Selasa, 29 Oktober 2019

Calon Bersatu Tanjung Piai belum apa-apa dah buat kesalahan Pilihanraya?

Mungkin tidak sabar nak jadi Ahli Parlimen (kalau menanglah), penamaan calon pada 2 November 19 ini, tetapi calon Bersatu sudah mula berkempen?


SPR takkan lihat sambil makan kuaci kot, ini kesalahan yang terang-terang.

Kata calon Bersatu Tanjung Piai ini, Hj Karmaine bin Sardini dia bukan berkempen.

Awal-awal dah menipu dengan selamba, itulah Pakatan Harapan. Semua tahu mereka bagaimana, apa semua mereka langgar sahaja, almaklumlah mereka berkuasa di Putrajaya kan.

Moga rakyat Tanjung Piai tidak mudah ditipu lagi oleh Pakatan Harapan.

Adios

Tidak mungkin Teo Nie Ching sokong komik kontroversi itu, Maszlee pertahankan Timbalannya

Gambar Timbalannya dengan Superman Hue dan komik propaganda sudah tersebar luas, penyebaran ke sekolah-sekolah pula dibuat tanpa pengatahuan pihak Kementerian Pendidikan.

KDN pula mengharamkan komik tersebut, D4P beriya-iya menafikan terlibat dengan komik jahat itu, Timbalannya tidak mampu mempertahankan diri dengan kontroversi komik yang memberi imej negatif kepada D4P.



Gambar - Bernama

Akhirnya Maszlee menjadi penyelamat D4P, kali ini nampak pula ketegasan dia, almaklumlah nak tunjuk kepada umum, dia Menteri yang bukan cap ayam.

Ramai mengatakan Timbalan dia yang melangkaui kuasa dari dia yang sebagai Menteri. Kali ini terjawab, dengan gaya hero kasut hitam, dia pertahankan Timbalannya, akhirnya selamatlah D4P dengan isu paling tidak berguna langsung untuk negara.

Tersenyum Timbalannya kerana bossnya sekarang sudah lain, kini menjadi hero yang lagaknya garang, almaklumlah PRK Tanjung Piai ini kena beri imej PPBM bukanlah sebagai penjilat D4P.

Drama-drama ini memang khusus untuk PRK Tanjung Piai, geli ketiak bila lihat gelagak Menteri-menteri yang sudah diberi skrip demi mengalih tumpuan sebenar apa yang berlaku dalam kem Pakatan Harapan.

Rakyat bukan bodoh macam Mahacai.


Maszlee nafi timbalannya sokong komik kontroversi

Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini mempertahankan Teo Nie Ching berhubung gambarnya memegang komik kontroversi “Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama”, mengatakan timbalannya bukan menyokong buku yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mempromosikan sosialisme dan komunisme.

“Dia (Teo) telah beri maklum balas di Facebook mengatakan dia diberikan buku itu dan gambarnya diambil.

“Insiden yang sama berlaku kepada perdana menteri – dia diberikan buku itu dan gambarnya diambil,” kata Maszlee semasa sesi Soalan Menteri di Dewan Rakyat.


Beliau menjawab pertanyaan Mastura Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penerimaan komik itu oleh Teo daripada penulisnya, Hew Kuan Yau dan kata pengantar ditulis Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Adakah Ridhuan Tee calon BN di Tanjung Piai? Jawapan terlerai pada hari ini

Mulanya saya tidak mahu menulis artikel ini, tetapi kelewatan mengumumkan calon BN, berbanding PH, menjadikan saya teruja untuk menulis.

Semenjak kematian Allahyarham ahli parlimen Tanjung Piai, tidak semena-mena nama saya menjadi viral, bakal calon BN menentang calon PH, yang akan menggantikan Allahyarham. Malah sehingga artikel ini ditulis, nama saya terus menjadi viral dalam media sosial. Saya hanya tersenyum.


Tanpa henti saya menerima panggilan bertubi-tubi, bertanyakan perkara yang sama, adakah saya akan bertanding menentang calon PH. Saya hanya ketawa seorang diri. Tidak pernah fikir ke arah itu. Saya pun pelik, kenapa nama saya diviralkan. Siapa yang melakukan, hanya Allah yang tahu.

Dalam kepala saya, terus dengan rutin harian sebagai ahli akademik, akan terus menulis, mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan, meskipun berhadapan dengan risiko.

Tidak dinafikan, saya sendiri berlatar belakangkan Sains Politik, bermula daripada Ijazah Sarjana Muda mengkhususkan dalam bidang Sains Politik, diikuti Diploma Pengajian Islam (pasca siswazah), seterusnya Ijazah Sarjana dalam Pengajian Strategi dan Keselamatan. Akhirnya, menamatkan PhD dalam bidang politik dan kerajaan.

Kepakaran saya dalam politik lebih kepada budaya politik, sosialisasi politik, politik silang budaya (ethnography), ditambah dengan sedikit ilmu pengajian pertahanan dan keselamatan. Sebab itulah saya tidak pernah putus mengulas isu politik semasa, kerana saya bukanlah ‘ustaz’ seperti yang selalu dipanggil ke mana saya pergi. Terlalu kerdil rasanya membicarakan hal ini. Sesungguhnya ilmu yang ada pada kita hanya setitik daripada luasnya lautan.

Selepas kematian Allahyarham, memang dalam satu majlis konvensyen saya membentangkan kerja kertas, dihadiri Presiden UMNO, ada menyebut nama saya tersenarai sebagai calon parlimen Tanjung Piai, tetapi tidak semestinya terpilih. Saya buat tidak tahu sahaja, kerana minat saya bukan ke arah itu.

Selepas kematian Allahyarham, artikel demi artikel telah saya lontarkan bahawa, MCA tidak boleh sekali dicalonkan, mestipun kononnya didakwa kerusi tradisi mereka. Tidak timbul soal kerusi tradisi MCA di kawasan majoriti Melayu. Kerusi MCA adalah di kawasan majoriti Cina, bukan kawasan majoriti Melayu.

Saya harap kelewatan Presiden UMNO mengumumkan calonnya, bukan kerana diugut atau didesak oleh MCA. MCA tidak boleh sama sekali diberikan kerusi Parlimen Tanjung Piai, kecuali saya difahamkan MCA sedang mencari ahlinya yang beragama Islam. Baguslah jika ada.



Namun, jika BN terus tidak mahu menerima nasihat menurunkan calon MCA yang ultra kiasu, menang belum pasti, kalah sudah tentu.

Cuma, katakan jika ditakdirkan MCA menang disebabkan oleh kebencian rakyat terhadap politik PH masa kini, maka sudah pasti MCA akan mencanangkan ‘kekuatan’ mereka dan terus mahukan kerusi tradisi di kawasan majoriti Melayu yang mereka kalah sebelum ini. Melayu sekali lagi rugi.

Jika ini berlaku, bermakna, BN akan terus memberikan kerusi kepada MCA pada PRU 15 akan datang. Katakan jika MCA terus menangPRU15 kawasan majoriti Melayu, kerusi MCA tetap kerusi ultra kiasu. Calon mereka tetap calon ultra kiasu. Calon ini tidak akan memperjuangkan sama nasib Melayu dan Islam. Tetapi tetap dengan semangat kecinaan dan terus Cina. Malah, kadangkala lebih Cina daripada DAP itu sendiri.

Jika ditakdirkan MCA menurunkan calon Cina yang beragama Islam, pun perlu diteliti. Adakah pengIslamannya, sekadar ingin berkahwin dengan orang Melayu atau pada masa sama ilmu Islamnya turut meningkat setelah perkahwinan berlaku. Dalam maksud, calon Muslim MCA, perlulah kuat akidahnya. Meletakkan kepentingan Islam melebihi kepentingan bangsa. Jangan berlaku sebalik, meletakkan kepentingan Cina mengatasi kepentingan Islam.

Kita tidak mahu nanti, walaupun calon MCA menurunkan calon Cina Muslim, tetapi setelah menang, tetap dengan kecinaan yang bersifat ultra seperti perjuangan MCA.

Saya dahulunya adalah ahli seumur hidup MCA. Saya menyertai MCA atas dasar dakwah, untuk menjadi jambatan dalam menyampaikan Islam. Tetapi MCA tidak melihat keberuntungan Cina Muslim dalam partinya. MCA menganggap Cina Muslim ini sebagai ancaman kepadanya.

Kemuncaknya, apabila MCA terang-terang menentang agenda Islam seperti RUU355, saya mengambi keputusan keluar daripada parti chauvinis ini. Saya harap pimpinan UMNO faham apa yang saya cuba sampaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.-MalaysiaGazette

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...