Sabtu, 19 Oktober 2019

[Panas] 'Yan Ke lebih teruk tahap biadabnya lebih tinggi dari pedajal'

Isunya kurang ajar, biadab dan tiada etika, ibarat bertandang ke rumah orang, kita menari bogel pula di hadapan ruang tamu, sehingga tetamu terkejut dan malu.

Itulah perumpamaan apa yang dilakukan oleh individu pro D4P baru-baru ini di Majlis Konvokesyen UM.



Tindakannya itu ibarat hero kiasu yang berlaku biadab terhadap Majlis yang sepatutnya untuk pelajar bergembira mendapat segulung ijazah.

Kalau begini cara nak diajar anak muda, apa lagi yang kita banggakan dengan negara kita, bila hal tidak sepatutnya berlaku terpampang di seluruh dunia.

Patutlkah kita berbangga?



‘Yan Ke lebih teruk dari biadap tapi pedajal’

Sokongan ‘luar biasa’ yang diterima oleh Wong Yan Ke yang melakukan protes semasa majlis Konvokesyen Universiti Malaysia (UM) baru-baru ini sebenarnya sudah menjawab persoalan siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Ini kerana, secara logik akal, seseorang graduan tidak akan berkelakuan tidak senonoh pada acara rasmi universiti kerana ia bukan hanya menjejaskan majlis tetapi memberi kesan kepada masa depannya sendiri.

Oleh sebab itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yakin graduan yang waras dan rasional tidak akan berani  melanggar istiadat majlis konvokesyen tersebut kecuali
dia gila.

Menyifatkan tindakan Yan Ke itu sebagai pedajal (individu menyusahkan orang dalam bahasa utara), Kok Seong berkata, melihat sokongan yang diberikan kepada Yan Ke, tidak mustahil graduan itu ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

“Kelakuan graduan itu nampak tersirat tetapi apabila sudah ada yang menyokong, tindak-tanduk itu sudah tersurat nampaknya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan ke atas graduan itu wajar diteruskan supaya kejadian seumpama itu tidak patut berulang pada masa depan.


Ini kerana, apabila ada pihak dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memihak kepada kelakuan Yan Ke, ia seolah-olah menunjukkan ada dalam kalangan parti kerajaan cuba ‘bunuh’ pihak yang lain sekali gus menyaksikan kerajaan kini berdepan dengan isu moraliti.

Malaysia pada hari ini semakin jelas menyaksikan kegagalan dalam pembentukan negara bangsa apabila ada dalam kalangan rakyatnya yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara secara terangan-terangan tanpa rasa malu. MalaysiaGazatte

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...