Khamis, 5 September 2019

Tolong teladani Nabi Muhammad pesan Pemuda DAP kepada UMNO dan PAS

Bila Nabi Muhammad dicerca dalam media sosial, muka dia pun tak nampak, bila hal berkaitan umat Islam dipertikaikan, jangan kata muka, jejak pun tak nampak, tetapi bila umat Islam nak dahulukan produk buatan orang Islam itu sendiri, mulalah mereka meraban dan jadi tidak keruan.

Maka watak-watak mulia pun muncul, terpaksa jadi hipokrit, muka tebal, malah boleh pula berkata-kata macam mereka lebih tahu Islam dari orang lain.

Inilah perangai parti DAP yang kita kena fahamkan.

Malah dengan mengajak UMNO dan PAS meneladani Nabi Muhammad, yang kata macam tu adalah pemuda DAP, ok apa kata kalau dia sendiri ingin teladan baik dari Nabi junjungan kita, ucapkan dua kalimah shahadah, maka dia sendiri akan faham dan menyintai keindahan Islam. Buang hipokrit boleh tak wahai pemuda DAP.



Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, hari ini mengajak masyarakat Islam - terutamanya pemimpin PAS dan Umno - untuk mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat.

Kata Lee, ketika berada di Madinah Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjual beli dengan peniaga daripada kalangan Yahudi yang bukan Islam.

Mengulas mengenai kempen digerakkan kumpulan tertentu dan disokong pembangkang, Lee berkata pihak yang berkenaan perlu mencontohi akhlak nabi yang baik itu.

“Jika dicermati sirah Nabi Muhammad SAW, Madinah yang dipimpin oleh baginda sendiri membenarkan kaum Yahudi berniaga dan berjual beli dengan orang Islam.
Iklan
“Penggerak serta pengikut kempen boikot ini harus mengambil iktibar dan pengajaran besar daripada akhlak dan teladan baik itu," katanya dalam satu kenyataan.

Gerakan kempen itu dipercayai bermula di media sosial dengan beberapa akaun dibuka untuk menggalakkan orang Islam membeli barangan peniaga Muslim.

Gerakan itu kian menarik perhatian apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ogos lalu mencadangkan agar produk bukan Muslim dilarang menggunakan tulisan Jawi pada barangan mereka.

Bahaya jika dimanipulasi

Ia juga ada kaitan dengan polemik - dan bantahan - kumpulan tertentu kepada pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Untuk rekod kempen “beli produk Muslim dulu” bukanlah baru kerana ia dikesan sekurang-kurangnya sejak akhir tahun lalu namun ia tidak begitu meluas.

Bagaimanapun, ada kalangan penyokong kempen mencadangkan agar kempen itu disertakan dengan memboikot produk bukan Muslim.


Kata Lee sebagai masyarakat majmuk yang kaya dengan kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia tidak boleh memboikot sesuatu produk secara melulu atau hanya berdasarkan perbezaan agama.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji di Perak menambah, gerakan memboikot bertentangan dengan norma masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak membantu perkembangan ekonomi negara serta berpotensi untuk menggugat perpaduan.

“Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim.

“Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta," katanya.

baca selanjutnya Malaysiakini

Babi dari Indonesia ceroboh Melaka, cari habitat baru kata Exco

MELAKA: Bandaraya bersejarah, Melaka yang beberapa kali dicerobohi penjajah sejak ratusan tahun dulu kini dikejutkan dengan pencerobohan terbaru dari Indonesia.


Walau bagaimanapun, pencerobohan kali ini bukanlah dilakukan oleh manusia, sebaliknya oleh babi hutan yang berenang merentasi selat Melaka dari negara jiran itu.


YB NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE, EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani berkata babi hutan merupakan perenang yang cekap, tetapi kerajaan negeri tidak menyangka mereka berupaya merentasi selat Melaka yang sempit dari Sumatera demi mencari habitat baru, lapor The Star.

“Pencerobohan dari laut oleh babi-babi hutan ini menyebabkan keresahan kerana populasi haiwan tersebut meningkat di Melaka.”

“Pulau Besar yang mistikal menyaksikan kemusnahan meluas kesan dari perpindahan puluhan babi-babi hutan ini termasuk anak-anak babi”

Tambah NORHIZAM lagi, nelayan melaporkan melihat muncung haiwan tersebut sepanjang garisan pantai Melaka hampir setiap malam.
“Sekarang, Melaka didiami babi hutan dari Indonesia.” , katanya.

Tambah beliau lagi, jumlah babi hutan mungkin akan melebihi populasi manusia di Pulau Besar sekiranya situasi ini tidak dikawal.

“Pulau besar nampaknya menjadi pusat pendaratan untuk babi-babi hutan ini sebelum merentas kawasan berhampiran Ujong Pasir di Semenanjung dan kawasan pantai lain” kata NORHIZAM.

Penembak tepat ditempatkan bagi mengawal populasi babi hutan tersebut, NORHIZAM berkata kerajaan negeri mendapat bantuan dari PERHILITAN.

“PERHILITAN sedang menyediakan tiga orang penembak tepat dalam misi menyelamatkan Pulau Besar dari pencerobohan babi hutan. ”
Pulau Besar merupakan pusat tarikan pelancong dan beberapa perigi purba, dan kubur lama terdapat di situ. – Buletin TTKM-

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...