Sabtu, 14 September 2019

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Islam itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyetujui penyatuan PAS dan Umno ketika masih hidup.




Menyifatkan dakwaan Hadi itu sebagai tidak logik, Mujahid berkata Hadi dan partinya sanggup berbuat apa sahaja untuk menenangkan pengikut setia Nik Aziz yang tidak menyukai penyatuan dengan Umno.

“Mana dia tahu setuju? Nik Aziz sudah meninggal dunia sebelum piagam hari ini. Hebat Hadi boleh tahu setuju ke tidak,” katanya kepada FMT.


“Hadi dan PAS mewajarkan apa sahaja untuk menenangkan pengikut PAS yang setia dengan Nik Aziz dan tidak selesa dengan penyatuan ini, walaupun jawap cara tak logik tentang Nik Aziz,” tambahnya.

Hadi membuat dakwaan itu pada sidang media bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Piagam itu menandakan terjalinnya kerjasama rasmi antara dua parti Melayu-Islam terbesar itu.

Hadi berkata Majlis Syura Ulama PAS pernah membincangkan “taawun” atau kerjasama semasa Nik Aziz masih hidup. PAS pernah bersama Umno dalam Barisan Nasional pada 1970-an tetapi meninggalkan gabungan itu pada 1977.

FMT

[Muafakat Nasional] PH tidak goyang, himpunan Pas Umno tidak ubah haluan kami kata pemuda

Himpunan PAS UMNO di PWTC telah memberi impak bahaya sebenarnya kepada Pakatan Harapan, nampaknya pemimpin atasan mereka tidak mahu memberi komen yang begitu keras untuk mengkritik himpunan dua parti terbesar orang Melayu ini.

Hanya kedengaran samar-samar kritikan, perli, cakap kosong untuk menyejukkan hati mereka yang sedang risau, yelah ikutkan Pakatan Harapan menang banyak kerusi pun kerana pecahan undi dari orang Melayu.

Kali ini, maaf kata, tsunami orang Melayu secara dasarnya memang nakkan kuasa dikawal oleh orang Islam yang majoriti dalam Malaysia ini bukannya menjadi kerajaan yang zalim diterajui oleh manusia yang bersifat rasis seperti parti D4P.


Ayuh kita war-warkan kepada semua orang Melayu, Muafakat Nasional adalah episod yang indah untuk orang Melayu.

Pemudah PH kata mereka tidak ubah apa-apa kepada mereka




PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) berkata Himpunan Penyatuan Ummah hari ini tidak mengubah haluan dan perjuangan PH, disebalik jumlah kehadiran yang tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pemuda PH menambah mereka juga tidak hairan dengan penggabungan dua parti Melayu-Islam terbesar itu.

Ini kerana PH merupakan suatu pakatan majmuk, yang terdiri daripada rakyat berbagai keturunan, agama, budaya dan wilayah.

“Kepelbagaian dan kemajmukan inilah kekuatan dan kehebatan kita. Abaikanlah perihal parti-parti pembangkang dan tumpukan perhatian kepada prestasi PH,” kata Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan How dan Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzah dalam kenyataan bersama hari ini.


Pemuda PH menambah kerjasama Umno dan PAS sebenarnya bukan perkara baru dalam politik negara.

“Janganlah dibazirkan masa dan tenaga berbicara soal dan isu parti lain,” katanya.

Sejarah baru dalam landskap politik negara tercipta apabila 2 parti politik terbesar orang Melayu, iaitu PAS dan Umno hari ini secara rasmi menjalinkan kerjasama.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menandatangani piagam kerjasama politik selepas lebih 60 tahun menjadi seteru sambil disaksikan ribuan penyokong kedua-dua parti pada acara kemuncak Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Laungan takbir turut bergema selepas PAS dan Umno memeterai piagam kerjasama politik itu secara rasmi. Turut menyaksikan penyatuan itu rakan komponen BN dan Gagasan Sejahtera.

Jumaat, 13 September 2019

[Penyatuan Ummah] Rafizi yakin sangat perkahwinan PAS UMNO akan terburai dengan teruk nanti

Rafizi sudah tahu, penyatuan orang Melayu itu, bakal membawa lembaran baru politik di Malaysia, dia juga tahu, PH berkuasa sebab pecahan undi orang Melayu, dia sendiri tidak mengakui kemenangan PH itu tidaklah kerana aura Mahathir, katanya kemenangan PH pada PRU 15 adalah kerana PKR, 1MDB dan Najib.

Mungkin kerana Rafizi ini semasa dia menjadi pembangkang hanya pandai membuat fitnah, makanan dia hanyalah fitnah berjela-jela, kata dia lagi masa sebelum menang PRU, kita pembangkang kerjanya adalah menghasut.

Sekarang dia muncul setelah lama juga duduk dalam gua, hari ini adalah hari besar untuk orang Melayu, ramai dikalangan pemimpin PH meroyan tidak keruan, jadi sawan kerana penyatuan Ummah ini bakal menjadi sesuatu perkara yang cukup bahaya untuk Pakatan Harapan.


PAS UMNO AKAN TERBURAI

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerjasama politik PAS-Umno yang sedang diperkuatkan menerusi Himpunan Penyatuan Ummah berlangsung mulai hari ini, tidak akan kekal lama.

Rafizi berkata Umno dan PAS melaungkan penyatuan ummah sedangkan mereka yang saling kafir-mengkafir dan memecahbelahkan ummah selepas kegagalan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam itu pada 1980-an.

“Seperti juga perkahwinan Umno-PAS yang lepas, perkahwinan kali ini juga akan terburai. Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.

“Apabila strategi politik itu tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya menerusi kiriman Facebook hari ini.

PAS pernah menjalin kerjasama dengan Umno awal 1970-an namun tidak kekal. Ketika itu PAS menjatuh hukum Umno sebagai parti “kafir”.

Akibat daripada permusuhan itu, penyokong Umno dan PAS mula berseteru lebih-lebih lagi melalui Amanat Hadi yang menyebabkan berlakunya tragedi berdarah Mamali yang mengorbankan 14 nyawa.

Kini, hubungan mereka kembali terjalin, lebih-lebih lagi kedua-duanya bersetuju memeterai piagam kerjasama politik pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra, esok.

Rafizi berkata “perkahwinan” PAS-Umno kali ini juga tidak akan kekal kerana tiada siapa yang tahu siapa pihak lelaki dan perempuan antara kedua parti itu.

“PAS beritahu ahlinya yang dalam perkahwinan itu, PAS adalah lelaki yang memimpin. Kalau PAS ucap saja, jatuh talak 3 jadi Umno tidak boleh main-main.

“Umno beritahu ahlinya PAS adalah jandanya yang sekarang gila talak dengan Umno setelah berpuluh tahun memaki hamun Umno. Umno bukan cinta sangat kepada PAS, cukup untuk dipakai sahaja,” katanya.

FMT

Jangan berjuang sebab nak kaya, guna kuasa, wang dengan Bersatu kata Tun M

SHAH ALAM: Pemimpin PPBM diingatkan supaya tidak mengamalkan perjuangan berkiblatkan” wang dan kuasa jika mahu kekal lama berkuasa di Putrajaya.


Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad mengulangi peringatan itu sambil memaklumkan pemimpin dan ahli parti perlu menjadikan perjuangan parti berteraskan semangat kebangsaan dan bangsa.

“Kita tidak akan guna duit, kita bergantung kepada semangat kebangsaan, bangsa kita, untuk meraih sokongan rakyat, bukan kerana kirta tabur duit kepada mereka,” katanya ketika berucap sempena majlis sambutan ulang tahun ke-3 PPBM di Dataran Shah Alam. malam ini.

Katanya, PPBM perlu menjadikan kekalahan Barisan Nasional (BN) sebagai pengajaran berikutan tamak mengejar kuasa dan wang setelah diberi mandat lebih 60 tahun sebagai pemerintah.

“Kemenangan kita kerana parti lawan kita sudah ditolak rakyat. Parti yang kita kalahkan adalah parti yang memerdekakan negara dan mentadbir negara begitu lama.

“Walaupuan jasanya terpaksa diakui, tetapi hakikatnya rakyat tidak lagi suka kepada parti itu. Kenapa parti yang begitu popular dulu, yang begitu disayangi rakyat sekarang ditolak rakyat? Ini kerana mereka berjuang bukan untuk negara dan rakyat, tetapi berjuang untuk diri sendiri,” katanya.

“Sedikit demi sedikit pegangan mereka (Umno) kepada perjuangan asal sudah berkurang, sudah dilupakan sehingga selepas 60 tahun berlalu, mereka berpendapat perjuangan bukan lagi untuk rakyat, tetapi untuk kekayaan diri.

“Saya peringatkan, parti kita baru 3 tahun, mungkin kita belum lupa akan perjuangan, tetapi kalau tidak diberi peringatan besar kemungkinan kita akan jadi seperti parti yang kita kalahkan (Umno) kerana lupa perjuangan. Kalau kita lupa perjuangan, kita juga akan ditolak,”katanya.

Turut hadir semua pemimpin kanan PPBM dan beberapa orang pemimpin parti komponen PH dari Amanah, PKR, DAP dan Warisan.

FMT

Khamis, 12 September 2019

Perkara 3 Perlembagaan tidak sebut pun Sunni atau Shiah kata Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak berkuasa mengambil kira dokumen antarabangsa yang berikrar menamatkan sektarianisme dalam kalangan orang Islam dalam usaha mencapai persetujuan tentang Islam versi manakah yang diiktiraf oleh undang-undang.





Pesuruhjaya Suhakam Hishamudin Yunus berkata, dalam menafsirkan bentuk Islam manakah yang dimaksudkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan, pihak berkuasa hendaklah merujuk kepada Mesej Amman yang ditandatangani pada 2005.


“Kita harus mempunyai semangat serupa dengan Mesej Amman,” kata bekas hakim itu pada satu forum yang diadakan bersempena 20 tahun pembentukan Suhakam.

Mesej Amman yang ditandatangani oleh pemimpin Jordan Raja Abdullah II pada 2004, menghimpukan lebih 200 cendekiawan dan pemimpin kerajaan Islam yang mewakili pelbagai mazhab dan aliran pemikiran, menggesa sikap toleransi dalam kalangan orang Islam.

Antara pemimpin kerajaan yang menandatangani dokumen tersebut ialah bekas perdana menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Hishamudin Yunus.

Hishamudin berkata, perlembagaan tidak menetapkan mazhab atau aliran pemikiran tertentu.

“Perkataan yang digunakan ialah Islam. Ia tidak sebut Sunni atau Syiah,” katanya.

Komentar beliau dibuat berikutan serbuan terbaru pihak berkuasa ke atas pengikut Syiah di negara ini yang menyaksikan beberapa orang yang menghadiri satu acara tertutup bagi mengingati Asyura, ditahan.

Asyura adalah hari sambutan ulang tahun pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Hussein bin Ali.

Tindakan itu mendapat kritikan Suhakam yang mengingatkan pihak berkuasa bahawa perlembagaan negara menjamin kebebasan beragama.

Pihak berkuasa agama negeri melabelkan Syiah sebagai “menyeleweng”, selain menggesa orang Islam Malaysia supaya mengikut mazhab Sunni.

Khutbah Jumaat di Selangor kerap menyelar ajaran Syiah.

Dalam pada itu, Suhakam berkata, ia turut menyampaikan mesej berkaitan kepada orang Islam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan menyediakan khutbah Jumaat bertemakan isu hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suhakam, Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, pada mulanya jabatan agama negeri beranggapan pandangan badan itu mengenai hak asasi adalah berlawanan dengan pandangan mereka, termasuk mengenai isu LGBT.


“Kami memberitahu mereka bahawa Suhakam melindungi hak sama golongan LGBT untuk mendapat pendidikan, pekerjaan, perumahan, kehormatan dan penjagaan kesihatan,” katanya.

“Mereka berkata, mereka juga berbuat demikian. Jadi kami bersependapat, walaupun perkataan yang digunakan berbeza.”

Katanya, Suhakam tidak akan campur tangan dalam perkara berkaitan agama, seperti serbuan pigak berkuasa Islam ke atas pasangan tidak berkahwin melakukan khalwat, atau hukuman yang dikenakan ke atas murid di sekolah tahfiz.

“Bagaimanapun kita boleh memberi kesedaran tentang cara mengetuk pintu, dan jika mereka enggan membukanya, kita akan menendang pintu berkenaan, tetapi memaklumkan perkara itu terlebih dahulu bahawa pegawai penguatkuasa akan memasuki premis terbabit,” kata Nik Salida.

Beliau berkata, Suhakam akan menasihati sekolah agama supaya mengikuti prosedur operasi standard berkaitan langkah merotan murid kerana melanggar disiplin.

“Kita tak kata tidak boleh rotan. Tetapi ia tidak dibenarkan jika tidak mengikut SOP.”

FMT

Rabu, 11 September 2019

Khianat negara dengan menjual MyKad kepada warga China, bahaya untuk masa hadapan anak bangsa

Semalam pihak Polis telah menahan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi kerana kantoi meluluskan kad pengenalan berwarna biru pula tu kepada warga China.

Setelah viral satu gambar pasport dan kad pengenalan seorang warga China, pada mulanya pihak JPN menafikan dan membuat laporan Polis terhadap penularan gambar IC biru warga asing dimedia sosial.


Ini mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia yang cukup risau dengan keadaan ini, tidak dipastikan berapa ramai pula yang diluluskan MyKad oleh pengkhianat yang gila duit haram ini.

Moga pihak polis siasat dengan telus dan heret siapa sahaja yang terlibat dalam jenayah yang boleh meruntuhkan negara ini.


Pegawai berpangkat tinggi jual MyKad kepada warga China tumpas ditahan Polis dalam satu operasi khas

PETALING JAYA: Beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan dalam operasi khas pada minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menjual MyKad kepada warga China di Pulau Pinang, lapor Harian Metro.


Akhbar itu melaporkan polis turut menahan beberapa individu dalam satu operasi sulit kerana disyaki terbabit dalam penjualan MyKad berjumlah RM350,000 kepada warga asing.

Sumber dipetik akhbar itu berkata, sindiket terbabit terbongkar susulan laporan Jabatan Imigresen Pulau Pinang berhubung seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun yang mahu membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah.

Katanya, Jabatan Imigresen meragui status kerakyatan wanita itu yang berdepan masalah berkomunikasi dengan pegawai bertugas.

Indonesia anggap jerebu Malaysia bukan datang dari negara mereka, ia sangat mustahil

JAKARTA 11 Sept. - Indonesia sekali lagi menafikan berlakunya jerebu rentas sempadan dari republik ini yang menjejaskan negara jiran, Malaysia.

CNN Indonesia yang memetik Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati sebagai berkata, berdasarkan pemantauan menerusi Satelit Himawari-8, milik Jepun dan Satelit Sentinel milik Eropah, jerebu yang dikesan di Malaysia adalah tidak berpunca dari wilayah Sumatera.


Beliau menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menghalang jerebu dari wilayah itu merentasi sempandan dan memasuki Malaysia seperti yang didakwa media asing sebelum ini.

Antaranya kata beliau, berdasarkan data yang dikumpul daripada satelit dari 5 September hingga 9 September lalu mendapati, pergerakan angin direkodkan dari tenggara ke barat data, sementara titik panas dikesan di wilayah Sumatera Selatan.

“Maka ada sesuatu yang mustahil asap yang dikatakan mengakibatkan jerebu di Malaysia dibawa masuk dari Sumatera Selatan,” katanya di pejabat Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK), Jakarta di sini semalam.

Kenyataan yang sama sebelum ini dikeluarkan oleh Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK), Siti Nurbaya, dua hari lalu.

Menjelaskannya, Dwikorita memberitahu, ekoran itu,asap di Sumatera tidak dapat merentasi Selat Melaka kerana terhalang oleh angin kencang yang bertiup dari arah tenggara ke barat laut itu. -AGENSI

Selasa, 10 September 2019

Jerebu bukan datang dari Indonesia, tidak sama sekali kata Menteri

Sehingga jam 6 pagi semalam, tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu melebihi 101.

Tujuh kawasan terlibat meliputi Batu Muda (107) dan Cheras (104), manakala Selangor pula di Petaling Jaya (108), Shah Alam (101) dan Johan Setia (158). Manakala di Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU pada 103 dan 107.


Memetik laporan Astro Awani, sementara itu, tiga kawasan di Sarawak mencecah bacaan IPU sangat tidak sihat yang melebihi 201 antaranya ialah Sarikei (210) , Sri Aman (234) dan Kuching (239).

Bacaan IPU tidak sihat pula dikesan di Miri (156), Bintulu (102), Mukah (128), Sibu (176) dan Samarahan (196).

Malaysia akan menghantar nota diplomatik

Terdahulu, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah berkata jerebu merentas sempadan adalah punca utama jerebu berlaku di seluruh Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Kerajaan Indonesia supaya segera memadamkan kebakaran bagi memastikan kesan jerebu melanda negara ini tidak menjadi lebih teruk.

Malah, sejumlah 1,393 tompok panas dikesan di Indonesia dengan 1,087 daripadanya berada di Kalimantan. Bagaimanapun, seorang Menteri Indonesia menafikan perkara tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, sementara itu, tiga kawasan di Sarawak mencecah bacaan IPU sangat tidak sihat yang melebihi 201 antaranya ialah Sarikei (210) , Sri Aman (234) dan Kuching (239).

Bacaan IPU tidak sihat pula dikesan di Miri (156), Bintulu (102), Mukah (128), Sibu (176) dan Samarahan (196).

Malaysia akan menghantar nota diplomatik

Terdahulu, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah berkata jerebu merentas sempadan adalah punca utama jerebu berlaku di seluruh Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Kerajaan Indonesia supaya segera memadamkan kebakaran bagi memastikan kesan jerebu melanda negara ini tidak menjadi lebih teruk.

Malah, sejumlah 1,393 tompok panas dikesan di Indonesia dengan 1,087 daripadanya berada di Kalimantan. Bagaimanapun, seorang Menteri Indonesia menafikan perkara tersebut.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK), Siti Nurbaya itu dilihat meragukan apabila sebanyak 1,278 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di Sumatera.
Lebih teruk, beberapa sekolah di Wilayah Jambi, Pekanbaru dan Siak diarahkan ditutup selama beberapa hari.

Katanya lagi, 99 peratus kebakaran hutan dan tanah di Indonesia adalah disengajakan akibat perbuatan manusia.

“Kami tidak akan membiarkan pihak yang senga­ja membakar hutan dan tanah ini. Kami akan dan bertindak tegas terhadap mereka,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), R. Mulyono R. Prabowo dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 2,510 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di negara-negara ASEAN bermula 4 September hingga 7 September lalu.

Antara kawasan terjejas beberapa wilayah negara ASEAN antaranya Indonesia (Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, dan Kalimantan Selatan), Malaysia, Filipina, Papua New Guinea, Vietnam, Timor Leste, dan Thailand.

Dalam pada itu, semua pihak dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Sumber VitDaily

[Penyatuan Ummah] PAS juga jatuh kafir bila bekerjasama dengan UMNO kata Tun M

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bahawa UMNO kafir sebelum kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama atau memeterai piagam, Sabtu ini.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, jika Pas tidak menarik balik 'gelaran' itu maka parti tersebut juga disifatkan kafir kerana menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang pernah dikatakan kafir dahulu.


Dalam masa sama, Dr. Mahathir juga melihat kerjasama di antara kedua-dua parti yang pernah bermusuh sejak sekian lama itu tidak memberikan sebarang makna.

"Tak jadi apa (kerjasama UMNO-Pas). UMNO ini kafir, Pas kata dahulu. Apabila Pas bekerjasama dengan UMNO yang dikatakan kafir, maka Pas pun akan jadi kafir.

"Sebabnya, Pas tidak pernah menarik balik kenyataan itu... Masih ada, amanat Hadi kata UMNO kafir masih belum ditarik balik sehingga hari ini.

"Kalau Pas tidak mahu jadi kafir, buatlah satu kenyataan kata kami minta maaf kerana pernah mengatakan UMNO kafir. Tarik balik secara rasmi, barulah ada piagam," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Piagam Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO yang bakal dimeterai pada 14 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama dua hari dengan kemuncaknya pada 14 September itu bakal menyaksikan kedua-dua parti akan menandatangani piagam kerjasama UMNO dan Pas oleh kedua-dua Presiden parti berkenaan yang dilihat bakal mengukuhkan blok pembangkang dengan hasrat menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.- UTUSAN ONLINE

[Y-suku panas] Tidak semestinya ubah suai motor Y-suku itu mat rempit dan semuanya jahat kata Zizan

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Melakukan pengubahsuaian pada motosikal khususnya jenis Yamaha 15ZR atau lebih dikenali sebagai ‘Ysuku’ tidak semestinya menunjukkan pemilik jentera tersebut tergolong dalam golongan mat rempit.

Gambar sumber mediahiburan.my

Perkara itu ditegaskan pelakon dan penyanyi popular tanah air, Mohd. Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali Zizan Razak.

Zizan yang cukup dikenali dalam kalangan komuniti Ysuku berkata, kebanyakan pemilik jentera daripada Yamaha itu melakukan pengubahsuaian hanya kerana ingin menonjolkan kecantikan serta keunikan motosikal masing-masing dan bukannya berlumba haram.

“Mungkin ada pemilik Ysuku yang berlumba secara haram tetapi jumlahnya terlalu kecil. Tidak patut untuk memberi gambaran negatif seolah-olah pemilik Ysuku ini semuanya mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram.

“Pemilik Ysuku ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza. Ada antara kenalan saya yang hidup mewah tetapi memilih jentera ini sebagai tunggangannya kerana mahu ‘ride’ secara santai,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, Zizan berkata, masalah perlumbaan haram dapat diselesaikan sekiranya golongan terlibat dalam gejala tidak sihat itu diberi pendedahan untuk berlumba di litar yang disediakan.

Katanya, hal itu dapat dilihat menerusi pembinaan Litar dalam Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang berjaya mengurangkan kadar kes lumba haram di Terengganu tahun lepas.

Sementara itu, ahli komuniti Ysuku Malaysia, Muhammad Ikhwan Hafiz berkata, ada pemilik Ysuku yang melakukan pengubahsuaian pada jentera mereka untuk menyertai pertandingan motosikal tercantik yang banyak berlangsung setiap tahun.



Katanya, pengubahsuaian itu juga dilakukan untuk menonjolkan identiti jentera mereka yang tersendiri selain menambah baik pretasi sedia ada.

“Jika jentera tersebut diubah suai secara ekstrim, ia hanya akan digunakan untuk pameran dan bukannya untuk tujuan lumba haram.

“Peminat motosikal kebiasannya hanya akan menyertai pameran motosikal yang mempunyai permit sahaja, bukannya terlibat dengan perkara tidak berfaedah sehingga membahayakan nyawa sendiri dan nyawa orang lain,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Isnin, 9 September 2019

Gerakan Boikot Produk Bukan Islam Mampu Gugat Keharmonian Kaum kata Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.


Dalam satu ciapan di Twitter, Lip Eng berkata, kempen yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kempen boikot yang dicetuskan NGO pro-pembangkang bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini, malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan,” katanya di Twitter.

Lip Eng sebelum ini terpalit dengan kontroversi menyamakan cadangan pembelajaran seni khat jawi seperti menyapu najis lembu ke muka sendiri di laman Twitternya.

Setelah dikecam hebat oleh netizen, beliau bagaimanapun memohon maaf.

Media sosial sebelum ini heboh dengan kempen memboikot barangan bukan Islam dan menggesa orang Islam dan Bumiputera memboikot produk yang dihasilkan oleh bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam sebagai tidak wajar dan berpendirian sempit berasaskan sentimen perkauman.

Untuk rekod, Lim Lip Eng juga pada Ogos lepas telah telah mengongsikan satu artikel dari Malaysiakini yang menyamakan usaha memperkasa tulisan jawi seperti menyapu tahi lembu ke muka sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, minggu lalu. -MalaysiaGazette

Ahad, 8 September 2019

[Pencen] Kerajaan akan cuba lakukan terbaik untuk tidak rugikan penjawat walaupun kewangan kerajaan terbeban kata PM

KYOTO 7 Sept. - Kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen, bagi memastikan ia tidak merugikan penjawat awam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Perdana Menteri berkata, tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan cadangan itu dan ia masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

Beliau bagaimanapun menarik perhatian tentang hakikat bahawa bayaran pencen ketika ini sudah menjadi begitu besar.

“Sekarang ini kita (juga) bagi pencen kepada isteri dan anak (pesara kerajaan yang telah meninggal dunia). Ini semua menjadi beban kepada negara. Jadi kita (kerajaan) mungkin tak mampulah. Itu yang menjadi masalah,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di akhir lawatan kerja beliau di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah dilaporkan berkata lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik bermula tahun depan.

Menurut Borhan, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

Merujuk kepada angka RM28 bilion itu, Dr. Mahathir menjangkakan nilai bebanan pencen itu akan terus meningkat.

“Kita nak cari jalan supaya kerajaan mampu (bayar dan pegawai (penjawat awam) tidak rugi,” katanya.

Mengenai penulisan di blog beliau mengenai orang Melayu malas bekerja, perdana menteri berkata penulisan berkenaan ditujukan kepada golongan yang malas.

“Yang sanggup bekerja ada, saya tidak kata kepada orang yang sanggup (bekerja keras),” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mahu rakyat Malaysia melihat kepada semangat bekerja orang Jepun yang sanggup melakukan semua pekerjaan dan tidak menggunakan tenaga kerja asing yang ramai sekaligus mengurangkan pengaliran keluar wang yang dihantar pulang pekerja asing.

“Di Jepun mereka sendiri sapu jalan dan mereka jaga kebersihan negara mereka. Mereka tidak kerahkan tenaga kerja asing dan sebab itu mereka maju dan kaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menegaskan bahawa tiada permintaan ekstradisi penceramah bebas Dr. Zakir Naik diutarakan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi ketika pertemuan beliau dengan pemimpin negara Asia Selatan tersebut.

“Dia menyebut nama (Zakir) sahaja tapi tak ulas. Dia cakap sekali je tentang Zakir Naik,” katanya.

Sebaliknya, katanya tumpuan Modi sepanjang perjumpaan tersebut adalah untuk menerangkan berkenaan situasi di Jammu-Kashmir.

Perdana Menteri dan Modi mengadakan pertemuan dua hala ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5 di Vladivostok, Rusia baru-baru ini.

Sebelum ini media India melaporkan bahawa Modi meminta Dr. Mahathir mengambil langkah untuk mengekstradisi pendakwah kelahiran India itu yang dikehendaki New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram.

Dr. Mahathir menamatkan lawatan kerja tiga hari ke Kyoto hari ini. - BERNAMA

[Bakal PM] Kemiskinan sekarang sebenarnya lebih teruk dari yang dijangkakan (angka rasmi)?

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Gagal mengenal pasti masalah dengan betul dalam pembikinan dasar merupakan ‘bencana dan kegagalan terbesar’ kepada kerajaan.

Hal berkenaan ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas kenyataan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philip Alston mengenai hakikat kemiskinan di Malaysia.

Gambar sumber South China Morning Post

Menurut beliau, para pegawai kerajaan tidak dapat menerima kenyataan Alston apabila pelbagai kenyataan penafian dibuat tetapi tidak berdasarkan kepada keadaan sebenar.

“Paras kemiskinan bandar mesti diakui dan paras kemiskinan sekarang dengan pendapatan sekitar RM980 sebulan untuk menyara keluarga yang mempunyai empat anggota mesti disemak semula untuk memasukkan orang dengan pendapatan isi rumah sehingga RM2,500.

“Saya menggesa kerajaan, terutama Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengakui pekara itu,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today.

Tambah beliau, di kawasan Parlimennya sendiri iaitu Port Dickson mempunyai penduduk yang tahap kemiskinannya lebih tinggi daripada angka rasmi.

“Apa yang Alston lakukan tidak bukan sesuatu yang mengejutkan saya, tetapi mengejutkan orang terpisah daripada keadaan sebenar.

“Kita perlu bergerak kepada suatu agenda ekonomi baharu berdasarkan keperluan untuk pertumbuhan negara,” tegasnya.

Menurut Anwar lagi, golongan miskin tanpa mengira kaum mesti dibantu kerajaan dan sektor swasta termasuk kumpulan-kumpulan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perniagaan. - UTUSAN ONLINE

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...