Isnin, 14 Oktober 2019

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Menteri Kewangan, maka membolehkan membuat kenyataan yang nampak macam beliau pula tahu berkenaan penahanan terhadap pemimpin D4P atau tidak.


Ayob Khan sudah memberi kata dua, akan ada lagi tangkapan yang terlibat LTTE ini, tidak kisah siapa, dia D4P ke, pembangkang ke atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam organisasi pengganas ini.

Jadi Lim Guan Eng perlu membuat u turn, malah dia salahkan salah lapor pula, mungkin ada audio yang boleh buktikan yang benar kenyataan seperti ini


Polis jamin tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan - Guan Eng



Kes LTTE: Bila saya minta polis henti siasat pimpinan DAP, soal Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan meminta polis berhenti menyiasat dan menahan pimpinan DAP yang didakwa ada hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Beliau yang juga menteri kewangan memberi amaran kepada pihak terbabit supaya tidak memutar belit kenyataannya.

“Anda bercakap mengenai kenyataan saya untuk tidak membuat siasatan lagi.


“Bila saya buat kenyataan itu dan bahagian mana saya kata jangan siasat? - FMT

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...