Sabtu, 7 September 2019

[Menteri Gagal] Lim Guan Eng semakin tidak betul otaknya kata penganalisis

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng dilihat semakin hilang kewarasan sejak kempen ‘utamakan barangan keluaran Muslim’ mendapat sokongan ramai.



Pemerhati politik, Azizi Safar berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Kewangan itu seolah-olah tidak memahami maksud ‘mengutamakan’ dan boikot’ sebelum mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan ‘kebodohan’ dirinya.

“Agama Islam ajar supaya makan dan minum benda yang suci, bersih dan halal. Jadi, mengutamakan yang lebih diyakini kebersihan, kesucian dan status halal adalah perlu dilakukan.

“Kempen ini bukan kempen boikot barangan bukan Islam. Guan Eng patut faham apa maksud mengutamakan dan boikot. Umat Islam bukan boikot barangan keluaran bukan Islam malah banyak sahaja barangan bukan Islam yang digunakan oleh orang Islam tetapi apabila ia melibatkan soal makanan, sudah pasti orang Islam akan mencari yang suci, bersih dan halal.

“Jadi, mengapa Guan Eng perlu panas punggung sehingga mengeluarkan kenyataan untuk umat Islam Bumiputera boikot telefon bimbit. Telefon bimbit perlu sijil halal ke? Boleh makan ke?” soalnya dipetik dari UMNO Online hari ini.

Menurut Azizi, kempen itu juga bukan sesekali melambangkan perkauman ataupun rasis tetapi ia adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam.

Namun dalam soal barangan lain, umat Islam tidak ada masalah untuk membeli atau menggunakan produk keluaran bukan Islam.

“Isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan dan sekiranya bangsa lain berfikiran terbuka, memahami dan menghormati masyarakat majoriti negara ini maka tidak akan timbul pun salah faham.

“Sama seperti orang Islam tidak boleh pegang anjing, tidak boleh makan daging babi… tapi bila semua isu berkaitan agama Islam hendak dicampurtangan oleh mereka yang bukan Islam maka timbullah masalah… timbullah salah faham,” ujarnya.

Baru-baru ini Guan Eng menyatakan kegusarannya dengan gerakan utamakan barangan keluaran muslim yang dianggap sebagai boikot produk bukan bumiputera.

Setiausaha Agong DAP itu berkata, kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan perpaduan nasional.


Guan Eng berkata, gerakan boikot itu menyebabkan pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti, kononnya hanya dikeluarkan oleh syarikat bukan bumiputera.

Beliau juga menyindir kaum bumiputera supaya memboikot telefon bimbit kerana produk itu lazimnya dikeluarkan oleh syarikat kilang di China.- MalaysiaGazette

[Skim Pencen Hapus] Hilanglah keistimewaan sebagai Kakitangan Awam

Gara-gara mahu berjimat dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan, skim pencen akan dilupuskan dan diganti dengan skim kontrak.

Skim kontrak ini dipercayai akan menjimatkan lebih kurang RM5 bilion kos setiap tahun. Namun begitu, skim ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penjawat awam.


Terutamanya anak-anak muda. Anak-anak muda akan lebih terdorong untuk berkhidmat dengan syarikat swasta kerana kerajaan tidak lagi menawarkan skim pencen.

Penjawat awam merupakan satu pekerjaan yang menjadi kegilaan orang ramai terutamanya warganegara Malaysia kerana menawarkan skim pencen yang lebih terjamin pada anggotanya.

Namun begitu, jika pihak kerajaan memutuskan untuk melupuskan sistem itu, kakitangan awam akan hilang istimewa seperti kemudahan mendapat pinjaman, gaji yang konsisten, bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

Malah penjawat awam akan berdepan dengan risiko masa depan yang tidak terjamin. Oleh itu, pihak kerajaan tidak wajar berbuat demikian kerana hampir kebanyakan penjawat awam terdiri daripada orang Melayu. Malah skim sedemikian akan menyebabkan orang muda bertambah hilang minat untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Selain itu, lantikan kontrak yang ditawarkan tidak memberi jaminan masa depan yang lebih baik berbanding kakitangan tetap.

Oleh itu, lantikan kontrak hanya akan mengecilkan perkhidmatan penjawat awam di masa akan datang. Pihak kerajaan tidak wajar berbuat demikian kerana sehingga hari ini ramai masyarakat memandang tinggi keistimewaan penjawat awam sejak dahulu.

Jika pihak kerajaan tetap dengan pendirian untuk memansuhkannya, maka hilanglah keistimewaan penjawat awam yang sekian lama diguna pakai dalam pentadbiran negara.

Oleh demikian, janganlah berasa hairan sekiranya suatu masa nanti lebih ramai anak muda menolak berkhidmat dengan kerajaan kerana negara sendiri tidak mampu menawarkan keistimewaan yang sepatutnya. -UTUSAN ONLINE

oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

[Burukkan Kerajaan] Rakyat mudah sangat dengar cakap-cakap kedai kopi kata penganalisis

PETALING JAYA: Rata-rata rakyat pada hari ini masih lagi membincangkan isu-isu perkauman dan agama serta pelbagai perkara lain yang remeh atau sempit walaupun telah 62 tahun mengecapi kemerdekaan, menurut seorang penganalisis politik.

Prof Shamsul Amri Baharuddin berkata ini disebabkan pemahaman mengenai adat dan budaya pelbagai kaum serta sensitiviti kepercayaan agama masih lagi pada tahap yang rendah khususnya dalam kalangan golongan muda.

“Perkara-perkara seperti inilah yang menimbulkan masalah serta menggugat keharmonian apabila diperbesarkan. Orang kita terlalu fokus kepada yang negatif dan gemar mendengar cakap-cakap ‘kedai kopi’ sedangkan banyak sisi positif yang boleh ditonjolkan.

Gambar sumber Malaymail

“Misalnya ada yang mendakwa keadaan sekarang bahaya…tetapi bahaya yang bagaimana? Tidak lain ia hanya andaian yang menakut-nakutkan umum. Apatah lagi dengan adanya media sosial dan telefon pintar yang digunakan secara tidak bijak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi antara ahli panel forum “Malaysia Selepas 62 Tahun Merdeka” di ibu pejabat Sin Chew Daily malam tadi.

Wacana dengan tema #KitalahMalaysia bersempena kempen kemerdekaan memupuk persefahaman itu dianjurkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan Sinar Harian yang diadakan selama 17 hari, bermula 31 Ogos sehingga 16 Sept ini.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata semua pihak harus melihat kepada perkara yang lebih luas dan realistik untuk diperkatakan, misalnya soal memperkasa ekonomi dan pendidikan agar dapat bersama melangkah maju ke hadapan.

Katanya perlu juga difahami apa yang dikecapi hari ini adalah menerusi semangat kesepaduan antara kaum yang telah terjalin sejak sekian lama dan ia perlu terus dipupuk agar tidak terhakis.

“Malaysia masih dalam proses ke arah mencapai perpaduan yang sebenar. Semangat kesepaduan kaum yang ada sekarang diterjemah apabila kita bersekali walaupun saling berbeza antara satu sama lain. Inilah istimewanya rakyat Malaysia.

“Kita masih boleh untuk tidak bersetuju dan adakala bertegang dalam pelbagai perkara, tetapi masih mampu duduk secara aman. Maka untuk mencapai perpaduan yang diimpikan, kita harus mencari titik persamaan dengan cara lebih mengenali antara satu sama lain,” jelasnya.

FMT

Jumaat, 6 September 2019

Hari Jumaat untuk penggunaan tulisan jawi, hari lain bagaimana?

KUALA LUMPUR – Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.


Beliau berkata, tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.

“InsyaAllah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia.

“Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang program berkenaan akan dilaksanakan oleh seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.

“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan,” katanya. – MalaysiaGazette

Khamis, 5 September 2019

Tolong teladani Nabi Muhammad pesan Pemuda DAP kepada UMNO dan PAS

Bila Nabi Muhammad dicerca dalam media sosial, muka dia pun tak nampak, bila hal berkaitan umat Islam dipertikaikan, jangan kata muka, jejak pun tak nampak, tetapi bila umat Islam nak dahulukan produk buatan orang Islam itu sendiri, mulalah mereka meraban dan jadi tidak keruan.

Maka watak-watak mulia pun muncul, terpaksa jadi hipokrit, muka tebal, malah boleh pula berkata-kata macam mereka lebih tahu Islam dari orang lain.

Inilah perangai parti DAP yang kita kena fahamkan.

Malah dengan mengajak UMNO dan PAS meneladani Nabi Muhammad, yang kata macam tu adalah pemuda DAP, ok apa kata kalau dia sendiri ingin teladan baik dari Nabi junjungan kita, ucapkan dua kalimah shahadah, maka dia sendiri akan faham dan menyintai keindahan Islam. Buang hipokrit boleh tak wahai pemuda DAP.



Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, hari ini mengajak masyarakat Islam - terutamanya pemimpin PAS dan Umno - untuk mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat.

Kata Lee, ketika berada di Madinah Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjual beli dengan peniaga daripada kalangan Yahudi yang bukan Islam.

Mengulas mengenai kempen digerakkan kumpulan tertentu dan disokong pembangkang, Lee berkata pihak yang berkenaan perlu mencontohi akhlak nabi yang baik itu.

“Jika dicermati sirah Nabi Muhammad SAW, Madinah yang dipimpin oleh baginda sendiri membenarkan kaum Yahudi berniaga dan berjual beli dengan orang Islam.
Iklan
“Penggerak serta pengikut kempen boikot ini harus mengambil iktibar dan pengajaran besar daripada akhlak dan teladan baik itu," katanya dalam satu kenyataan.

Gerakan kempen itu dipercayai bermula di media sosial dengan beberapa akaun dibuka untuk menggalakkan orang Islam membeli barangan peniaga Muslim.

Gerakan itu kian menarik perhatian apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ogos lalu mencadangkan agar produk bukan Muslim dilarang menggunakan tulisan Jawi pada barangan mereka.

Bahaya jika dimanipulasi

Ia juga ada kaitan dengan polemik - dan bantahan - kumpulan tertentu kepada pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Untuk rekod kempen “beli produk Muslim dulu” bukanlah baru kerana ia dikesan sekurang-kurangnya sejak akhir tahun lalu namun ia tidak begitu meluas.

Bagaimanapun, ada kalangan penyokong kempen mencadangkan agar kempen itu disertakan dengan memboikot produk bukan Muslim.


Kata Lee sebagai masyarakat majmuk yang kaya dengan kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia tidak boleh memboikot sesuatu produk secara melulu atau hanya berdasarkan perbezaan agama.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji di Perak menambah, gerakan memboikot bertentangan dengan norma masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak membantu perkembangan ekonomi negara serta berpotensi untuk menggugat perpaduan.

“Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim.

“Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta," katanya.

baca selanjutnya Malaysiakini

Babi dari Indonesia ceroboh Melaka, cari habitat baru kata Exco

MELAKA: Bandaraya bersejarah, Melaka yang beberapa kali dicerobohi penjajah sejak ratusan tahun dulu kini dikejutkan dengan pencerobohan terbaru dari Indonesia.


Walau bagaimanapun, pencerobohan kali ini bukanlah dilakukan oleh manusia, sebaliknya oleh babi hutan yang berenang merentasi selat Melaka dari negara jiran itu.


YB NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE, EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani berkata babi hutan merupakan perenang yang cekap, tetapi kerajaan negeri tidak menyangka mereka berupaya merentasi selat Melaka yang sempit dari Sumatera demi mencari habitat baru, lapor The Star.

“Pencerobohan dari laut oleh babi-babi hutan ini menyebabkan keresahan kerana populasi haiwan tersebut meningkat di Melaka.”

“Pulau Besar yang mistikal menyaksikan kemusnahan meluas kesan dari perpindahan puluhan babi-babi hutan ini termasuk anak-anak babi”

Tambah NORHIZAM lagi, nelayan melaporkan melihat muncung haiwan tersebut sepanjang garisan pantai Melaka hampir setiap malam.
“Sekarang, Melaka didiami babi hutan dari Indonesia.” , katanya.

Tambah beliau lagi, jumlah babi hutan mungkin akan melebihi populasi manusia di Pulau Besar sekiranya situasi ini tidak dikawal.

“Pulau besar nampaknya menjadi pusat pendaratan untuk babi-babi hutan ini sebelum merentas kawasan berhampiran Ujong Pasir di Semenanjung dan kawasan pantai lain” kata NORHIZAM.

Penembak tepat ditempatkan bagi mengawal populasi babi hutan tersebut, NORHIZAM berkata kerajaan negeri mendapat bantuan dari PERHILITAN.

“PERHILITAN sedang menyediakan tiga orang penembak tepat dalam misi menyelamatkan Pulau Besar dari pencerobohan babi hutan. ”
Pulau Besar merupakan pusat tarikan pelancong dan beberapa perigi purba, dan kubur lama terdapat di situ. – Buletin TTKM-

Rabu, 4 September 2019

Kempen dahulukan produk orang Islam itu tidak bijak dan merosakkan kata Persatuan Pengguna

GEORGE TOWN: Sebuah persatuan hak pengguna menyifatkan kempen mendahulukan barangan buatan orang Islam sebagai “tidak bijak” dan akan gagal.


Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata kempen itu akan menjejaskan negara dalam tempoh pergolakan ketika perang perdagangan Amerika Syarikat-China semakin melarat.

Mohideen meragui kempen itu boleh meningkatkan ekonomi orang Islam seperti yang dibayangkan penyokong kempen itu. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan lebih banyak penderitaan.

Kempen “Beli Produk Muslim Dulu” bermula di media sosial, di mana masyarakat Islam digesa mengutamakan barangan daripada perniagaan milik orang Islam.

“Kita berdepan masa depan yang mencabar, dunia bergelora kerana perang perdagangan. Kenapa kita bercakap tentang itu? Kita sepatutnya bercakap tentang cara-cara menambahbaik ekonomi kita, bukan menyebabkan perpecahan.

“Ramai orang menderita, tak mampu bayar pinjaman dan golongan B40 mengalami masalah kewangan. Seruan itu tidak wajar dan tidak realistik. Kamu mesti ingat kita semua, orang Islam dan bukan Islam, saling berkaitan,” katanya ketika dihubungi.

Mohideen berkata kempen itu hanya akan “memburukkan lagi salam faham antara masyarakat” kerana orang Islam dan bukan Islam bebas berdagang semasa mereka sejak berzaman.

“Ahli politik tak patut mengambil kesempatan dengan kempen ini, hanya untuk meraih sokongan daripada satu komuniti. Kita patut ketepikan perbezaan politik dan bekerjasama meletakkan negara pada kedudukan yang lebih kuat dan bersatu,” katanya.

PAS dan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kempen itu dan menyokong produk-produk buatan orang Islam, mengatakan ia bertujuan menguatkan kuasa ekonomi orang Islam dan membantu mereka bersaing.

Kempen itu dibidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

FMT

Tiada lagi skim pencen Perkhidmatan Awam selepas ini? Ia akan dimansuhkan

Kerajaan dijangka dapat menjimatkan beban kewangan sehingga RM5 bilion setahun jika melaksanakan opsyen lantikan tidak tetap (tidak berpencen atau kontrak) kepada penjawat awam baharu pada masa akan datang.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, buat masa ini, kerajaan menanggung beban sehingga RM28 bilion setahun bagi bayaran pencen kepada pesara kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibentangkan dalam kertas awalan kepada Jemaah Menteri namun ia belum dimuktamadkan sebaliknya Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam meminta supaya cadangan itu diperbaiki termasuk memurnikan idea berkenaan.

“Jika ia berjalan lancar dan dipersetujui, insyaAllah opsyen berkenaan akan ditawarkan kepada penjawat awam sedia ada menerusi pengambilan baharu penjawat awam tahun hadapan bergantung kepada keputusan kerajaan.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kita untuk memastikan kerajaan kurang dibebani dengan bayaran pencen yang tinggi setiap tahun,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2019 di Putrajaya hari ini.

Katanya, seiring dengan pelaksanaan opsyen kontrak itu, pihaknya juga melihat kemungkinan untuk menawarkan pelbagai insentif, gaji lebih baik dan perlindungan kebajikan kepada lantikan baharu penjawat awam yang dilantik menerusi opsyen berkenaan.

Borhan berkata, ia bagi membolehkan penjawat awam yang menerima tawaran kerja opsyen kontrak berasa lebih terjamin dan tidaklah mereka ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal.

“Mungkin ada bentuk perkhidmatan atau perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap, contohnya kita boleh lantik tetap kepada dua bahagian iaitu lantik tetap berpencen dan lantik tetap tidak berpencen.

“Lantikan tetap berpencen pula boleh dibahagikan kepada tetap berpencen tetapi mencarum kepada tabung pencen (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Jadi akhirnya kita akan lihat kerajaan tidak akan menanggung beban pencen dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan memastikan skim perkhidmatan baharu penjawat awam itu akan lebih menarik dan dinamik serta pada masa sama penjawat awam baharu akan berasa terpelihara dan terjamin biarpun hanya lantikan kontrak.

Dalam pada itu, Borhan berkata, kerajaan sudah memperkenalkan lantikan tetap tidak berpencen kepada penjawat awam sebelum ini tapi tidak dalam skala besar terutama dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dalam sistem perkhidmatan ATM, ada lantikan jangka pendek dan dan lantikan jangka panjang,” katanya.

Sumber
Cempedak Chess

Saya bukan Ketua Polis Pakatan Harapan kata KPN

TAPAH - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan membuat kenyataan bahawa pembangkang sebagai punca peningkatan ketegangan isu agama dan kaum.

Menurutnya, beliau juga tidak bersikap partisan atau berat sebelah terhadap mana-mana parti politik seperti yang didakwa.

Gambar sumber Google

Beliau berkata, sebaliknya sebagai Ketua Polis Negara beliau harus bersikap berkecuali dengan menegur mana-mana pihak termasuk kerajaan jika melakukan kesalahan

"Saya cuma kata parti yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan kerajaan, itu peranan dia.

"Tapi saya pula dikatakan serang parti pembangkang. Saya minta orang yang buat tuduhan itu dengar baik-baik apa saya cakap.

"Sebagai Ketua Polis Negara saya tak menyebelahi mana-mana pihak, seolah-olah saya Ketua Polis Negara Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan untuk parti politik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Operasi Bersepadu Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Hashim dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Abdul Hamid mengulas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil yang menyarankan beliau meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara jika mahu membuat kenyataan politik.

Isham mengulas mengenai laporan akhbar yang menyebut Abdul Hamid menyalahkan pembangkang kerana kerajaan PH sedang goyang di tengah-tengah peningkatan ketegangan isu agama dan kaum. - UTUSAN ONLINE

Tak kerana mulianya hatimu Nadia, mungkin lain jadinya

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pertolongan kecil membawa makna yang besar dan meninggalkan kesan mendalam.



TANGKAP layar video dari akaun Twitter Nadia Dahlia yang mengekori belakang dua penunggang motosikal di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/gambar Twitter Nadia Dahlia

Ini yang berlaku kepada seorang pemilik akaun Twitter dikenali Nadia Dahlia kerana membantu dua penunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurut status pemilik @nadiadahlia, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dia terserempak dua penunggang motosikal dengan salah seorang daripadanya sedang menunda kenderaan itu.

“Terdetik hati untuk buat sesuatu kepada mereka. Seorang penunggang menunda motosikal lain di jalan besar, bayangkan kereta laju dari arah belakang menyebabkan seorang daripadanya hampir hilang kawalan kerana ditolak dengan kaki sambil menunggang.

“Saya yang memandu dari lorong kanan, cepat-cepat ke lorong kiri lalu ikut mereka dari belakang dan membuka lampu isyarat kecemasan bagi memaklumkan kereta lain yang laju dari arah belakang,” katanya menerusi ciapan yang dimuat naik pada 2 September lalu.

Tambah Nadia, dia dapat menolong kedua-dua insan itu sehingga ke sekitar jalan Kempas ke Setia Tropika, Johor Bahru kerana tersekat di lampu isyarat.

“Lepas je lampu isyarat, saya dah tak nampak mereka menghala ke mana. Tapi yang pasti, seorang penunggang motosikal terbabit sempat angkat tangan sambil cakap ‘terima kasih’,” katanya yang menggunakan tanda pagar #kitapower dan mendapat 2,120 tanda suka serta 2,732 ulang kicau.

Nadia juga berpesan kepada pengguna jalan raya jika ternampak ada orang sedang menunda motosikal, jangan laju atau ‘cucuk belakang’, istilah yang selalu digunakan oleh pengguna jalan raya.

“Pertolongan kecil mampu memberi amaran kepada yang lain,” ujarnya.

Nadia juga turut meminta maaf kepada pengguna jalan raya lain kerana terpaksa memperlahankan kereta sehingga ada yang lewat sampai ke destinasi.

“Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita tidak kira berlainan bangsa atau agama,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Selasa, 3 September 2019

Bila Lim Guan Eng buka mulut, pelabur lari dan naik menyampah

KUALA LUMPUR: Umno mendakwa antara punca ekonomi negara merosot adalah disebabkan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, mengatakan ia tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara ini.


 Gambar sumber EdgeProb.my

Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah berkata setiap kali Lim “buka mulut” dan membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukan ekonomi negara, maka setiap kali itulah harga saham di bursa saham akan menurun.

“Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang tidak berkeupayaan mewujudkan keyakinan kepada pelbagai pihak, baik rakyat Malaysia atau peniaga dan pelabur.

“Kalau pemimpin tidak diyakini, ia akan memberi masalah kepada negara, kemudiannya memberi kesan kepada rakyat.

“Apa yang diucapkan perdana menteri, menteri kewangan atau menteri lain tidak diyakini. Apabila tidak diyakini, ia akan menjadi masalah kepada negara dan menjadi masalah kepada mereka (menteri Kabinet) juga,” katanya dalam jelajah ceramah umum sempena himpunan penyatuan ummah di Taman Maluri, malam tadi.

Sewaktu berucap di depan kira-kira 300 hadirin yang hadir, Shamsul turut mempersoalkan keupayaan Dr Mahathir Mohamad membawa pelaburan masuk ke dalam negara yang menurutnya sehingga kini masih tidak kelihatan hasilnya.

“Mana sahaja negara yang perdana menteri kita tidak pergi, dia sudah pergi ke Jepun, China, Amerika Syarikat, Pakistan, Turki dan pelbagai negara lagi sewaktu siri lawatannya ke luar negara, apakah pelaburan yang dibawa masuk.

“Zaman kita (Barisan Nasional) tidak perlu perdana menteri yang pergi, cukup menteri kewangan sahaja yang pergi, itupun sudah banyak pelaburan. Kalau perdana menteri ketika itu yang pergi maka lagi banyaklah pelaburan dibawa masuk,” katanya.

Menurutnya, pada 2016 sewaktu dalam rangka lawatan Najib Razak ke China, bekas perdana menteri itu berjaya membawa pelaburan ke dalam negara dengan nilai yang cukup besar.

“Tidak kurang RM143.46 bilion dalam bentuk pelaburan. Apabila pelaburan berjaya dibawa balik ke dalam negara, maka rahmatnya adalah untuk rakyat.

“Kini, sudah berapa kali perdana menteri kita pergi China, apakah pelaburan yang dibawa, mana ada. Kenapa tidak ada, kerana orang tidak yakin,” katanya.

FMT

Umat Islam diharap buang sikap bergantung kepada bantuan kata PM

PHNOM PENH 2 Sept. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk mengikis sikap, yang hanya mahu bergantung kepada bantuan dan pertolongan pihak lain.




Beliau berkata, umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin, beramanah dan cekap, untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam.

"Kita amat sedih kerana di mana-mana sahaja, kita dapati terdapat orang Islam dibelenggu kemiskinan dan berharap kepada pertolongan orang lain. Kenapa? Kerana mereka tidak berusaha.

"Kita tahu apabila kita berniaga dan memililiki pekerjaan, kita tidak perlu bergantung kepada bantuan orang lain.

"Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya... kita memiliki kepandaian dan kemahiran, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Itulah kita perlu kembali kepada asas ajaran Islam," katanya di majlis pertemuan bersama komuniti Islam Kemboja di hotel penginapannya di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Dr. Mahathir turut dianugerahkan Tokoh Kepemimpinan Islam oleh komuniti Islam Kemboja, bagi mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam membantu masyarakat itu.

Terdahulu, Dr. Mahathir turut menerima kunjungan hormat Menteri Tugas Tugas Khas, bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kebajikan masyarakat Islam di Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan.

Dr. Mahathir memulakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula hari ini, atas jemputan rakan sejawatannya, Hun Sen.

Sementara itu, Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah turut menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Kemboja, di hotel yang sama malam ini.

Hampir 300 rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di sekitar Phnom Penh, hadir pada majlis makan malam itu. - BERNAMA

Isnin, 2 September 2019

NGO desak kerajaan kenakan hukuman keras kepada yang boikot barangan orang bukan Islam

SEBUAH persatuan pengguna mendesak kerajaan mengambil tindakan segera dengan menggunakan undang-undang yang ada terhadap pihak yang melancarkan kempen boikot barangan bukan Islam.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi meredakan keadaan masyarakat yang sebelum ini ternyata harmoni selama 62 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan.


“Tindakan yang diambil golongan tertentu ini adalah suara minoriti, sedangkan suara majoriti masih rasional.

“Ia mempunyai agenda politik yang bertujuan memecah belahkan masyarakat dalam negara kita,” katanya dipetik portal FMT hari ini.

Sebelum itu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata, tindakan memboikot produk bukan muslim berpunca dari tindak-tanduk pihak tertentu mengguris perasaan umat Islam kebelakangan ini.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menggesa orang bukan Islam tidak menganggap kempen mengutamakan produk Islam itu sebagai satu permusuhan dengan memberi contoh banyak syarikat yang mengiklankan produk mereka di semua media dan papan tanda.

“Itu bukan bererti satu peperangan kepada syarikat lain. Ia satu usaha untuk melariskan produk demi pengukuhan ekonomi mereka,” kata Mohd Asri yang menggesa umat Islam menggunakan kempen memperkasa ekonomi umat Islam, daripada kempen memboikot.

Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyeru PAS dan Umno supaya membantu menghentikan gerakan memboikot produk bukan Islam kerana tindakan itu tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara.

Setiausaha agung DAP itu berkata, jika Umno dan PAS tidak memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu patut membantah boikot berkenaan.

Dalam pada itu, Jacob, yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam gerakan kepenggunaan berkata, kempen boikot itu hanya berjalan di semenanjung dan tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

“Ini bukan ‘penyakit’ Malaysia. Ini hanya di semenanjung, bukan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau menyarankan semua pihak supaya mengambil maklum nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum adalah asas kukuh bagi perpaduan negara.


Stesen TV berbahasa cina buat silap tulis kedudukan negeri masa hari Kemerdekaan, adakah ini disengajakan?


Apa punya perangai agaknya golongan kiasu yang dikatakan tidak sengaja melampirkan kedudukan nama negeri, Sarawak bertukar pula jadi Sabah, apa gila?

Sejak dua menjak Malaysia Baharu ini, perangai dikalangan orang cina yang mungkin kiasunya tinggi nampak terang terangan, dari cerita bendera terbalik, cerita anti tulisan jawinya, sedangkan sejak 2016 dah ada pun bahagian tulisan jawi ni.

Kadang-kadang memang tak boleh nak sembang apa perangai kiasu-kiasu ni, nak sangat jadikan Malaysia Taiwan? Hong Kong? Tanah besar China.

Ramai orang Melayu Bumiputera sabar je sekarang ni melihat satu persatu gelagat mereka.


Perkataan Kuching, Sarawak pada tempat yang sepatutnya Sabah. Di lokasi Sarawak pula, tertera Kota Kinabalu, Sabah.


KUCHING – Sebuah rancangan televisyen yang mengadakan siaran langsung sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan melakukan kesilapan apabila tersalah meletakkan Sabah dan Sarawak dalam peta Malaysia.

Kesilapan rancangan berbahasa Cina yang disiarkan 8TV itu telah tular dalam media sosial kerana “menterbalikkan” kedudukan Kuching, Sarawak dengan Kota Kinabalu, Sabah.
See Hua Daily, sebuah akhbar berpangkalan di Kuching melaporkan, kesilapan pada hari ulang tahun kemerdekaan negara itu sukar diterima oleh orang di Sabah dan Sarawak.

“Jika kesilapan melibatkan Semenanjung yang mempunyai banyak negeri, mungkin ia boleh dimaafkan.

“Tetapi di Malaysia Timur hanya terdapat Sabah dan Sarawak. Begitu susahkah mahu membezakan dua negeri ini?” demikian lapor See Hua Online.

Orang ramai dalam pada itu juga mempertikaikan tahap ilmu geografi pasukan yang menyediakan pengisian rancangan itu.

Dalam rancangan itu, beberapa orang pengacara sedang berhujah tentang negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Semasa salah seorang pengacara membuka pelekat pada peta, tertera perkataan Kuching, Sarawak pada tempat yang sepatutnya Sabah. Di lokasi Sarawak pula, tertera Kota Kinabalu, Sabah.

Para pengacara juga segera mengesan kesilapan itu dan melakukan pembetulan. Namun demikian, kesilapan itu telah ditularkan dalam media sosial.
Sementara itu, Primeworks Studios pada malam hari yang sama telah meminta maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. – MalaysiaGazette

Kalau berani boikotlah sekali telefon bimbit kata Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna.


 Gambar sumber MalaysiaGazzette


Ini kerana pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti pada harga yang lebih rendah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, perbuatan memboikot produk bukan bumiputera itu sudah mencapai tahap yang mengganggu sehingga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen.

“Kalau begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera), produk-produk luar negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan extremis perkauman dan agama sepatutnya patuh kepada nasihat Perdana Menteri yang mahukan pergerakan yang memboikot produk bukan bumiputera dihentikan, katanya.

Nasihat perdana menteri itu betul menurut Guan Eng kerana kempen yang dijalankan oleh sebahagian golongan yang berfikiran sempit tidak mampu membantu memperbaiki situasi sebaliknya menambah kemarahan sedia ada.

Guan Eng mendakwa, sekiranya Pas dan UMNO tidak menentang orang bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti tersebut sepatutnya mengambil pendirian serupa dengan mengutuk kempen memboikot produk bukan bumiputera.

Tambahnya, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil nasihat bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei yang mahukan semua penduduk bersatu dan menentang rasisme dan bertelagah sesama sendiri akibat isu-isu yang tidak penting.

Guan Eng juga berkata, seorang Cina mualaf dan pendakwah mendakwa orang Cina di Malaysia tidak seharusnya berpura-pura mencintai negara ini sekiranya mereka mengundi parti ultra-kiasa atau DAP apabila mereka menyokong pemain-pemain badminton China berbanding pemain tempatan seperti Misbun Sidek atau Chong Wei.- MalaysiaGazette

PKR sedang berantakan dengan dashyat, batal jemputan Azmin adalah salah satu perkara paling tragis menurut sumber

Akhirnya perbalahan ketara antara kem Azmin dan Anwar sudah tidak mampu disorokkan dengan aman, mereka sedang berpecah belah, mereka sedang ...