Isnin, 9 September 2019

Gerakan Boikot Produk Bukan Islam Mampu Gugat Keharmonian Kaum kata Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.


Dalam satu ciapan di Twitter, Lip Eng berkata, kempen yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kempen boikot yang dicetuskan NGO pro-pembangkang bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini, malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan,” katanya di Twitter.

Lip Eng sebelum ini terpalit dengan kontroversi menyamakan cadangan pembelajaran seni khat jawi seperti menyapu najis lembu ke muka sendiri di laman Twitternya.

Setelah dikecam hebat oleh netizen, beliau bagaimanapun memohon maaf.

Media sosial sebelum ini heboh dengan kempen memboikot barangan bukan Islam dan menggesa orang Islam dan Bumiputera memboikot produk yang dihasilkan oleh bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam sebagai tidak wajar dan berpendirian sempit berasaskan sentimen perkauman.

Untuk rekod, Lim Lip Eng juga pada Ogos lepas telah telah mengongsikan satu artikel dari Malaysiakini yang menyamakan usaha memperkasa tulisan jawi seperti menyapu tahi lembu ke muka sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, minggu lalu. -MalaysiaGazette

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...