Selasa, 24 September 2019

Saya tidak lari atau takut untuk berjumpa penduduk Paya Jaras Hilir kata YB Paya Jaras

Kepada Adun Paya Jaras, ingatlah balik apa janji kamu sebelum PRU14 yang lepas, ingat balik cara kamu yang cukup garang siap nak baring depan jentolak, nak selamatkan penduduk yang rumahnya akan diroboh ketika itu.



Ingat balik kamu siap berdoa, wah bukan main kusyuk memberi ceramah memberi keyakinan kepada penduduk di situ supaya jangan keluar rumah, saya akan halang supaya perobohan rumah itu ditangguhkan, malah apa pula janji kamu kepada penduduk?

Selain ruamh Selangorku, apa tindakan lain yang kamu dah buat ketika beriya nak undi penduduk di sini?


Untuk pengatahuan, rata-rata yang rumahnya kena roboh, bukannya warga asing, mereka mempunyai ic biru, mengaku mengundi kamu untuk kemenangan kamu pada pru14 yang lepas.

Manusia tidak kenal dek untung, bila hampir 92 keluarga yang rumahnya diroboh pada rabu lepas, mana kamu? Jangan kata takut atau tidak berani, jangan menipu sahaja untuk kuasa.

Kamu tidak lihat langsung apa yang dialami penduduk yang trauma bila rumah mereka dirobohkan.

Masa nak undi lagak hero, bila dah berkuasa, lagak angkuh.

Cukuplah, PRU15, semua sudah tahu pekung kamu. Moga penyatuan Ummah akan ajar keangkuhan kamu dan rakan-rakan kamu yang sombong, kuasa tidak mungkin selama-lamanya kamu pegang.

Kalau betul berani, sila datang ke Paya Jaras Hilir, tunjuk muka, tak perlu lama, jumpa dan salam beramah mesra je.

Itupun kalau ada telur lah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman dengan tegas menyatakan beliau tidak lari atau takut untuk berhadapan dengan penduduk Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh yang rumah mereka dirobohkan pada Rabu lepas.- Utusan Online

[PRK Tanjung Piai] Saya akan berkubu di sini, percayalah rakyat tidak akan memilih pembangkang

PONTIAN: Amanah akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Gambar sumber Malay Mail

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan akur dengan keputusan kepimpinan PH berhubung calon yang dipilih kelak.

“Amanah akan akur dengan keputusan PH, sejauh ini mengikut semangat yang kita sepakati dalam PH, dan seperti berlaku beberapa PRK sebelum ini, parti yang bertanding di situlah yang akan letak calon masing-masing kecuali ada perubahan di peringkat Majlis Presiden,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, di sini hari ini.

Salahuddin berkata sebagai anak jati Tanjung Piai, beliau akan ‘berkubu’ dan bekerja keras mempertahankan kemenangan PH di kawasan itu dan sebagai langkah awal, beliau sudah mengadakan mesyuarat di peringkat Tanjung Piai bersama pemimpin-pemimpin Amanah kawasan berkenaan, malam tadi.

“Pada 4 Okt ini, saya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH Johor (semasa PRU14) juga akan mengadakan mesyuarat di Johor Bahru. Di sana nanti, kita akan memperincikan persiapan untuk Parlimen Tanjung Piai.

Bagi Amanah pula, arahan kepada jentera di bawah parti itu sudah dikeluarkan untuk meraih sokongan peti undi di bawah kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Salahuddin yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata beliau sudah menghubungi Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal malam tadi, dan kedua-dua mereka akan mengadakan pertemuan Jumaat ini bagi memperincikan strategi dan pendekatan yang harus dilakukan untuk PRK Parlimen Tanjung Piai.

Menurut Salahuddin, beliau turut menghubungi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin yang berada di Amerika Syarikat, dua hari lepas, berhubung PRK berkenaan.

“Malam tadi (semasa mesyuarat) kita tidak bincang soal calon. Kita tunggu di peringkat Majlis Presiden PH, cuma dalam dua hari hari lepas, saya ada bercakap dengan (Tan Sri) Muhyiddin, oleh kerana kita di Johor sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kita begitu akrab dan bekerja berpasukan, maka, saya pun beritahu beliau bahawa walaupun prinsipnya kerusi Tanjung Piai adalah kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tetapi
Amanah tiada masalah membantu.

“Cuma saya bagi pandangan, selaku anak jati Tanjung Piai, kalau boleh dirundingi apabila kita mahu muktamadkan dan putuskan soal calon, saya juga akan bagi pandangan calon-calon terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai situasi PRK Parlimen Tanjung Piai, Salahuddin berkata ia merupakan ujian penting terhadap PH selepas setahun tujuh bulan mentadbir kerajaan, kerana memperlihatkan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan.

PRK Parlimen Tanjung Piai juga katanya boleh dianggap dramatik kerana menguji sejauh mana ‘perkahwinan’ Umno dan PAS mendapat sokongan rakyat terutama pengundi Melayu memandangkan terdapat 56.8 peratus pengundi kaum itu.

“Bagi MCA pula, saya yakin mereka juga mahu membuat ujian sejauh mana MCA ada peranan sebab mereka mendakwa orang-orang Cina suda kembali kepada Barisan Nasional.

Oleh kerana kawasan ini (Tanjung Piai) mempunyai 41.6 peratus pengundi Cina, ini juga menjadi satu ujian bagi MCA,” katanya dengan menambah isu tempatan juga tidak dilihat menjadi dominan pada PRK berkenaan sebaliknya isu nasional seperti perkauman akan dimainkan pembangkang.

Menurut Salahuddin, atas rekod baik yang ditunjuk Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik semasa menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selain personaliti beliau yang berwibawa, beliau yakin rakyat Tanjung Piai mampu membuat penilaian adil terhadap Allahyarham sekali gus memberi mandat kepada PH untuk mempertahankan kawasan itu.

Kerusi parlimen Tanjung Piai mengalami kekosongan berikutan kematian Md Farid Sabtu lalu ekoran komplikasi jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh PRK selepas mesyuarat khas pada 1 Okt.

Ayuh rakyat, kita desak Tommy Thomas dipecat, gunakan jawatannya untuk membelakangkan keadilan arwah Adib

Tidak pasti, Tommy Thomas ini menjaga amanahnya sebagai Peguam Negara atau tidak?

Adakah dengan perilaku yang cuba menganggu inkues perbicaraan Adib sudah nampak terang lagi bersuluh dipihak mana dia ingin bantu dan ganggu?

Keadilan untuk arwah Adib, kita desak Tommy Thomas dipecat, atau letak jawatan, perilakunya tidak melambangkan integriti sebenar seorang berjawatan Peguam Negara.

                         Gambar sumber Mystar

Kota Bharu - Pemuda UMNO negeri ini merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al- Mustafa Billah Shah supaya menamatkan khidmat Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara secepat mungkin

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, langkah itu bagi menjaga kehormatan martabat jawatan itu lanjutan daripada tindakan subjudis Thomas yang menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian anggota bomba, Adib Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, semasa inkues sedang berlangsung.

Malah beliau berkata, Thomas tidak lagi layak sebagai Peguam Negara kerana tidak menghormati prinsip "Rule Of Law" apabila bertindak secara pilih kasih menggugurkan kes-kes melibatkan ‘banglo rasuah’ Lim Guan Eng dan isyarat lucah Siti Kasim.

“Pemuda UMNO Kelantan merafak sembah memohon perkenan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk menamatkan Tommy sebagai Peguam Negara selaras dengan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan itu memberi kuasa kepada baginda untuk melantik dan menamatkan jawatan Peguam Negara selama diperkenankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hariri berkata, Thomas juga gagal memberikan nasihat yang tepat dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja mengenai bahaya impak Statut Rome dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Ini menguatkan lagi alasan untuk menamatkan perkhidmatan Peguam Negara ini.

“Ternyata Thomas gagal memberi teladan baik kepada masyarakat sepanjang memegang jawatan Peguam Negara yang tentunya menjejaskan keyakinan rakyat kepada perjalanan pentadbiran Kerajaan Persekutuan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

[PM ke-8] Anwar Ibrahim sah kena 'game' dengan Mahathir, kenyataan Kadir Jasin ini mengesahkan...

Apalah nasib, bersungguh Anwar mengesahkan yang dirinya pasti akan menjadi Perdana Menteri ke-8 pada Mei 2020, tidak lama lagi, hanya lapan bulan dari sekarang, bau-bau tidak enak sudah dihidu, malah mulut-mulut yang terang tanpa selindung mengatakan bahawa jawatan PM itu bukanlah mudah untuk Mahathir berikan dengan mudah kepada Anwar.

Menjadi masalah, PKR masih diam membiarkan sahaja kena 'game' sedangkan mereka tahu, memang nyata Presiden mereka akan dibuang jauh-jauh tanpa belas buat kali keduanya oleh Mahathir.

Pelik. dah tahu Mahathir itu siapa, pernah menganiaya satu keluarga Anwar, satu dunia tahu, kerana kuasa, sanggup bersekongkol, konon boleh lupakan apa sahaja yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar.

Kalau dua kali dipatuk pula ular yang sama, di lubang yang sama pula tu, orang panggil bukan bodoh, tetapi bahlol tanpa noktah.

Gambar sumber Sunday Daily

Kita tengok orang kuat Mahathir kata apa.

Kadir Jasin : ‘Dr M serah kuasa, 2020, 2030 atau… tidak dinyatakan’

KUALA NERUS: Peralihan kuasa perdana menteri oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan tetap ditunaikan cuma masanya belum ditetapkan, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri A Kadir Jasin hari ini.

Beliau berkata soal jawatan perdana menteri merupakan antara lima perkara telah diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.


“Ada lima janji yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan iaitu Dr M jadi Pengerusi PH, Dr M untuk memimpin PH pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, seterusnya Dr M menjadi perdana menteri, memohon keampunan untuk Anwar dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada Anwar.

“Namun, persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh. Tahun 2020 ke, 2030 ke atau 2050 pun tak dinyatakan bilakah tarikhnya,” katanya yang yakin perdana menteri akan menunaikan janjinya.

Beliau dipetik Bernama berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Program Sepagi Dengan Datuk A Kadir Jasin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.
Program ‘Sepagi Dengan Datuk A Kadir Jasin’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.



Baru-baru ini Anwar berkata beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri tahun depan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

Kebelakangan ini Dr Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun.

Gambar sumber Malaymail


Mengulas perkara itu pada Sabtu, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyerahkan kepada ketentuan Allah berhubung jangkaan Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kelapan pada tahun depan.

FMT

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...