekolah menengah supaya golongan belia memahami budaya, agama dan cara hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

FMT

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...