Sabtu, 28 September 2019

Janji yang tidak dipercayai, tidak boleh pegang kata Mahathir kata Syed Husin

Akhirnya, bersuara juga pro Anwar dalam menyangkal apa yang Mahathir katakan untuk memberi jawatan PM kepada Anwar. Adalah janji sudah dimungkiri? Atau PKR memang sedar akan kena main lagi sekali dengan Mahathir.



Mungkin masa menang PRU lepas mereka terkejut beruk rasanya, yelah kerana Mahathir juga PH tu boleh menang, kalau nak harap Anwar sahaja, memang tidak mampu 100% untuk tawan Putrajaya.

Namun, segalanya sudah panas, tiga tahun lagi untuk Anwar menunggu adalah tidak patut, janji nak pegang dua tahun, Mei 2020 sudah boleh beri jawatan PM tu kepada Anwar.

Janji tinggal janji, maka akan ada drama gasak menggasak sesama mereka pasti berlaku, PKR sangat bachul kalau tidak bersuara lantang.

Kalau berani Anwar kena bersuara juga lah. Baru anak jantan.



 Tak boleh pegang cakap Dr M, Syed Husin jawab isu jawatan PM

KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik veteran hari ini menggambarkan Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, selepas perdana menteri berkata dia mungkin ada tiga tahun lagi sebelum menyerahkannya kepada calon lain sebelum pilihan raya umum ke-15.

Bekas presiden Parti Rakyat Malaysia dan timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali secara terbuka mengatakan dia memang tidak pernah memegang cakap pengerusi PPBM itu.





“Dia cakap begini sekali, cakap begitu sekali. Saya memang tak boleh pegang cakap dia,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis memperingati bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy di Universiti Malaya hari ini.

“Sepuluh kali dia cakap, 10 kali dia punya jawapan,” tambahnya. - FMT

[Realiti] Menteri Melayu seperti balaci kepada D4P kata bekas ketua hakim

Inilah yang kita lihat, kita saksikan dihadapan mata kita semua, usahlah kita nafikan keadaan ini, usahlah kita katakan, selagi pemimpin Melayu menjadi Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan, tidak akan ada perkara-perkara yang merugikan yang kronik terhadap apa sahaja kepentingan Islam dan Melayu.


Janganlah kita terpengaruh, janganlah kita terpesona, Pakatan Harapan, Menteri Melayunya adalah sejenis balaci yang hanya cintakan jawatan, sebagai contoh, Menteri Agama, Menteri Pendidikan, hanya mengusap dada bila melihat perangai dua ekor Menteri ini.

Menteri yang lain juga begitu, hanya melihat dengan mata dan kata hati, mereka senyap sahaja bila hal Islam Melayu itu dipersoalkan, dihina, dinafikan, malah apa sahaja hal orang Islam dikotak katikkan mereka diam.

Mereka lebih ingin memenangkan kepala-kepala kiasu yang nampak sudah pekung sebenar apa yang mereka nak lakukan bila sudah berkuasa.

Kena ingat, kira balik berapa kerusi orang Islam dalam Pakatan Harapan? Tanya balik kepada mereka-mereka yang arif dan pandai mengira.

Usah jadi bodoh mengatakan Pakatan Harapan mampu jaga Melayu Islam dengan baik. Tiada bukti sahih lagi mereka buat begitu sejak berkuasa selepas 9 Mei 2018.

Wajib kita umat Islam tolak PH pada PRU15 ini, kata dekat anak-anak, adik beradik, adik kakak, abang, saudara, sepupu, jiran, kawan, semua sekali.

Undi PH adalah bencana kepada negara.

 Gambar - NST

Menteri Melayu seperti boneka DAP, kata bekas ketua hakim

Orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan menjatuhkan Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang kerana parti-parti Melayu dilihat tidak akan berpisah dengan DAP, kata bekas Ketua Hakim Negara.

Tun Abdul Hamid berkata, kerajaan PH nampak seolah-olah tidak indah, malah mengalah dan mengalah serta Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri seperti sudah tidak dapat mengawal menteri-menterinya.

Malah katanya, menteri-menteri Melayu dalam PH nampak seperti boneka DAP kerana tiada pendirian untuk mempertahankan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka, termasuk dalam hal-hal agama Islam.

“DAP juga telah berjaya menguasai atau mempengaruhi kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerjaan tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan dengan menempatkan orang-orangnya.


“DAP telah berjaya meletakkan orang-orangnya di tempat-tempat yang strategik dalam Kerajaan Persekutuan dan bertindak seolah-olah di luar kawalan Perdana Menteri.

“Untuk itu, pertama sekali orang Melayu perlu bersatu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti Melayu yang terbesar.

“Kedua-duanya perlu bekerjasama dalam pilihan raya yang akan datang.

“Paling kurang, kedua-duanya hendaklah mengelak daripada pertandingan tiga penjuru dengan PH khususnya di Pantai Barat Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan. - Cempedak Cheese

Jumaat, 27 September 2019

Paling lama tiga tahun lagi saya baru serah kuasa kata PM, adakah kenyataan ini buat Anwar Ibrahim sangat berang?

Apalah nasib kau wahai Anwar Ibrahim, beriya kau nak sangat menjadi PM ke-8 kononnya Mei 2020 akan diserahkan jawatan itu. Maka tersenyum lebar PKR kerana inilah masanya untuk membuktikan reformasi selama 20 tahun itu tercapai dengan melantik Anwar menjadi PM.

 Gambar sumber Sundaydaily


Tetapi, alangkah malangnya, PKR terlalu percaya dengan insan bernama Mahathir, sudahlah wujudnya nama PKR itu adalah untuk melawan kezaliman Mahathir ketika Anwar dipenjarakan dan dianiaya seluruh keluarganya oleh insan berkuasa ketika itu.

Tetapi melayu memang mudah lupa, Anwar mudah sangat lupa, dia lupa sampai lebam biji mata dia masa dalam penjara, takkan dia sudah jadi hilang ingatan.

Masa dia dipenjarakan kerana isu liwat, ketika gerakan ingin mendesak Najib turun pada tahun 2015 berkumandang, Mahathir menyusun perjalanan untuk menjatuhkan Najib, wujudkan PPBM, menjadi rakan parti lain, DAP, PAN, PKR, menjadi kawan dengan jenama Pakatan Harapan.

Ikutkan kemenangan PH semasa PRU lepas adalah kerana Mahathir, tiada siapa dapat menyangkal hal ini, Anwar sedar atau tidak, mengapa Mahathir beriya inginkan Putrajaya kembali, selain berdendam dengan Najib, strategi panjang Mahathir ini adalah untuk menengelamkan terus jenama PKR dan presidennya. Sekarang nampak bukan PKR dalam kerajaan PH ibarat langau yang tiada apa-apa?

Isu pecah dua antara kem Azmin dan Anwar sendiri lebih nampak akan keretakan maksimum parti PKR sebenarnya.

Buat Anwar, anda sudah nampak permainan Mahathir untuk mengenakan anda buat kali keberapa pun tidak tahu, masih tidak sedar-sedar? Baik jadi kayu jelah kalau tidak melawan.

 Gambar sumber AstroAwani


 Paling lama 3 tahun lagi saya serah kuasa, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya berjanji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada tiga tahun lagi paling lama,” katanya dalam satu dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York hari ini.

PRU15 dijadualkan berlangsung pada 2023.

Mahathir yang kembali dilantik perdana menteri pada Mei tahun lalu, sebelum ini menegaskan beliau akan berundur selepas kira-kira dua tahun memerintah negara. - FMT

Selepas keputusan Mahkamah Koroner berkenaan isu arwah Adib, tiba-tiba Syed Saddiq pun muncul

Inilah orang kata, ribut takda, angin takda, tiba-tiba muncul, ke mana pergi Menteri tisu koyak ini bila kes ini masih diperkatakan? Mana dia pergi bila Peguam Negara membuat sesuatu luar kawalan berkenaan isu Adib ini.



https://www.instagram.com/p/B256m-RFyqb/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading
Mana pula dia menghilang bila orang ramai mempertikaikan mengapa pula nak kaitkan dengan kemalangan dan bukan dibunuh, terang-terang pakar forensik HKL macam mahu menidakkan keadaan sebenar yang berlaku.




Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Muhammad Adib Mohd Kassim berpandangan corak kecederaan yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul.- Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi - BH Online

Mana pergi Menteri KBS ini bila Menteri seperti Waytha Moorthy bersungguh nak kaitkan pula kesalahan Polis kerana rusuhan ini tidak dikawal?


Menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi tadi. - BH Online

Oleh kerana Mahkamah pada hari ini mengatakan bahawa Adib memang dibunuh ketika rusuhan di Kuil Subang Jaya November lepas, dengan pantas Menteri KBS ini ingin menjadi sebutan ramai kerana memuat naik gambar dengan anggota Bomba, kononnya ini kejayaan rakyat, rakyat perlu menuntuk keadilan untuk arwah Adib.


Buat Menteri KBS, memang sejak kejadian yang menimpa Adib rakyat memang dah berjuang habis-habisan untuk menegakkan kebenaran, baik kamu salahkan Peguam Negara, desak untuk dipecat atau dia letak jawatan. Ini kerana Tommy Thomas ibarat menghina mahkamah, suka-suka buat keputusan yang tidak sepatutnya, tiada integriti, tidak memperjuangkan keadilan.

'Keadilan wajib dituntut' - Syed Saddiq

Ini kali pertama saya kongsikan gambar saya bersama Arwah Adib.

Gambar ini diambil semasa saya buat edaran makanan sahur pada tahun lepas bersama unit beruniform.

Semasa saya lakukan lawatan mengejut ke balai bomba, arwah & rakan rakan bersiap sedia sekiranya ada apa-apa keperluan untuk bertugas. He is truly a humble, softspoken dan kindhearted gentleman.

Laporan inkues hari ini telah mendedahkan bahawa kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali.

Keadilan wajib dituntut. Siasat dan cari penjenayah sampai ke lubang cacing & berikan hukuman setimpalnya.




Khamis, 26 September 2019

Penyatuan Ummah untuk menyelamatkan pemimpin UMNO kata MB Kedah, penyatuan PPBM dengan PKR, D4P, PAN tu kira nak selamatkan siapa pula?

Malas nak kritik lebih-lebih Menteri Besar Kedah ni, tidakkah dia faham, dua parti besar orang Melayu bekerjasama, itu akan memberi ruang yang besar untuk PRU15 ini kita kembalikan kerajaan yang kuasanya dipegang oleh orang Islam sebaiknya.



Adakah dia faham, keadaan yang merumitkan sekarang, dengan perpaduannya yang rapuh, sikap rasis dikalangan pemimpin PH sendiri, sudah-sudahlah berasa kuasa itu selamanya dipegang oleh PH, peralihan kuasa nanti katanya Anwar Ibrahim pun sudah tidak sabar nak jadi PM ke-8, perang dalaman PKR pun sudah tidak mampu disorok lagi.

Malah dikalangan menteri-menteri pun sibuk dengan cari publisiti je, kerja tah kemana, rakyat melihat, sepatutnya sebagai MB Kedah, diamkan sahaja pasal penyatuan Ummah ini, sebab kalau anda buka mulut sekalipun, tidak mampu mengubah sokongan orang Melayu untuk terus memberi sokongan kepada Penyatuan Ummah ini.

Salah dan berdosakah bila orang Islam selama ini bermusuhan menjadi berbaik-baik?

Ingatlah sepenggal bukan lama mana, sudah nak masuk tahun ke-2 PH memerintah, nampaknya rakyat sudah tahan sabar, kalau kita lihat dikomen-komen Facebook sekalipun, memang nyata yang sudah berani komen mengkritik dengan emosi adalah rakyat biasa, bukannya fake acc.

Moga PRU15 PAS UMNO sapu habis kerusi di Kedah. InshaAllah.


Penyatuan Ummah untuk menyelamatkan pemimpin UMNO kata MB Kedah

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan perpaduan ummah yang didokong UMNO dan Pas bukan sahaja bersifat politik tetapi juga untuk menyelamatkan beberapa orang pemimpin utama UMNO yang terlibat dengan kes mahkamah.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, malah cadangan beberapa tokoh UMNO supaya Dewan Rakyat dibubarkan lebih awal turut menunjukkan bahawa parti itu semakin terdesak.


“Penyatuan ini jelas bertujuan untuk menyelamatkan kepimpinan mereka (UMNO) sendiri.

“Mereka memaksa Pakatan Harapan (PH) mengadakan pilihan raya umum (lebih awal) yang kononnya kalau mereka menang hasil penyatuan ummah itu bolehlah menyelamatkan Datuk Seri Najib (Razak), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid (Hamidi) dan beberapa pemimpin lain,” katanya. - Utusan Online

Jika betul D4P bawa masuk orang China, baik diamkan sahaja dan teruskan jual Mykad kata Howard Lee

Akhirnya D4P pening dan tertekan kerana sejak isu penjualan Mykad, ramai kaitkan dengan kerja busuk D4P, yelah mana orang tidak kaitkan, semuanya bermula di Pulau Pinang, kita sedia maklum Pulau Pinang D4P adalah abang besar di sana.





Kebetulan, terkantoinya seorang warga China yang memiliki Mykad, tetapi tidak fasih pula berbahasa Melayu, siasat punya siasat, rupanya Mykad beli. Maka sejak daripada terkantoinya kes itu, maka Polis membuat tangkapan, rupa-rupanya, bukan hanya 1, dikatakan hampir 1000 Mykad dijual kepada warga China.

Sudahlah di Pulau Pinang itu memang D4P kalau mengundi sekalipun, letaklah kasut sekalipun, mesti D4P menang besar, itu yang menjadi persoalan dan kegusaran, kalau menang yang biasa-biasa tidak mengapa, ini sampai ada yang boleh menang 70-100 ribu majoriti, tak ke gila namanya tu.

Isu penjualan Mykad ini perlu pihak Polis siasat sampai ke lubang cacing, sebabnya kalaulah ia bukan melibatkan kuantiti yang minimum, tetapi ia melibatkan kuantiti yang cukup besar, ini sangat berbahaya kepada negara.


Sebagai contoh, kita kena lihat statistik jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2018, 2019, ada beza tak? Jumlah kaumnya, kalau ada beza yang meragukan kita kena desak perkara yang cukup rumit ini disiasat dengan terperinci.

Sebab utama, penjualan Mykad ini, yang terlibat perlu dihukum dengan keras, kerana duit, sanggup jual maruah dan menjadi pengkhianat negara. Kalau dibiarkan tanpa kawalan, Apa kita nak jawab dengan anak cucu kita nanti?



Kalau betul D4P jual Mykad, baik diamkan sahaja dan teruskan menjual kepada warga China kata Howard Lee

Ketua Pemuda Sosialis DAP (​DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, sekiranya fitnah itu benar, DAP tidak perlu membangkitkan isu kewarganegaraan dan kad pengenalan merah (pemastautin tetap) kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Baik hanya berdiam dan teruskan menjual MyKad sahaja.

"Oleh itu, DAPSY menegaskan tuduhan tersebut adalah tindakan terdesak mencari keuntungan politik murahan terhadap DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Dalam pada itu, Howard berkata, kumpulan sindiket menjual MyKad yang dibongkar baru-baru ini perlu dikenakan hukuman berat kerana tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan serius, justeru sesiapa yang bersubahat mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana mengancam kedaulatan negara. - Utusan Online

Kerajaan PH kena akui silap sendiri, tidak salah perkenalkan semula GST, itu pun kalau ada telur lah

Inilah masalah besar kerajaan pimpinan PH, mereka bermain politik tanpa memikirkan akibat buruk bila sesuatu perkara berlaku terhadap kewangan negara.

Janganlah berpura-pura tentang keadaan yang merunsingkan rakyat pada ketika ini, sebelum PH memenangi Pru 14, mereka cukup licik bermain persepsi, GST membebankan, malah rakyat yang terpengaruh, mudah benar mengiyakan bahawa GST itu teruk, kononnya membuatkan rakyat tersiksa.


Hakikat pada masa GST masih ada, negara dilandasan yang betul, kita kena faham, harga minyak mentah tidak stabil, itu menyusutkan kewangan negara.

Pada era Malaysia Baharu ini, Menteri kewangan, Lim Guan Eng juga tahu, keadaan sekarang bakal menjerumus negara ke kancah ekonomi yang semakin menguncup dan tenat.

Usahlah menipu rakyat lagi. Kalau GST nak dikembalikan, silakan, bila tiada GST, banyak pula cukai-cukai membebankan rakyat, tidak pasti apa yang difikirkan oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua.

Mereka ini sembang kencang sahaja lebih, melihat keadaan sekarang, ekonomi sedang dalam keadaan sangat teruk.

Pelabur lari, saham jatuh, ringgit menjunam. Apa nak dibanggakan dengan mereka ini?

Siapa boleh jawab?


Tidak salah Kerajaan perkenalkan GST kembali

Kerajaan perlu bersikap ‘berani kerana benar’ jika mendapati pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam merancang dan menguruskan kewangan negara bagi menjamin kemakmuran bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata kalau wujud keperluan memperkenalkan semula cukai itu, tidak salah untuk melaksanakannya dan mengenepikan alasan politik.


Beliau berkata, berdasarkan data, tidak dapat dinafikan bahawa sistem GST adalah paling popular diguna pakai di dunia kerana ia lebih mudah dan membantu kerajaan mempunyai pendapatan yang cukup untuk berbelanja.

Jadi, katanya, jika kerajaan ingin memperkenalkan semula GST, itu adalah hak kerajaan. - BH Online

Rabu, 25 September 2019

Penyerang berparang di Bayan Lepas akibat terpengaruh dengan video Timur Tengah kata Polis

Kecoh di media sosial berkenaan dua orang mangsa tetak adalah kerana amukan seorang lelaki berbangsa Melayu yang sudah tidak tahan penghinaan terhadap Nabi Muhammad.


Ketua Polis Negara - Abdul Hamid Bador

Ramai juga tertanya-tanya adakah benar kes tersebut berkaitan yang tersebar luas itu, amat berbahaya juga kerana selok belok kes sebenar kita pun tidak tahu, sehingga boleh mengakibatkan keadaan tidak tenang juga.

Namun kalaulah benar, maka pemuda itu adalah seorang pemuda yang sangat berani mempertahankan Nabi junjungan kita.

Banyak juga kes penghinaan Nabi kita di media sosial, kadang-kadang dikalangan yang menghina agama orang lain ini adalah bangsa kiasu yang rasis, mereka diajar kebencian terhadap agama orang lain, terpengaruh dengan suasana tidak sihat.

Pihak Polis menjalankan tugasnya. Maka kita berhati-hati dengan sebaran yang agak berbahaya kalau ini melibatkan keselamatan negara dan perpaduan.

Mana tahu ada pihak nak menangguk air yang keruh, sudahnya perbalahan berpanjangan pula bakal terjadi.




Polis memandang serius dakwaan dibuat beberapa individu di media sosial berhubung kejadian tembakan di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata pihak yang memuat naik kenyataan tidak benar berhubung kejadian itu mempunyai niat "amat buruk".

"Ada pihak-pihak memuat naik artikel tidak tepat dan tidak betul (di media sosial berhubung kejadian itu) dengan niat untuk sakitkan hati pembaca... amat buruk niatnya," kata Abdul Hamid semasa menghadiri sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.


Bagaimanapun beliau berkata jabatan siasatan jenayah sudah mengenal pasti individu terbabit dan pihak yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan tidak lama lagi. -

Menurut Abdul Hamid kes yang berlaku di Pulau Pinang itu adalah terpencil dan penyerang terpengaruh dengan banyak video ganas dari Timur Tengah.

Katanya, suspek banyak menonton video yang didakwa membabitkan kekejaman terhadap orang Islam di rantau tersebut.


"Video ini kalau tak difahami, boleh menjadikan kemarahan," katanya.  Malaysiakini

Selasa, 24 September 2019

Saya tidak lari atau takut untuk berjumpa penduduk Paya Jaras Hilir kata YB Paya Jaras

Kepada Adun Paya Jaras, ingatlah balik apa janji kamu sebelum PRU14 yang lepas, ingat balik cara kamu yang cukup garang siap nak baring depan jentolak, nak selamatkan penduduk yang rumahnya akan diroboh ketika itu.



Ingat balik kamu siap berdoa, wah bukan main kusyuk memberi ceramah memberi keyakinan kepada penduduk di situ supaya jangan keluar rumah, saya akan halang supaya perobohan rumah itu ditangguhkan, malah apa pula janji kamu kepada penduduk?

Selain ruamh Selangorku, apa tindakan lain yang kamu dah buat ketika beriya nak undi penduduk di sini?


Untuk pengatahuan, rata-rata yang rumahnya kena roboh, bukannya warga asing, mereka mempunyai ic biru, mengaku mengundi kamu untuk kemenangan kamu pada pru14 yang lepas.

Manusia tidak kenal dek untung, bila hampir 92 keluarga yang rumahnya diroboh pada rabu lepas, mana kamu? Jangan kata takut atau tidak berani, jangan menipu sahaja untuk kuasa.

Kamu tidak lihat langsung apa yang dialami penduduk yang trauma bila rumah mereka dirobohkan.

Masa nak undi lagak hero, bila dah berkuasa, lagak angkuh.

Cukuplah, PRU15, semua sudah tahu pekung kamu. Moga penyatuan Ummah akan ajar keangkuhan kamu dan rakan-rakan kamu yang sombong, kuasa tidak mungkin selama-lamanya kamu pegang.

Kalau betul berani, sila datang ke Paya Jaras Hilir, tunjuk muka, tak perlu lama, jumpa dan salam beramah mesra je.

Itupun kalau ada telur lah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman dengan tegas menyatakan beliau tidak lari atau takut untuk berhadapan dengan penduduk Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh yang rumah mereka dirobohkan pada Rabu lepas.- Utusan Online

[PRK Tanjung Piai] Saya akan berkubu di sini, percayalah rakyat tidak akan memilih pembangkang

PONTIAN: Amanah akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Gambar sumber Malay Mail

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan akur dengan keputusan kepimpinan PH berhubung calon yang dipilih kelak.

“Amanah akan akur dengan keputusan PH, sejauh ini mengikut semangat yang kita sepakati dalam PH, dan seperti berlaku beberapa PRK sebelum ini, parti yang bertanding di situlah yang akan letak calon masing-masing kecuali ada perubahan di peringkat Majlis Presiden,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, di sini hari ini.

Salahuddin berkata sebagai anak jati Tanjung Piai, beliau akan ‘berkubu’ dan bekerja keras mempertahankan kemenangan PH di kawasan itu dan sebagai langkah awal, beliau sudah mengadakan mesyuarat di peringkat Tanjung Piai bersama pemimpin-pemimpin Amanah kawasan berkenaan, malam tadi.

“Pada 4 Okt ini, saya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH Johor (semasa PRU14) juga akan mengadakan mesyuarat di Johor Bahru. Di sana nanti, kita akan memperincikan persiapan untuk Parlimen Tanjung Piai.

Bagi Amanah pula, arahan kepada jentera di bawah parti itu sudah dikeluarkan untuk meraih sokongan peti undi di bawah kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Salahuddin yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata beliau sudah menghubungi Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal malam tadi, dan kedua-dua mereka akan mengadakan pertemuan Jumaat ini bagi memperincikan strategi dan pendekatan yang harus dilakukan untuk PRK Parlimen Tanjung Piai.

Menurut Salahuddin, beliau turut menghubungi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin yang berada di Amerika Syarikat, dua hari lepas, berhubung PRK berkenaan.

“Malam tadi (semasa mesyuarat) kita tidak bincang soal calon. Kita tunggu di peringkat Majlis Presiden PH, cuma dalam dua hari hari lepas, saya ada bercakap dengan (Tan Sri) Muhyiddin, oleh kerana kita di Johor sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kita begitu akrab dan bekerja berpasukan, maka, saya pun beritahu beliau bahawa walaupun prinsipnya kerusi Tanjung Piai adalah kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tetapi
Amanah tiada masalah membantu.

“Cuma saya bagi pandangan, selaku anak jati Tanjung Piai, kalau boleh dirundingi apabila kita mahu muktamadkan dan putuskan soal calon, saya juga akan bagi pandangan calon-calon terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai situasi PRK Parlimen Tanjung Piai, Salahuddin berkata ia merupakan ujian penting terhadap PH selepas setahun tujuh bulan mentadbir kerajaan, kerana memperlihatkan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan.

PRK Parlimen Tanjung Piai juga katanya boleh dianggap dramatik kerana menguji sejauh mana ‘perkahwinan’ Umno dan PAS mendapat sokongan rakyat terutama pengundi Melayu memandangkan terdapat 56.8 peratus pengundi kaum itu.

“Bagi MCA pula, saya yakin mereka juga mahu membuat ujian sejauh mana MCA ada peranan sebab mereka mendakwa orang-orang Cina suda kembali kepada Barisan Nasional.

Oleh kerana kawasan ini (Tanjung Piai) mempunyai 41.6 peratus pengundi Cina, ini juga menjadi satu ujian bagi MCA,” katanya dengan menambah isu tempatan juga tidak dilihat menjadi dominan pada PRK berkenaan sebaliknya isu nasional seperti perkauman akan dimainkan pembangkang.

Menurut Salahuddin, atas rekod baik yang ditunjuk Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik semasa menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selain personaliti beliau yang berwibawa, beliau yakin rakyat Tanjung Piai mampu membuat penilaian adil terhadap Allahyarham sekali gus memberi mandat kepada PH untuk mempertahankan kawasan itu.

Kerusi parlimen Tanjung Piai mengalami kekosongan berikutan kematian Md Farid Sabtu lalu ekoran komplikasi jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh PRK selepas mesyuarat khas pada 1 Okt.

Ayuh rakyat, kita desak Tommy Thomas dipecat, gunakan jawatannya untuk membelakangkan keadilan arwah Adib

Tidak pasti, Tommy Thomas ini menjaga amanahnya sebagai Peguam Negara atau tidak?

Adakah dengan perilaku yang cuba menganggu inkues perbicaraan Adib sudah nampak terang lagi bersuluh dipihak mana dia ingin bantu dan ganggu?

Keadilan untuk arwah Adib, kita desak Tommy Thomas dipecat, atau letak jawatan, perilakunya tidak melambangkan integriti sebenar seorang berjawatan Peguam Negara.

                         Gambar sumber Mystar

Kota Bharu - Pemuda UMNO negeri ini merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al- Mustafa Billah Shah supaya menamatkan khidmat Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara secepat mungkin

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, langkah itu bagi menjaga kehormatan martabat jawatan itu lanjutan daripada tindakan subjudis Thomas yang menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian anggota bomba, Adib Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, semasa inkues sedang berlangsung.

Malah beliau berkata, Thomas tidak lagi layak sebagai Peguam Negara kerana tidak menghormati prinsip "Rule Of Law" apabila bertindak secara pilih kasih menggugurkan kes-kes melibatkan ‘banglo rasuah’ Lim Guan Eng dan isyarat lucah Siti Kasim.

“Pemuda UMNO Kelantan merafak sembah memohon perkenan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk menamatkan Tommy sebagai Peguam Negara selaras dengan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan itu memberi kuasa kepada baginda untuk melantik dan menamatkan jawatan Peguam Negara selama diperkenankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hariri berkata, Thomas juga gagal memberikan nasihat yang tepat dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja mengenai bahaya impak Statut Rome dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Ini menguatkan lagi alasan untuk menamatkan perkhidmatan Peguam Negara ini.

“Ternyata Thomas gagal memberi teladan baik kepada masyarakat sepanjang memegang jawatan Peguam Negara yang tentunya menjejaskan keyakinan rakyat kepada perjalanan pentadbiran Kerajaan Persekutuan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

[PM ke-8] Anwar Ibrahim sah kena 'game' dengan Mahathir, kenyataan Kadir Jasin ini mengesahkan...

Apalah nasib, bersungguh Anwar mengesahkan yang dirinya pasti akan menjadi Perdana Menteri ke-8 pada Mei 2020, tidak lama lagi, hanya lapan bulan dari sekarang, bau-bau tidak enak sudah dihidu, malah mulut-mulut yang terang tanpa selindung mengatakan bahawa jawatan PM itu bukanlah mudah untuk Mahathir berikan dengan mudah kepada Anwar.

Menjadi masalah, PKR masih diam membiarkan sahaja kena 'game' sedangkan mereka tahu, memang nyata Presiden mereka akan dibuang jauh-jauh tanpa belas buat kali keduanya oleh Mahathir.

Pelik. dah tahu Mahathir itu siapa, pernah menganiaya satu keluarga Anwar, satu dunia tahu, kerana kuasa, sanggup bersekongkol, konon boleh lupakan apa sahaja yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar.

Kalau dua kali dipatuk pula ular yang sama, di lubang yang sama pula tu, orang panggil bukan bodoh, tetapi bahlol tanpa noktah.

Gambar sumber Sunday Daily

Kita tengok orang kuat Mahathir kata apa.

Kadir Jasin : ‘Dr M serah kuasa, 2020, 2030 atau… tidak dinyatakan’

KUALA NERUS: Peralihan kuasa perdana menteri oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan tetap ditunaikan cuma masanya belum ditetapkan, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri A Kadir Jasin hari ini.

Beliau berkata soal jawatan perdana menteri merupakan antara lima perkara telah diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.


“Ada lima janji yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan iaitu Dr M jadi Pengerusi PH, Dr M untuk memimpin PH pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, seterusnya Dr M menjadi perdana menteri, memohon keampunan untuk Anwar dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada Anwar.

“Namun, persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh. Tahun 2020 ke, 2030 ke atau 2050 pun tak dinyatakan bilakah tarikhnya,” katanya yang yakin perdana menteri akan menunaikan janjinya.

Beliau dipetik Bernama berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Program Sepagi Dengan Datuk A Kadir Jasin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.
Program ‘Sepagi Dengan Datuk A Kadir Jasin’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.



Baru-baru ini Anwar berkata beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri tahun depan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

Kebelakangan ini Dr Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun.

Gambar sumber Malaymail


Mengulas perkara itu pada Sabtu, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyerahkan kepada ketentuan Allah berhubung jangkaan Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kelapan pada tahun depan.

FMT

Isnin, 23 September 2019

Wakil Rakyat Pasir Gudang anggap Kerajaan PH sudah keterlaluan menjual aset-aset negara, rakyat akan hukum kerajaan sekiranya berperangai begini

Kerajaan PH sememangnya nak menggunakan skill menipu, menipu dan menipu, mereka kini sedang tertekan kerana keangan negara semakin menyusut, hutang semakin meningkat, penganggur semakin ramai, pelabur pula sudah tidak peduli dengan Malaysi, lebih memeningkan, ringgit semakin menyusut, susut yang tidak naik-naik.


Maka Perdana Menteri ke-7 yang kita tahu rekodnya sebelum ini hebat membuat hutang, hebat membuat perkara merugikan negara, manakala Menteri Kewangannya pula, akal ekonomi hancur, sudahlah tidak reti menggunakan akal untuk menaikkan ekonomi.

Sudahnya penjualan berjemaah harta negara, kita kena ingat aset-aset kerajaan peninggalan BN dahulu nilainya besar, tetapi mereka ini menjual kati dengan harga yang tidak menguntungkan.

Alasan PM ke 7, terpaksa jual aset negara kerana tanggung hutang peninggalan Najib, orang tua ni ingat rakyat Malaysia semua tidak sekolah?

Hutang negara semakin meningkat, sepatutnya kalau kata jual aset untuk bayar hutang negara, hutang semakin menurun, ini tidak menaik dengan mendadak.

Dirisaukan propaganda mereka sebelum berkuasa dahulu, Malaysia akan bankrap, hutang 1 Trillion bakal menjadi kenyataan.

Siapa yang menanggung akibat? RAKYAT YANG KENA KENCING BERJEMAAH MASA PRU 14 DAHULU



Wakil rakyat Pasir Gudang dari PKR pun panas hati sebab Mahathir dan koncunya terutama DAP, jual kati harta negara.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan diminta tidak mengambil jalan mudah untuk membayar hutang negara dengan menjual aset negara.

Malah kerajaan digesa mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, rakyat akan menghukum Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika kerajaan sekarang menjual aset Khazanah Nasional Bhd. untuk membayar hutang negara.

“Pakatan Harapan mengkritik bekas Perdana Menteri Najib dan Barisan Nasional kerana menyebabkan negara memikul beban hutang yang besar akibat rasuah dan salahurus negara.

“Najib dan BN telah dihukum oleh rakyat kerana itu di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.

“Jika Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir sekarang menjual harta-harta Khazanah Nasional untuk membayar hutang sehingga negara kehilangan harta, percayalah rakyat yang melihat dan membuka mata akan menghukum PH dalam Pilihanraya Umum akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Ketua PKR Johor itu juga mempersoalkan adakah anggota Kabinet yang diketuai perdana menteri kehabisan idea sehingga terpaksa mengambil jalan menjual harta negara.

“Jadi apa yang Kerajaan Persekutuan perlu buat sekarang untuk mengelakkan lebih banyak harta Khazanah daripada dijual?” katanya.

Berikutan itu, Hassan mencadangkan Perdana Menteri dan Kabinet membawa perkara tersebut ke Parlimen yang akan bersidang pada 7 Oktober ini.

Katanya, ini akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang memberikan idea dan buah fikiran untuk membantu kerajaan menangani isu pembayaran hutang negara yang melebihi RM1 trilion.

Hassan mendakwa peningkatan hutang negara itu angkara salah urus kewangan dan ekonomi serta rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Untuk sementara waktu, beliau meminta kerajaan menghentikan dahulu sebarang langkah untuk menjual lagi harta-harta Khazanah Nasional atau lain-lain syarikat milik kerajaan. – MalaysiaGazette

Ahad, 22 September 2019

Syiah tidak sesat, malah agamawan yang berkepentingan mempunyai agenda untuk menidakkan ajarannya disini kata ahli akademik

Bukan main golongan yang nyata kesesatannya nakkan hak, malah tidak boleh terima pula ajaran Syiah itu adalah sesat, memang nyata pun ajaran 12 Imam ini sesat lagi menyesatkan, nak diperkatakan apa lagi?


Kalau lari dari akidah seorang muslim sejati, adakah kita nak kata Syiah ini adalah mazhab? Tidak kawan-kawan, Syiah ini hanyalah bertuankan nafsu, bertuankan akal semata-mata.

Kini kerana sudah ada kuasa, mereka-mereka yang sebelum ini hanyalah hidup dalam gua, nak menuntut hak pun pikir dua tiga kali, akhirnya setelah PH berkuasa, tengok pula pengikut bawa batu Karbala pun boleh jadi Menteri.

Inilah masanya mendesak, memaksa, malah menuntut hak ajaran 12 Iman itu boleh diterima macam agama lain.

Apa kalian semua ok ke kalau Syiah ini boleh disebarkan sesuka hati? Masak akidah anak-anak kita beb.

PETALING JAYA: Fatwa mengatakan ajaran Syiah menyimpang daripada Islam disifatkan sebagai alat politik demi menjaga kepentingan segelintir pihak, dakwa Syed Farid Al-Attas.

Ahli akademik Malaysia yang berpangkalan di Singapura itu berkata, fatwa itu dilihat mengikat pemikiran masyarakat Melayu Islam terhadap amalan mazhab tersebut sehingga timbul prasangka dan rasa tidak senang hati terhadap Syiah.

Syed Farid berkata konflik antara Syiah dan Sunnah menunjukkan kebencian yang semakin meningkat yang berasaskan kepada beberapa ciri.

“Kadang-kadang di antara ulama-ulama kita dan guru-guru agama kita, ada di antara mereka yang tidak memahami Syiah.

“Jadi mereka salah paham, contohnya, ada yang mengatakan Syiah itu punyai Quran (kitab) sendiri dan mereka benar-benar percaya sebab itu yang disebarkan oleh banyak orang.

“Jadi mereka sendiri tak tahu, mereka sendiri tidak baca buku Syiah, tidak pernah baca kitab yang berasal dari negeri Syiah, jadi mereka percaya Syiah ada Quran sendiri,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, katanya, terdapat segelintir agamawan yang mengetahui tentang Syiah, tetapi mempunyai niat jahat dengan memperalatkan Syiah dalam permainan politik mereka.

“Demi perjuangkan hak Melayu, dia ingat dia mesti memperjuangkan Islam.

“Dalam konteks mereka, perjuangkan Islam itu adalah perjuangkan Sunnah. Jadi, nak perjuangkan Sunnah kena bantah Syiah.”

Katanya, situasi itu berbeza pada era 80-an apabila fatwa kebangsaan mengatakan Syiah sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

“Tapi mula tahun 90-an, telah keluar fatwa yang menolak pendirian itu. Jadi, kita kena didik semula masyarakat mengenai masalah ini,” katanya.

Syiah, fahaman Islam kedua terbesar yang mempunyai banyak pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi, Yaman dan Pakistan.

Tetapi pihak berkuasa Islam negeri mengisytiharkan ajarannya sebagai “menyimpang”, dengan khutbah di Selangor sering mengutuk pengikutnya sebagai sesat.

Baru-baru ini, serbuan dibuat ke atas pengikut Syiah di Johor dan Selangor yang dikritik pelbagai pihak termasuk Suhakam yang menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak perlembagaan terhadap pengikut Syiah untuk bebas mengamalkan agama.

Ditanya apakah strategi terbaik untuk mendidik masyarakat Islam di Malaysia supaya tidak menyalah tafsir Syiah, Syed Farid mengesyorkan ulama Sunnah dari negara luar dibawa masuk ke Malaysia.


Katanya, ia bertujuan untuk memberi penjelasan kepada mufti dan ulama Sunnah di Malaysia tentang sikap yang sewajarnya diberikan kepada pengikut Syiah.

Syed Farid menambah, Malaysia pernah dianggap sebagai model negara yang berakar umbi dalam tradisi Islam yang kemudiannya berkembang dan membangun dalam ekonomi, politik dan sosial walaupun mempunyai masyarakat majmuk.

Atas sebab itu, katanya, Malaysia dipandang tinggi dan menjadi teladan kepada negara Islam yang lain.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu ternyata berbeza dengan situasi hari ini apabila negara dilihat semakin menjurus kepada negara yang ektremis agama berbanding negara Islam yang lain.

“Mana ada negara Islam yang Sunnah tak boleh kahwin dengan Syiah?

“Kalau ada sepasang Sunnah dan Syiah dan jabatan agama tahu, mereka tak dibenarkan kahwin, tidak sah. Itu terlalu ekstremis dan bahaya,” katanya.

FMT

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...