Jumaat, 13 September 2019

[Penyatuan Ummah] Rafizi yakin sangat perkahwinan PAS UMNO akan terburai dengan teruk nanti

Rafizi sudah tahu, penyatuan orang Melayu itu, bakal membawa lembaran baru politik di Malaysia, dia juga tahu, PH berkuasa sebab pecahan undi orang Melayu, dia sendiri tidak mengakui kemenangan PH itu tidaklah kerana aura Mahathir, katanya kemenangan PH pada PRU 15 adalah kerana PKR, 1MDB dan Najib.

Mungkin kerana Rafizi ini semasa dia menjadi pembangkang hanya pandai membuat fitnah, makanan dia hanyalah fitnah berjela-jela, kata dia lagi masa sebelum menang PRU, kita pembangkang kerjanya adalah menghasut.

Sekarang dia muncul setelah lama juga duduk dalam gua, hari ini adalah hari besar untuk orang Melayu, ramai dikalangan pemimpin PH meroyan tidak keruan, jadi sawan kerana penyatuan Ummah ini bakal menjadi sesuatu perkara yang cukup bahaya untuk Pakatan Harapan.


PAS UMNO AKAN TERBURAI

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerjasama politik PAS-Umno yang sedang diperkuatkan menerusi Himpunan Penyatuan Ummah berlangsung mulai hari ini, tidak akan kekal lama.

Rafizi berkata Umno dan PAS melaungkan penyatuan ummah sedangkan mereka yang saling kafir-mengkafir dan memecahbelahkan ummah selepas kegagalan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam itu pada 1980-an.

“Seperti juga perkahwinan Umno-PAS yang lepas, perkahwinan kali ini juga akan terburai. Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.

“Apabila strategi politik itu tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya menerusi kiriman Facebook hari ini.

PAS pernah menjalin kerjasama dengan Umno awal 1970-an namun tidak kekal. Ketika itu PAS menjatuh hukum Umno sebagai parti “kafir”.

Akibat daripada permusuhan itu, penyokong Umno dan PAS mula berseteru lebih-lebih lagi melalui Amanat Hadi yang menyebabkan berlakunya tragedi berdarah Mamali yang mengorbankan 14 nyawa.

Kini, hubungan mereka kembali terjalin, lebih-lebih lagi kedua-duanya bersetuju memeterai piagam kerjasama politik pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra, esok.

Rafizi berkata “perkahwinan” PAS-Umno kali ini juga tidak akan kekal kerana tiada siapa yang tahu siapa pihak lelaki dan perempuan antara kedua parti itu.

“PAS beritahu ahlinya yang dalam perkahwinan itu, PAS adalah lelaki yang memimpin. Kalau PAS ucap saja, jatuh talak 3 jadi Umno tidak boleh main-main.

“Umno beritahu ahlinya PAS adalah jandanya yang sekarang gila talak dengan Umno setelah berpuluh tahun memaki hamun Umno. Umno bukan cinta sangat kepada PAS, cukup untuk dipakai sahaja,” katanya.

FMT

Jangan berjuang sebab nak kaya, guna kuasa, wang dengan Bersatu kata Tun M

SHAH ALAM: Pemimpin PPBM diingatkan supaya tidak mengamalkan perjuangan berkiblatkan” wang dan kuasa jika mahu kekal lama berkuasa di Putrajaya.


Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad mengulangi peringatan itu sambil memaklumkan pemimpin dan ahli parti perlu menjadikan perjuangan parti berteraskan semangat kebangsaan dan bangsa.

“Kita tidak akan guna duit, kita bergantung kepada semangat kebangsaan, bangsa kita, untuk meraih sokongan rakyat, bukan kerana kirta tabur duit kepada mereka,” katanya ketika berucap sempena majlis sambutan ulang tahun ke-3 PPBM di Dataran Shah Alam. malam ini.

Katanya, PPBM perlu menjadikan kekalahan Barisan Nasional (BN) sebagai pengajaran berikutan tamak mengejar kuasa dan wang setelah diberi mandat lebih 60 tahun sebagai pemerintah.

“Kemenangan kita kerana parti lawan kita sudah ditolak rakyat. Parti yang kita kalahkan adalah parti yang memerdekakan negara dan mentadbir negara begitu lama.

“Walaupuan jasanya terpaksa diakui, tetapi hakikatnya rakyat tidak lagi suka kepada parti itu. Kenapa parti yang begitu popular dulu, yang begitu disayangi rakyat sekarang ditolak rakyat? Ini kerana mereka berjuang bukan untuk negara dan rakyat, tetapi berjuang untuk diri sendiri,” katanya.

“Sedikit demi sedikit pegangan mereka (Umno) kepada perjuangan asal sudah berkurang, sudah dilupakan sehingga selepas 60 tahun berlalu, mereka berpendapat perjuangan bukan lagi untuk rakyat, tetapi untuk kekayaan diri.

“Saya peringatkan, parti kita baru 3 tahun, mungkin kita belum lupa akan perjuangan, tetapi kalau tidak diberi peringatan besar kemungkinan kita akan jadi seperti parti yang kita kalahkan (Umno) kerana lupa perjuangan. Kalau kita lupa perjuangan, kita juga akan ditolak,”katanya.

Turut hadir semua pemimpin kanan PPBM dan beberapa orang pemimpin parti komponen PH dari Amanah, PKR, DAP dan Warisan.

FMT

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...