Sabtu, 19 Oktober 2019

[Panas] 'Yan Ke lebih teruk tahap biadabnya lebih tinggi dari pedajal'

Isunya kurang ajar, biadab dan tiada etika, ibarat bertandang ke rumah orang, kita menari bogel pula di hadapan ruang tamu, sehingga tetamu terkejut dan malu.

Itulah perumpamaan apa yang dilakukan oleh individu pro D4P baru-baru ini di Majlis Konvokesyen UM.



Tindakannya itu ibarat hero kiasu yang berlaku biadab terhadap Majlis yang sepatutnya untuk pelajar bergembira mendapat segulung ijazah.

Kalau begini cara nak diajar anak muda, apa lagi yang kita banggakan dengan negara kita, bila hal tidak sepatutnya berlaku terpampang di seluruh dunia.

Patutlkah kita berbangga?



‘Yan Ke lebih teruk dari biadap tapi pedajal’

Sokongan ‘luar biasa’ yang diterima oleh Wong Yan Ke yang melakukan protes semasa majlis Konvokesyen Universiti Malaysia (UM) baru-baru ini sebenarnya sudah menjawab persoalan siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Ini kerana, secara logik akal, seseorang graduan tidak akan berkelakuan tidak senonoh pada acara rasmi universiti kerana ia bukan hanya menjejaskan majlis tetapi memberi kesan kepada masa depannya sendiri.

Oleh sebab itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yakin graduan yang waras dan rasional tidak akan berani  melanggar istiadat majlis konvokesyen tersebut kecuali
dia gila.

Menyifatkan tindakan Yan Ke itu sebagai pedajal (individu menyusahkan orang dalam bahasa utara), Kok Seong berkata, melihat sokongan yang diberikan kepada Yan Ke, tidak mustahil graduan itu ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

“Kelakuan graduan itu nampak tersirat tetapi apabila sudah ada yang menyokong, tindak-tanduk itu sudah tersurat nampaknya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan ke atas graduan itu wajar diteruskan supaya kejadian seumpama itu tidak patut berulang pada masa depan.


Ini kerana, apabila ada pihak dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memihak kepada kelakuan Yan Ke, ia seolah-olah menunjukkan ada dalam kalangan parti kerajaan cuba ‘bunuh’ pihak yang lain sekali gus menyaksikan kerajaan kini berdepan dengan isu moraliti.

Malaysia pada hari ini semakin jelas menyaksikan kegagalan dalam pembentukan negara bangsa apabila ada dalam kalangan rakyatnya yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara secara terangan-terangan tanpa rasa malu. MalaysiaGazatte

Jumaat, 18 Oktober 2019

[Bakal PM] Berterus terang jangan buat Anwar tertunggu-tunggu menjadi PM ke 8 kata MP Klang

Tidak habis lagi cerita penyerahan kuasa Perdana Menteri yang dijangka akan berlaku pada Mei 2020, Anwar Ibrahim dengan yakin mengatakan, peralihan kuasa ini sudah ditandatangani pada awal tahun 2018 lagi, ada kertas putih, ada janji katanya.

Malah Wan Azizah juga tidak mahu pening kepala, katanya memang sudah perjanjian kata putus untuk suaminya menjadi Perdana Menteri, tidak perlu diungkitkan lagi.


Dikalangan pemerhati menjangkakan Mahathir belum mengatakan dengan jujur bila akan diberikan jawatan paling hangat itu, malah dijangkakan sukar untuk Anwar mendapat dengan jalan yang mudah, mungkin berliku, mungkin perang saudara dalaman Pakatan Harapan, mungkin terbubar Parlimen ataupun Mahathir beri jawatan itu kepada orang lain.

Siapa tahu, ini adalah politik, kemenangan Pakatan Harapan pun kerana tidak sengaja, kemenangan pakatan mereka adalah kerana kerja gila Mahathir, ramai terpengaruh sebab nak sangat Mahathir jadi Perdana Menteri kembali, ramai terpengaruh propaganda bencikan Najib.

Akhirnya bila sudah berkuasa, rakyat mula melihat realiti sebenar dan makna #rinduzamantun yang digembar gemburkan. Keperitan maksimum untuk rakyat merasainya.


Isu peralihan kuasa: Mahathir perlu berterus terang, kata MP Klang 

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang sering-kali memberi jawapan yang menimbulkan lebih banyak soalan berhubung penyerahan kuasanya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Katanya, Mahathir perlu memberikan jawapan secara berterus terang dengan jelas.

"Kenapa dia tidak memberi jawapan konkrit kepada wartawan yang bertanya mengenai kemungkinan pembangkang membentuk kerajaan baru dengan Bersatu, tetapi menjawab 'mereka boleh cuba'," kata Charles dalam satu kenyataan hari ini.


"Mahathir seharusnya berusaha keras untuk menyampaikan mesej bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan terus kekal, dan dia tidak mempunyai niat untuk meninggalkan rakan-rakannya.


Bila 'kiasu' biadab dengan Naib Canselor UM, mana pergi telur parti PPBM? Dah kena picit agaknya

Ingat lagi tanggal 6 Oktober 2019 lepas, berlangsungnya Kongres Maruah Melayu, Mahathir memberi amanat, tetapi amanat Perdana Menteri hanyalah membazir air liur sahaja.

Berapi-rapi ayat untuk Melayu, Siti Norhaliza siap menyanyikan lagu "Anak kecil main Api".

Bangga hadirin, ada yang menitis air mata, bangga sebab Kongres dihadiri oleh Pemimpin Umno dan Pas.


Namun, apa gunanya Kongres Maruah Melayu, tetapi apabila selepas Kongres itu, Melayu makin teruk ditekan.

Bila berkata Tanah ini adalah Tanah Melayu, Pendatang hanyalah menumpang, maka hiruk pikuk jadinya terutama D4P,

“Justeru, kami menuntut semua pemimpin politik yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman semasa Kongres Maruah Melayu meminta maaf kepada semua warga Malaysia. Malaysikini

Tanah Melayu bila kita sebagai Melayu bercakap atas dasar realiti, mereka kata rasis, tetapi mereka terang-terang memperjuangkan bahasa mandarin, tidak menghormati bahasa Melayu, malah mereka lebih rasis, tetapi itu dipanggil hak bersuara.

Ini masalahnya bila Melayu hanya berdegar-degar sembang berapi sahaja, tetapi bachul, kecut, diam, malah membisu sahaja bila anak kiasu bernama Wong Yan Ke bersikap kurang ajar dan biadab di Majlis Konvokesyen UM

Dia berani kerana dia tahu, Melayu semua pengecut, adakah benar?


GRADUAN yang mencetuskan kontroversi melakukan protes ketika Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Kali Ke-59, Isnin lalu, mahu Naib Canselor universiti itu berdepan dengannya untuk ‘berdamai’.

Wong Yan Ke, 23, yang didekati pemberita sebaik dikesan berlegar di hadapan Canseleri UM berkata, dia masih menunggu jawapan daripada Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk berjumpa dengannya bagi tujuan rundingan damai itu.

“Pada saya, beliau sepatutnya berdepan dengan saya, bukannya berdiri di belakang persatuan atau sebagainya, malah menyorok selepas laporan polis dibuat.

“Sebelum ini pun, saya pernah beberapa kali menghantar surat dan memorandum berkenaan isu lain membabitkan mahasiswa tetapi beliau tidak pernah memberikan maklum balas,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan meminta maaf kepada Abdul Rahim atas tindakannya, Yan Ke berkata, perkara itu akan hanya dilakukan sekiranya Naib Canselor itu terlebih dulu meminta maaf atas kenyataan beliau yang dianggapnya sebagai perkauman. Harian Metro

Sudahnya kita Melayu kena melutut pula dengan dia kerana dia rasa dia besar, kita masih diam, senyap menikus.

Khamis, 17 Oktober 2019

[Isu LTTE] D4P sudah terperangkap dengan bayangan pengganas, adakah D4P boleh dibubarkan?

Sejak isu LTTE yang menjadi masalah besar dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, pekung yang busuk melekat pula dekat parti D4P, dikalangan pemimpin D4P agak gusar dan kalut dengan perkembangan penangkapan pengganas LTTE.



Dua adun mereka sudah ditahan dibawah SOSMA, malah ramai yang terjebak aliran radikal pertubuhan LTTE ini adalah dikalangan orang india dalam parti D4P sendiri.

Terperangkap dan terpalit dengan isu yang boleh meranapkan D4P sebagai sebuah parti yang kononnya membawa perubahan.

Nampak ketara iras muka pemimpin D4P sedang pening, kalut, risau dan tertekan, Lim Kit Siang walau suaranya lagak sang perwira tua membidas pihak polis atas penahanan dua adun D4P, ia tidak cukup membawa maruah D4P yang semakin dironyok dengan rakus.

Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, terang-terangan mempromosi LTTE, malah dicabarnya pihak Polis supaya tahan dirinya segera.



Persoalannya, siapakah dibelakang tabir dalam perancangan sehingga begini D4P diperlakukan?

Corat-coret mengatakan untuk mengajar ego D4P dalam Pakatan Harapan, perlu satu cara untuk memberitahu, jangan lagak abang besar dalam satu gabungan dengan Mahathir.

Entah, siapa tahu, itu hanya spikulasi, jadi janganlah percaya bulat-bulat.

Mesej tersebar di Whatsap

ISU #LTTE "

Besar Kemungkinan DAP Akan Dibubarkan dibawah Akta 1966 ROS Dan Sekaligus Status Seluruh ADUN & AHLI PARLIAMENT DAP Juga Akan Hilang Kerana Terlibat & Bersuhabat dalam Membela Penganas!! 
Jika ini Berlaku 

 Kerajaan PH Akan Kehilangan Kuasa Dengan Serta Merta Dan Komponan Yang Memiliki Majority Akan Menubuhkan Kerajaan Atau Pun Mungkin Parliament Akan Dibubarkan. 
Kita Tunggu Permainan Mahathir Sekarang!! 


Nota- Semua Adun & Ahli Parliament DAP Yang Kehilangan Jawatan, Tidak boleh Bertanding Dibawah Undang2 ROS & SPR ( Isu Penganas)

Rabu, 16 Oktober 2019

[Tergempar] LTTE di Malaysia sedia untuk berperang dengan Kerajaan?

Pengganas LTTE sedang panas hati yang teramat sangat kerana ahli-ahlinya yang kena cekup dibawah Sosma, malah pengaliran kewangan mereka juga terkantoi dan mungkin dibekukan, sudahlah di Sri Lanka tangkapan terbaru dilakukan oleh pihak berkuasa di sana, ahli LTEE dengan sejumlah senjata dan bahan letupan, kata pergerakan pengganas ini sudah berkubur?



Di Malaysia, pihak Polis sedang mengangkap dan menyiasat saki baki yang terlibat LTTE, tetapi menjadi persoalan, D4P ibarat tidak boleh terima yang pergerakan LTTE ini adalah pengganas.

Kita lihat ugutan terbaru dari penganut LTTE fanatik, katanya ingin berperang dan angkat senjata lawan kerajaan Malaysia.

Lagi ingin mengatakan LTTE ini adalah pertubuhan untuk keamanan? Tengkorak kamu.




TERGEMPAR!! LTTE MALAYSIA BERSEDIA UNTUK BERPERANG!

Seorang berpangkat Dato' yang berbangga mengaku dirinya dalam LTTE mengeluarkan kenyataan yang merbahaya dengan mengatakan:


"I'm ready for the battle. Proud to be in LTTE."

LTTE sinonim dengan perperangan dan melakukan tindakan berbahaya seperti pengeboman berani mati dan sebagainya. Jika itu yang mereka maksudkan dengan 'battle' maka ia suatu perkara yang sangat membimbangkan. 

Dato Rukentiran Rajarathanam Padaiyatchi ini merupakan pimpinan Persatuan Senthamizhan Peravai Malaysia (SEPAM) yang mana persatuan ini berideologi pengganas LTTE dan juga Naam Tamilar Katchi.

Pihak Polis, sila ambil tindakan ke atas individu ini kerana berani mengeluarkan kenyataan yang berbahaya untuk keamanan negara. FB Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia

Dalam banyak debat, mengapa tajuk berkenaan 'Homose*****" jadi pilihan kata Mujahid

Mujahid terkejut bila kandungan Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang mengundang kontroversi kerana tajuknya berkenaan 'Homosek****'


Sejak Pakatan Harapan memerintah, golongan songsang ini cuba-cuba untuk menonjolkan diri mereka dengan pelbagai cara, tidak dipastikan macamana Tujuk begitu boleh pula dipersetujui?



Apakah tiada pantauan dan adakah memang disengajakan untuk memeri signal, golongan ini berhak untuk kehadapan dalam hak-hak bersuara.

Kerja gila dan mengundang bala Allah, golongan songsang adalah golongan yang sesat, harap maklum.

Kepada Mujahid, sebagai Menteri Agama, keras sedikit berkenaan hal sensitif ini, sudahlah Maszlee Malik menjadi Menteri ibarat telur tersepit tidak serius dan hanya nak cari populariti sahaja, cuba tegas sedikit, kamu tu Menteri, gaji besar otak kecil tak guna satu sen.


Mujahid: ‘Daripada banyak-banyak tajuk, mengapa debat pilih homoseksual’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan berhubung kontroversi Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang didakwa memdebatkan tajuk yang tidak menjaga sentiviti Islam.

“Jadi saya perlu mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kementerian Pendidikan sebab itu bawah persekutuan, (sama ada) benar atau tidak adanya tajuk itu untuk didebat, kerana kalau ada sudah tentulah mana boleh homoseksual diterima oleh Islam.

“Daripada banyak-banyak tajuk, kenapalah itu yang dipilih. Saya tidak akan membuat apa-apa komen sehingga Menteri Pendidikan (Maszlee Malik) sendiri yang akan teliti perkara itu,” kata beliau, lapor Bernama.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu majlis di Seremban. - FMT

Penahanan dua adun D4P, Lim Kit Siang anggap Polis yang tidak adil, pengganas LTTE yang teraniaya?

Inilah masalahnya, undang-undang semua perlu ikut keadilan cara D4P, mereka anggap undang-undang yang sedia ada tidak adil, kejam, motif politik, bila kena kepada puak dia, segala kuntaw tuduhan mereka buat, mereka sahaja yang betul.

Lim Kit Siang nak tunjukkan segala apa undang-undang dalam Malaysia ini perlu izin D4P? Kepala bana kamu, ini negara berdaulat, bukan negara koboi.

Masalah besar dalam D4P, bila sudah kantoi dalamnya penuh dengan fahaman pengganas LTTE, sudahlah tidak mengaku, nak beritahu pula LTTE itu pertubuhan bukan pengganas, sejarah tidak pernah menipu, malah tersebar banyak video-video ucapan Ramasamy yang agak bahaya dan menjelekkan.


D4P nak ajar rakyat kononnya LTTE itu adalah pertubuhan keamanan?

Jangan sebarkan virus bodoh supaya rakyat pun bodoh sama macam kamu Lit Kit Siang, patutnya kamu protes kepada Mahathir, dia Perdana Menteri, parti kamu satu pakatan dengan dia.

Kalau tidak puas hati, sila keluar sahaja dalam Pakatan Harapan, buktikan D4P ini berani (kalau ada telur)

Suspek LTTE: Dakwa atau lepaskan - Kit Siang

Lim Kit Siang hari ini menuntut agar dua Adun DAP, P Gunasekaran dan G Saminathan yang ditahan berkaitan siasatan hubungan mereka dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia.

Veteran DAP itu berkata kedua-dua mereka yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), mesti dibebaskan segera atau didakwa di mahkamah untuk memberi mereka peluang membela diri.

Gunasekaran dan Saminathan adalah antara tujuh yang dtahan menurut undang-undang keselamatan yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Selasa, 15 Oktober 2019

Ada perjanjian bertulis peralihan kuasa kepada saya untuk jadi PM kata Anwar Ibrahim

Tidak habis lagi isu jawatan Perdana Menteri ke 8 untuk Anwar, risau sungguh dia kalau jawatan itu tidak diberikan secara baik dijangka pada Mei 2020 nanti.

Persoalan yang sedang diperkatakan, adakah peralihan kuasa memang akan terjadi atau tidak? Hanya Mahathir sahaja yang tahu jawapannya.




Kalaulah lagi tiga tahun untuk diberikan, memang Anwar kena tunggu sampai dia betul-betul dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-8.


Namun menurut sumber, Mahathir sukar nak berikan jawatan itu dalam jangkamasa terdekat, maka Anwar memang kena bersabar, tarik nafas panjang, jangan gelojoh, jangan kemaruk, takut nanti hal lain pula terjadi.

Kita sama-sama tunggu, adakah benar akan terjadi peralihan kuasa itu nanti.


Perjanjian alih kuasa dimeterai 7 Jan 2018, kata Anwar

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini mendedahkan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad (PH-Langkawi) kepadannya terkandung dalam perjanjian bertarikh 7 Jan 2018, yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan.

Katanya, perjanjian itu menetapkan Mahathir dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) akan berundur dari jawatan perdana dan timbalan perdana menteri apabila tiba masa kelak.

“Soal transisi bukan terletak kepada Port Dickson dan Langkawi. Ini soal perjanjian yang dimeterai pada 7 Jan 2018, ditandatangani oleh semua pimpinan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab pertanyaan Shahidan Kassim (BN-Arau) yang ingin tahu bila isu peralihan kuasa akan selesai.


Dalam penjelasannya, Anwar berkata perjanjian itu tidak menetapkan secara khusus tarikh peralihan kuasa dan beliau menyerahkan perkara itu kepada pimpinan Pakatan Harapan. -FMT

Agenda jahat memesongkan pemikiran pelajar sekolah, tajuk debat 'Islam tidak menghalang Homo***sual'

Apa nak jadi dengan Malaysia Baharu ni, makin menjadi-jadi kegilaan luar batasan untuk merosakkan jati diri anak muda dan generasi kita akan datang.

Persoalannya, bagaimana debat dengan tajuk yang boleh dikatakan keterlaluan diterjemahkan untuk didebatkan pula oleh pelajar sekolah, anggaran umur 13-15 tahun yang ramai mendengar hujahan debat itu.



Kegilaan apakah ini semua? Nak rosakkan iman orang Islam dengan strategi keji begini, mengapa pula pihak berkaitan boleh pula izinkan perdebatan seksual pula tu, mengucap panjang penulis.

Makin hilang akal sejak Pakatan Harapan memerintah.


Oleh Kamarul Yusoff

TAJUK DEBAT SBP YANG MEMESONGKAN AQIDAH: AGENDA SUPER LIBERAL MALAYSIA BARU?

Al-Qur’an adalah terpelihara dari segala kecacatan dan kekurangan sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Hijr Ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an dan memeliharanya” dan sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Maidah Ayat 3 yang bermaksud “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

Soalnya sekarang ialah mengapa pihak penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban, pada 11-13 Oktober 2019 masih mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia, yang baru berusia 13 hingga 15 tahun, yang menyertai pertandingan debat ini menghujahkan mengenai kecacatan dan kekurangan Al-Qur’an serta memaksa mereka menulis semula Al-Qur’an dengan membuang kandungan tertentu yang tidak liberal?

Soalnya sekarang ialah mengapa Ketua-Ketua Juri beragama Islam, yang bernama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, boleh memutuskan perkara ini sebagai tajuk debat:
“Diberikan kebolehan untuk menulis semula Al-Qur’an, Rumah ini, sebagai sarjana-sarjana Islam moderat akan menerbitkan semula satu versi baru Al-Qur’an dengan membuang kandungan yang terdedah kepada tafsiran radikal.” (“Given the ability to rewrite the Qur’an, this House, as moderate Islamic scholars would republish a new version of Qur’an with contents vulnerable to radical misinterpretation removed.”)

Homoseksual pula adalah satu dosa dalam Islam sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Syu’ara’ Ayat 165-166 yang bermaksud "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!" dan sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Naml Ayat 55 yang bermaksud "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".


Soalnya sekarang ialah mengapa pihak penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban, pada 11-13 Oktober 2019 masih mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia, yang baru berusia 13 hingga 15 tahun, yang menyertai pertandingan debat ini menghujahkan bahawa homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam?

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa kedua-dua tajuk debat yang memaksa para pendebat menulis semula Al-Qur’an dan memaksa para pendebat menghujahkan bahawa homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam adalah membabitkan persoalan aqidah yang wajib dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Bahagian Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan, yang Pengarahnya bernama Aidie Jantan yang melakukan perasmian penutup pertandingan debat ini, sepatutnya membuat pemantauan yang rapi ke atas perjalanan pertandingan debat ini bagi memastikan sebarang agenda super liberal yang boleh menjejaskan keharmonian ummah dan negara tidak menyusup masuk.

Semoga akan ada tindakan tegas ke atas perkara ini oleh pihak berkuasa bagi memastikan Malaysia Baru tidak terus tercemar dengan agenda super liberal begini.

Isnin, 14 Oktober 2019

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Menteri Kewangan, maka membolehkan membuat kenyataan yang nampak macam beliau pula tahu berkenaan penahanan terhadap pemimpin D4P atau tidak.


Ayob Khan sudah memberi kata dua, akan ada lagi tangkapan yang terlibat LTTE ini, tidak kisah siapa, dia D4P ke, pembangkang ke atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam organisasi pengganas ini.

Jadi Lim Guan Eng perlu membuat u turn, malah dia salahkan salah lapor pula, mungkin ada audio yang boleh buktikan yang benar kenyataan seperti ini


Polis jamin tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan - Guan Eng



Kes LTTE: Bila saya minta polis henti siasat pimpinan DAP, soal Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan meminta polis berhenti menyiasat dan menahan pimpinan DAP yang didakwa ada hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Beliau yang juga menteri kewangan memberi amaran kepada pihak terbabit supaya tidak memutar belit kenyataannya.

“Anda bercakap mengenai kenyataan saya untuk tidak membuat siasatan lagi.


“Bila saya buat kenyataan itu dan bahagian mana saya kata jangan siasat? - FMT

Ahad, 13 Oktober 2019

[Video hot] Lim Guan Eng memandai-mandai kata tiada lagi tangkapan oleh pihak Polis terhadap ahli D4P disangkal oleh Datuk Ayob Khan

Baru-baru ini Lim Guan Eng dengan selamba mengatakan tiada lagi tangkapan ahli D4P berkenaan pengganas LTTE.


Suka-suka dia sahaja memberikan jaminan sedangkan yang buat kerja tangkapan adalah pihak Polis.

Baik dia jaga kewangan Malaysia sahaja, sebab Malaysia sekarang dah banyak hutang, lagi teruk ekonomi di zaman PH berbanding era BN dahulu.

Berbalik isu LTTE pihak Polis meneruskan tangkapan beskala besar terhadap kepala-kepala pengganas Tamil Elam ini.

Kita tunggu kepala besar yang jadi Timbalan Me teri Pulau Pinang 11 tu kena cekup.

Syabas PDRM..


Kita lihat pada minit ke 11.00, Lim Guan Eng kena bedal sebiji.

Memandai-mandai Menteri Kewayangan poyo tu.

Kisah Pakatan Harapan terbenam teruk di Tanjung Piai akibat sabotaj dari D4P dan PKR?

Ramai penganalisis politik agak terkejut dengan kemenangan paling hebat oleh Barisan Nasional menumbangkan Pakatan Harapan di Tanjung Piai, ...