Sabtu, 26 Oktober 2019

Rusuhan ka** boleh berlaku sekiranya tidak dikawal, amaran oleh Penyelidik deradikalisasi

Nampak macam keadaan sekarang sudah ke tahap yang boleh berlaku sesuatu perkara yang luar kawalan sekiranya isu-isu berkait perhubungan kaum tidak diperhalusi dan dipebaiki oleh Kerajaan Pakatan Harapan.




Kalaulah dibiarkan, dirisaukan tarikh berdarah pada 13 Mei 1969 mampu berlaku lagi, amaran oleh penyelidik ini nampak jangan dipandang ringan, kerana kalau emosi kaum Melayu tidak dijaga, dihenyak-henyak dan dinafikan macam-macam, malah sudah terang-terang hina menghina antara satu sama lain berlainan bangsa sudah tidak mampu dikawal dengan baik oleh Kerajaan PH.

Lihat sahaja komen-komen di Facebook, percayalah, geleng kepala anda membacanya, ini yang Penyelidik deradikalisasi mengutarakan kajian mereka.

Anda perhatikan tingkah laku parti politik seperti D4P yang sudah kaduk naik jungjung, apa mereka cuba lakukan terhadap apa sahaja berkaitan orang Melayu?

Fikir-fikirkan.


Penyelidik deradikalisasi beri amaran kemungkinan rusuhan kaum

Penasihat program deradikalisasi polis memberi amaran bahawa negara kemungkinan terjerumus kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku lima dekad yang lalu.

Ahmad El Muhammady, yang telah menemu bual berpuluh-puluh militan, menyatakan keprihatinan terhadap polemik terbuka mengenai kaum, agama dan ideologi politik.

Katanya, situasi tegang itu dapat dilihat pada media sosial.

"Jika anda tidak mempercayai saya, buka Facebook dan baca bahagian komen. Sebagai penyelidik deradikalisasi, pandangan di ruangkan komen seumpamanya seperti hanya selangkah dari sesuatu yang radikal.

"Adakah kemungkinan bahawa negara sedang menuju ke 13 Mei 1969? Saya yakin ia boleh berlaku.

"Ini adalah amaran saya: jika tidak ada usaha yang mencukupi untuk meredakan ketegangan dalam kalangan rakyat, jangan terkejut sekiranya kejadian 13 Mei berlaku," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Ahmad bercakap di sebuah wacana di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertajuk "Kekerasan dan Ancaman Keselamatan Negara: Bersediakah kita?".

Ahmad juga mengulas mengenai penangkapan beberapa individu, termasuk dua Adun DAP, atas tuduhan mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ahmad berkata walaupun hujah bahawa LTTE sudah tidak berfungsi boleh diterima, namun ideologi LTTE masih hidup.

"Dengan kematian pemimpinnya, Prabhakaran, adalah benar bahawa organisasi itu telah gagal tetapi bukan ideologinya.

"Jadi saya fikir ahli politik perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan. Dibimbangi LTTE boleh dihidupkan semula selepas kejatuhannya," katanya.

LTTE telah terkubur pada 2009, yang turut mengakhiri perang saudara di Sri Lanka.


Polis bahagian pencegahan keganasan mendakwa bahawa mereka yang ditangkap kemungkinan terlibat dalam percubaan untuk menghidupkan kembali pergerakan itu.

Salah seorang suspek juga didakwa merancang untuk menyerang Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pelbagai pihak, termasuk Badan Peguam Malaysia, menggesa pihak berkuasa untuk mendakwa suspek di mahkamah, terutama kerana pihak polis mendakwa mempunyai bukti konkrit, dan bukannya menahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).


Sosma membolehkan pihak polis menahan suspek tanpa perbicaraan selama 28 hari.

Malaysiakini

Jumaat, 25 Oktober 2019

Dengan nada tegas dari saya, 'bebas atau dakwa segera' tahanan SOSMA sebelum Deepavali kata MP Batu Kawan

Hebat, hebat dan sangat hebat, sehingga undang-undang yang sangat ketat seperti SOSMA perlu disergah sebegini rupa oleh MP D4P Batu Kawan. Terkedu juga bila dengan nada tegas supaya pihak Polis mendengar kata-kata dia.

Mungkin D4P ini ingat, segala apa bentuk undang-undang kena minta izin dari mereka rasanya, ingat negara ini bapak kamu yang punya ke?




Suka-suka sahaja nak suruh bebas, dakwa, siap beri masa lagi, sebelum Deepavali lagi, katalah pihak Polis tidak mahu mendengar kata MP kiasu ni, apa dia nak buat?

Banyak hal sudah D4P sudah buat sekarang ini, macam-macam mereka cuba lakukan sampai dah rasa D4P ini bukanlah komponen kerajaan, mereka sedang menyerang kempimpinan Mahathir dengan cara yang tidak disorok-sorok lagi.

Kepada ARMADA, Pemimpin PPBM, apa lagi,balun cukup-cukuplah minachi ni, kalau dengan Ronnie Liu boleh jadi garang bak beruang, kali ini luahkan emosi yang ganas bak halilintar supaya D4P gerun sikit, itupun kalau D4P gerun lah.

Pakatan Harapan menuju kehancuran. Tak sabar tunggu nak bubar Parlimen.


'Bebaskan atau dakwa tahanan Sosma sebelum Deepavali'

Dua hari menjelang Deepavali, wakil rakyat DAP Kasthuri Patto menggesa polis sama ada mendakwa atau membebaskan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Jelas Ahli Parlimen Batu Kawan itu, "tahan dulu, siasat kemudian" adalah pendekatan yang menindas yang pernah digunakan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu sebelum akta itu dihapuskan pada 2012.

“[...] Rayuan saya kepada kerajaan, dakwalah mereka di mahkamah atau lepaskanlah mereka sebelum Deepavali.


“[...] Ada undang-undang jenayah dan akta yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka. Tapi untuk gunakan Sosma ke atas mereka, itu tak dapat diterima, ia melanggar hak asasi dan kebebasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Daripada 12 yang ditahan di bawah Sosma itu, empat daripanya adalah ahli DAP. Malaysiakini


[Kerana D4P] Bila Melayu buat perhimpunan dituduh rasis, orang lain buat boleh pula kata Mahathir

Semuanya kerana Tanjung Piai, kalau Bersatu tidak mampu mengekalkan kerusi mereka di sana, maka imej parti akan terjejas, malah akan dianggap tidak relevan walaupun Perdana Menterinya adalah Mahathir.

Kita kena faham, orang Melayu sudah memberi signal, bekerjasama dengan D4P, tiada maaf bagimu, sekarang Bersatu perlulah lakukan sesuatu, kalau tidak alih tumpuan, buatlah perkara yang licik supaya orang Melayu kembali percaya yang Bersatu mampu memberikan khidmat terbaik lebih dari Umno.



Namun ia nampak sia-sia, kerana rakyat sekarang dalam keadaan tertekan, malah rakyat sedang menahan emosi, tidak sabar menunggu PRU15, kalau Bersatu menang sekalipun di Tanjung Piai, tidak mampu merubah apa pun.

D4P tetap abang besar, Bersatu hanyalah entiti mengigit manja kalau ada perbalahan dengan D4P, mereka hanya garang didalam Media Sosial sahaja.

Lepas PRK mereka peluk cium balik, politik yang sudah dijangka.


Orang lain buat perhimpunan boleh, orang Melayu buat terus dianggap rasis - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kesal dan kecewa apabila orang Melayu dan Bumiputera di negara ini tidak boleh mengadakan perhimpunannya sendiri untuk membincangkan nasib dan masa depan kaum itu, tanpa terlepas daripada dilabel sebagai rasis.

Dalam catatan terbaharu di blog peribadinya bertajuk “Malay Dignity Congres”, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, ia adalah situasi yang menyedihkan kerana orang Melayu dan Bumiputera banyak bertoleransi dengan kaum lain.

Apabila banyak jajahan Eropah mencapai kemerdekaan, kebanyakkan orang bukan asal di negara itu telah didiskriminasi. Ada yang terpaksa meninggalkan negara itu, ada yang diserang secara ganas.

“Berbeza pula dengan negara ini. Orang bukan penduduk asal telah diterima menjadi warganegara. Malah, lebih sejuta bukan penduduk asal telah diberi taraf kewarganegaraan, walaupun hakikatnya mereka tidak layak,” kata Dr Mahathir lagi.


Perdana Menteri berkata, beliau amat terkejut apabila dinasihati untuk tidak menghadirkan diri ke Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 6 Oktober lepas.

“Sudah jelas mereka yang hadir pada perhimpunan itu mahu membincangkan mengenai nasib dan masa depan orang Melayu, serta kemungkinan kehilangan maruah, atau apa jua maksud yang berkaitan.

[Panas] MP Umno kata biarkan Mahathir memerintah habis penggal, PKR kata boleh bermimpi sahaja niat itu

Kecoh semalam kerana 6 orang MP Umno secara bersahaja mengatakan menyokong penuh untuk Mahathir meneruskan kerjanya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, PRU 15 baru pilih Perdana Menteri yang lain.

Akibat dari kenyataan bersama MP Umno itu, dipihak warganet pro Umno terutamanya bertelagah kerana tidak patut MP Umno mengeluarkan kenyataan begitu, ibarat memberi bola tanggung kepada BN di Tanjung Piai nanti.


Malah perdebatan yang cukup menggerunkan sehingga ada yang emosi, ada yang kata sila keluar parti, penulis agak hairan juga dikalangan warganet pro Umno yang konon lama dengan politik, seni politik bukan sahaja nampak lurus dan menyondol.

Fahamkan maksud mencipta modal untuk musuh bertelagah, itupun tidak faham-faham lagi agaknya, bukan bermaksud MP Umno itu menyokong Mahathir, mereka hanya melempar umpan, supaya nanti adalah pemimpin PKR, atau Bersatu, mereka akan melatah.

Nampaknya umpan sudah mengena, walau bukan ikan paus, tetapi ikan belukang pun jadilah. Kalau tidak faham lagi, usahlah sembang perihal politik yang taksub, kalau seni perperangan pun malas baca.

Adios

Tolak Anwar sebagai PM, pembangkang boleh bermimpi, kata PKR

Pembangkang boleh bermimpi untuk tidak melihat Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15, kata PKR.

Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, proses peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar pasti akan berlaku sebelum tamat penggal pentadbiran kerajaan kerana ia telah dipersetujui gabungan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, kenyataan terbaru ahli Parlimen PAS dan beberapa orang wakil Umno yang menyokong supaya Mahathir terus diberi mandat sehingga tamat penggal lima tahun tidak akan memberi kesan kepada gabungan PH.

“Saya rasa ini pandangan beberapa individu melibatkan wakil rakyat Umno (sokong Mahathir), kalau kita lihat kenyataan presiden Umno menampakkan tidak semua dalam Umno bersetuju dengan enam wakil rakyat itu.

“Saya rasa tidak ada halangan untuk mereka (wakil rakyat PAS dan Umno) untuk mengimpikan sesuatu (Mahathir kekal sehingga tamat penggal), tetapi bagi kami PH tidak terjejas dengan sebarang kenyataan ataupun sokongan begitu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis syarahan umum Anwar di Universiti Malaya malam tadi.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru semua 18 ahli Parlimen PAS dan enam dari Umno menyatakan sokongan kepada Mahathir supaya kekal mengetuai kerajaan sehingga tamat penggal. FMT

Tindakan Ronnie Liu itu bagus, berani dan dia ahli politik yang matang kata Jamal Yunos

Politik ini seni, seni dia pelbagai rupa, kalau yang tidak faham mungkin hanyut dengan suasana gelora emosi, lihat dari suduh berbeza dan belajar cara mencari ruang dan mencari pasal supaya musuh itu terjebak terus dengan suasana tidak tenteram.


Apa yang diperkatakan Jamal Yunus ini, penulis memang setuju, sebab bila erti kata Ronnie Liu ini seorang yang lantang, tidak kisah jadi apa, dia langgar dia langgar. 



Namun cuba lihat dari sudut tersirat apa yang Jamal Yunus ini cuba perhalusi? Mudah sahaja, jangan mudah melatah, fahamkan maksud membaling minyak petrol perlulah didalam api, bukannya didalam air.

Kita sebagai pembangkang, jadilah batu ronsen, bukan jadi lurus bendul hanya rempuh sahaja, perperangan mana-mana dalam dunia ini dipenuhi dengan muslihat. Muslihat itulah penting untuk kemenangan sesuatu pertempuran.

Adios.

Ronnie Liu ahli politik matang, berani – Jamal

KUALA LUMPUR – Ketika semua pihak menghentam dan membidas kenyataan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu Tian Khiew kerana memperlekeh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun masih ada yang menyokong tindakan berani wakil rakyat DAP itu.


Antaranya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menyokong Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Pelek itu atas dasar kebebasan bersuara yang diperjuangkan sendiri Pakatan Harapan (PH).

“Malaysia Baru perlu pertahankan kebebasan bersuara…bagi saya Ronnie Liu adalah seorang ahli politik yang matang dan berani,” katanya yang dimuat naik di Facebook miliknya, semalam.

Selasa lalu, Ronnie mengatakan bahawa PH masih mempunyai kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa kehadiran PPBM.

Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak membuat keputusan yang bertentangan dan tidak sehaluan dengan pendirian PH.


Menurut Ronnie lagi, DAP, PKR, Amanah, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sudah mempunyai majoriti kerusi tanpa PPBM.

Dalam pada itu, Jamal juga mempersoalkan sikap berdiam diri DAP yang enggan mempertahankan pemimpin mereka atas prinsip kebebasan bersuara.

“Apa salahnya kenyataan Ronnie Liu..kenapa DAP tidak mempertahan beliau,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Khamis, 24 Oktober 2019

Lim Kit Siang gesa supaya KDN tarik balik pengharaman komik Inisiatif Jalur & Jalan, ini bukan zaman BN

Bapa Lim Guan Eng bersuara lagi, sebelum ini dengan lantang dia mengkritik Polis kerana menahan dua adun D4P berkaitan dengan pengganas LTTE, kali ini dengan nada tegas dan bersahaja, mengesa pula KDN menarik balik pengharaman komik kontroversi iaitu Inisiatif Jalur & Jalan.




Bukan main hebat, Lim Kit Siang, apa sahaja yang tidak kena dan terang-terang D4P kantoi dengan teruk, dia boleh buat  undang-undang tu macam mak bapak dia yang punya, KDN sudah mengarahkan pengharaman Komik biadab itu dari dipasarkan, kalau ada sesiapa memilikinya dikira salah.

KDN akan rampas komik propaganda haram

Agak-agak akan ada pemimpin D4P akan bersama Lim Kit Siang atau tidak agaknya dalam usaha supaya KDN menarik balik pengharaman komik haram itu? 

Komik itu diedarkan di sekolah tanpa persetujuan Kementerian Pendidikan Malaysia, D4P sudah kantoi sangat teruk dengan perihal komik propaganda ini.

Nampaknya D4P sudah bermain api yang sukar dipadam, malah perbalahan antara D4P dan Bersatu belum reda, datang lagi masalah yang mungkin meretakkan hubungan antara D4P dan Bersatu dalam satu komponen PH.


Kit Siang gesa KDN tarik balik pengharaman komik Inisiatif Jalur & Jalan

Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula keputusan mengharamkan komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”, termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina, diumumkan semalam.

Kata beliau, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran atas janji akan memperkenalkan era keterbukaan lebih besar tanpa menjejaskan keselamatan negara.

Malah, dalam Janji 27 manifesto PH, kata beliau, telah secara khusus menyatakan akan memansuhkan undang-undang yang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.


“Saya tidak nampak KDN telah bertindak dengan betul dalam mendakwa buku komik Hew Kuan Yau mempromosikan komunisme ataupun dia simpati terhadap perjuangan komunis,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. - FMT


[Kisah gaduh-gaduh] Kali ini kenyataan paling keras dari Bersatu, D4P masih diam membisu

Ingatkan gaduh-gaduh ikut skrip ini sudah berakhir dengan Ronnie Liu minta maaf atau dihukum oleh D4P, namun Bersatu tidak beri peluang, bantai, tetap bantai, lepaskan geram tanpa mengira kisah keluarga dalam Pakatan Harapan yang semakin retak menanti belah (Drama sahaja).

Namun sejak dari semalam, tiada kenyataan balas dari pemimpin D4P yang cuba bersetuju dengan kenyataan Ronnie Liu, kenyataan menghina Tun Mahathir kali ini cukup makan dalam, 'Harimau Kertas', pedih kalau penghinaan itu diberikan kepada orang yang dianggap pemimpin ulung puak Bersatu (ulunglah sangat).




Mungkin D4P bagi lemak berkrim dahulu kepada pemimpin Bersatu untuk melepaskan geram, biarkan skrip-skrip yang dikira macam gempak gila pergaduhan ini berpanjangan sampai PRK Tanjung Piai. Mana tahu, ini semuanya politik, politik itu adalah seni, seni jahat dan seni alih tumpuan dan juga seni jahat yang tidak boleh dibawa bincang.

Kita lihat dan saksikan sahaja drama-drama ini, cuma penulis agak mungkin ada sesuatu bakal berlaku dalam Pakatan Harapan. Jangan lupa beli popcorn banyak-banyak ya.
Kenyataan Ronnie umpama isytihar perang kepada Bersatu

Kenyataan Ronnie Liu yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan lebih kuat walaupun tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad mengejar model parti dominan Melayu ala Barisan Nasional seolah-olah memprovokasi dan mengisytiharkan perang kepada parti itu.

Armada Bersatu Selangor berkata, kenyataan Ronnie itu juga mahu memperlekeh-lekehkan peranan Bersatu sebagai parti komponen PH yang penting.

Ketuanya, Adhif Syan Abdullah mengingatkan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu jangan memperlekehkan Mahathir dan Bersatu untuk berhujah parti mana lebih hebat atau siapa lebih banyak kerusi.

Ini kerana, pada pilihan raya umum pertama pada tahun 1969, DAP juga hanya memenangi 13 kerusi sahaja, sama seperti Bersatu sekarang.

Tetapi DAP tidak berjaya membentuk kerajaan dengan jumlah tersebut jauh sekali mengangkat pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.

Tegasnya, Bersatu merupakan parti orang Melayu, ditubuhkan sebagai platform baharu politik orang Melayu progresif namun kekal dengan nilai-nilai warisan dan adat orang Melayu.


“Tun merupakan Pengerusinya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami bagi mengangkat suara dan kehendak orang Melayu sebagaimana Ronnie dan DAP mengangkat suara orang Cina dan India.

“Adakah apabila Cina dan India meminta haknya dan menyuarakan ketidakpuashati baru dianggap “kebebasan bersuara” tapi apabila orang Melayu meminta perkara sama ia dikira ‘rasis’?. MalaysiaGazette

Rabu, 23 Oktober 2019

Kisah gaduh-gaduh ikut skrip sempena PRK Tanjung Piai oleh D4P dan Bersatu terbongkar

Pada awal-awal perbalahan antara Bersatu dan D4P kerana mulut Ronnie Liu, bila diamati jalan cerita kedua parti ini, rupa-rupanya ada bersebab, sebab untuk menarik kembali undi orang Melayu di Tanjung Piai.

Kononnya mereka iaitu pemimpin bersatu nampak punyalah hebat membelasah D4P sehingga nampak D4P kecut perut.


Sebab terbongkarnya skrip drama ini, selepas pemimpin Bersatu membalun sampai tercabut gigi palsunya, tidak ada seorang pun dari pemimpin D4P bersuara. Nampak?

Wayang opera ini nampaknya kantoi terlalu awal. D4P pun satu, lakonan tak serius.

JAWAPAN BALAS PEMIMPIN BERSATU TERHADAP RONNIE LIU

Ramai juga nampaknya pemimpin BERSATU yang menghentam Ronnie Liu.

Berikut disertakan kenyataan-kenyataan mereka yang sempat saya catatkan.

KENYATAAN DI DALAM FACEBOOK:

Abu Bakar Yahya Aby, Ahli MPT BERSATU:”Saya nak bagi tahu kpd Ronnie Liu. Tanpa Tun Dr Mahathir serta Bersatu Pakatan Harapan tidak blh membentuk kerajaan. Awak bercakap secara peribadi atau mewakili parti DAP? Jangan buat kenyataan biadap dan tidak menghormati keputusan rakyat.”

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=557361128141838&id=100016038673363

Dr. Faiz Na'aman, Ahli MPT BERSATU: “Saya mengutuk keras kenyataan Ronnie Liu... Saya ingatkan kepada Ronnie Liu, sudahlah bermulut celupar dan kurang ajar... Jangan sombong dengan penuh egois anda hendak menghalau parti yang menjadi kepercayaan orang Melayu Islam... Ini kamu semua nak halau BERSATU keluar daripada PH ni siapa kamu, kamu dah cukup kuatkah?”

Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=fRpoWyGd0Z0

Tariq Ismail, Ahli MPT BERSATU: "Kalau Pemimpin DAP bantai Bersatu atau Tun - Freedom of Speech. Kalau seorang pertikaikan Perlembagaan/Rukun Negara - Freedom of Speech. Kalau Pemimpin Bersatu bantai Pemimpin DAP - DNA UMNO atau Rasis. Kalau Pemimpin Bersatu pertahankan Perlembagaan Persekutuan/Rukun Negara - DNA UMNO atau Rasis. Kepala Otak Kau lah."

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10162377745895641&id=709440640

Ulya Aqamah, Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia: “Kenyataan angkuh Ronnie Liu yang mengatakan PH akan tetap berjaya tanpa BERSATU adalah satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab... Segala keputusan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah hasil keputusan konsensus bersama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Maka konsep tanggungjawab bersama terpakai dan kesemua menteri dari BERSATU, PKR, AMANAH dan juga DAP bertanggungjawab atas semua dasar dan arah tuju negara... Sebaiknya YB fokus menjadi ADUN, jangan jolok sarang tebuan. Sesungguhnya Ahli ARMADA BERSATU tidak akan teragak-agak mempertahankan parti keramat ini.”

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219246596569050&id=1033153366

Ashraf Mustaqim, EXCO ARMADA BERSATU Malaysia: Ronnie Liu watak 'badut' yang tak sedar diri macam peranan besar sangat bantu kemenangan PH! Kalau tak sebab takdir Allah SWT utamanya, yang diterjemahkan pula atas pengalaman, pengaruh dan jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini ke atas rakyat, dah berapa lama 'lu' 'try'... sebelum ini jangan harap. Tu pun kena ingat, 'SWING' bukan banyak sangat KITA pun... jadi fokuslah dekat perkara utama bantu masyarakat... bukan buat kenyataan bodoh... mungkin tempohari SUPERMAN BODOH... ni BATMAN BODOH...”

Rujukan: https://www.facebook.com/100014615234652/posts/695788234251678/

Muzzammil Ismail, EXCO ARMADA BERSATU Malaysia: “PH tidak perlukan sampah seperti Ronnie Liu.”

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3101061796577785&id=100000219859504

KENYATAAN DI DALAM PORTAL BERITA:

Abu Bakar Yahya Aby, Ahli MPT BERSATU: “Tindakan Ronnie membuat mempersoalkan kedudukan Bersatu serta Tun Dr Mahathir Mohamad adalah biadap selain melampaui pendirian pimpinan tertinggi PH... Jangan lupa bahawa tanpa Dr Mahathir, PH mungkin tidak berpeluang untuk membentuk kerajaan pada hari ini, itu faktanya... Saya meminta kepimpinan DAP supaya lebih ‘prihatin’ berhubung tindakan Ronnie itu dan mengambil langkah yang sewajarnya.”

Rujukan: https://www.themalayapost.my/persoal-pendirian-tun-m-kedud…/

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya.

Selama ini, Maszlee hanya berdiam diri, kalau nak buat kenyataan pun dia berhati-hati sebab dia sudah serik ditroll dengan teruk oleh nitizen akibat kenyataannya yang kerap ke laut.



Mungkin dia belajar dari kesilapan membawa idea kasut hitam tahun lepas, Meletup juga Maszlee akhirnya, semua kerana mulut Ronnie Liu yang begitu lancang mengerdik Mahathir sebagai Harimau kertas. Hina betul ungkapan itu wahai rakyat jelata.

Satu persatu pemimpin Bersatu meluahkan amarah sehingga skrip menguntungkan untuk PRK Tanjung Piai mungkin bakal berhasil. (akan diulaskan kemudian)

Skrip awal dimulakan D4P, disahut Armada, maka hari ini disedut pula skrip enak oleh Menteri Bersatu.

Kalau anda nampak itu adalah permainan, permainanlah ia, kalau anda lihat ia adalah perbalahan yang boleh meranapkan PH, maka itulah yang anda nampak.

Tetapi bagi penulis, sebenarnya memang berlaku perbalahan dalaman yang agak serius berlaku dalam Pakatan Harapan ketika ini.

Jadi pemimpin dan Menteri PH sedang menjalankan tugas ikut skrip supaya 'Demage Control' dapat dilakukan dengan halus.


'Tindakan Ronnie Liu biadap' - Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli

Tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu merendah-rendahkan parti komponen lain disifatkan sebagai biadap dan sangat tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut hanya akan membawa lebih banyak perpecahan dan membantutkan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan Pakatan Harapan.

Malah, katanya, mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.


“Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.

”Kedua perkara inilah yang membina negara kita,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook miliknya pada Rabu. - ASTRO AWANI

Bersatu dan D4P sedang bercakaran kerana mulut Ronnie Liu

Ketegangan antara D4P dan Bersatu sudah sampai kemuncak yang rakus, akibat kenyataan cukup keras Ronnie Liu terhadap Tun Mahathir ibarat melempar najis tepat pula ke muka pentaksubnya.

Hukum Karma itu ada, sebab apa? Kalau dahulu puak Bersatu ini cukup nikmat melanyak Najib Razak dengan tanpa belas kasihan, sekarang setelah menawan Putrajaya, masing nak tunjuk siapa kuat dan siapa hebat. D4P pula cuba mengajar Bersatu makna abang besar, rasakanlah bila dubuk dan serigala duduk dalam satu kandang.



Sudah dijangka, D4P memang lama simpan emosi dengan Mahathir tu, mereka mungkin malas nak simpan lama, jadi gunakan orang yang banyak masalah buat onar, jadi Ronnie Liu sedang menjalankan kerjanya, pasti dibelakang Ronnie mengizinkan dia membuat kenyataan begitu.

D4P ugut nak buang Bersatu dari Pakatan Harapan, kali ini mereka bersungguh
https://lalangmanis.net/d4p-ugut-nak-buang-bersatu-dari-pakatan-harapan-kali-ini-mereka-bersungguh/

Namun puak Bersatu kali ini hanya membalas menggunakan media ala-ala garang yang tidaklah nampak garang dan kasar. Hanyalah ibarat gigitan semut sahaja bila mereka cuba untuk membalas kembali apa Ronnie Liu telah lakukan.

D4P belum berdehem lagi tu, kita tunggu episod seterusnya, adakah menarik plot drama sinetron ini?


Ronnie, jangan jolok sarang tebuan – Armada

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP , Ronnie Liu diberi amaran supaya jangan menjolok sarang tebuan apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan tetap akan berjaya tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Ulya Aqamah Husamudin menyifatkan kenyataan tersebut sebagai angkuh dan cukup tidak bertanggungjawab.

“Mahu atau tidak mahu, Pakatan Harapan dengan konsensus telah memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH dan juga Perdana Menteri.

“Kita telah berjuang bersama sebelum ini dan hasilnya telah berjaya memenangi PRU yang lalu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Liu yang merupakan Adun Sungai Pelek dipetik sebagai berkata, ketika PH sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Dr Mahathir pula mengejar model parti dominan Melayu ala Barisan Nasional.


Liu memberi contoh tindakan Dr Mahathir menerima bekas pemimpin UMNO dalam Bersatu, selain mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh jelas peralihan kuasa perdana menteri.

Ulya turut mengingatkan Ronnie supaya menghentikan politik murahan dan menumpukan kepada tugasan.


Katanya, segala keputusan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri telah dibuat secara konsesus dalam mesyuarat Jemaah Menteri.


Selasa, 22 Oktober 2019

Syiah tidak sesat? Fatwa pengharaman fahaman itu akan disemak balik kata Mufti Pulau Pinang

Tidak dipastikan mengapa kalut benar Mufti Pulau Pinang ini, sudah diketahui Syiah itu bukanlah satu Mazhab, tetapi itu adalah salah satu cabang ajaran yang merosakkan Islam, apa gila sampai nak jaga golongan itu sampai fatwa pula akan disemak balik?



Kerja gila namanya, adakah Mufti negeri lain setuju? Persoalannya, adakah dengan berkahwin secara mutaah bakal menjadi satu cara halal lepas ini kalau Syiah sudah dikatakan tidak sesat?

Adakah pula gambar 12 Imam yang menjadi rukun iman puak Syiah sudah menjadi perkara harus? Adakah penjualan batu karbala untuk solat dibolehkan secara umum lepas ini?

Jangan buat kerja gila wahai Mufti, diketahui Mufti dibawah negeri pimpinan D4P, usahlah jilat kuat sangat golongan yang sudah lama diiktiraf sesat, jangan buat masalah dan menambahkan masalah, nanti akan jadi malapetaka.

Sudah-sudahlah buat kerja gila wahai pencacai penjilat minoriti dan kiasu, insaf-insaflah. Fikirkan masa hadapan negara dan umat Islam yang semakin hari ditekan oleh golongan kiasu.

Fatwa Syiah sesat tidak ‘suci’, boleh disemak balik, kata mufti Pulau Pinang

Fatwa menetapkan fahaman Syiah sebagai menyimpang boleh disemak semula berdasarkan hujah bahawa fatwa tidak bersifat sakral atau suci di sisi agama, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Nor.

Menurut beliau, fatwa tidak lebih daripada ijtihad, iaitu usaha oleh para ulama untuk mencari hukum mengenai isu-isu berbangkit dalam masyarakat yang memerlukan penyelesaian.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata fatwa berkemungkinan betul dan ada kemungkinan salah disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, maklumat tidak lengkap, tidak jelas ataupun terdapat perkara yang terlepas pandang ketika sesuatu keputusan dibuat oleh majlis fatwa.

“Justeru, mana-mana fatwa sekalipun boleh disemak semula oleh para ahlinya sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Ini termasuk fatwa berkaitan fahaman Syiah yang telah diputuskan sebagai menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diikuti oleh fatwa negeri-negeri di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan ahli akademik Malaysia yang berkhidmat di Singapura, Prof Syed Farid Alatas supaya fatwa mengharamkan Syiah disemak semula susulan serbuan terhadap penganut fahaman itu di Johor dan Selangor, awal bulan lalu.

Syed Farid berkata, tindakan pihak berkuasa terhadap penganut Syiah dalam serbuan itu “tidak berperikemanusiaan dan ganas”.


“Sebutkannya, saya katakan ia sebagai ‘barbaric’,” katanya dipetik 28 Sept lalu.


Apabila ditanya, sama ada keputusan mengharamkan fahaman Syiah di Malaysia disebabkan prasangka dan niat jahat segelintir agamawan, Wan Salim tidak menolak andaian tersebut. FMT

Sebenarnya media sudah salah terjemah kenyataan saya berkenaan LTTE kata Ramasamy

Sebelum ini bukan main garang, malah mencabar Pihak Polis supaya menahannya kerana kononnya dia ada kaitan dengan LTTE, begitu angkuh, namun setelah hadir memberi keterangan di Bukit Aman, lain pula nada dia ye.


Kata Ramasamy, media salah terjemah kenyataannya, ini tidak betul, nada halus dan manja pula, pembongkaran videonya yang amat berbahaya berkenaan LTTE, gambar-gambar yang cukup terang boleh kaitkan dia dengan LTTE.

Akhirnya si garang ini terpaksa menikus risau, namun persoalan, tidak juga ditahan si Ramasamy ini ye, kebal sungguh.

Gambar The Sun Daily

Tidak pasti apakah yang membuatkan Ramasamy boleh bebas dengan senyuman sedangkan pembongkaran dirinya dengan LTTE bukannya sedikit. Sudah tular habis-habisan.

Moga pihak Polis teruskan siasatan, walaupun katanya tidak sama memberi simpati kepada LTTE dan menyokong perjuangan LTTE.

Moga keadilan dan ketegasan Pihak Polis untuk menjaga keamanan negara tercinta ini.


Ramasamy dakwa media salah terjemah

P. Ramasamy disoal siasat polis lebih tiga jam oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bermula 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu berkata, kenyataan dirakam oleh Inspektor Ida tentang dua perkara iaitu kenyataan beliau yang diterbitkan dalam Malaysia Gazette bertajuk kerajaan baharu tetapi polis bertakuk lama dan artikel Malaysia Kini bertajuk “Who am i, Peacemaker or Terrorist” dalam soal LTTE.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu terus menuding jari ke arah portal berita kononnya telah tersalah menterjemahkan kenyataannya.

“Saya masuk pukul 10 tadi dan lebih tiga jam dirakam keterangan oleh Inspektor mengenai dua artikel di Malaysia Gazette dan Malaysia Kini.


“Mereka juga ada dua klip video, ada beberapa laporan polis dan ditanya kepada saya sebelum saya menjawab menjelaskan secara teliti.

“Saya tak setuju dengan cara penterjemahan Malaysia Gazette (Kerajaan Baharu, Polik masih Takuk Lama), maksud asal saya dalam artikel saya di FB dan maksud terjemahan ada sedikit penyelewengan.

Isnin, 21 Oktober 2019

Saya tidak bimbang beri keterangan kepada Polis, saya berhak bersuara kata Ramasamy

KUALA LUMPUR – Profesor Dr. P. Ramasamy hari ini hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dua artikel yang masing-masing disiarkan dalam portal berita MalaysiaGazette dan juga Malaysiakini awal bulan ini.


Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu tiba di pekarangan ibu pejabat polis tersebut pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire bewarna putih dengan ditemani peguamnya Regunath Kesavan.

Bercakap kepada pemberita di luar Bukit Aman, Ramasamy berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman oleh Unit Siasatan jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) untuk dirakam keterangan mengenai dua artikel yang disiarkan dalam dua portal berita tersebut.

“Satu kenyataan berjudul Kerajaan Baharu tetapi Polis Takuk Lama yang diterjemah dalam portral berita MalaysiaGazette yang mana rujukan polis adalah berpandukan artikel MalaysiaGazette.

“Beberapa hari kemudian saya juga diberitahu kemudian polis mahu rakam keterangan juga mengenai artikel dalam Malaysia Kini bertajuk Who Am I? terrorist or peacemaker (Siapa saya, pengganas atau pendamai) di tempat Sri Lanka, Acheh, Columbia dan Mindanao.

“Saya rasa mungkin ada laporan polis berhubung isu itu, maka saya datang dari Pulau Pinang untuk bekerjsama kepada polis (rakam keterangan),” katanya sebelum memasuki kawasan Bukit Aman.

Tambah Ramasamy, beliau dijadualkan untuk dirakam keterangan pukul 10 pagi oleh pegawai polis yang bertugas.

Ditanya sama ada pertuduhan itu berunsur politik terhadap golongan kaum India, Ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu menafikannya.

“I hope not..i hope not (Saya harap tidak) ini bukan soal mengenai India, Cina atau Melayu.

“Saya rasa polis ada hak dan kuasa untuk mengambil keterangan daripada saya dan saya akan sentiasa bekerjasama dan bebas meluahkan pendapat, berucap sekarang berbanding dahulu (kerajaan lama).

“Saya seorang warga negara Malaysia berhak menulis dan berucap tentang beberapa isu, jadi terpulang kepada pihak polis dan mana mana pihak berkuasa untuk anggap adakah ini bertentangna dengan undang undang di Malaysia.

“Saya harap dia rakam keterangan dan lepaskan saya sebelum makan tengahari sebab saya kena buat persiapan sambut Deepavali juga,” katanya.- MalaysiaGazette.

Ahad, 20 Oktober 2019

Perperangan terbuka PPBM dan D4P, Syed Saddiq kata kepada Kuan Yaw 'bodoh punya Superman'

Selepas kontroversi Komik Propaganda D4P boleh pula masuk ke sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan untuk meluaskan ideologi gila D4P sudah terkantoi.

Malah D4P memperalatkan Mahathir untuk menghalalkan cara mereka sedangakan Atuk pun tidak tahu apa terjadi.



Setelah Maszlee mengarahkan Kementerian Pendidikan menarik balik Komik Propaganda D4P itu, maka pemimpin D4P menyalak ibarat tidak dapat tulang dan mengawan memaki hamun Maszlee.

Siap mengatakan Maszlee dengar cakap Umno untuk menghalang Komik itu dipasarkan dalam sekolah, nampak bukan bangsatnya D4P bila dapat kuasa?

Mereka anggap bila dah dapat kuasa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Masalahnya PPBM ni melawan pun tak keras sangat, bila sesama bangsa je dia garang, sama kiasu D4P dia gigit manja-manja je.

Apa lagi, balunlah dengan cara yang keras, setakat Syed Saddiq, D4P hanya ketawa kecil je. Mana yang lain?

PPBM vs D4P, kita tahu siapa yang bakal menang?




Kuan Yau ‘Super Stupid Superman’ – Syed Saddiq

Tindakan Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau menghasilkan buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” dan melabelkan penyokong Melayu menyokong komuniti Uighurs sebagai radikal dibidas Menteri Belia dan Sukan.

Sambil menyatakan kekesalan dengan kenyataan penyokong DAP yang lebih dikenali sebagai Superman itu, Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Kuan Yau sebenar Super Stupid Superman dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

[12:39 PM, 10/20/2019] Khairul Shamlie: “Saya akan ulang pendirian saya pada tahun 2016. Dia memang “Super Stupid Superman”.Dahulu (2016), kata South China Sea milik China, sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “radikal”.

“If this is not racism, i don’t know what is ((jika ini bukan rasis, saya tak tahu apa yang lagi)..menjijikkan,” kata Syed Saddiq meluahkan kekecewaannya.

Beliau turut memuat naik beberapa keratan buku komik yang dihasilkan Superman dan artikel portal berita tempatan memetik kenyataan aktivis iaitu ‘DAP harus mendisiplinkan Super Stupid Superman’.

Status Ahli Parlimen Muar itu mendapat komen daripada seorang pengikutnya dalam twitter yang menggunakan nama @abdyns berbunyi: Tahniah SS! anda jujur dalam perjuangan. perkara yang salah dikatakan salah”.


Malah ada juga pengguna Twitter yang mencadangkan supaya Syed Saddiq mengambil tindakan undang undang ke atas Superman.

Justeru ada juga pengguna Twitter yang meminta :“Tak naklah orang kita cakap saja. We need to see the government’s legal actions”. -MalaysiaGazette

Kisah Pakatan Harapan terbenam teruk di Tanjung Piai akibat sabotaj dari D4P dan PKR?

Ramai penganalisis politik agak terkejut dengan kemenangan paling hebat oleh Barisan Nasional menumbangkan Pakatan Harapan di Tanjung Piai, ...