Sabtu, 21 September 2019

Adun Paya Jaras sudah hilang dari radar, tidak berani berhadapan dengan penduduk yang rumah mereka dirobohkan

Kisah menyayat hati penduduk Paya Jaras Hilir, Selangor yang rumah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana terlibat dengan projek pelebaran sungai.


Alasan yang diberikan kerap berlaku banjir kilat, isunya sekarang banyak perkara meragukan yang berlaku, ada yang mempunyai geran, juga rumah mereka dirobohkan.

Penduduk yang terlibat cukup panas hati dengan YB Dun Paya Jaras, muka langsung tidak nampak, perangai nakkaharom, ketika inginkan undi, bukan main jadi hero, antara kata-kata YB Khairuddin, saya sanggup baring depan jentolak sekiranya ada rumah ingin dirobohkan,


Bila jawatan sudah tinggi, maka sikap pun berubah, malah hati pun sudah hitam, antara putih dengan hitam, YB Khairuddin memilih menjadi hitam, mungkin kerana sudah tidak peka tanggungjawab.

Kita lihat zaman ketika dia menjadi berani, almaklumlah nak undi.


Alasan kerajaan negeri ibarat menyembunyikan sesuatu, YB Kharuddin juga nampaknya sudah fikirkan niat malas ambil tahu keadaan sebenar berlaku di Paya Jaras Hilir ini.

"Saya boleh katakan ia satu pembohongan jika banjir dijadikan alasan untuk mereka meroboh rumah kami. Kejadian banjir itu pun hanya sekali dan tidak berlaku lagi selepas itu,” katanya.
-MalaysiaGazette

Kita perlu desak dengan lebih ageresif dan mungkin libatkan pihak Istana, bantuan Sultan Selangor berkenaan isu ini.



Sudahlah rumah transit tiada, anak kecil bertebaran di khemah tanpa ada kemudahan asas di penempatan sementera.

Adakah sifat kemanusiaan sudah hilang? Fikirkan

Tun M akan pasti beri Anwar jawatan PM, jangan risau menurut sumber

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan tarikh bagi menyerahkan tanggungjawabnya itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.


Katanya, beliau tetap berpegang kepada janjinya berhubung perkara itu.

“Saya akan umum kemudian, saya akan tunai janji,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam hari ini.

Dr. Mahathir ditanya pemberita mengenai kenyataan Anwar yang akan mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun hadapan.

Rabu lalu, presiden PKR itu dalam wawancara dengan Bloomberg Television berkata, tiada tanda parti lain akan memperkenalkan nama lain untuk merebut jawatan itu dan jika ada, lawannya tidak relevan.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun. -UTUSAN ONLINE

Selasa, 17 September 2019

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri termiskin di Malaysia.

Sebaliknya, kata perdana menteri, Perlis dan Kedah adalah negeri termiskin.




“Sabah akan menjadi negeri terkaya apabila minyak laut dalam mengeluarkan produk,” katanya kepada pemberita pada satu majlis makan tengah hari bersama pimpinan PPBM tempatan hari ini.

FMT

Anwar 'Samurai Terakhir' sebagai PM yang akan menyatukan rakyat negara ini kata Pandikar

KOTA KINABALU: Bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran seruan sesetengah orang dan kumpulan di Sabah dan Sarawak tentang pemisahan dari Malaysia semakin hari semakin kuat.

Mengatakan Malaysia dalam bahaya jika seruan seperti itu berterusan dan jika isu kaum dan agama dimainkan oleh pelbagai kumpulan di Semenanjung, beliau berkata hanya Presiden PKR Anwar Ibrahim boleh menyelamatkan keadaan.



Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia anjuran Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (Usbo) di Kota Belud hari ini, Pandikar berkata kumpulan-kumpulan itu, terdiri daripada orang-orang berpendidikan, sedang mempengaruhi generasi muda.


Pandikar, yang juga presiden Usbo, berkata: “Sebagai kumpulan yang mengusahakan pembentukan persekutuan, Usbo berharap penyatuan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu akan berkekalan.”


“Saya fikir Malaysia dalam bahaya jika apa yang berlaku sekarang ini, di mana isu kaum dan agama sedang dimainkan, tidak dihentikan.”


Pandikar berkata negara memerlukan seorang pemimpin yang terbukti tidak goyah dalam kepercayaannya pada Malaysia yang bersatu tanpa mengira kaum dan agama walaupun berdepan halangan.

Pemimpin itu menurut beliau, adalah Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai perdana menteri seterusnya oleh Pakatan Harapan.

Pandikar berkata warga Sabah dan Sarawak tidak suka dengan cara mereka dilayan kerana percaya mereka rakan setaraf Tanah Melayu.

“Itu akan menjadi tanggungjawab Anwar. Beliau samurai terakhir untuk mempertahankan Malaysia. Generasi muda tidak mahu dengar sejarah,” katanya.

Pandikar enggan menjawab sama ada beliau dan pimpinan Usbo akan menyertai PKR, menurut khabar angin, tetapi mereka akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri seterusnya dan akan memberikan beliau peluang untuk melaksanakan reformasi yang diperjuangkan.

Sementara itu, Anwar berkata dia gembira dengan kemajuan libat urus pimpinan negeri Borneo dan kerajaan persekutuan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tanggungjawab saya nanti adalah meneruskan kerjasama dan perbincangan ini,” katanya.

Sementara itu, penasihat Usbo, Salleh Said Keruak berkata pertubuhan itu sepenuhnya menyokong Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.

Beliau percaya Anwar berada di landasan yang betul untuk menyelamatkan Malaysia, terutama kerana perkembangan ekstremisme politik yang terlalu menekankan kaum dan agama.

“Ekstremisme ini bertentangan dengan prinsip MA63. Bawah perjanjian itu, tidak ada pun tentang ketuanan kaum. Bagi kami di Usbo, ini bentuk ekstremisme politik yang amat bahaya.

“Perkara paling penting ialah kesatuan semua kaum, bukan untuk kaum-kaum tertentu sahaja,” katanya.

Beliau memuji Anwar kerana tidak berdendam dengannya dan Pandikar serta pemimpin-pemimpin lain yang berada di pihak lawan tidak lama dulu.

Pandikar dan Salleh sebelum ini bersama Umno.

FMT

Isnin, 16 September 2019

[Video Panas] Kalau begini, masak habis anak bangsa, apa tinggal dekat anak cucu nanti?

Siapa yang bertanggungjawan dengan keadaan bahaya untuk warga asal Malaysia?


Kalau tidak terbongkar isu ini, agaknya semua orang asing mampu jadi warganegara, puncanya kerana pengkhianat nak hidup senang lenang makan duit haram, maka warganegara asal pula kena terima akibatnya.

Bukan sedikit, ia melibatkan jumlah jutaan warganegara yang sudah memiliki mykad biru menurut sumber.

Apa tindakan KDN, PDRM, IMIGRESEN dan agensi yang lain?

Ini melibatkan keselamatan negara. Kerajaan jangan buat diam hal ini.

Wartawan membongkar sendikit beri Mykad kepada Warga asing.

Siapa dalangnya?

Jual rumah kepada warga asing, belum tentu mereka akan dapat kerakyatan kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak terikat untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing sekiranya mereka dibenarkan untuk membeli unit hartanah terbengkalai di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya wujud keperluan untuk menjual unit rumah kepada warga asing, pembelian itu hanya dibenarkan di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).


Gambar sumber The Star


“Sama ada ianya akan ditangani dengan dibuka (pembelian) di peringkat antarabangsa dan dikaitkan dengan MM2H ataupun sebagainya adalah kaedah-kaedah yang terpaksa difikirkan sekiranya terbukti bahawa memang tiada warga tempatan yang sanggup membelinya.

“Itu masalah yang perlu ditangani dan dicari penyelesaian tapi tak semestinya bila dijual itu maka yang membelinya semestinya diberikan kerakyatan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk pembeli dari China dan Hong Kong adalah bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual dan masih di peringkat cadangan.

Menurut Zuraida, kempen yang terhad untuk rumah mewah tidak terjual itu baru dibincangkan kementeriannya dan cadangan kempen itu merupakan maklum balas awal hasil lawatannya ke Hong Kong dan China baru-baru ini.

Jelas Zuraida, HOC yang mahu dibuka kepada pembeli luar negara juga adalah bagi rumah yang berharga lebih RM1 juta.

Khalid juga berkata, cadangan untuk menjual lambakan kediaman tempatan kepada warga asing adalah salah satu jalan penyelesaian untuk mengelak gambaran buruk kepada pasaran hartanah di negara ini.

“Dengan adanya rumah-rumah yang kosong terbengkalai yang akan juga memberi satu gambaran yang tidak baik terhadap pasaran hartanah di negara ini.

“Apabila ada rumah-rumah yang tidak terjual kepada rakyat tempatan, tetapi kalau masih tidak berjaya, maka sememangnya pihak kerajaan mesti memikirkan dari segi kepentingan pemaju itu juga,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...