Khamis, 26 September 2019

Penyatuan Ummah untuk menyelamatkan pemimpin UMNO kata MB Kedah, penyatuan PPBM dengan PKR, D4P, PAN tu kira nak selamatkan siapa pula?

Malas nak kritik lebih-lebih Menteri Besar Kedah ni, tidakkah dia faham, dua parti besar orang Melayu bekerjasama, itu akan memberi ruang yang besar untuk PRU15 ini kita kembalikan kerajaan yang kuasanya dipegang oleh orang Islam sebaiknya.



Adakah dia faham, keadaan yang merumitkan sekarang, dengan perpaduannya yang rapuh, sikap rasis dikalangan pemimpin PH sendiri, sudah-sudahlah berasa kuasa itu selamanya dipegang oleh PH, peralihan kuasa nanti katanya Anwar Ibrahim pun sudah tidak sabar nak jadi PM ke-8, perang dalaman PKR pun sudah tidak mampu disorok lagi.

Malah dikalangan menteri-menteri pun sibuk dengan cari publisiti je, kerja tah kemana, rakyat melihat, sepatutnya sebagai MB Kedah, diamkan sahaja pasal penyatuan Ummah ini, sebab kalau anda buka mulut sekalipun, tidak mampu mengubah sokongan orang Melayu untuk terus memberi sokongan kepada Penyatuan Ummah ini.

Salah dan berdosakah bila orang Islam selama ini bermusuhan menjadi berbaik-baik?

Ingatlah sepenggal bukan lama mana, sudah nak masuk tahun ke-2 PH memerintah, nampaknya rakyat sudah tahan sabar, kalau kita lihat dikomen-komen Facebook sekalipun, memang nyata yang sudah berani komen mengkritik dengan emosi adalah rakyat biasa, bukannya fake acc.

Moga PRU15 PAS UMNO sapu habis kerusi di Kedah. InshaAllah.


Penyatuan Ummah untuk menyelamatkan pemimpin UMNO kata MB Kedah

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan perpaduan ummah yang didokong UMNO dan Pas bukan sahaja bersifat politik tetapi juga untuk menyelamatkan beberapa orang pemimpin utama UMNO yang terlibat dengan kes mahkamah.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, malah cadangan beberapa tokoh UMNO supaya Dewan Rakyat dibubarkan lebih awal turut menunjukkan bahawa parti itu semakin terdesak.


“Penyatuan ini jelas bertujuan untuk menyelamatkan kepimpinan mereka (UMNO) sendiri.

“Mereka memaksa Pakatan Harapan (PH) mengadakan pilihan raya umum (lebih awal) yang kononnya kalau mereka menang hasil penyatuan ummah itu bolehlah menyelamatkan Datuk Seri Najib (Razak), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid (Hamidi) dan beberapa pemimpin lain,” katanya. - Utusan Online

Jika betul D4P bawa masuk orang China, baik diamkan sahaja dan teruskan jual Mykad kata Howard Lee

Akhirnya D4P pening dan tertekan kerana sejak isu penjualan Mykad, ramai kaitkan dengan kerja busuk D4P, yelah mana orang tidak kaitkan, semuanya bermula di Pulau Pinang, kita sedia maklum Pulau Pinang D4P adalah abang besar di sana.





Kebetulan, terkantoinya seorang warga China yang memiliki Mykad, tetapi tidak fasih pula berbahasa Melayu, siasat punya siasat, rupanya Mykad beli. Maka sejak daripada terkantoinya kes itu, maka Polis membuat tangkapan, rupa-rupanya, bukan hanya 1, dikatakan hampir 1000 Mykad dijual kepada warga China.

Sudahlah di Pulau Pinang itu memang D4P kalau mengundi sekalipun, letaklah kasut sekalipun, mesti D4P menang besar, itu yang menjadi persoalan dan kegusaran, kalau menang yang biasa-biasa tidak mengapa, ini sampai ada yang boleh menang 70-100 ribu majoriti, tak ke gila namanya tu.

Isu penjualan Mykad ini perlu pihak Polis siasat sampai ke lubang cacing, sebabnya kalaulah ia bukan melibatkan kuantiti yang minimum, tetapi ia melibatkan kuantiti yang cukup besar, ini sangat berbahaya kepada negara.


Sebagai contoh, kita kena lihat statistik jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2018, 2019, ada beza tak? Jumlah kaumnya, kalau ada beza yang meragukan kita kena desak perkara yang cukup rumit ini disiasat dengan terperinci.

Sebab utama, penjualan Mykad ini, yang terlibat perlu dihukum dengan keras, kerana duit, sanggup jual maruah dan menjadi pengkhianat negara. Kalau dibiarkan tanpa kawalan, Apa kita nak jawab dengan anak cucu kita nanti?



Kalau betul D4P jual Mykad, baik diamkan sahaja dan teruskan menjual kepada warga China kata Howard Lee

Ketua Pemuda Sosialis DAP (​DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, sekiranya fitnah itu benar, DAP tidak perlu membangkitkan isu kewarganegaraan dan kad pengenalan merah (pemastautin tetap) kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Baik hanya berdiam dan teruskan menjual MyKad sahaja.

"Oleh itu, DAPSY menegaskan tuduhan tersebut adalah tindakan terdesak mencari keuntungan politik murahan terhadap DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Dalam pada itu, Howard berkata, kumpulan sindiket menjual MyKad yang dibongkar baru-baru ini perlu dikenakan hukuman berat kerana tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan serius, justeru sesiapa yang bersubahat mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana mengancam kedaulatan negara. - Utusan Online

Kerajaan PH kena akui silap sendiri, tidak salah perkenalkan semula GST, itu pun kalau ada telur lah

Inilah masalah besar kerajaan pimpinan PH, mereka bermain politik tanpa memikirkan akibat buruk bila sesuatu perkara berlaku terhadap kewangan negara.

Janganlah berpura-pura tentang keadaan yang merunsingkan rakyat pada ketika ini, sebelum PH memenangi Pru 14, mereka cukup licik bermain persepsi, GST membebankan, malah rakyat yang terpengaruh, mudah benar mengiyakan bahawa GST itu teruk, kononnya membuatkan rakyat tersiksa.


Hakikat pada masa GST masih ada, negara dilandasan yang betul, kita kena faham, harga minyak mentah tidak stabil, itu menyusutkan kewangan negara.

Pada era Malaysia Baharu ini, Menteri kewangan, Lim Guan Eng juga tahu, keadaan sekarang bakal menjerumus negara ke kancah ekonomi yang semakin menguncup dan tenat.

Usahlah menipu rakyat lagi. Kalau GST nak dikembalikan, silakan, bila tiada GST, banyak pula cukai-cukai membebankan rakyat, tidak pasti apa yang difikirkan oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua.

Mereka ini sembang kencang sahaja lebih, melihat keadaan sekarang, ekonomi sedang dalam keadaan sangat teruk.

Pelabur lari, saham jatuh, ringgit menjunam. Apa nak dibanggakan dengan mereka ini?

Siapa boleh jawab?


Tidak salah Kerajaan perkenalkan GST kembali

Kerajaan perlu bersikap ‘berani kerana benar’ jika mendapati pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam merancang dan menguruskan kewangan negara bagi menjamin kemakmuran bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata kalau wujud keperluan memperkenalkan semula cukai itu, tidak salah untuk melaksanakannya dan mengenepikan alasan politik.


Beliau berkata, berdasarkan data, tidak dapat dinafikan bahawa sistem GST adalah paling popular diguna pakai di dunia kerana ia lebih mudah dan membantu kerajaan mempunyai pendapatan yang cukup untuk berbelanja.

Jadi, katanya, jika kerajaan ingin memperkenalkan semula GST, itu adalah hak kerajaan. - BH Online

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...