Jumaat, 4 Oktober 2019

PH sah berantakan, bersediakah rakyat melihat drama pergaduhan dalaman PH yang sebenar?

PKR DAN AMANAH TIDAK HADIR KE KONGRES MARUAH MELAYU?


Mengikut Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, dari UM, sekretariat kongres menjemput parti Melayu seperti BERSATU, AMANAH, PAS dan UMNO selain PKR yang mempunyai keahlian dalam kalangan orang Melayu.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini sekretariat kongres belum menerima maklum balas daripada wakil PKR dan AMANAH mengenai kehadiran mereka, sekali gus menimbulkan tanda tanya apakah mereka tidak hadir dan mengapa mereka tidak hadir ke Kongres Maruah Melayu?

Kamarul Yusoff

Khamis, 3 Oktober 2019

Jawatan PM untuk suami saya telah dipersetujui, untuk apa lagi dibincang kata Wan Azizah

Nampaknya isu Anwar bakal PM ke 8 tidak akan berhenti, masing-masing sudah memberi pendapat yang cukup epik, baik dipihak Pro Mahathir dan Pro Anwar berusaha untuk memberitahu, jawatan PM yang disandang Mahathir sekarang ini adalah kerana perjanjian yang sudah dipersetujui oleh kedua pihak.


Gambar sumber Aliran


Anwar pula sudah bersedia untuk menjadi PM ke 8 pada Mei tahun hadapan, namun ura-ura perdebatan adakah benar jawatan PM selama dua tahun dipegang oleh Mahathir itu adalah perjanjian bertulis atau hanya sembang seronok masa PH menang 9 mei 2018 lepas.

Anwar gusar tu sebenarnya, kalaulah tidak diberi jawatan PM itu pada Mei 2020 nanti, mana nak letak muka? Mesti panas hati kena 'game' kali ke dua, masalahnya bagaimana Anwar yang orang panggil cerdik tu boleh percaya dengan Mahathir? Jijik betul melihatnya, sebab khayalkan kuasa terus 100% percaya dengan Mahathir.

Patut kalau Anwar dah tahu kena 'game', gerakkanlah unit-unit gempur secara keras terhadap Mahathir dan pentaksub-pentaksub dia. Ini menikus je, kritik pun alahai lembut je macam pon***.

Jawatan PM telah dipersetujui, apa lagi hendak dibincang, kata Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu peralihan kuasa perdana menteri tidak sepatutnya dibangkitkan lagi.

Beliau berkata perkara itu telah diputuskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas.

“Isu ini tidak timbul kerana kita dah ada perjanjian dahulu masa kita pergi ke PRU, kita katakan perdana menteri akan, dan perdana menteri yang susulan itu, itulah yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MySTEMI Foundation di sini, hari ini.



Beliau mengulas gesaan bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali yang mendesak peralihan kuasa pentadbiran negara oleh Dr Mahathir Mohamad dilakukan segera yang kemudiannya menerima kenyataan balas termasuk oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan menyifatkan gesaan itu tidak bertanggungjawab dan terpesong daripada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). FMT

Ahli Parlimen PH buat permukiman, bincang isu panas dan RUU, macam ada apa-apa je ni, adakah sesuatu akan berlaku?

Siap buat pemukiman, kononnya nak berbincang isu-isu berbangkit, tetapi hakikat kerajaan PH sedang mengalami satu keadaan tertekan yang amat sangat, kerana bukan sahaja isu yang berbangkit, tetapi paling utama adalah isu ekonomi yang semakin teruk dan ranap.

Mereka tahu, kerajaan pimpinan Mahathir tidak mampu lakukan apa-apa, Menteri Kewangannya pula hanya sembang kencang konon ekonomi negara nampak bagus, hanya cerita salah Najib, duit 1MDB dan Jho Low.



Menteri D4P nya pula sudah terang-terang tidak menghormati bahasa kebangsaan, ikut kepala mereka sahaja, paling memeningkan PKR, D4P adalah berkenaan Kongres Maruah Melayu yang Komponen PH nampak Kongres ini jalannya begitu rasis.


Mahathir nak beri amanat pada hari Kongress itu berlangsung, Mungkin Mahathir sudah baca apa akan berlaku dalam PH.

Adakah berlaku sesuatu yang luar jangkaan pada sidang Parlimen yang dijangkakan pada 7 Oktober ini?

Siapa tahu kan, tiba-tiba undi tidak percaya kembali menghantui Mahathir, Anwar diam sahaja ketika ini, politik, kita tidak tahu, ia tidak dapat diterangkan melalui akal yang lurus, kena berimiginasi yang cukup luar kotak untuk mengatahui apa sebenar terjadi dalaman PH ketika ini.

Ahli parlimen PH buat pemukiman bincang RUU, isu panas

Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) akan menghadiri pemukiman hujung minggu ini menjelang sesi parlimen yang akan datang, yang akan bermula pada 7 Okt untuk membincangkan dan merangka mengenai rang undang-undang yang akan dibentangkan.

Antaranya termasuklah Belanjawan 2020, rang undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC), Kertas Putih Pertahanan serta rang undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati mandatori.

"Ia akan menjadi perbincangan mengenai pelbagai rang undang-undang yang akan dibangkitkan di parlimen.


"Secara umum, ia adalah strategi untuk sesi parlimen yang akan datang ... Saya tahu IPCMC termasuk sekali," Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu Malaysiakini.

Rabu, 2 Oktober 2019

Hadi datang Kongres Maruah Melayu, D4P mesti panas kali ini

Politik ini ada macam-macam cara, macam-macam seni, kalau kita tidak bijak melihat, menela'ah, serta mengkaji, kita pasti akan terjerat dengan spikulasi tidak baik.




PAS akan hadir ke Kongres Maruah Melayu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir pada Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan Stadium Malawati Sabtu ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kehadiran Abdul Hadi pada kongres tersebut membuktikan bahawa parti itu berjiwa besar untuk mengukuhkan penyatuan ummah di negara ini.

"Pas telah menerima jemputan daripada pihak penganjur untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober 2019. - Utusan Online





Mahathir katanya akan memberikan amanat, tidak pasti amanat apa, harap dia kata bergabung terus dengan parti Melayu yang lain, membentuk kerajaan baharu secepat mungkin, gencatan senjata dari menyerang sesama Islam kerana politik.

Tetapi tidak dipastikan adakah pemimpin Amanah akan hadir juga pada Kongres ini, diharap juga Lim Kit Siang memakai busana Melayu sambil bertanjak, malah diharap sangat YB Jelutung juga begitu, Waytha Moorthy pula diharap memakai baju Melayu sambil bersongkok, itupun kalau mereka ini nak datanglah. (Menulis sambil tersenyum)


Rasanya peluru licik nak berikan D4P melatah macam baboon je kerana Kongres ini nampaknya lebih rasis dari apa yang mereka kata pada masa perhimpunan Muafakat Nasional.

Politik PAS memang 'lagend', tetapi harap ada pemimpin UMNO juga hadir dan kalau boleh Najib Razak pun ada, penyokong UMNO PAS hadir penuhkan, kita hijack dengan bendera UMNO dan PAS.

Politik itu seni, jadi kita pandang dari sudut seorang 'ghost army' menyusup dan memberikan musuh dari dalam berantakan. Simple.

Kalau Tun M tidak beri jawatan PM kepada Anwar, semua akan kena tempias, kecewa dan sedih

Nampaknya epilog cerita penganti Perdana Menteri ke 8 tidak akan berhenti, kali ini Otai Reformis pula bersuara, namun suara mereka kali ini agak macam lelaki lembut sedikit, almaklumlah semua dah insaf, kalau dulu mereka turun ke jalanan, berhadapan dengan FRU, cota, kena but, kena pijak itu perkara biasa demia sebuah perjuangan.


Namun kerana Anwar sudah dijanjikan menjadi PM ke 8, dijangkakan pada Mei 2020 nanti, ramai penganalisis dan suara-suara dalaman mengatakan, mustahil Mahathir akan berikan jawatan PM kepada Anwar begitu cepat.

Otai Reformis dengan ayat sekiranya Mahathir tidak beri jawatan PM kepada Anwar, maka semua pemimpin bawahan tidak akan percaya lagi apa sahaja Mahathir lakukan lepas ini.

Pelik Otai Reformis ni, nak balun, balunlah betul-betul, ini tidak, hanya kritikan manja sahaja.

Takut betul dengan Mahathir. Buang telur lah.

Semua kena tempias jika Dr M tak tepati janji, kata kumpulan pro-Anwar

PETALING JAYA: Kumpulan pro-Anwar mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bahawa semua pemimpin bawahnya tidak akan dipercayai rakyat lagi jika beliau tidak tepati janji peralihan kuasa yang diuar-uarkan sebelum ini.

Otai Reformis 1998 mengulas kenyataan Mahathir mengatakan dia mungkin ada tiga tahun lagi sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15, mengatakan pimpinan komponen bersetuju Anwar akan mengambil alih tempatnya dalam tempoh dua tahun.

Selasa, 1 Oktober 2019

Agak sukar nak menang di Tanjung Piai kata Mat Sabu sambil ketawa

Untuk Makluman, PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November 2019, bersamaan tarikh Perhimpunan Agong Umno.

Tidak dipastikan mengapa pula SPR pilih tarikh itu, adakah kerana tarikh lain tidak sesuai untuk Menteri PH turun padang atau kerana Belanjawan 2020.



 Atau kerana tahu kekalahan bakal terjadi, maka tarikh sama dengan PAU pula dipilih, mungkin itu sahaja tarikh yang sesuai kot.

SPR Umumkan Tarikh-tarikh penting sempena (P165)PRK Tanjung Piai :

Penamaan Calon : 
2 November 2019 ( Sabtu)
Lokasi : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Hari Mengundi Awal :
12 Nov 2019 ( selasa)

Hari Pengundian :
16 November 2019 (Sabtu )
Tempoh Kempen 14 hari.

Permohonan Undi Pos :
Buka 3 Oktober 2019
Tutup 31 Oktober 2019

Kenyataan Mat Sabu mengatakan peluang PH untuk menang adalah tipis, adakah itu cara propaganda biasa yang nampak macam konon payah nak menang dan memberi pihak Muafakat Nasional khayal dan mungkin ramai tidak turun mengundi.

Berbeza dengan PRK sebelum ini, PH nampak lantang dan yakin, malah siap kata BN hilang deposit, yakin calon mereka terbaik, tetapi bila keputusan tiga PRK yang memihak BN, rakyat sudah membuka mata, Pakatan Harapan hanyalah satu entiti yang merosakkan.

Rakyat juga melihat, pemimpin PH ini hanyalah nakkan jawatan dan publisiti sahaja, dengan keadaan ekonomi yang teruk, gangguan terhadap Islam dan Melayu Bumiputera membuatkan majoriti rakyat terutama Melayu pasti akan menolak PH.

Kita tunggu sahaja 16 November nanti, adakah benar kata Mat Sabu tu.

Mat Sabu akui PH sukar menang di Tanjung Pia

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui sukar bagi Pakatan Harapan mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Menurutnya, faktor pengundi luar yang dijangka tidak ramai pulang mengundi menyukarkan PH mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Selalunya PRK memang kita (PH) sukar untuk mencapai kemenangan. Terutama sekali pengundi-pengundi luar, sama ada bekerja di Singapura, Australia dan tempat-tempat lain. 

"Banyak yang tidak pulang sebab mereka menganggap siapa menang pun tak dapat mengubah kerajaan.
"Tapi kalau PRU, mereka sanggup berbelanja sendiri untuk pulang, walaupun mereka habis lima atau enam ribu Ringgit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sekalung Budi Media Pertahanan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, hari ini. - Malaysiakini

Gelar Mahathir sebagai 'Reformis palsu', Ezam palu gendang perbalahan

Bibit perang terbuka sudah bermula, setelah dimulakan oleh Syed Husin dengan mengatakan kata Mahathir tidak boleh dipercayai, malah mempersoalkan kerja sampai 18 jam tetapi hasil langsung tidak nampak.

Anwar Ibrahim sedang mulakan siri serangan terbuka dengan menggunakan orang-orang yang dia rasa boleh beri satu balingan tepat kepada kem Mahathir.



Mana boleh sorok keadaan ini, semalam Syed Saddiq panjang lebar membalas balik apa yang dikatakan oleh Syed Husin, Khairuddin juga sedang memulakan serang balas yang keras sehingga mengugut pula mahu membuat kempen tolak Anwar secara berdepan sekiranya pihak yang berkaitan secara terbuka lagi mengkritik Mahathir.

Hari ini pula Ezam Mohd Nor secara terbuka membuka ruang perbalahan, menyokong apa yang diperkatakan oleh Syed Husin, memang Mahathir itu 'Reformis palsu'

Apa lagi PKR, jadi anak jantanlah, jadi pertahanan presidenmu. Ini dikalangan pemimpin pro Anwar kecut telur nak berbicara mengkritik cara Mahathir.

Cuma nak bagitahu, yakin ke boleh lawan kem Mahathir ni?




 Ezam sokong Syed Husin, gelar Dr M 'reformis palsu

Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "reformis palsu", untuk berhenti "menipu" rakyat.

Dalam kenyataan media hari ini, bekas setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata, Dr Mahathir perlu berhenti daripada membuat "kenyataan palsu" di pentas dunia bagi mengambarkan diri sebagai pejuang keadilan.

"Dr Mahathir jelas gagal mempertahankan prinsip dan semangat reformasi sama ada secara sengaja atau tidak.

"Dan atas semangat dan prinsip reformasi dan demi kelangsungan hidup rakyat miskin yang semakin terhimpit saya menyarankan agar Dr Mahathir berhenti daripada jawatan PM dalam kadar segera agar proses reformasi sebenar boleh dilaksanakan tanpa tangguh lagi," katanya. - Malaysiakini

Isnin, 30 September 2019

Pulangan 2% LTAT kerana pelaburan tidak munasabah zaman BN kata Menteri

Ini yang bagus menjadi Kerajaan Pakatan Harapan, mereka bijak dalam menyalahkan orang, salah kan sahaja masalah yang berlaku ketika mereka memerintah kepada Najib, salahkan Menteri yang dahulu punca segalanya.


Gambar - The Star


Askar melopong je mendengar penjelasan Mat Sabu, malah mengiyakan sahaja apa sahaja yang terkeluar dari mulut Menteri Pertahanan itu.

Sedangkan masa zaman BN memerintah, walaupun dividen LTAT diberi 12%, dikritik hebat kononnya kerajaan BN merompak, tidak mampu melakukan perubahan, malah Najib juga dipersalahkan kononnya dividen hanya 12% sahaja.

Tetapi bila Pakatan Harapan memerintah, nilai 2% adalah paling terendah dalam sejarah. Paling buruk kerugian yang dialami, ramai mengkritik, rakyat bertanya, ramai mempertikaikan.

Namun jawapan Menteri Pertahanan paling disayangi rakyat jelata.

Pulangan tidak munasabah punca dividen rendah - Mohamad Sabu

Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan kepimpinan terdahulu menyebabkan keuntungan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lebih rendah dan memberi kesan kepada pembayaran dividen kepada ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata pihaknya sedia maklum dengan rungutan orang ramai yang mempertikaikan kadar dividen yang diumumkan LTAT hari ini.

Katanya, untuk mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi, ia memerlukan pulangan yang baik hasil daripada pelaburannya.

Beliau berkata, pengurusan LTAT hari ini mewarisi organisasi yang sarat dengan pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan daripada kepimpinan yang tidak telus sebelum ini.



“Sebagai contoh, LTAT menerima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017. Jumlah keuntungan bersih LTAT pada 2017 telah diselaraskan kerana mengambil kira hasil daripada jualan tanah yang belum dimuktamadkan.

“Untuk rekod, pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta.


“Bagi Tahun Kewangan 2016 pula, pendapatan bersih LTAT juga turun sebanyak 48 peratus daripada RM685.5 juta kepada RM356.2 juta selepas mengambil kira penyelarasan daripada penjualan tanah yang tidak dimuktamadkan, namun hasil jualan itu telah diambil kira sebagai pendapatan LTAT,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, malam ini.

LTAT hari ini mengumumkan dividen dua peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018, dengan jumlah agihan RM161.2 juta. Dividen berkenaan akan diagihkan pada ahli, minggu ini. - BH Online

Nga Kor Ming suruh Najib bertaubat kerana memfitnah dirinya, tetapi ada bukti yang dia mungkin terkedu

Oleh kerana kenyataan yang berbau hasutan dilakukan oleh orang disyaki Nga Kor Ming (dinafikan page tersebut sebagai palsu), satu pautan di Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page telah membuatkan nitizen berang, ini kerana kalau baca apa yang ditulis dalam Facebook tersebut, menjurus kepada hasutan kepada orang Cina supaya membenci Sultan Selangor.




Biadab sungguh kiasu sejak memerintah sekarang ni, 'posting' dalam fb itu juga telah dipadam, mungkin kerana amarah membuak-membuak nitizen.


https://www.facebook.com/52329039169/posts/10157842153864170?sfns=mo

Namun setelah viral, Nga Kor Ming mengatakan itu adalah FB palsu. Malah menyuruh Najib supaya bertaubat kerana memfitnah dia,

Dari Facebook Najib Razak, telah membangkitkan bahawa, Facebook Nga Kor Ming Super fans Page ada kaitan dengan Kor Ming sendiri.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156379566620952/

Sudah tentu ada yang akan kata page dengan 600,000 followers itu bukan page Nga Kor Ming tetapi hanya page "fans" beliau.

Ini adalah sejarah page itu. Ianya jelas bahawa page ini sudah lama menggunakan nama dia.

Sebelum ini, saya pernah saman Nga Kor Ming tentang posting yang telah memfitnah saya di page yang sama ini dan beliau meminta maaf di Mahkamah.

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/kor-ming-kesal-fitnah-najib-rosmah-1.326997




Pada tahun 2016, Nga Kor Ming disiasat kerana membuat posting yang menyamakan duit raya dengan dedak.
https://www.theborneopost.com/2016/07/10/tindakan-kor-ming-biadab-dan-wajar-mohon-maaf/

Lalu page FB itu terus ditutup untuk beberapa bulan sebelum ianya dibuka semula dan nama page ditukar walaupun gaya dan nada posting mereka tak berubah.

Sama ada Nga Kor Ming dan DAP terlibat, biar polis siasat jika kerajaan di bawah PH ini masih ada maruah untuk mempertahankan Rukun Negara dan undang-undang kita.

Kesimpulannya, kalau dah jenis kiasu yang kurang ajar, beginilah rupanya, D4P mempunyai ramai pemimpin seperti ini, jenis tidak kenal dek untung.

Jangan sampai peristiwa 1998 berulang kata Khairuddin, macam ugut sahaja pentaksub Tun M ni

Adakah benar diperkatakan cakap-cakap yang sahih, keretakan dalaman dalam Pakatan Harapan memang sedang berlaku, PKR pro Anwar Ibrahim sudah nampak, gerakan Mahathir yang terang-terang tidak akan memberikan dengan mudah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Mahathir diikutkan mana nak percaya dengan Anwar, dia berbaik pun sebab nak gunakan PKR, bila dah berjaya tawan Putrajaya, janji-janji seronok sahaja nak pegang jawatan dua tahun, realitinya Mahathir nak pegang sampai dia puas jawatan tu.




Masih nak percaya Mahathir? Bodohnya PKR membiarkan sahaja keadaan ini berlaku, suara Syed Husin tu hanyalah bibit manja kritik keras terhadap Mahathir, yang pemimpin lain semua telurnya kena pegang, almaklumlah jawatan dah sedap-sedap, kenyang bila dah jadi kerajaan kan.

Persoalannya, adakah PKR sebenarnya yang diambang perpecahan yang teruk dan Anwar bakal terjerumus dilembah paling tidak berguna kerana dipermainkan Mahathir buat kali keduanya.

Cuma nak beritahu, kalau anak jantan, baik lawan balik apa kenyataan Khairuddin ini, sebelum terkena dan terhina. Itupun kalau PKR ada kejantanan. Kalau adalah.




Jangan jadikan peristiwa hitam 1998 berulang - Khairuddin bidas Syed Husin

Khairuddin Abu Hassan yang merupakan penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak layak memimpin negara dan mencadangkan akan berkempen untuk menghalang kebangkitan politik MP Port Dickson itu.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali yang mengkritik Dr Mahathir kerana tidak meletakkan komitmen terhadap pelan peralihan kuasa yang jelas dan mempertikaikan sekiranya pemimpin PH sudah tidak lagi mampu untuk membantah perdana menteri.

"Saya nak ingatkan puak-puak bangang dalam PKR agar jangan keterlaluan. Tolong jangan terlalu kurang ajar.

"Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak layak untuk memimpin bangsa, agama serta tanahair.

"Buat masa ini saya hanya ingin buat kenyataan ini secara umum. Tunggu masa ketika yang sesuai kemungkinan saya akan tampil untuk terangkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh diberi ruang untuk memimpin ummah di tanahair kita," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Khairuddin ialah penyelaras Deklarasi Rakyat yang menandakan bermulanya kerjasama antara pihak yang keluar daripada kerajaan BN dan pembangkang pada 2016. 

Selanjutnya usaha tersebut membawa kepada pembentukan Bersatu dan pembentukan Pakatan Harapan pada 2018.


Khairuddin kemudiannya keluar Bersatu atas sebab-sebab yang tidak diketahui tetapi bertanding PRU14 di bawah tiket Amanah.

Walaupun Khairuddin tidak bersama Bersatu secara rasmi, beliau sering kali menyerang pengkritik Mahathir. - Malaysiakini

Ahad, 29 September 2019

Jualan aset boleh kurangkan liabiliti dan hutang negara kata Lim Guan Eng, tetapi hutang negara makin meningkat, apa cerita?

Kadang-kadang kita sebagai rakyat Malaysia ni sampai bila nak percaya cakap Menteri kewayangan sorang ni, tidak dipastikan apa sebenarnya kerja dia dalam kementerian itu.

Banyak juga aset negara yang bagus-bagus dijual kati oleh kerajaan Pakatan Harapan, mereka makin ghairah menjual, lepas jual, bangga pula dengan cara begitu.




Sebagai kerajaan kenalah buat sesuatu perihal ekonomi yang semakin merudum, semakin teruk, tarik pelabur dan uruskan sistem cukai dengan betul.

Bila Lim Guan Eng kata jualan aset itu adalah untuk kurangkan liabiliti dan kurangkan hutang negara, ini adalah taktik penipu paling terkemuka, cuba dia tunjuk berapa hutang negara sekarang?

Cuba dia lihat statistik penganguran, harga barangan, ringgit makin menaik atau menurun dan adakah bantuan-bantuan yang sudah dipotong dan dikurangkan itu sudah mampu membuatkan ekonomi kita semakin menaik dan bagus?

Cuba kita tanya mereka soalan ini.


Guan Eng yakin jual aset bukan teras akan kurangkan liabiliti, hutang negara

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata langkah menjual aset-aset bukan teras dan tidak kritikal akan membantu mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim berkata Pejabat Perdana Menteri berkuasa sepenuhnya dalam menyahlabur pelbagai aset bukan teras dan bukan kritikal untuk mengimbangkan kembali portfolio kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam.

“Hasil daripada penyahlaburan, apabila dikembalikan kepada perbendaharaan kerajaan dalam bentuk dividen, akan diperuntukkan ke arah pengurangan hutang dan liabiliti kerajaan,” kata beliau.

Katanya, kerajaan sedang berusaha secara aktif untuk mendapatkan kembali aset untuk dana yang telah diselewengkan daripada 1MDB di serata dunia.


Sebanyak RM925.1 juta telah dapat dikembalikan sehingga kini, tidak termasuk penjualan kapal layar mega Equanimity untuk RM523 juta, kata beliau. - FMT

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...