Sabtu, 12 Oktober 2019

Lagi anggota LTTE ditahan di Melaka, yang pasti mereka berdua ahli D4P

MELAKA: Dua lagi individu yang juga ahli DAP di Melaka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA), hari ini.


Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew, mengesahkan kedua-dua individu itu ialah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan negeri.

“Saya difahamkan mereka ditahan di rumah masing-masing, sekitar Durian Tunggal, Alor Gajah, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, mengesahkan kedua-dua individu itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Memang betul mereka ditahan di bawah SOSMA oleh pihak polis Bukit Aman hari ini dan ia berkait dengan penahanan seorang EXCO Melaka sebelum ini.

“Maklumat lanjut bagaimanapun saya tak boleh maklumkan lagi dan kita serahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan,” katanya.

Khamis lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga EXCO kerajaan negeri Melaka, antara tujuh individu ditahan pihak polis selepas dipercayai terbabit dalam majlis memperingati perjuangan LTTE.

Mereka ditahan kerana didakwa mempromosikan, menyokong, dan memiliki bahan serta mengagihkan dana yang mempunyai kaitan kumpulan pengganas itu.

BH Online

PH bakal naikkan tarif air sehingga 68%, tetapi Timbalan Menteri kata ia kenaikan yang tidak membebankan

Bersediakan kita untuk membayar lebih duit kepada kerajaan dengan alasan untuk kesenangan rakyat. Mereka sebelum mendapat kuasa, kata-kata seperti ini, sekiranya kami memerintah, rakyat tidak lagi terbeban dengan cukai dan kenaikan harga barang dan lain-lain. Sampai petrol pun mereka kata mampu beri harga RM1.50 sen seliter.




Berapa ramai terpesona? Bila dah dapat kuasa, hah! Segala pekung yang semua tidak tahu, akhirnya terbongkar dengan sendirinya, mereka (ph) jugalah yang banyak menyusahkan rakyat, orang susah bertambah susah, orang kaya bertambah kaya, sistem keadilan ekonomi mereka sudah lacurkan kerana mereka berkuasa untuk membalas dendam dan bukan untuk menjaga rakyat.

Lagi nak percaya janji Pakatan Harapan? Baik Meninggal lagi baik.



PH naikkan Tariff Air 68% . Menteri tak tahu kira?

DSN dalam ciapan fb 10 Okt 2019 melahirkan rasa amat terhibur dengan jawapan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri dari DAP dalam parlimen tadi tentang kenaikan pukal harga air untuk seluruh negara tahun depan.

Pada awalnya Zulpuri kata kenaikan ini tidak membebankan Rakyat. 

Tim Menteri PH juga copy/paste jawapan PM ke-7 bahawa beberapa cukai baru yang akan dilaksanakan tidak bebankan Rakyat.

Lepas itu, Timbalan Menteri kata kenaikan kadar air ini adalah jauh lebih rendah dari kenaikan untuk bil utiliti yang lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.

Maksudnya kadar elektrik dan gas akan dinaik lagi. 

Akhirnya,  Tim Menteri beri contoh pengiraan bagi kadar air untuk 25 meter padu pertama.

Kata beliau jumlah caj hanya naik dari RM12.19 ke RM20.50 sahaja.

"Tak sampai 50% kenaikan pun. Oleh itu ianya tidak benar bahawa kenaikan air tahun depan adalah melampau." jawab dia.


Bagi PH   kadar tariff air tak sampai 50% itu dianggap tidak membebankan dan tidak melampau.

Padahal kenaikan dari RM12.19 ke RM20.50 dalam pengiraannya adalah kenaikan 68% -  Ini bukan " tak sampai 50%"

Jika ditambah dengan kenaikan cukai taksiran sehingga 120% lebih tinggi (seperti di Pulau Pinang), kenaikan harga petrol dan cukai digital baru yang juga bermula tahun depan dalam situasi ekonomi yang semakin merosot, apa komen PH?

Masih tidak bebankan Rakyat ke?

Jumaat, 11 Oktober 2019

Saya tidak takut, sila tahan saya kata Ramasamy kepada pihak Polis

LTTE adalah pertubuhan pengganas yang banyak membuat onar dengan membunuh orang awam, setelah LTTE ini sudah diakalahkan sekitar tahun 2009 oleh kerajaan Sri Lanka, namun ideologinya memang berbahaya, sebaris dengan Daesh, Isis dan Taliban.

Mereka memperjuangkan kononnya kaum minoriti, ditindas dibuli dan dinafikan hak sebagai rakyat Sri Lanka. 

Gambar - Malaymail


Setelah sedekad kumpulan ini dikalahkan, ia telah menular dikalangan pengikut fanatik di Malaysia, menurut pihak Polis anti Pengganas, ada pihak cuba menaikkan semula pertubuhan ini di Malaysia dengan mengumpul dana dan ingin membuat keganasan terhadap warga Sri Lanka di sini.

Dua adun D4P telah diberkas kerana kaitannya dengan LTTE ini, namun titik tolak daripada itulah kita melihat kepala-kepala LTTE ini mula menunjukkan belang, terutamanya Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang, P Ramasamy.

Lihat sendiri betapa angkuhnya dia sampai boleh mengugut Polis, katanya kalau jika mahu diminta pihak Polis tahan @ berkas dirinya.

Angkuh level berlagak D4P ni.

Silakan jika mahu tahan saya, Ramasamy beritahu polis

 Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy masih mampu bertenang, walaupun tersebar khabar angin beliau mungkin ditahan polis kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah di Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang sudah terkubur.

“Jadi, saya dengar saya akan ditahan. Jika mereka mahu, silakan. Saya bukan pelarian yang meminta suaka di negara ini,” katanya sambil ketawa ketika ditemui FMT di pejabatnya hari ini.


Beliau percaya penahanan dua Adun DAP di Negeri Sembilan dan Melaka pagi tadi mungkin dibuat atas desakan penyokong penceramah dari India, Dr Zakir Naik.

Ramasamy mendakwa Naik dan “pengikutnya” berusaha habis-habisan untuk merosakkan namanya dengan menggelarnya pengganas dan menggunakan semula gambar lamanya menyertai misi damai ke Sri Lanka 10 tahun lalu. FMT

Lim Guan Eng kata pihak Polis jamin tiada lagi pemimpin D4P akan ditahan, macam Polis pula dia ni

Itu hebatnya D4P wahai umat Melayu, cuba kita lihat dari perspektif yang luar imiginasi apa yang cuba Lim Guan Eng perkatakan ini.

Bila mana-mana pemimpin D4P yang terpalit dengan masalah jenayah atau sebagainya, maka tanpa rasa malu dan segan, mereka tetap anggap perilaku atau kesalahan pemimpin D4P itu hanyalah mainan politik, mangsa politik.



Pelik juga mereka-mereka ini, mereka sudah jadi kerajaan, yang tangkap adalah Polis pada ketika mereka lakukan kerja penangkapan itu, Pakatan Harapan adalah kerajaan memerintah.

Kita sedia maklum gelabahnya mereka-mereka ini bila terpalit dengan jenayah serius seperti rogol dan pengganas.

Adakah dalam D4P dipenuhi dengan ideologi yang fasis seperti LTTE itu?

Takkan Lim Guan Eng nak beritahu LTTE itu baik, pihak Polis telah menjalankan tugas mereka demi keamanan dan ketenteraman negara ini.


Polis jamin tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan - Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihak polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan Hariamu Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Polis hari ini menahan tujuh individu termasuk Exco Melaka, G Saminathan dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Polis juga mendedahkan kumpulan pemberontak itu merancang serangan ke atas kedutaaan Sri Lanka di Malaysia.


"Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Malaysiakini

Khamis, 10 Oktober 2019

Exco D4P Melaka ditahan pagi tadi, disyaki terbabit dengan LTTE

Belum reda bahang panas di Perak, hari ini panasnya yang cukup membara terjadi pula di Melaka, tersebar luas mesej dari whatsap begini.



Berita Terkini!!!!

YB Saminathan telah ditahan dan digari  di Pejabat beliau sendiri di Seri Negeri. Beliau telah ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari Bukit Aman kerana didapati terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE.

YB Saminathan adalah EXCO Sumber Manusia Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gadek.

Admin pasti pengundi pengundi DUN Gadek yang telah mengundi Pakatan Harapan menyesal.

Mohon PDRM menyiasat latar belakang semua ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri untuk memastikan mereka bebas dari sebarang kumpulan pengganas. Demi keselamatan negara.

Pihak admin akan cuba untuk mendapatkan lanjut berkaitan perkara ini.

#TahniahPDRM
#PemudaUmnoKotaMelaka
#PemudaBangkit
#AntiKumpulanPengganas

https://www.facebook.com/615825828497468/posts/2551526754927356/

Tidak diketahui adakah punca penahanan itu berkait rapat dengan sebaran himpunan menyokong LTTE yang viral baru-baru ini, ramai dikalangan pemimpin PH dikaitkan dengan pertubuhan pengganas LTTE ini.


EXCO Melaka, adun DAP ditahan pagi ini

MELAKA: Polis menahan seorang EXCO kerajaan negeri pagi ini, dipercayai kerana terbabit dalam majlis memperingati upacara perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Berita Harian melaporkan penahanan EXCO daripada DAP itu disahkan Ketua Menteri, Adly Zahari pada sidang media mesyuarat EXCO, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi. - TTKM

Curi bilion-bilion dapat Tan Sri, Tun kata Anwar Ibrahim, dia nak tujukan kepada siapa sebenarnya?

Anwar Ibrahim, bila berbicara berkenaan keadilan, boleh terlopong siapa mendengarnya, malah bibit-bibit ayatnya membolehkan siapa sahaja mendengar, pasti terpesona, khayal dan ada yang tergigit lidah. Hebat bukan?



Gambar - MalaysiaGazette

Tetapi, partinya sudah berkuasa, makna keadilan itu baik dia simpan dalam jamban sahaja, lihat sahaja apa berlaku masa sekarang, sistem membalas dendam sedang berjalan dengan jayanya, penguasa sedang menjalankan undang-undang rimba, mana suara kamu Anwar Ibrahim?


Isu arwah Adib, isu anak Menteri kantoi ganja, isu pegawai Menteri skodeng skirt amoi dan banyak lagi kes berkenaan pemimpin PH, nampak gayanya undang-udang memihak kepada mereka sahaja. Ramai memerhati dengan penuh amarah sebenarnya sekarang ini.

Paling ketara adalah isu video semburit Azmin, sampai sekarang tiada apa tindakan, sedangkan pelakunya dah mengaku, malah video itu pun disahkan tulen. Undang-undang apa PH guna agaknya?

Anwar Ibrahim dalam Seminar APEX di Hotel Pullman, Bangsar

“Saya lihat dalam penjara semua penderitaan, tak semua bersalah. Saya masih ingat ketika nak berjumpa peguam, saya ternampak seorang pemuda.


“Saya tanya penjaga, anak ini curi apa? Tidak saya bukan polis, saya bukan hakim, saya nak tahu.

“Saya (pemuda) curi jeans dekat pasaraya. Berapa lama duduk dalam penjara? Enam bulan. Kenapa lama sangat? Reman nak tunggu majistret bagi tarikh.

“Awak curi satu jeans, awak duduk enam bulan di penjara. Awak curi bilion, awak dapat Tan Sri atau Tun,”

Rabu, 9 Oktober 2019

[Tergempar] Adakah PRN akan berlaku di negeri Perak?

Tersebarnya satu surat yang agak mengemparkan, SPR ibarat sudah memberi signal, PRN di Negeri Perak akan berlaku dalam jangkamasa terdekat?

Tidak dipastikan kesasihan sebenar surat yang ditularkan itu, SPR pun masih belum umumkan perkara yang hangat diperkatakan oleh nitizen.





Namun disebalik kisah surat SPR itu, rupa-rupanya ada cerita kurang enak berlaku terhadap komponen Pakatan Harapan, D4P sedang bercakaran sama sendiri, maka MB Perak pula pening kepala.

Jom kita makan popcorn jom!

Adun D4P istihar bebas di Perak? 

Pergolakkan antara parti, malah di dalam parti PH juga berganyang sakan. Paling ketara dalam kepimpinan DAP Perak, apabila ADUN Malim Nawar dan ADUN Pokok Assam melepaskan jawatan di dalam parti itu kerana tidak puas hati terhadap Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming. Kepimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) Perak pula ibarat api di dalam sekam yang hanya menunggu masa merebak.

Ada ura-ura beberapa ADUN pihak kerajaan mahu meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri selaku ADUN bebas. Dikhabarkan jumlahnya lapan orang, tetapi paling mendesak empat. Jika dua sahaja ADUN meninggalkan pihak kerajaan, ada dua kemungkinan akan berlaku iaitu samada Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan seperti berlaku pada 2009, atau Pilihanraya Negeri (PRN) perlu diadakan.


Atas kemungkinan inilah maka SPR sudah mula menggerakkan jenteranya bagi meninjau pusat-pusat pembuangan undi di seluruh Negeri Perak, yang kebanyakannya di sekolah-sekolah.

Sumber dari Whatsap

Takkanlah Anwar begitu bodoh sebut perkataan 'barua' kata Setpol PM

Mungkin perkataan barua hanya kiasan, ataupun tidak sengaja, malah Anwar sebenarnya menyebut maruah yang slanknya begitu kedalam sehingga kedengaran bunyi barua, hanya Anwar sahaja mengatahuinya.

Namun kecoh juga warganet mempersoalkan mengapa Anwar nampak macam tiada adab berkata begitu, dilihat kembali lenggok badan, macam sesuatu juga Anwar ingin luahkan, nampak macam tidak selesa, muka terpaksa dan pendam sesuatu terhadap PM, semua melihat gelagatnya ketika ketawa, ketara cara bermuka-muka Anwar terhadap PM.

Ini bukan semberono punya penilaian, anda boleh lihat raut wajah Anwar pada ketika ini, adakah beliau tertekan kerana memang tahu jawatan PM ke 8 tidak akan dilepaskan dengan mudah oleh PM ke 7?

Barua atau Maruah? Anda boleh dengan berkali-kali video tersebut


https://www.headbomb.net/2019/10/video-hot-anwar-ibrahim-kata-kongres.html

Anwar tak bodoh sebut ‘barua’, kata SetPol Dr M

Hanya kambing mengenal rumput, hanya harimau mengenal habuannya. Terpulang untuk rakyat menilaikannya.

Setiausaha Politik kepada perdana menteri, Mohd Zahid Md Arip bersangka baik dan menganggap Anwar Ibrahim menyebut perkataan “barua” tanpa sengaja, susulan tersebarnya video di mana presiden PKR itu menyebut perkataan itu merujuk Kongres Maruah Melayu.

“Saya juga melihat video itu dan saya memilih bersangka baik, saya tak fikir Anwar sebodoh dan sebebal itu.

“Untuk sebut perkataan yang dimaksudkan dengan barua, mungkin dia tersebut barua tanpa sengaja,” katanya dalam satu rakaman video yang dilihat FMT.

Video yang tular di media sosial menunjukkan Anwar berkata ” Biar dia (Dr Mahathir Mohamad), (sejak) kongres ‘barua’ ni semangat dia lain macam” FMT

Selasa, 8 Oktober 2019

[VIdeo Hot] Anwar Ibrahim kata Kongres Barua dekat sebelah Mahathir, cari pasal dah ni

Kalau tidak dapat menahan amarah kepada Mahathir sekalipun, jangan tunjuk sangat perangai kamu tu, nanti Atuk libas balik mau menangis sambil berlari nanti Bang Non.


Heboh bila video spontan yang begitu ketara suara Bang Non berkata 'Kongres Barua' tu yang semangat tu.

Adakah perkataan Barua atau maruah tidak dipastikan, namun cukup jelas perkataan Barua yang terkeluar dari mulut bakal PM ke 8 kepada PM ke 7.

Nampaknya Khairuddin sudah mulakan hentaman fasa pertama dengan kenyataan manja dan keras.


KENAPA ANWAR IBRAHIM SEBUT ‘KONGRESS BARUA’ MERUJUK KEPADA KONGRES MARUAH MELAYU BARU-BARU INI??!! INIKAH KEPERIBADIAN ORANG YANG NAK JADI PM8?!

Nampak sangat jatidiri anwar ibrahim amat rendah nilai pekertinya!! Tidak sesuai untuk dia sebut “kongres barua’ dalam sidang akhbar seperti itu!!

Saya yakin perkataan ‘kongres barua’ yang dilontarkan oleh anwar ibrahim itu merujuk kepada kongres maruah melayu yang dianjurkan baru-baru ini!!

Mungkin anwar ibrahim kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir!!

Mungkin apa yang memedihkan lagi perasaannya bila melihat dato seri azmin ali ditonjolkan di atas pentas bersama tokoh-tokoh pemimpin lain!!

Apa pun perasaan tidak puas hatinya; anwar ibrahim tidak harus keluarkan bahasa kesat sedemikian rupa walaupun dalam bentuk gurauan!!

Hakikatnya, tuhan yang Maha Mengetahui sedang menunjukkan kepada keseluruhan rakyat akan keperibadian sebenar anwar ibrahim!!

Dia ini sebenarnya ‘penyangak’ yang sedang berlakon mempamerkan watak tokoh pemimpin!! Sebab itu saya sering kali nyatakan anwar ibrahim adalah manusia hipokrit dalam segenap segi!!

Kalau anwar ibrahim cuba hendak bergurau sekalipun; perkataan ‘barua’ tidak sesuai sama sekali disebut di hadapan seorang perdana menteri yang usianya lebih tua dari beliau!!

Anwar ibrahim tidak layak untuk memimpin bangsa dan negara kerana beliau ini bersikap tidak rasional dan amat pendendam!!

Tetapi bagi saya anwar ibrahim hanyalah seorang yang cukup ‘haprak!!’

Jatidiri beliau yang lain akan saya dedahkan satu per satu bila tiba masa yang sesuai!!

Seorang yang berkeperibadian seperti ‘musang berbulu ayam’ amat merbahaya untuk diizinkan memimpin bangsa serta tanahair kita yang tercinta ini!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
9 Oktober 2019


Walaupun kerajaan kerugian berbillion ringgit, tiada sebab nak kembalikan GST

Kalau kita lihat situasi sebenar keadaan ekonomi negara kita, adakah kita yakin Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan itu boleh membawa negara kita ke arah yang lebih maju, rakyat senang, peluang kerja banyak.




Namun adakah itu semua berlaku ketika Pakatan Harapan memerintah hampir setahun setengah, rakyat semakin susah, ringgit makin menjunam, pelaburan makin menyusut teruk, banyak pula aset kerajaan dijual, hutang semakin naik 1 Trillion.

Apa yang nak dibanggakan dengan cukai SST sekiranya banyak cukai baru pula muncul, malah bukan biasa-biasa punya cukai yang muncul, sebagai contoh cukai manisan, cukai 6% cukai digital, tiada lagi subsidi minyak dan bermacam lagi perkara yang tidak baik untuk rakyat dengan cukai dan bebanan.

Anda sebagai rakyat Malaysia, yakin dan pasti SST bakal membawa Malaysia ke arah yang betul?

Tiada sebab kembalikan GST, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebaliknya akan memperbaiki cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak 1 Sept tahun lalu.

“Semasa GST diperkenalkan dahulu, kita dengar banyak rintihan daripada rakyat, mereka bayar cukai dua kali sebab itu kita berpendapat, kita perlu kembali laksanakan SST dan ini sedang berjalan di samping kita perlu baiki pelaksanaan cukai baru ini.


“Tidak ada sebabnya kita akan kembali kepada GST yang ditolak rakyat dahulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu hala tuju kerajaan untuk mengembalikan GST, sekiranya ia dikehendaki rakyat.

Kerajaan terdahulu melaksanakan GST mulai 1 April 2015, tetapi dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu. FMT

Selepas ajakan 'Tok Mat' untuk bersama Penyatuan Ummah, Mahathir kata tidak sikit pun teringin nak bersama Pas Umno

Kongres Maruah Melayu tempohari dengan amanat yang kononnya bercerita perihal kuasa orang Melayu semakin mengecil dalam PH, tiada apa yang mampu dibuat lagi kerana kerusi orang Melayu hanyalah ibarat berdehem ditepi tangga.


Hanya mengharap Perdana Menterinya sahaja berbangsa Melayu yang kurang lebih 2 3 tahun je mampu bertahan, apa yang dibanggakan kalau membiarkan sahaja keadaan Melayu itu hanya melukut ditepi gantang, buatlah Kongres apa pun, pasti tidak mampu nak mengubah nasib kalau masing-masing nak pentingkan diri sahaja terutama Perdana Menteri.

Sudah-sudahlah Mahathir, drama yang kamu buat ini kadang kala orang dah boleh baca, jawapan untuk persoalan ini semua, Mahathir nak semua pemimpin Umno ikut PPBM, Pas pun sama ikut bersama PPBM buat satu pakatan baru, tetapi kepalanya adalah Tun Mahathir juga dan penjilat-penjilat dia yang lain, anak-anak dia dan serta kroni-kroni dia akan selamat.

Itu sahaja yang kalian kena faham, bak kata Rafizi, 'Mahathir ini lidahnya bercabang'.

Dr M tolak tawaran tubuh kerajaan baru dengan Umno, PAS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak cadangan menggesa beliau membentuk kerajaan baru bersama Umno, PAS serta rakan dari Sabah dan Sarawak.

Mahathir berkata, Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum sejak ia mencapai kemerdekaan 62 tahun lalu.

“Negara kita berbilang kaum. Dan semua kaum punyai hak dalam negara kita,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menyarankan Mahathir boleh menubuhkan kerajaan baru sekiranya pemimpin itu benar-benar ikhlas mahu menjaga martabat dan maruah orang Melayu. FMT

Umno letaklah calon di Tanjung Piai, sebab kami mampu menang lebih besar nanti kata Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad “merayu” pembangkang meletakkan calon daripada Umno untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, mengatakan ia akan membantu gabungan itu.


“Tolonglah supaya kita boleh menang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat majlis presiden PH di Yayasan Kepimpinan Negara hari ini.

Beliau hanya tersenyum apabila ditanya apakah yang menyebabkan beliau berkata demikian.

“Yang itu kita tak boleh beritahu,” katanya.

Mesyuarat pemimpin tertinggi PPBM, PKR, DAP dan PPBM hari ini membincangkan persediaan untuk PRK Tanjung Piai, yang mengundi pada 16 Nov ini selepas 14 hari berkempen.

Di pihak BN, Umno dan MCA masing-masing mengumumkan minat untuk bertanding di kerusi itu, yang kosong selepas kematian penyandang, Md Farid Md Rafik dari PPBM pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Sekutu Umno, PAS memberi keutamaan kepada calon BN, sementara di pihak PH, PKR menyokong calon daripada PPBM manakala DAP tidak meletakkan calon.

Tanjung Piai pernah menjadi medan tempur antara MCA dan DAP tetapi DAP beri laluan kepada PPBM pada pilihan raya umum lepas.

Farid menang kerusi itu dengan majoriti 524 undi. Penyandang, Wee Jeck Seng dari MCA, meraih 20,731 undi dan Nordin Othman dari PAS dapat 2,962 undi.

Sebanyak 57% pengundi di Tanjung Piai adalah Melayu, diikuti Cina (42%), dan India (1%).

FMT

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...