Isnin, 16 September 2019

[Video Panas] Kalau begini, masak habis anak bangsa, apa tinggal dekat anak cucu nanti?

Siapa yang bertanggungjawan dengan keadaan bahaya untuk warga asal Malaysia?


Kalau tidak terbongkar isu ini, agaknya semua orang asing mampu jadi warganegara, puncanya kerana pengkhianat nak hidup senang lenang makan duit haram, maka warganegara asal pula kena terima akibatnya.

Bukan sedikit, ia melibatkan jumlah jutaan warganegara yang sudah memiliki mykad biru menurut sumber.

Apa tindakan KDN, PDRM, IMIGRESEN dan agensi yang lain?

Ini melibatkan keselamatan negara. Kerajaan jangan buat diam hal ini.

Wartawan membongkar sendikit beri Mykad kepada Warga asing.

Siapa dalangnya?

Jual rumah kepada warga asing, belum tentu mereka akan dapat kerakyatan kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak terikat untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing sekiranya mereka dibenarkan untuk membeli unit hartanah terbengkalai di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya wujud keperluan untuk menjual unit rumah kepada warga asing, pembelian itu hanya dibenarkan di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).


Gambar sumber The Star


“Sama ada ianya akan ditangani dengan dibuka (pembelian) di peringkat antarabangsa dan dikaitkan dengan MM2H ataupun sebagainya adalah kaedah-kaedah yang terpaksa difikirkan sekiranya terbukti bahawa memang tiada warga tempatan yang sanggup membelinya.

“Itu masalah yang perlu ditangani dan dicari penyelesaian tapi tak semestinya bila dijual itu maka yang membelinya semestinya diberikan kerakyatan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk pembeli dari China dan Hong Kong adalah bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual dan masih di peringkat cadangan.

Menurut Zuraida, kempen yang terhad untuk rumah mewah tidak terjual itu baru dibincangkan kementeriannya dan cadangan kempen itu merupakan maklum balas awal hasil lawatannya ke Hong Kong dan China baru-baru ini.

Jelas Zuraida, HOC yang mahu dibuka kepada pembeli luar negara juga adalah bagi rumah yang berharga lebih RM1 juta.

Khalid juga berkata, cadangan untuk menjual lambakan kediaman tempatan kepada warga asing adalah salah satu jalan penyelesaian untuk mengelak gambaran buruk kepada pasaran hartanah di negara ini.

“Dengan adanya rumah-rumah yang kosong terbengkalai yang akan juga memberi satu gambaran yang tidak baik terhadap pasaran hartanah di negara ini.

“Apabila ada rumah-rumah yang tidak terjual kepada rakyat tempatan, tetapi kalau masih tidak berjaya, maka sememangnya pihak kerajaan mesti memikirkan dari segi kepentingan pemaju itu juga,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...