Jumaat, 18 Oktober 2019

[Bakal PM] Berterus terang jangan buat Anwar tertunggu-tunggu menjadi PM ke 8 kata MP Klang

Tidak habis lagi cerita penyerahan kuasa Perdana Menteri yang dijangka akan berlaku pada Mei 2020, Anwar Ibrahim dengan yakin mengatakan, peralihan kuasa ini sudah ditandatangani pada awal tahun 2018 lagi, ada kertas putih, ada janji katanya.

Malah Wan Azizah juga tidak mahu pening kepala, katanya memang sudah perjanjian kata putus untuk suaminya menjadi Perdana Menteri, tidak perlu diungkitkan lagi.


Dikalangan pemerhati menjangkakan Mahathir belum mengatakan dengan jujur bila akan diberikan jawatan paling hangat itu, malah dijangkakan sukar untuk Anwar mendapat dengan jalan yang mudah, mungkin berliku, mungkin perang saudara dalaman Pakatan Harapan, mungkin terbubar Parlimen ataupun Mahathir beri jawatan itu kepada orang lain.

Siapa tahu, ini adalah politik, kemenangan Pakatan Harapan pun kerana tidak sengaja, kemenangan pakatan mereka adalah kerana kerja gila Mahathir, ramai terpengaruh sebab nak sangat Mahathir jadi Perdana Menteri kembali, ramai terpengaruh propaganda bencikan Najib.

Akhirnya bila sudah berkuasa, rakyat mula melihat realiti sebenar dan makna #rinduzamantun yang digembar gemburkan. Keperitan maksimum untuk rakyat merasainya.


Isu peralihan kuasa: Mahathir perlu berterus terang, kata MP Klang 

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang sering-kali memberi jawapan yang menimbulkan lebih banyak soalan berhubung penyerahan kuasanya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Katanya, Mahathir perlu memberikan jawapan secara berterus terang dengan jelas.

"Kenapa dia tidak memberi jawapan konkrit kepada wartawan yang bertanya mengenai kemungkinan pembangkang membentuk kerajaan baru dengan Bersatu, tetapi menjawab 'mereka boleh cuba'," kata Charles dalam satu kenyataan hari ini.


"Mahathir seharusnya berusaha keras untuk menyampaikan mesej bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan terus kekal, dan dia tidak mempunyai niat untuk meninggalkan rakan-rakannya.


Bila 'kiasu' biadab dengan Naib Canselor UM, mana pergi telur parti PPBM? Dah kena picit agaknya

Ingat lagi tanggal 6 Oktober 2019 lepas, berlangsungnya Kongres Maruah Melayu, Mahathir memberi amanat, tetapi amanat Perdana Menteri hanyalah membazir air liur sahaja.

Berapi-rapi ayat untuk Melayu, Siti Norhaliza siap menyanyikan lagu "Anak kecil main Api".

Bangga hadirin, ada yang menitis air mata, bangga sebab Kongres dihadiri oleh Pemimpin Umno dan Pas.


Namun, apa gunanya Kongres Maruah Melayu, tetapi apabila selepas Kongres itu, Melayu makin teruk ditekan.

Bila berkata Tanah ini adalah Tanah Melayu, Pendatang hanyalah menumpang, maka hiruk pikuk jadinya terutama D4P,

“Justeru, kami menuntut semua pemimpin politik yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman semasa Kongres Maruah Melayu meminta maaf kepada semua warga Malaysia. Malaysikini

Tanah Melayu bila kita sebagai Melayu bercakap atas dasar realiti, mereka kata rasis, tetapi mereka terang-terang memperjuangkan bahasa mandarin, tidak menghormati bahasa Melayu, malah mereka lebih rasis, tetapi itu dipanggil hak bersuara.

Ini masalahnya bila Melayu hanya berdegar-degar sembang berapi sahaja, tetapi bachul, kecut, diam, malah membisu sahaja bila anak kiasu bernama Wong Yan Ke bersikap kurang ajar dan biadab di Majlis Konvokesyen UM

Dia berani kerana dia tahu, Melayu semua pengecut, adakah benar?


GRADUAN yang mencetuskan kontroversi melakukan protes ketika Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Kali Ke-59, Isnin lalu, mahu Naib Canselor universiti itu berdepan dengannya untuk ‘berdamai’.

Wong Yan Ke, 23, yang didekati pemberita sebaik dikesan berlegar di hadapan Canseleri UM berkata, dia masih menunggu jawapan daripada Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk berjumpa dengannya bagi tujuan rundingan damai itu.

“Pada saya, beliau sepatutnya berdepan dengan saya, bukannya berdiri di belakang persatuan atau sebagainya, malah menyorok selepas laporan polis dibuat.

“Sebelum ini pun, saya pernah beberapa kali menghantar surat dan memorandum berkenaan isu lain membabitkan mahasiswa tetapi beliau tidak pernah memberikan maklum balas,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan meminta maaf kepada Abdul Rahim atas tindakannya, Yan Ke berkata, perkara itu akan hanya dilakukan sekiranya Naib Canselor itu terlebih dulu meminta maaf atas kenyataan beliau yang dianggapnya sebagai perkauman. Harian Metro

Sudahnya kita Melayu kena melutut pula dengan dia kerana dia rasa dia besar, kita masih diam, senyap menikus.

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...